Rabu, 2 Mei 2012 - Kembali ke KKP3, kali ni di waktu pagi juga iaitu jam 9 pagi. Selamba je sampai klinik jam 9am walaupun the previous check-up saya dok komplen klinik tu lembab la apalah kan? But then sama je, sampai lambat ke awal ke, style perkhidmatan diorang still sama. Lembab. Juz saya tak try lagi suggestion on of readers 'Juliet' namanya yang advice saya untuk datang appointment sesi petang. Nanti lepas check-up lagi 2minggu saya try mintak tukar ke petang. Harap-harap better.
Sesi check-up untuk saya yang dah 27 minggu ni bermula dengan HB test. Drop sikit HB daripada 11.5 ke 10.9 dan telah di tanda dengan pen merah sebab reading tu bawah 11. Then, buat urine. Alhamdulillah, semua dah ok. Kali ni nurse dah takde warning saya untuk buat ujian minum air gula. Hehehe. Gembira! Berat pulak naik ke 58.4kg. Not too bad coz nurse tak ada mention apa-apa pun mengenai kenaikan berat badan ni.
Saat mendebarkan adalah masa sesi mendengar heart-beat baby. Boleh pulak nurse tu tak jumpa heart beat baby. Haih. Rupanya baby masih dalam kedudukan songsang (breech) dan jantung dia kat atas la of course. Minggu lepas masa kat alor star pergi scan & memang nampak baby breech. Alamak, dia tak pusing lagi rupanya. But nurse kata takpelah, selagi belum 8 bulan should be ok, nanti baby akan pusing sendiri. Dalam kelegaan mendengar tu saya still nak risau jugak. So, lepas setel check-up semua saya terus plan nak call mak, tapi mak macam tau-tau je. Dia call saya dulu. Huhu. Saya pun terus tanya whether Tokwan saya masih boleh betulkan positon baby songsang tak? Saya tanya ni bukan apa, just untuk usaha je. Bukan nak suruh urut pun. Nak mintak tengok-tengokan je. Plus Tokwan saya bekas bidan, InsyAllah dia boleh cuba tolong mana yang patut.
Setakat ni perut dok rasa keras & menegang semacam je. Mungkin ini tanda baby tengah struggle nak pusing kot. Huhuhu. Saya pun harap baby bolehlah pusing dan stay in that postition sampai keluar. Next check-up adalah lagi 2 minggu. Hopefully masa tu baby dah pusing elok dan nak tengok kedudukan uri sebab history saya sebelum ni yang Placenta Pervia Type3.
Till' next entry.
2 comments:
suspen kan bb songsang. aku ni duk sakit ari2 je sejak 2 minggu ni. risau juga. huhuhu. take care.
Actually kan, perut mengeras tu braxton-hick's contractions. i mula2 ingat baby yg keras2, but actually it's kind a way your uterus prepares itself for bigger contractions, and, nak regangkan muscles sebab baby makin besar heheheh...
may this time be a normal birth ye darling! Amna 7 months dah kepala engaged kat bawah, yelah, dah tak muat sangat time tu. hehehe..
Post a Comment