Yeay! Saya dah 5bulan. Next month dah boleh makan solids
Sorry ye adik, lepas adik dah 5 bulan baru lah ibu berjaya tulis 1 entry pasal adik kat blog ni. Ibu sangat tak sempat, kerja ibu semakin bertambah kat office tu tapi Ibu banyak record deveopment awal dalam media social lagi satu tu, adik boleh je search #aradney bila adik dah besar nanti ye. Hihihi.
Alhamdulillah, setakat hingga 5 bulan ni kesihatan dia baik, kecuali ada demam lepas seminggu cucuk 3 bulan but sehari je demamnya. Cepat baik. Dari baby lagi adik senang jaga, senang tido. Nangis pun bila berak, ngantuk & penat tak selesa. Lain-lain dia ok je. :)
Ni masa adik demam, last two months
Dari segi physical development, last timbang adalah 5.9kg masa 3 bulan check-up hari tu. Tapi sekarang ibu rasa adik dah makin berat. Tangan dah pandai grab tudung ibu kuat-kuat, kaki dah pandai tendang-tendang. Bila tarik tangan dari posisi baring tu adik dah pandai duduk dan terus berdiri. Kuat kaki adik, cepat sangat ibu rasa. Terkagum kejap sebab ibu rasa adik kecik lagi tapi dah kuat dah. Development lain, masa Adik 3bulan tepat adik dah meniarap sendiri but lepas tu seminggu kot awak tak meniarap pastu meniarap balik sampai lah sekarang. Asal letak je meniarap. Dah siap pandai meniarap banyak-banyak kali macma berguling tu. Hebat.
Sampailahhhh....awak terjatuh semalam daripada sofabed tinggi lutut ibu. Jatuh atas lantai. Ya Allah, maafkan ibu dik sebab cuai. Tak letak bantal kat tepi sofabed tu siap-siap sebelum pegi dapur. Nasiblah takde apa2 yang serius. Takde benjol lebam ke hape. Bederau darah ibu, macam nak sesak napas pun ada, tiba2 tengok adik dah melepek tertiarap kat bawah then meraung macam hape. Lepas dari tu, asal ibu takde kat sebelah je mesti ibu letak awak kat bawah atas mat ABC tu macam ni.
Anyway, Last week, Hari Ahad 6.1.2013. Ibu bawak adik pergi sunat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ibu je yang nervous lebih-lebih masa tengok doctor tu pegang gunting. Masa adik kena siat kulit sikit tu, adik tak nangis pun! power sungguh adik. Adik juz ekk sikit je. Terer adik tahan sakit, ke memang betul tak sakit sangat. Itu ibu tak tahulah kan. Hehehe.
Si kenit kat klinik, tengah tunggu turn nak bersunat.Hihihihi,
Lain-lain tu, adik dah tunjuk keminatan yang tinggi terhadap makanan dan orang tengah makan. Kesiannn ibu tengok but tunggulah lagi sebulan, bagi ibu prepare & study betul2 pasal solid foods pastu beli gadget untuk working mom macam ibu ni nak bagi makanan kat anak. Macam-macam kena prepare tau dik.
Adik duduk taska pun ok je, maybe tak reti kot nak crancky2 lagi. Juz sometimes cikgu kat taska lupa letak Lucas Papaw lepas nappy change yang buatkan naik nappy rashes. Kesian adik. Tapi adik mmg suka berak, sometimes 3x sehari macam daddy. Hihihihi.
Okaylah, next monday ada check-up + cucuk 5 bulan untuk Adik. Ibu harap semuanya ok, berat adik naik walaupun nampak tak setembam dulu. Ibu doakan adik kuat, sihat & cerdas.
Till next post about u darling baby Ara.
Love Banyak Sangat,
Ibu.
4 comments:
Ara sebijik macam muka u la Iema!!!! :D
Amna pun pernah tergolek jatuh, dari katil yang tinggi lutut jugak. sampai sekarang i tak tido atas katil. tido bawah je. bedebuk bunyi.
dah pandai panjat pun tergolek2 jugak. nasib baik ada mat ABC tu. takdela direct ke lantai. seriau kan anak jatuh. huhuhu~
ibu pls don letak adik atas sofabed lagi oke. i never do it. takut i kan cpt panic. heheh.
dulu masa lahir rambut ara adalah lebat kot now mana rambut shayang.
btw iema 5 bulan ada cucuk ke ? aku nengok dlm buku xde pulak. dan doc sini pun kata xde. is msia ada sini xde sian tihani. huhuhu. nnti kena cek it out smula.
Niha, Ada yang kata Ara macam daddy dia. Tapi i dah insap. Kalau i takde kat tepi Ara i memang tak letak dah kat atas sofabed tu.
Srie: Itula, aku dah insaf dah, lepas ni tak buat dah. Huhuhu.
Yup, ada cucuk untuk 5bulan - 5serangkai tu. Batuk kokol, polio, amenda ntah lagi. I dah lupa. Hahaha. Try google.
(sory lmbt reply, busy sungguh. Lupa bukak blog. Huhuhu)
Post a Comment