Thursday, February 10, 2011

Wear Your Baby - Which Carrier is The Best?


Bulan tiga nanti akan berholiday ke Hatyai. Family-Day Holiday sebenarnya sebab nanti semua family sebelah Hubby akan tour ke sana dengan menaiki satu bas persiaran. Weehuuuu. Oleh itu. sekarang saya sedang mensurvey dan berkira-kira untuk membeli baby carrier memandangkan hal-ehwal membawa Maxi-Cosi+Zapp adalah amat mustahil sebabnya nak kena bawak Car Seat Maxi Cosi tu dah satu hal dan membawa rangka badan Quinny Zapp tu pula adalah satu hal yang lain. Pastu kepala menjadi pening dengan choice baby carrier yang banyak di pasaran. Banyak betul. Memang banyak, ada dalam enam jenis baby carrier rupanya puan-puan. Apapun, keutamaan paling utama semestinya adalah keselesaan si kecil 'budak bam-bam' kami tu. Pastu baru masuk bab kesedapan saya mengendong anak, mudah untuk menyusu dan harga la of course. Huhuhu.

Ok, saya pernah sekali cuba bawak baby Harits dalam carrier yang semacam ini



Tapi dia nampak macam terperuk dan tidak selesa pastu dok sibuk isap-isap and jilat span yang dicipta untuk cover muka dia tu. Tapi ni bukan Lil' Harit punyalah, saya pinjam Sakinah punya (Lil' Harits cousin). Then saya dah tak pernah pakai dah sebab bila Lil' Harits nangis nak susu punyalah susah nak keluarkan dia daripada mendalah tu. Banyak sangat buckle yang kena buka. Phewwww! Dan lagi concern saya ialah bila pakai carrier yang baby kena kangkang macam ni saya takut anak saya dah besar nanti end-up jalan kengkang. Huk. Tanaklaaaahhhhhh macam tu kan :(


Tapi bila survey punya survey dan baca ring sling carrier punya description saya rasa macam ok pulaklah.

Ring Slings are basically a piece of cloth with 2 rings attached to one end making it adjustable to many different sizes, so it is easy for both men and women to use the same sling. I find them great for newborn through the toddler years. They are wonderful for nursing moms because the baby can easily lay down in them and the tail of the sling can be used as a cover up. The baby can be worn in the tummy to tummy upright position, on the hip, facing out and reclined as for nursing. There are many great brands available. *Source*

Dan saya dah rasa macam nak beli je satu yang kat http://www.jumpsacbaby.com/ ni.

Macam mana ek? Ok ke tak ok? Best ke tak best agaknya bila Lil' Harits dok dalam tu. Panas ke tak? sesuai ke untuk pakai Lil' Harits masa kami jenjalan nanti. Lil' Harits dah makin panjang dan bertambah bam-bam ni. Risau pulak kalau pakai ring sling ni nanti dia rasa terperuk jugak. Hummmm. Confuse. Confuse. Hati dah rasa berkenan tapi otak pulak kata jangan. Daddy rasa caner? Huhuhuhu.





2 comments:

Puan nadxoxo said...

Salam kenal, Zahra :) Nad beli ring sling tapi lom pakai lagi. Hehe. Tapi Nad rasa mmg better dari carrier sbb Nad pun krg berkenan bila baby terkangkang tu. Kalau pakai sling ni kena banyak prektis, memula x biasa. Lama2 akan biasa :D Nad suggest beli yang mahal sket la. Sebab Nad beli yang cotton harga xsampai RM100 dia mcm kesat sket nak adjust kain tu. Tapi elok la sbenanye sbb lg kuat dia grip kan hehe. Rasanya yg below RM200 ok kot :D

Zahra Al-Rasyah said...

Hi Nadd.salam kenal :)
Oh, tak pernah pakai lagi ke?bila nak pakai tu?hehe.takpa2 ingatkan nak tanya pengalaman pakai ring sling tu ok ke tak.but tula, arap2 bila beli yang mahal sket oklah kot.
nway, thanks for the info ya! :)