Tuesday, February 26, 2013

My Breastfeeding Journey with Nur Ara Adney



Lepas kesat air mata bercerita pasal kes bercerai (wean-off) sekarang kita memancarkan mata bersinar gembira hati *sparkling eyes* sebab nak bercerita kisah happy bila dah graduate phase exclusive breastfeeding Nur Ara Adney selama enam bulan. Syukur. Kita berjaya nak! Berjaya! *Lompat bintang bersama-sama Ara*. Heehee
First hour selepas Ara dilahirkan saya terus dapat direct feed dan penyusuan secara direct diteruskan sehingga dua setengah bulan yang pertama. It went well without any difficulties. Tak kena sore nipple, tak ada susu kurang, terlebih engorged lagi adalah. Sakit juga tapi taklah sampai demam-demam yang kena matitis tu.

This time around rasa macam lebih bersedia dari segi mental & fizikal untuk fully-breastfeed Ara. Dah nampak perjalanan jerih-perih nanti macamana berdasarkan pengalaman Harits dulu. Jadinya saya agak fully-prepared. Agak jela sebab breast-pump & segala gadget storage bottle untuk menyusu hanya beli two weeks before naik kerja dan pump immediately after dapat semua alatan ittew. Hah. Ini namanya over-confident sebab kononnya dah tau dah nak beli pump apa, nak beli storage bottle semua tu. Sampai malas nak hantar pump spectra3 untuk dibetulkan. Hihi. Nak kena babap ibu ni. Hasilnya, sesi untuk buat stock EBM pun menjadi kalut & bila betul2 masuk kerja pastu just dapat kumpul dalam 10 botol je EBM untuk Ara.

Tapi tak apa, saya tak kalut. Masih awal lagi perjalanannya. Saya tingkatkan sesi pumping kat ofis. Kat rumah pun pumping lagi sampai cukup 15-20oz setiap hari sebagai bekalan Ara ke taska. Masa ni Ara dah 3-4 bulan. Saya pun lega sebab ada je stock frozen sebanyak 3-4 botol dalam freezer tu. Masuk bulan kelima, tiba-tiba hasil susu merudum. Saya adalah terskip pumping kat office, pastu supplement Shaklee pun asyik skip je. Masa ni, saya pun stress pastu susu pun menjadi sikit, sangat sikit. Sekali pump masa tu dapat dalam 2-3 oz je. Memang tak cukup untuk bekalan Ara tapi hati masih nekad nak fully-breasfeed dan taknak beli Fomula Milk lagi. Saya pun gigihlah pump 2 kali sesi pagi iaitu jam 9 pagi & 12 tengah hari, setiap sesi 30 minit pastu terus hantar ke Taska masa lunch hour. Adalah dalam 2 minggu sesi berulang alik hantar susu tu berlaku. Penat, memang penat but berbaloi.

Dalam pada itu, saya teruskan makan breasfeeding set Shaklee, buat power pumping & berdoa dan terus berdoa. Adik saya pun kesian tengok saya stress sebab susu merudum, pastu dia introduce pulak Marine Collagen sebab pada dia collagen-jelly tu berkesan. Saya cuba & Alhamdulillah, berhasil ia jadi milk booster bersama-sama dengan Breastfeeding set Shaklee tu. Kes susu merudum tu rupanya nak period. Agak suspens jugak, ingatkan mengandung lagi. Kehkehkeh. Period tu, buat ai susah hati je tau! Blueks. Jahat dia.

Nway, nih nak bagi iklan free jap. Saya beli shaklee pada Puan Aishah Rahim  dan kalau siapa nak try Marine Collagen tu boleh contact terus adik saya (Ija) through email - khadijahsiti.kamaruddin@gmail.com. Murah je dia jual untuk yang dah siap masak punya.

Last Friday Pumping Session - I pakai Unimom Mezzo Manual je you. Spectra tu entah bila nak bawak pegi betulkan. Hehe.

As for now, production susu is back to normal cuma memang tidak ada stock frozen langsung la untuk si Ara tu. Pump hari ni untuk esok, sometimes adalah susu lebih sikit untuk lusa. Saya tak risau sangat coz melalui pembacaan saya, EBM jenis 'pump-harini-untuk-esok' ini sebenarnya lagi bagus untuk baby kita sebab baby akan dapat lebih banyak khasiat dengan minum fresh/ chill EBM  berbanding frozen tu but apapun still frozen way better than FM kan? Tapi saya bukanlah anti-FM pun, just ibu yang mencuba sehabis baik nak pastikan Ara mendapat khasiat susu ibu yang terbaik for at least a year. Nanti saya akan bagi FM jugak kot bila Ara dah setahun or maybe  bagi dia try Fresh Goat's Milk ke.


Tertidur kekenyangan selepas menyusu :)

Itulah saja cerita saya sepanjang enam bulan menyusukan Nur Ara Adney ini. Saya tahu, perjalanan masih panjang dan berliku-liku. Nanti saya nak up cerita pasal solid food pulak ye. Banyak ni saya hutang cerita dengan korang ni. Hehehe. 



Okbai. Selamat bekerja korang :) 





Weaning-Off Process - Harits Haidar



Mula-mula simpan niat dalam hati selepas adik dia lahir, masa tu Harits 20 bulan. Cadangnya nak terus stop but takut pulak Harits kena kejutan emosi. Dahlah tiba-tiba ada orang baru, orang tu pulak amik nenen dia sepenuhnya. Tak ke kesian? Huihh...Kesian kot. Jadi saya cubalah bertahan untuk tandem dalam beberapa minggu, lagipun masa awal-awal minggu tu kan breast dok engorged je. Maka, sedang eloklah Harits susu sama tolong kosongkan breast. Hehehe.

Saya start nekad nak wean-off kan Harits Haidar ni bila diri sendiri rasa tak selesa nak susukan dia. Sakit nen, sakit pinggang, lenguh tangan semua time pangku dia menyusu jika susukan dalam posisi duduk tu. Pastu tengok dia pun macam just nak lepaskan gian je & bukannya betul-betul nak susu pun time tu. Kalau tak silap masa tu Oktober, Harits dah nak masuk 2 tahun.

Few weeks before dia tepat dua tahun pada 22.10.2012, saya cuba apply teknik pujukan. Yang mana bila dia mintak je saya dah mula suntik kata-kata "Abang dah besar, dah tak boleh nenen" pastu dia nampak saya nak susukan adik mulalah dia ngendeng kata "Nak nenen" Tapi saya keraskan hati, cakap lagi kat dia baik-baik "Abang dah besar, ni susu adik" or "Nanti ibu buatkan susu lain untuk abang ye"

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Teknik pujukan saya berjaya tanpa ada drama air mata atau apa saja rayuan, tangisan atau amukan daripada si tecik hensem comel saya tu. Saya pun terkejut dengan penerimaan dia. Betul-betul tak sangka. Tapi ada juga Harits ngendeng mintak tapi saya tolaklah dengan baik. Pujuk-pujuk dia. Betapa saya sangat bersyukur Allah permudahkan proses Perceraian susu dengan si Abang tecik ini.

Syukur Alhamdulillah. Abang dah makin besar & bijak.


___



Nota untuk Abang (Muhammad Harits Haidar),

Syukurlah, dengan rezeki Allah yang memberi keizinan sehingga Ibu berjaya susukan Abang selama 2 tahun genap (walaupun tidak exclusive). Ibu kagum dengan kesabaran & ketabahan hati abang masa proses weaning-off tersebut, ibu tahu abang nak sangat tapi Abang cepat paham yang Abang dah tak boleh nak menyusu dengan ibu. Dengan rela hati abang berenti sendiri. Tak susahkan ibu atau pun daddy. Sentiasalah kekal menjadi seorang yang bertabah & bersabar hati walau apapun yang terjadi dalam hidupmu nanti nak. Ibu halalkan semua susu yang membina susuk tubuh badan abang selama 2 tahun itu dan ibu harap dengan keberkatan susu ibu itu akan membuatkan abang bijak, sihat dan walafiat sentiasa.

Sayang sangat,
Ibu





Wednesday, February 20, 2013

Six Month - Nur Ara Adney






Pejam-celik, pejam celik (yaa..cliche i know) but memang itulah words untuk pengalaman dengan si Tecik Princess ini, tak rasa masa yang berjalan. Kejap je dia dah enam bulan.



Kekecutan perut ibu bila Nur Ara Adney menginjak enam bulan adalah lebih kepada persediaan home-made solid foods. Ini sebab nak tebus kegagalan masa abang Harits Haidar dulu yang cuma makan cerelac je untuk suapan pertama dia. Alahai... Masa tu ibu buta mata-hati sikit bab-bab home-made solids ni. Ingat nak senang je (kot). But syukurlah masa genap adik enam bulan adik berjaya disuap dengan Apple puree+EBM dan adik makan banyak jugak but end-up malam tu adik sakit perut. Haiyooo. Kesian adik, suka tapi Apple tu tajam kot & masih awal sangat kot intro Apple to adik. So, skip apple for sometimes. Buat bubur nasi kosong blended pula & alhamdulillah, adik menerima bubur nasi dengan gembira. Ibu is happy. Lega. Adik sangat pandai makan.



Anyway, for her latest check-up semalam her current weight is 6.6kg & height is 63cm. Naik 3kg & memanjang 1cm but nurse kata no need to worry if tak naik banyak coz perkembangannya normal seiring dengan usia. Kena cucuk jugak dan menangis kuat gila baby girl saya tu, kesiannya but tak lama lepas tu bagi nenen terus ok dah. Hehehe.

Ara sekarang dalam phase nak merangkak, start position merangkak ini about two weeks ago tapi masih tak bergerak lagi. Just bontot je tertonggek-tonggek ke depan belakang. Pastu bila nak bergerak dia meniarap & mengesot ke depan. Cute gila okay! rasa nak geram je hari-hari tengok gelagat budak ni. Lepas tu Ara terlalu mengidolakan abang dia. Suka sangat tengok abang dia & terkekek-kekek gelak if diagah oleh si Abang. Kalau kita agah tak terkekek sangat. Abang dia bulikan dia ke, penyek-penyekan muka ke hapa ka, dia boleh je nak senyum, rilek2 lagi. Hoho. Adik...adik. Nanti lah i upload video adik kena buli dengan abang but dia masih gelak2. Harap korang boleh tengok

Masih lagi fully BF. Walaupun berdepan dengan pengalaman susu drop terok masa Ara 5 bulan yang lepas. Seminggu dua ni dah macam ok balik. Oklah, terus teringat yang i belum pump susu lagi. Nanti i sambung lagi menulis.


Till then, enjoy!