Tuesday, May 22, 2012

Placenta Praevia Part.2



PENDARAHAN ketika hamil merupakan antara perkara yang ditakuti kaum ibu mengandung kerana ia berisiko menyebabkan keguguran jika tidak disusuli dengan rawatan segera.
Pendarahan boleh berlaku di bahagian luar faraj iaitu pada vulva atau pangkal rahim. Ia boleh terjadi kerana komplikasi kehamilan atau keadaan plasenta yang tidak normal iaitu kedudukannya berhampiran atau betul-betul di atas serviks yang dipanggil placenta praevia.
Umum mengetahui, plasenta merupakan organ yang menghubungkan ibu dengan janin dalam rahim. Ia berfungsi membekalkan makanan termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan mengeluarkan bahan kumuh daripada janin melalui ibu.
Namun, kedudukan plasenta yang songsang daripada kedudukan normal boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sudha Kumari memberitahu, terdapat empat jenis placenta praevia iaitu lateral, marginal, partial dan central.
“Plasenta praevia lateral merujuk kepada kedudukan plasenta yang cenderung jaraknya lima sentimeter atau lebih daripada serviks manakala kedudukan marginal pula menunjukkan plasenta berada betul-betul di margin serviks.
“Placenta praevia partial pula menunjukkan keadaan plasenta menutupi sebahagian serviks, manakala penutupan serviks sepenuhnya pula dipanggil central iaitu kedudukan plasenta betul-betul di atas serviks. Dalam keempat-empat kes, keadaan central ini paling merbahaya,” katanya.
Tambah Sudha, keadaan tersebut berlaku selepas tempoh 24 minggu kehamilan dan ia disebabkan beberapa perkara iaitu parut ketika proses kelahiran atau pembedahan, kekerapan bersalin dan infeksi.
“Keadaan ini akan menjadi punca plasenta akan terus melekat di situ dan tidak bergerak. Pada awal tempoh kehamilan, plasenta berada di mana-mana dalam rahim kerana pada masa itu saiz bayi terlalu kecil, namun apabila tempoh kehamilan bertambah ia (plasenta) berubah tempat ke bahagian atas rahim.
“Kedudukan plasenta yang tidak berubah dipanggil placenta praevia. Sebenarnya, plasenta tidak bergerak tetapi uterus membesar dan mengembang, oleh itu ia secara automatik akan naik ke atas,” ujarnya.
Ia akan terjadi selepas 24 minggu tempoh kehamilan kerana dalam tempoh tersebut plasenta akan berada di kedudukan atas.
Menurut Sudha, walaupun plasenta berada di bawah pada kehamilan minggu ke-24, kebarangkalian ia berpindah ke atas tetap ada dan ia memerlukan pemantauan kandungan dengan kerap.
“Biasanya jika kedudukan plasenta dalam keadaan lateral dan marginal pada minggu ke-26 kehamilan, ada kemungkinan plasenta akan naik tetapi jika plasenta dalam keadaan central dan partial, kemungkinan besar ia tidak akan naik kerana kedudukannya betul-betul di atas serviks.
“Kerana itu, seseorang ibu perlu menjalani rawatan susulan dengan doktor. Selepas minggu ke-34 kita akan dapat tahu sama ada plasenta akan naik atau tidak,” katanya.

Siapa yang berisiko mendapat placenta praevia?
Mereka yang berisiko tinggi mendapat placenta praevia adalah dalam kalangan wanita yang pernah mengalami placenta praevia pada kehamilan sebelumnya.
Selain itu katanya, kekerapan bersalin setiap tahun, kelahiran anak kembar, pernah menjalani pembedahan caesarean dan fibroid, malah ada yang berpendapat wanita yang mengambil kokain dan merokok juga mempunyai risiko yang sama.
“Apabila umur meningkat risiko juga akan meningkat. Umur yang berisiko ialah wanita berusia bawah 20 tahun dan melebihi 35 tahun. Umur yang paling selamat ialah 20 hingga 30 tahun. Risiko wanita untuk mendapat placenta praevia adalah satu dalam 200 kehamilan.

BEGINILAH kedudukan plasenta yang normal iaitu di atas rahim bukan di kedudukan berhampiran serviks.


“Seseorang yang didiagnos mengalami placenta praevia apabila berlaku pendarahan pada minggu ke-24 kehamilan. Oleh itu, doktor perlu buat ujian ultra bunyi bagi memastikan kedudukan plasenta,” jelasnya.
Wanita yang dikesan mengalami placenta praevia dinasihatkan untuk berehat, tidak membuat kerja-kerja berat, tidak bersenam, tidak mengadakan pemeriksaan vagina dan tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.
Sudha memberitahu, wanita yang mengalami placenta praevia central dalam minggu ke-34 kehamilan akan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan.
“Jika tiada sebarang pendarahan, mereka boleh berehat di rumah dengan syarat, jarak rumah mereka dekat dengan hospital dan mempunyai pengetahuan mengenai keadaan kehamilannya bagi mengelakkan risiko ke atas ibu dan anak.
“Segera berjumpa dengan doktor jika berlaku sebarang pendarahan tanpa rasa sakit. Buat permulaan, pendarahan kali pertama akan keluar sikit dan akan berhenti seketika sebelum berlaku pendarahan yang banyak,” katanya.
Tambahnya lagi, jika berlaku sedikit pendarahan dalam tempoh kehamilan masuk minggu ke-34, pihak hospital akan menunggu sehingga cukup bulan, tetapi jika si ibu mengalami pendarahan yang banyak, bayi perlu dikeluarkan segera demi kebaikan ibu dan anak.

SUDHA menunjukkan kedudukan plasenta yang betul iaitu berada di atas bahagian rahim.

“Jika berlaku pendarahan yang banyak, jantung bayi akan jatuh dan bayi perlu dikeluarkan segera jika tidak, bayi akan mati di dalam kandungan.
“Ibu yang mengalami placenta praevia tidak boleh melahirkan bayi secara normal dan perlu menjalani pembedahan caesarean. Bukan itu sahaja, ia memerlukan doktor yang berpengalaman luas mengendalikan kes placenta praevia serta kakitangan hospital yang terlatih. Jika tidak keadaan itu mengundang risiko kematian,” jelasnya.
Ujar beliau, dalam keadaan pendarahan yang banyak, seboleh-bolehnya, doktor mahu menyelamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi tetapi keutamaan diberikan kepada ibu.
kredit : kosmo.com.my

Placenta Praevia


During my last antenatal check-up at Klinik Kesihatan, i did tell you that I ada lagi satu berita yang tak berapa best kan besides we'll be having a baby girl? 

So, the result is I've again been diagnose of having a Placenta Praevia iaitu dalam bahasa mudahnya uri kat bawah. I kata again sebab masa Harits Haidar dulu pun complication adalah Placena Previa and end up kena emergency c-zer coz ada bleeding and mild-contraction. Haih. Or maybe ini sign nak suruh beli Proton Preve kot DD? Kahkahkah ;p Sorry, sempat pulak nak bergurau laki bini. Huhuhu.

Jadi lepas check-up tu doktor kat KK terus bagi refferal letter untuk jumpa pakar OB&G di Hospital Putrajaya. Appointment adalah Khamis ni untuk buat details check-up pulak. Takut but at the same time kena terus berdoa agar tak ada apa-apa komplikasi yang serius untuk problem ni. Harapan saya nak sangat bersalin normal & nak sangat husband berada di sisi semasa proses bersalin tu.

So, hasil reseach & googling ini yang saya dapat daripada sumber-sumber sahih berkenaan Placenta Preavia ni. Bercampur-campur dalam english & BM ye puan-puan. Macam saya jugalah, suka tulis suka hati, caca-merba. Huhu.


Occasionally, placenta praevia is picked up in other ways: 

  • If your baby is in a breech position or is lying across your bump (transverse position). This could be a sign that she is unable to get into a head-down position, because the placenta is in the way. - Ini situasi saya sekarang. Marginal Placenta Preavia. Baby dalam kedudukan songsang sebab tak boleh nak pusing terhalang dengan kedudukan uri yang kat bawah tu.


How is placenta praevia managed?


Managing placenta praevia is sometimes just a matter of watch and wait. Your medical team will keep track of where your placenta is lying. 


Your care will also vary depending on whether you've had any bleeding or not. If you've had no bleeding you'll probably be able to stay at home. You may be advised to avoid making love for the rest of your pregnancy. You should have someone to help you at all times and make sure you can get to hospital at a moment's notice. 

If you have had bleeding or you have placenta accreta you'll be asked to come into hospital when you are 34 weeks pregnant. Usually, you'll be recommended to have a planned caesarean when you're between 37 weeks and 38 weeks pregnant. Because you may be more vulnerable to bleeding during the operation, a blood transfusion will be on standby, just in case. 

If you're bleeding heavily before you're due to go to hospital, go straight to hospital so that the bleeding can be monitored. When it stops, you may be asked to stay in until your baby is ready to be born. If the bleeding doesn't stop, or you go into premature labour, your baby will need to be born by emergency caesarean section (RCOG 2005a, 2005b)


So, memang tak ada specific treatment. just wait & see jela. Sebab benda kat dalam kan? Nak urut pun tak berani. BIG NO! Tak best... Tak sest sebab tak boleh nak buat apa-apa...Tapi Husband saya dah buatkan air penawar (Al-Fatihah 70x & selawat 3x pastu doa untuk wifey lah).  Di samping saya pun berdoa dan selawat pada baby hari-hari. Semoga usaha yang kecil ini berhasil.


If I have placenta praevia, what can I do to help myself?


You can't do anything to change the position of the placenta. But you can make sure that you stay healthy and well. Eat plenty of nutritious foods, particularly those that are rich in iron. This will reduce your chances of becoming anaemic (RCOG 2005a). If your iron levels are low your doctor may recommend that you take iron supplements. 


Having placenta praevia can be worrying for you, particularly if you are waiting to see if your placenta moves up. But there is plenty that can be done to keep you and your baby safe and well. 


Source: www.babycenter.com.my/pregnancy/complications/placentapraevia/


Akan bersambung dengan sumber sahih lain selepas ini. Stay tune peeps! :)


Thursday, May 17, 2012

Baby Gender - Final Result


Baby Gender ke? actually its not Gender, it's jantina... Saya yang salah menggunakannya (Chewah, mentang-mentang baru balik kursus gender) Mari saya terangkan secara ringkas perbezaan antara gender & jantina dengan uolls semua ye)

Sex (Jantina) - Biological differences between men & women, such as women can give birth & men provide sperms. 

Gender - its about perception & relationship between men-women, boys-girls. Gender is socially constructed. Such as boys play with balls & girls play with dolls. Gender roles are dynamic & change over time.

Hope uols dah paham ye & hopefully after this kita semua akan menggunakan jargon ini dengan betul. Ok, enough babbling about this Sex - Gender issues :)


Back to the topic. Dah 2 kali kami ke klinik dengan tujuan untuk check jantina anak kedua ni. First ke Klinik Maria di Putrajaya tapi tak berjaya nampak. Second time kat Alor Star, Klinik Tanjung (tempat saya buat ultrasound masa Aishaidar dulu) pun tak nampak jugak. Baby sangat pemalu orangnya. Huhuhuhu.

So, yesterday saya ada monthly check-up di KKP3, this time ada appointment dengan doktor untuk scan. So, husband pun saya paksa ikut specially sebab nak scan ni lah. Dah settle buat routine check-up dengan nurse. Check urine - OK, check HB - not OK (10.8), check berat - Saya dah gumuk (60.7kg). Then, saya pun dipanggil masuk ke bilik doktor. Baik nampaknya doktor nih, husband pun dia bagi masuk untuk tengok proses ultrasound scan tu. Hehehehe. Actually tujuan utama nak tengok kedudukan uri dan kedudukan baby. Hummm. Not so good sebab uri masih di bawah dan baby masih dalam kedudukan melintang. (Later i'll story bout this) Sambil doktor ambil ukuran baby-baby tu dia pun tunjuklah ni kepala, perut dan lain-lain.

Kebetulan doktor tanya "dah tau ke boy or girl? Dalam hati saya kata, baik pulak doktor gomen ni nak bagitau jantina baby. Huhu. Then kami pun cepat-cepat BELUM tau lagi sebab selama ni scan tak nampak. So, dia pun dengan baik hati tunjuklah... Ini dua belah paha dia & nampak tak ni? Jeng...jeng...jeng....

So, confirm it's a GIRL. InsyAllah.

Alhamdulillah. Jika selamat semuanya kami akan dapat sepasang cahayamata by August 2012. Happy tidak terperi. Semua tolong doakan agar saya dapat melahirkan dengan normal, mudah dan selamat.









Friday, May 4, 2012

PREPARATION FOR DELIVERY - CHECKLIST FOR BABY AND MUMMY

As promised before. Here are the checklist untuk first time mummy dan refresher untuk M2B for second baby macam saya nih. Huhuhu. FYI, Checklist ni adalah hasil combination daripada blog M2B yang saya pernah baca dan saya edit berdasarkan keperluan saya sendiri. Sharing is always caring :)


CHECKLIST FOR BABY:
Breast-feeding
1. Breast pump set - 1 set (Aiming for Madela FS)
2. Breast Milk Storage Container (20pcs bottle & 1 box of liners)
3. feeding bottles & teats - 3set
4. Bottle & teat brush - 1
5. Bottle drying racks - 1
6. Nursing bra - 2
7. Breast pad - 1 box
8. Nursing Pillow - 1
9. Nipple Cream - 1

Nursery
1. Baby Cot - 1
2. Plastic Drawers - 1
3. Mosquito Net & Stand - 1
4. Crib Set (Pillow & Bolster, Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) - 1 set
5. Mattress (Latex / Foam) - 1
6. Waterproof bed pads - 1
7. Blanket - 2
8. Night Light – 1
Apparel
1. Sleepsuit - 5pcs
2. Daywear - 5pcs
3. Cloth Diapers - 12pcs
4. Disposable Diapers - 50pcs
5. Mitten and Booties - 5 pairs
6. Receiving Blankets - 1pcs
7. Swaddle/Bedung - 5pcs
8. Barut - 6pcs
9. Socks - 5pcs
10. Handkerchief - 3 pcs

Bathing & Grooming
1. Bath Tub - 1
2. Wash Cloths - 1
3. Bath Towels - 2
4. Toiletries - 1 set

Health Care & Hygiene
1. Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors) - 1
2. Medicine Set (Medicine Dropper, Medical Syringe - 1 (optional)
3. Minyak telon / Vicks - 1
4. Diaper rash cream - 1
5. Cotton bud - 1
6. Baby wipes - 2
Travel
1. Stroller/ Travel System - 1
2. Infant Car Seat - 1
3. Diaper Bag - 1
4. Travel mattress set - 1
5. Travel waterproof bed pad - 1


CHECKLIST FOR MOMMY :
1. Maternity Pads
2. Nursing Bra
3. Dispossable Nursing Pad
4. Set Bersalin ( bengkung) etc..
5. Nipple Cream Set
6. Breast Pump
7. Dettol @ Savlone utk cuci luka
8. Jeli gamat @ pati ikan haruan utk sembuhkan luka
9. Relief sore, cracked nipples associated with breastfeeding cream
10. Baju yang botton kt dpn, bertujuan senang utk breastfeed @ nursing shirt
Pantang
1. Tempah Tukang Urut - 5 sessions
2. Set Jamu Bersalin - 1 set
3. Bengkung – 2
4. Tungku - 1

CHECKLIST FOR HOSPITAL BAG :
1. Baju baby (sepasang sleepsuit & sepasang daywear)
2. Mittens & booties (2 set)
3. Kain Lampin (5 helai)
4. Diapers baby (newborn set - 10 helai)
5. Baby Blankie
6. Baby towel
7. Barut perut baby - 3 set
8. Minyak telon or yu yee
9. Cotton wool (Important untuk basuh yak-yak newborn pakai air)
10. Baby wipes (travelling pack)
11. Toilettries baby – (Top-to-toe wash, baby powder & baby oil)
12. Maternity pads - Berdasarkan pengalaman saya pakai sanitary pads kotex night wings pun dah ok tak perlu beli pad khas untuk maternity pun - lagi tak selesa adalah sebab besar sangat & ada yang bertali tu lagi tak best pakai! hoho)
13. Mummy towel
14. Mummy socks
16. Baju 2-3 helai (Button Tshirt n sweater)
17. Kain batik – 3 helai
18. Kelengkapan lain Mummy – bra, panties, shampoo, bath gel, deodorant, basic make up, facial wash, slippers, disposable nursing pad
18. Kelengkapan yg lain untuk daddy kalau dia boleh temankan di hospital macam sepersalinan baju & seluar dia semualah
19. camera + charger + phone's charger
20. Food - 3 in 1 milo or horlicks cereal + kurma + biskut + termos isi air panas + mineral water + lain-lain makanan yang sesuai

*kalau ada penambahan lain dipersilakan letak di ruangan comment ye kawan-kawan. Thank you :)




Fifth Check-up For My Baby-Baby

Rabu, 2 Mei 2012 - Kembali ke KKP3, kali ni di waktu pagi juga iaitu jam 9 pagi. Selamba je sampai klinik jam 9am walaupun the previous check-up saya dok komplen klinik tu lembab la apalah kan? But then sama je, sampai lambat ke awal ke, style perkhidmatan diorang still sama. Lembab. Juz saya tak try lagi suggestion on of readers 'Juliet' namanya yang advice saya untuk datang appointment sesi petang. Nanti lepas check-up lagi 2minggu saya try mintak tukar ke petang. Harap-harap better.

Sesi check-up untuk saya yang dah 27 minggu ni bermula dengan HB test. Drop sikit HB daripada 11.5 ke 10.9 dan telah di tanda dengan pen merah sebab reading tu bawah 11. Then, buat urine. Alhamdulillah, semua dah ok. Kali ni nurse dah takde warning saya untuk buat ujian minum air gula. Hehehe. Gembira! Berat pulak naik ke 58.4kg. Not too bad coz nurse tak ada mention apa-apa pun mengenai kenaikan berat badan ni. 

Saat mendebarkan adalah masa sesi mendengar heart-beat baby. Boleh pulak nurse tu tak jumpa heart beat baby. Haih. Rupanya baby masih dalam kedudukan songsang (breech) dan jantung dia kat atas la of course. Minggu lepas masa kat alor star pergi scan & memang nampak baby breech. Alamak, dia tak pusing lagi rupanya. But nurse kata takpelah, selagi belum 8 bulan should be ok, nanti baby akan pusing sendiri. Dalam kelegaan mendengar tu saya still nak risau jugak. So, lepas setel check-up semua saya terus plan nak call mak, tapi mak macam tau-tau je. Dia call saya dulu. Huhu. Saya pun terus tanya whether Tokwan saya masih boleh betulkan positon baby songsang tak? Saya tanya ni bukan apa, just untuk usaha je. Bukan nak suruh urut pun. Nak mintak tengok-tengokan je. Plus Tokwan saya bekas bidan, InsyAllah dia boleh cuba tolong mana yang patut. 

Setakat ni perut dok rasa keras & menegang semacam je. Mungkin ini tanda baby tengah struggle nak pusing kot. Huhuhu. Saya pun harap baby bolehlah pusing dan stay in that postition sampai keluar. Next check-up adalah lagi 2 minggu. Hopefully masa tu baby dah pusing elok dan nak tengok kedudukan uri sebab history saya sebelum ni yang Placenta Pervia Type3.

Till' next entry.