Friday, September 9, 2016

Kisah Kelahiran Nur Amni Kausar



Alhamdulillah...Hari ni genap 17  bulan Amni Kausar lahir ke dunia. Kesian jugak kat Amni sebab lambat sangat-sangat update kisah kelahiran beliau. Makin anak ramai, makin melambat ibu sebab busy melampau-lampau.

Jadi, mari kita mengimbau kenangan dan kembali ke bulan April tahun lepas...

Selasa, 7 April 2016, 
Pagi-pagi bangun dari tidur tu dah terasa tak selesa dan sakit pinggang nak bangun dari tidur. Saya masuk office jugak pagi tu then decide ambil Halfday je.  Budak-budak office pun dah semua suruh balik, balik, balik sebab dah nampak saya macam sarat dan berat sangat-sangat. Settlekan kerja-kerja yang tertangguh lagi sikit then terus ke klinik mintak halfday and MC untuk esoknya. 

Rabu, 8 April 2016.
Bangun tidur lambat sikit sebab I dah dapat MC kan semalam tu. Mihmihmih... Dalam pukul 8.30am nak mandi tetiba rasa macam ada rasa basah n air keluar meleleh-leleh kat dalam toilet pastu ada bloody spot. Terus ajak husband hantar Harits and Ara ke Taska dulu then shoot ke hospital.

Around 10am sampai ke Hospital Putrajaya and macam biasa kena masuk bilik saringan untuk buat CTG then VE. Masa check tu doctor kata memang macam nampak air cuma doctor tak sure it's either air ketuban or maybe it's just discharge yang terlebih banyak. Bukaan pun baru je 2cm macamtu. Tapi doctor Hospital Putrajaya positive it's kata air ketuban dah leaking.

Tetapi doctor kata kalau nak tunggu masuk ward memang tak boleh sebab ward penuh makanya, diorang akan tolak ke Hospital Kajang ataupunnnnn Hospital Kuala Lumpurrrr. Ye, Kuala Lumpur sana sebab dua Hospital tu je yang Putrajaya boleh allocate patient (polisi hospital, something like that). So, bila doctor cakap macam tu I dah rasa tak best. Dua-dua hospital tu agak jauh dari rumah, padahal I tinggal putrajaya jugak kot why tak boleh bagi priority kat orang Putrajaya? Why oh why? Sedih...

So, I decide untuk keluar atas risiko sendiri, siap sign borang apa semua. Kami ke Hospital Serdang pulak.

Sampai ke Hospital Serdang, kena lagi buat CTG and VE. masa kat Hospital Serdang ni tiga kali kot check VE and diorang positive BUKAN leaking air ketuban. Bukaan pun masih 2cm. I pun decide untuk balik dan pergi makan. Tak ingat pulak masa ni pergi makan kat mana saat-saat akhir ni. Lupa sungguh. Balik daripada makan tu dah pun petang and ambil anak balik dari taska macam biasa.

Malam tu lepas dinner nak cuba tidur tapi tak boleh. Pusing kiri tak selesa, pusing kanan pun tak selesa. Perut dah rasa cramp semacam. I started counting my contractions pakai apps tu and rasanya around 12am dah start dah sakit 15min apart. Pastu by 12.30am dah rasa macam tak best sangat. I bagitahu husband suruh angkat anak-anak masuk kereta and siapkan bag anak-anak semua then terus shoot ke rumah abang ipar di Presint 15. Drop anak-anak kat situ then terus ke hospital Putrajaya (walaupun dah tahu ward penuh tapi tetap juga berharap dan berdoa tak putus-putus untuk dapat bersalin kat sini).

Khamis, 9 April 2016
Lebih kurang jam 1am, sejurus kami sampai terus check in kat Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Macam biasa doctor nak buat CTG dan VE, bukaan baru 3cm then doctor oncall malam tu bagitahu memang takde katil kosong kat ward and diorang mintak maaf sangat-sangat. Doctor bagi pilihan nak ke Kajang or pergi hospital lain and keluar atas risiko sendiri. I saja buat-buat lengah nak contact husband, sampai 2-3 kali doctor datang tanya macamna? Husband I pulak masa ni lapar dan pergi mamak jap nak makan roti canai, ke dia nak balik tido jap entah. Lupa dah. Hehehehe. Pastu I tanya balik doctor, nak stay je kat bilik saringan ni tak boleh ke? Hahahaha. Punyalah taknak ke tempat lain kan? Doctor kata tak boleh..Then dia keluar lagi sekali. 

Suddenly, doctor oncall tu dapat arahan from doctor pakar kat situ and she told me that I can stay and deliver kat Hospital Putrajaya juga. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat doa kami dimakbulkan. Siap call mak lagi mintak tolong dia doakan supaya dapat bersalin kat Putrajaya. Heheh. Cuma, i takkan dapat ward biasa. Hospital letakkan I kat bilik menunggu dalam Labor Room tu yang takde proper katil pun, cuma dapat selimut and baring atas reclining chair macam ni lah lebih kurang rupanya.



Fair enough, reclining chair pun reclining chairlah. Mak okay jeerrr. Asalkan dapat bersalin kat Hospital Putrajaya jugak. So, dalam jam 3am I dapatlah duduk dalam bilik menunggu tu with this one chinese lady yang dah bersalin secara cesarean under FPP Scheme tapi sebab ward penuh, beliau pun terpaksa stay situ satu malam. FPP ni FYI, private wing under Hospital Putrajaya (which korang boleh pilih doctor and dapat 1st class ward sebilik sorang).

But sadly, malam tu I still tak boleh tidur. Dok mengerang-mengerang je tahan kesakitan setiap 5minit. Tapi ngantuk gila tapi sakit. Alahai...I just wanna sleep and gain my energy tapi tak boleh. Uwaaaaa! Then dah pukul 5am, I dah macam bebai-bebai sikit dah terus panggil nurse untuk check bukaan. Buat VE lagi please, i relaaaa.. Nurse check and tengok-tengok dan 5cm. Patutlah sakit gila, ya Tuhaaannnn...Diorang pun terus prepare Labor room untuk I and terus induce drip untuk cepatkan bukaan. By that time husband pun sampai lepas Subuh. Dia bawakkan kurma n air selusuh yang dia buat sendiri. Suruh jugak dia bawak air akar fatimah tapi sampai ke sudah tak ku minum sebab takut. Hahahaha.

Jam 8am, sakit makin sakit, bukaan masih lagi 5cm tak bergerak. Doctor pakar datang buat round and suggest pada I untuk amik epidural sebab dia kesian dengan I yang tak boleh tidur langsung dah almost 24hours and dia takut i takde energy nak push nanti. Doctor jugak explain that I will have a slow progress sebab kedudukan baby yang posterior that make the Labor tends to take longer because she herself can't tuck her chin in very easily and getting through the pelvis is more awkward. Basically, kedudukan Amni dalam perut masatu macam ni ye..



By 9am, team anaesthetic pun datang and explain the procedure then they start the epidural process cucuk-cucuk all the jarum to my back. Lepas settle, I terus sedut Entonox gas dalam-dalam sampai naik kepala. Hahaha. Memang I sengaja sedut gas tu nak bagi lalok lalu haku pun dapatlah terlena dalam dua jam macam tu tanpa diganggu kesakitan contraction. Haaaa, puas hati I dapat jugak tidur dengan tenang. Tidur itu penting okay untuk orang nak bersalin ni, jangan buat main. Kekekekee...Lepastu, jam 11am terbangun sebab terasa sakit balik rupanya ubat dah habis. Hahahaha. Doctor check lagi and bukaan baru 6cm. Marilah kita sambung tidur. Hahahaha.

Tetapi dalam jam 12.30 macam tu dah rasa lain macam perut ni...mintak husband panggilkan nurse dan doctor, rupa-rupanya it's about time and I dah 10cm dilate. Husband I disuruh keluar dulu sementara diorang nak prep. Doctor tiba-tiba tanya rasa sakit ke? Boleh ke nak push ni? I angguk-angguk je sebab macam rasa nak push sangat. Dah siap prep, Nurse panggil balik husband masuk. Doctor pulak macam tak confident je I boleh push pastu dia kalut suruh nurse semua sediakan vaccum. Buat haku panik je doctor ni. Dahlah time nak bersalin tu jugak ada dalam 4 orang budak praktikal keliling mengadap. Nervous bercampur malu hakak..Phew!

I don't know why, walaupun I dapat epidural. I still can feel the sakit tu and urge to push. maybe sebab tahap kesakitan tu terlampau sakit kot. So, selepas tiga or empat kali push sepuas hati - baby pun berjaya dikeluarkan dengan selamat dan sihat tanpa bantuan vaccum. Takut kot nak vaccum, that's why i usaha jugak push-push-pushhh-pluppp! Keluar dah diaaa...  

Nur Amni Kausar selamat bersalin tepat jam 1.00 tengah hari pada 9 April 2016 iaitu 12jam selepas check in kat Hospital Putrajaya. Yeay! Alhamdulillah..













2 comments:

ADMIN said...
This comment has been removed by the author.
ADMIN said...

Mcm ima ada dpn ain bercerita..keep blogging ima :)