Tuesday, July 13, 2010

Cold - Fever


Angin tadak, ribut pun tadak tapi hujan juga ada dua tiga hari lepas. Tapi bukan salah hujan yang turun pun rasanya. Entahlah, tiba-tiba ja diserang flu dan demam yang agak teruk jugalah. Start Sabtu petang yang lepas suddenly rasa badan seram sejuk semacam, hidung berair and tekak ketat. Malam tu try minum air banyak-banyak dengan harapan akan baik tetapi harapan tinggal harapan. Gugugugu. Sudahnya, sepanjang hari Ahad berkelubung je atas katil. Tapi keluar jugak dalam pukul 2 macam tu coz nak cari klinik but hampa kecewa coz semua klinik kat area SD tutup haritue. So, last2 pergi makan bubur mcD (yang tak sedap) and fresh orange pastu beli air cap badak yang banyak and balik umah sambung tidur balik. Hubby dah risau n start bubuh towel basah atas kepala bila demam saya ni kejap naik and kejap turun. Mana tak risau, satg demam jangkit kat baby-baby macam mana?

Malam tu, Hubby belikan pulak cold fever untuk tampal kat kepala plus air laichikang. Fyi, saya tahan untuk tak makan ubat langsung. Syukurlah air jus oren, laichikang and air cap badak tu agak membantu but still tido tak lena malam tu plus pening kepala yang amat. Ia mengakibatkan Isnin semalam saya telah ke klinik untuk mengambil ubat dan MC kerana masih ada lagi sisa-sisa pening demam yang berbaki meskipun temprature dah takda. Ok, rehat lagi satu hari kat umah. Tapi ubat-ubat tu semua saya tak makan pun, simpan ja dalam peti ubat kat umah. Rasa risau semacam ja nak makan takut efek kat baby-baby nanti. Hopefully, baby-baby kat dalam ni selamat dan sihat sentiasa. InsyAllah. Aminnn...


p/s: harinie saya dah sihat and dah kat opis pun sambil buat kerja dengan gembira. Pastu baby-baby pun dah kicking actively start dari pagi tadi. Yeay!


2 comments:

smms said...

oh demam rupanya kamu pttla diam ja ..
demam baby2 nak memebesar tu ..

Zahra Al-Rasyah said...

tula, demam tiba2.huhu.
but rasanya mmg betul la demam baby nak besar..dah terasa sgt dia kicking actively sekarang ni :)