Thursday, December 22, 2011

Harits Haidar - Fourteen Month

At this stage, dia dah menunjukkan perkembangan yang amat mengalakkan. Berjalan especially dah semakin laju, sometimes nampak macam nak berlari pun ada. Bila dah laju macam berlari tu confirmlah ada scene terjatuh tersembam sebab kaki tak sync lagi. Huhu. It's a learning process but setakat ni tak adalah sampai cedera berdarah semua, Alhamdulillah. Mintak dijauhkanlah daripada perkara yang tidak baik.

Selalu dah boleh tahu bila daddy dah siap-siap nak keluar, mesti akan depangkan tangan mintak dukung, nak ikut daddy keluar. Kalau tak bawak confirm menangis & kalau tengah mood tak baik mesti akan mengamuk lama-lama bagi pujuk dengan nens pun tak jalan. Huhu.

Sebut "Allah" dah clear tapi kalau suruh cakap "Allahuakbar" jadi "Allahbau". Sambil sebut tu buat angkat takbir. Hehe. Comel je hansome ibu tu... Baru-baru ni dia dah reti sebut "duck" banyak-banyak kali. Pastu everytime nampak moto mesti mulut dia bising buat bunyi vromm-vrommmm. Huhu. Hasil didikan daddy dia la nih. Selain tu, dah pandai pusing bukak tutup bedak main bedak & tabur-tabur satu bilik. Haha. Gelak jela kami suami isteri tengok gelagat si tecik nih. Kalau ibu tengah jemur kain, confirm dia akan tolong sekali. Sometimes dia tolong angkat baju kat jemuran, sometimes dia akan amik baju dalam laundry basket tu dan masuk dalam baldi kosong yang lain. Jadi kerja je semua benda pun.

Sekarang bila tanak makan dah pandai tutup mulut rapat-rapat & kalau kita paksa jugak mesti dia akan tolak tangan kita, sometimes sampai terjatuhlah makanan tu.
Dia dah mula kurang minum susu formula waktu siang, paling banyak pun tiga kali sebanyak 4oz tapi kalau nens waktu malam masih bangun dengan kerap jugak dalam 3-4 kali satu malam. Phewww...

Semenjak dah preggie baby no.2 ni, Harits punya clingy adalah semacam, manja pun semacam. Sentiasa nak kat ibu ja pastu nak naik duduk atas perut ibu kalau ibu tengah baring-baring. Kesian dia, tak bolehlah atas perut yang, atas kaki takpe ye sayang :)



Lastly, ini gambar terbaru dia time baru bangun tido dan tengah buat "bisnes yakyak" pagi tadi. Hehe. Serius je muka tu. Nanti Harits dah pandai cakap betul-betul bolehlah start potty training sebab dia dah pandai squat masa dok yakyak tu. Hehe.

2 comments:

misha.w said...

sekejap je dah nampak big boy.:)

Zahrasyah said...

Hehe.. Tula kan? Sekejap je, dah nak jadi abang kecik pulak tahun depan ;p