Wednesday, December 26, 2012

First Experience Naik Plane With My Babies Harits Haidar & Ara Adney



Last week (14-16 Disember) Friday-Sunday kami anak-beranak balik kampung Alor Star coz ada Ismi Family Day 2012. Family-family yang terlibat adalah family hubby sebelah mama dia. Sebabkan short weekend je and taknak amik cuti Jumaat & Isnin dan untuk mengelakkan kepenatan travel by car ke Utara, kami pun decide lebih kurang sebulan lebih yang lalu untuk naik flight pergi dan balik.

Nak bagi senang la kononya tapi dengan Harits Haidar yang baru baik chicken pox pastu tengah melasak ke sana ke sini nak explore, rasanya penat dan susah. Adik Ara ok je sebab dia kan baby lagi, tak banyak kerenah sangat. Lagi pulak kami naik kapal terbang tambang murah yang 'now everyone can fly' tu yang tidak baby friendly langsung tu. Lagilah menambah kekalutan.


Hari Pergi

Masa packing tu konon nak light travel tapi bila siap ada 4 bag nak kena bawak. 1 hand carry (baju budak-budak), 1 beg tarik (baju makbapak) yg boleh sumbat dalam plane), 1 diaper bag (letak baju spare, diapers susu) & 1 handbag ibu. Kat situ dah nampak bayang-bayang sukar. Tapi nak buat macamana, itulah yang terpaling light yang ibu boleh pack. Bila dah anak 2 ni, lagilah macam-macam nak bawak balik. Nasiblah Ara masih susu badan.

Jam 6.15pm ke airport di hantar adik ipar. Thanks Ashue Luqman tolong hantarkan kami. Sampai je airport, terus amik trolley dan letak barang serta sorong Harits dalam tu, kami pergi duduk minum dulu. Kat foodcourt tu pun Harits dah start nak berlari keluar cari daddy dia yang pegi ciggie kat luar. Ibu kena kepit dia sampai dia terbaring-baring atas lantai. Pastu dapat lepas dia berlari sorang-sorang keluar. Ibu pun kejar sambil dukung Ara. Tinggal je bag semua kat meja masa tu. Lantaklah. 8minit duduk situ tapi rasa dan macam berjam-jam. Lepas tu terus kami nak masuk boarding area, tapi trolley mana boleh bawak sampai situ kan? Maka, Hubby pun mengusung la beg tarik plus hand carry & dukung Harits sambil beratur nam masuk scan badan tu. Harits dah struggle nak turun. Aisehhh.. geramm je ibu tengok. Dahlah orang ramai kat LCCT tu, orang jahat pun ramai kot. Seram je pikir kalau dia hilang ke apa ke. Tskkk. Sabar...sabar...

7.30pm masuk dalam boarding area. Flight jam 7.50pm tapi rupanya delayed to 8.30pm. Harits pun suka-suka je nak berlari ke sana-sini dalam boarding area ni. Tak penat-penat nampaknya. Seat semua dah penuh kat sini so, hubby decide lepak dalam 1 cafe kat situ. Duduklah kami 4 beranak makan sandwich, guava juice & nescafe tin - duaploh hinggit. Mahai nau! Hahaha. But no choice. Pastu daddy bwk Harits pegi beli Lolliopp & cookies Famous Amos. Diamlah dia kejap makan lollipop & cookies dalam 20min macam tu. Ara pulak masa ni Ibu dukung dah tido, so ibu pun tak dapat nak gerak ke mana-mana. Makanya, daddy jela yang dok layan dia dalam tu.

Masuk dalam plane pukul 8.30pm. Orang punyalah ramai beratur nak naik plane malam tu. Kita ni sambil dukung Ara tolong jugak daddy tarik beg sampai ke tangga plane sambil daddy dukung Harits & gendong hand carry luggage tu sampai tangga plane tu jugak. Pastu passed bag kat daddy, Harits kita pimpin naik tangga. Daddy gendong bag naik atas kapal terbang. Kesian gila kot kat daddy.

Mula-mula kita semua dapat seat asing. Ibu & Ara duduk kat depan, seat no.8B tapi Harits & daddy dapat seat 24B, 24C kat belakang nun. Kesian lagi sekali kat husband masa tu. Kalut habis. Nak letak bag kat atas lagi, dengan Harits taknak pakai seat belt lagi, menangis2 la dia. Pastu dah minum susu, susu habis pulak la. Adoilahhh....Ara pulak dlm plane dia bangun pastu nangis-nangis,merengek-rengek. Maybe tido tak cukup pastu tak selesa nak nenen dalam tu. Sempit. Kesian sangat Ara. Bila dah take-off semua dah ok, seat belt dah bole bukak, Saya mintak tukar seat dekat dengan huband. Nasib baik ada seat kosong di aisle sebelah. Dapatlah duduk sebaris dengan diaorang. Harits nampak ibu terus nak bangun pulak duduk dengan ibu pastu terpaksa passed ara dengan daddy. Dalam plane, nak membunuh masa, ibu bwk Harits pegi bilik air pastu dia nak jalan2 pulak kat tengah tu then dia bole baring, merangkak-rangkat kat situ. Ya Tuhannnn. Urut dada mak kau nak. Hahaha.

Bila nak turun, kena pakai seat belt and dorang tutup lampu. Menangis lagi taknak. Nasib baik iphone daddy ada. Bagi dia main angry bird terus ok.

.....

Hari Balik

Flight jam 9.10pm. Bertolak jam 7.30pm daripada rumah mertua. Singgah jap makan nasi Royale. Ara dah siap2 susukan masa dalam kereta. Masa ni kawan husband hantar. Sampai Airport macam dah dijangka Harits nak main tolak trolley. Bagilah dia tolak sampai dalam. Nak tolak sendiri tanak bagi ibu & daddy pegang okay. Hahahaha. Sabar jelah. Pastu kami terus masuk boarding area. Masa beratur untuk security check kat sini pun Harits nak pegi lari-lari jugak. Memang active sungguh budak ni. Ara behave je, dah kenyang. Alhamdulillah.

Tapi kali ni dapat seat kat boarding area, terus pasang Angry bird kat Harits bagi main. Lega juga dia nak duduk diam kejap. Then bila orang semua dah habis beratur nak masuk plane, baru kami masuk. Luckily masa balik ni dapat jugak seat sekali. So, Ibu duduk tepi tingkap sebab senang nak susukan Ara, Harits kat tengah-tengah and Daddy kat luar sekali. Bagi dia makan gula-gula pastu pakaikan seatbelt. Dia nangis-nangis jugak tapi buat bodo jela. Susukan Ara lepas tu terus dia tido je sepanjang perjalanan balik. Alhamdulillah. Abang Harits pulak bagi dia minum susu masa nak take-off then main Angry Bird lagi sekali untuk kawal  keadaan. Lepas dia dah penat main, bg minum susu lagi sekali sambil dia baring kat daddy. Lepas sudah minum susu, panjat2 la kerusi sebab tak kena ikat dah. Huhuhu. Then nak pakaikan seat belt balik melalak-lalak tamau but kenalah pakaikan jugak kan. Pastu dorang tutup lampu pulak untuk mendarat. Bising la mulut dia suruh "bukak ampu, bukak ampu" Shian Harits. Dia tak paham lagi.

Sampai rumah jam 11.30pm. Kami balik naik cab kena RM64 from LCCT to Putrajaya. Dalam cab Harits pulak yang tido, Ara bangun. Tapi perjalanan balik agak smooth Alhamdulillah.

.....

Kesimpulan

  • Lepas ni kalau nak balik kampung, naiklah kereta sahaja.
  • Naik kapal terbang bila anak-anak dah besar sikit contoh Harits dah 4tahun ke, dia dah boleh paham kan..Ara InsyAllah OK dan terkawal sebab dia baby girl. Tak melasak sangat kot. Kottt...
  • Sekiranya emergency sangat barulah naik Air Asia. Kalau ada duit lebih tu kena consider spent untuk naik MAS yang lebih baby/ kids friendly.



Tapi muka Harits Haidar first time tengok kapal terbang besar tinggi depan mata dia adalah priceless. Siap menjerit2 seronok. Ini paling WIN. Satu-satunya paling best pasal naik Air Asia adalah boleh tengok kapal terbang besar depan mata secara dekat :)



Sekian, kisah pertama kali anak-anak saya menaiki kapal terbang.






7 comments:

Ann Ilias said...

Kita every yr wajib baik plane sbb balik rumah mertua
Rasanya bw baby naik plane lg senang dr bw toddler
Alia pun mcm tu, asyik nak ke sana sini
Kalau dapat pergi toilet kemain suka lagi haha

nihadriz said...

First flight experience Amna when she was 8 months. senyap je and relax. siap NIP kat airport orang tak perasan ada baby bawak shawl. even dalam flight pun sangat ok. MAS bagi seat for infants jugak (untuk letak bassinet)and yes, i naik MAS sangat baby friendly. i balik KL naik MAS dengan EBM lagi, nasib baik masuk cargo.

next time, easier to have baby carrier rather than stroller. lagi2 kalau balik sorang macam i. hehe~

kesian harits. mesti dia wonder kenapa cerah pastu gelap. kuikuikuiii...

Zahra Al-Rasyah said...

Bila baca balik karangan sendiri kat atas ni macam. Ya Rabbi, kalut betul penulisan. Kalut macam masa hari naik kapal terbang tu ja. Kahkahkah.
Yela, dah lama tak tulis-tulis ni. Dah tak reti nak susun ayat best2 ikut kronologi yg mana satu. Pastu Sabor jela. Banyak betul words sabar kat atas ni. Hahaha.

Ok, nextime sila perbaiki & baca byk kali draft anda. Sekian komen karangan sendiri daripada diri sendiri.

Zahra Al-Rasyah said...

Ann: Mmg baby lagi senang. Pastu Harits tengah level nak expolore semua pastu i rasa sebab Harits tak berapa nak familiar lagi & tak berapa nak faham lagi dengan keadaan bila naik kapal tu. Dats y jadi kalut gila.

Kan? Suka betul dorang dapat pegi toilet but Air Asia sangat sempit. Jadi susah sikitlah.

Zahra Al-Rasyah said...

Niha, i pakai ring-sling bawak Ara tu. Itupun jenuh. Haha. Stroller mmg tak bawak, kalau bawak pinsan lagilah. Kami juz usung Harits guna trolley airport tu. Itupun awal2 je.

Kesian Harits sbb asyik kena marah je kat airport. Marah sebab takut dia hilang. Seramm kalau pikir. Huhu.

Tula, Nextime mmg kena naik MAS jela kot :)

nihadriz said...

beli beg yang ada safety strap tu ok tak? sebab i tengah berkira2 nak beli safety strap tu - esok2 Amna nak pandai berjalan kannn hahaha~

tryla beli kat mothercare ada. tak ingat harga pulak. beg pun chomel ada lion, bee etc. sambil dapat beg chomel, bolehla kawal anak tak lari2 sampai hilang :D

tak payah cakap la pengsan tu, i anak sorang ni pun macam nak pengsan bawak beg. beg kita 1, beg amna 1, tak masuk beg pump, cooler bag, etc. hoh, kalaulah ada tangan 8 mesti setiap tangan tu ada je barang nak angkut kuikuikuiiii

Zahra Al-Rasyah said...

Safety strap bag tu ye? haha. lagilah tak boleh i rasa. Tapi boleh consider untuk beli rasanya. Nnt i try survey kat Mothercare. Thanks babe.