Thursday, September 22, 2011

Harits Haidar - Eleven Months of Life

Wow! Wow! Wow!

It's Eleven months already? Can i somehow freeze the time. Pleashee...Gosh! Cepatnya. Rasa macam baru je semalam Harits Haidar dikeluarkan daripada perut ini tapi realitinya lagi sebulan dia akan menginjak ke fasa toddler. Pastu nanti tiba-tiba ja dah masuk tadika and then darjah satu, pastu nak periksa UPSR, PMR, SPM, kerja part-time, masuk U, kerja, belanja ibu & daddy pergi holiday, kerja lagi pastu kahwin pastu i dapat cucu. Oh my! Oh my! Cepat sungguh. Over sangat la tu ibu tu nak imagine berdrama bagaikan hape. Budak tu baru nak masuk setahun ja pun. Hihihihi.

Okeh, for my own record Harits Haidar officially dah tumbuh gigi around his 10month 3weeks old. Agak lambat sikit but it's okayyy. Buat masa sekarang ni kerjanya adalah mengasah gigi dengan makan playmat or tilam or even worst carpet. Pastu dengan selambanya dia test power dengan mengigit nenen ibu. Ouchhh! sakit gila hoccay. Tak tipu. *Nangissss* Jalan belum lagi and rasanya akan berjalan time birthday dia nanti kot...Aminnn.

Tantrum wise budak kecik ni agak boleh tahan. Dah pandai show anger bila kita tak bagi dia barang yang dia nak. One more thing, kalau dalam car-seat dia dah puas menjerit & menangis sebab dah boring duduk dalam tu, dia akan mula hentak-hentak belakang kepala. Phewww! Risau tengok, tapi dia rilek ja macam tak sakit pun. Huk. Saya terus amik bantal and letak kat belakang kepala dia tu.

But sadly, takde degree dianugerahkan kepada saya sebab Harits dah start campur FM masa umur dia 7months if tak silap. But still saya pump juga harinie untuk esok. Nak buat stok? Harapan jela kot sebab dalam sehari nak dapatkan 12oz pun macam susah je. Huhu. But after all, saya masih bersyukur coz susu masih ada lagi untuk di buat fresh EBM waktu siang (if habis EBM baru bancuh FM) & boleh lagi BFing session at night and during haliday week or weekend. Syukur sangat!

For now, tengah buat eksperimen separatekan tilam Harits dan tilam kami. Dah mula semenjak malam kelmarin but first night tu, tak jadi sebab tiba-tiba rasa rindu and kesian kat Harits kena tidur sorang-sorang time hujan-sejuk. Jadi saya pun angkat dia tido di antara saya dan hubby. Lastly hubby yang tido bawah kat tilam Harits tu. Hahaha. Malam kedua ok, saya sudah boleh kawal emosi but dalam pukul 4pagi macam tu terasa macam ada budak kecik tepuk-tepuk muka. Buka je mata rupanya Harits dan dia dah merangkak sampai atas badan saya. Dia merentas badan daddy dia untuk kejutkan saya sebab dia nak nenen plus diapers dah penuh kencing. Ya Allah, sungguh comel situasti itu but kasihan kat Harits. Mesti masa dia sedar-sedar tu rasa lain je sebab ibu takde kat sebelah pastu terpaksa meredah kepekatan malam, kena panjat tilam and merentas halangan semua bagai just untuk dapatkan susu ibu dia. Kesiannyaaa. Malam ketiga pulak, back to square one, tidur balik kat tengah-tengah antara kami berdua. Hehe. Lagipun kesian kat dia coz idung still beringus and kahak tu tak setel lagi. Malam ke-empat,iaitu malam tadi pun sama jugak. Peace!

Doa ibu hari-hari semoga Harits Haidar sentiasa berada di bawah lindunganNya , menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat.







Happy eleven months hansome!








Much Love,
Ibu






2 comments:

misha.w said...

sebulan saja lg. wooot wooott! :)

Zahra Al-Rasyah said...

haha..berdebar-debar jugak ni.huhu.
mak dia yg hover kan?