Ini adalah entry yang sepatutnya di publish 4 bulan lepas. Ngeee...
Setahun sudah Nur Ara Adney. Dia pun ada dua kali celebration, first celebration kat Rumah TokMa di Kepong semasa 8 Ogos 2013 (1 Syawal). Then pada 11 Ogos 2013 (the day itself), kami celebrate dengan buat open house kecil-kecilan kat Aostaq yang kebetulan tarikh itu jatuh pada 4 Syawal. Saya masak nasi ayam resepi mak. Alhamdulillah, menjadi dan semua pun suka! :) Then cake, autnie Nana sposor pastu buatkan deco atas tu. Comel sangat!
For now kita enjoy gambar Ara Adney first birthday celebration tu dulu. Yang ini kat Kepong, Umat Tokma.
Bawah ni semua yang kat Aostaq, on the 11th itself. Syukurlah semua jadi as planned and keluarga mertua & ipar duai yang membantu banyak.
Ok, sekarang saya nak sambung cerita milestones Cik Mek ni. Nama panggilan manja untuk Ara Adney selain 'dikdik'. Hahaha. Cik Mek sebab dia adalah seorang yang sangat sibuk di rumah. Ada saja benda yang nak di explore dan di 'susun-kemas'. Mujurlah saya sekarang tengah belajar control diri daripada menjerit marah-marah dengan program Orange Rhino (nanti saya story lain pasal ni).
Ara Adney sekarang suka memanjat, especially kerusi, meja dan sofa. Nak panjat pagar sendiri tak berapa reti lagi but with support, laju je dia memanjat tu. Lepas memanjat tu satu hal, bila dia dah berjaya panjat dia akan buat skills joget-joget atas meja or sofa tu. Haih, nasib baik awak comel tau Ara, Ibu cium-cium geram jela awak bila awak buat macam tu. Tapi memang kena sangat-sangat careful la jaga dia coz akibat I tak monitor betul-betul hari tu telah menghadiahkan benjol besar gila di kepala Cik Mek ni. Wuwuwuwuu.
Dia dah nak start makan sendiri, kalau kita suap dia tutup mulut tu rapat-rapat. Pastu sekarang dah reti dengar arahan yang simple, contoh macam kita suruh ambil botol susu, tutup botol lepas minum susu, tido (dia terus letak kepada atas katil - ini comel) pastu kalau kita suruh dia duduk cangkung nak basuh kerak pun dah reti dah cangkung. Hehe. Agak cepat nampak kepintaran budak ni. Bergaduh dengan abang dia pun boleh tahan jugak. Dia suka tarik rambut abang, ketuk kepada abang. Abang pulak elok je tak buat adik balik, just mulut je bunyik "sakitlah adik" or "Ibuuu..tengok adik ni buat abang" Hahaha. Abang memang kaki report yang cemerlang ;p
Cakap pun dah banyak jugak Ara boleh sebut. Antaranya:
Ara = "Aya" (nama dia)
Abang = "Aban"
Daddy = "deddi"
Ibu = "Bu" or "Aba"
Nak = "Nak" (sambil angguk kepala)
Ball = "Bail"
Maman = "Mamam"
Air = "Aier"
Nasi = "Acik"
Nenen = "Nenen"
Car = "Car"
Nampak kucing cakap "miaw-miaw", nampak mickey mouse dalam tv cakap "mismouse". Tu je saya ingat. Banyak lagi sebenarnya. Dah lupa. Hehe.
Lagi satu, Ara punya will power yang sangat tinggi dan susah nak mengalah if gagal buat something tu dan dia terus berusaha sampai berjaya untuk dapatkannya. Well done adik. Ibu so proud of u sayang! Keep it up tau. Stay comel dan cantik sampai bila-bila. Hehehe. I love you so much Nur Ara Adney and sorry for the very late entry about your first birthday sayang. Kiss dia sampai belemoih-belemoih. Hihi.
Happy First Birthday Nur Ara Adney!
Love, Love, Love,
Ibu, daddy and Abang Aish
No comments:
Post a Comment