Tiba-tiba membuat Google Search pasal tajuk kat atas tu semenjak dah tujuh hari 'my BFF' tak kunjung tiba. Hahaha. Apakah MHH akan ada adik? Siap dua hari lepas cakap dengan husband " i rasa macam i pregnantlah," And husband was like "erk? how sure are you?"
Bukan saja-saja cakap camtu tapi badan tak sedap je pastu tidur sentiasa tak pernah cukup, siap ada rasa mual-mual macam nak muntah lagi sampailah ke hari ini. Tanda-tanda tu macam dah betul. Kan?
Tapi bawak bertenang ye tuan/puan...Jawapannya adalah TIDAK MENGANDUNG sebab semalam baru buat test and the answer is 'negative'.
Cuma saya ada sedikit rasa kecewa selepas tahu keputusan negative tapi ia memang sebabkan ai mood-swing sikit sampai ke petang, semua benda nak terasa pastu sikit hal pun boleh buat merajuk. Humpph! PMS mode kah? Apapun, both of us memang tak plan untuk tambah lagi mahupun untuk tidak ada, just berserah pada DIA sepenuhnya. Ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak ada pun kami Redha.
Tapi lagi adakah terlalu awal saya buat test tu sampaikan ia takleh nak detect? Ataupun sebab guna Pregnancy Test yang murah jenama Guardian? Hohoho. Takpelah, bagi masa lagi 2weeks, if tak datang juga nak pergi klinik terus suruh doktor scan, takut juga if ada sakit lain pulak.
So, here i am...dah dua hari berturut turut membaca artikel pasal mengandung lagi selepas pembedahan... Jarak yang selamat...Yada...yada...yada... Kena ambil tahulah pasal ni untuk persediaan sekiranya betul-betul saya Pregnant lagi :)
Berbalik kepada topik di atas, one of our famous O&G Specialist iaitu Dr. Hamid Arshat menyarankan, jarak kehamilan yang sebaiknya adalah dua tahun selepas melahirkan bagi memastikan rahim mengecut dan kembali kepada bentuk asal dan parut rahim menjadi lebih kuat. Tetapi sekiranya wanita itu hamil sebelum tempoh 18 bulan doktor yang merawatnya perlu lebih berhati-hati dalam mengawasi kehamilan tersebut.
Selain itu, sekiranya kali pertama bersalin melalui kaedah pembedahan tidak semestinya kelahiran kali kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak ada sebarang komplikasi atau masalah, boleh saja untuk mencuba melahirkan anak secara natural birth. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah disebabkan rongga punggung sempit yang tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Faktor lain pula adalah seperti pendarahan, bayi lemas ataupun faktor uri yang tidak mungkin berulang lagi.
Apapun, kita sebagai orang Islam perlu turut bertawakal dan berdoa kalau betul-betul inginkan kelahiran secara normal buat kali kedua atau ketiga dan seterusnya nanti. Rayulah sunguh-sungguh pada Dia, andai itu yang terbaik untuk kita maka kabulkanlah permintaan hambanya. InsyAllah.
Rujukan:
5 comments:
opssss. MHH nak dpt adik dah. get ready ! hehehhe. anyway take care ya. aku belum ke tahap mencuba skang masih lagi di tahap berhati2. next year xlama je lagi ni. QK lak get ready ! hehhehe
Srieee....manadalah, itu false alarm je tu. Simptom2 nak period kot. Agagagagaaa..Elleh, kau nak hati2 watpe beb? QK dah besar panjang, masa muda nilah kena beranak ramai-ramai. Selagi banyak daya dan tenaga. So, cepatlah cuba-cepatlahhh. ahaha. Sian, QK sorang2 je main tu. Hihihi.
Kami dulu sebelum aku kena belah dah rancang, harits 10 bulan nak try for 2nd baby tau? Haha. advance sangat. Tapi Allah lebih tahukan apa yang terbaik untuk hambanya ini. Jadi redha jela :)
LOL is this entry inspired by me?! hahaha hari tu my 'friend' dah paid a visit. But sangat extra heavy pulak. Tu yang maybe I felt bloated and extra cranky. Still cranky actually :P
YES dear! Hehehe.
Actually, after kita bertexting haritue i terus rasa nervous, tu yang check tu ;p
And u dah selamat. Yeay!
i pulak sampai ke hari ini dia masih tak kunjung tiba. hoho
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.
Post a Comment