Friday, April 20, 2012

Baby Gender - Result?


Selepas beberapa hari mencari klinik yang sesuai di area Putrajaya ni untuk buat ultrasound scan nak tengok jantina baby, akhirnya pada hari Isnin 9 April yang lepas, kami jumpa sebuah klinik yang doktornya perempuan iaitu Klinik Maria. Lega & excited rasanya. Sampai klinik tu pun dah lebih kurang jam 8.30 malam, haruslah Hari Isnin pergi lepas balik kerja kan? So, register apa bagai. Dalam 1/2jam tunggu kami pun dijemput masuk ke dalam.


Dr. Maria tanya few questions dan lepas tu saya pun di suruh baring. Daddy dan Harits Haidar tunggu di tepi katil tapi Harits semacam gelisah tengok saya kena baring kat situ. Hahaha. Protective juga si kecil ni. Then doktor pun mula menggodek2 perut saya. Tengok-tengok baby tengah mendongak ke langit. Huehuehue. Doktor godek lagi. Dia swimming & kicking happily pula, pastu doktor pun cakap tak apalah, kita amik ukuran dulu. Lepas ambil ukuran doktor cakap baby ni kecik je saiznya iaitu 21w2d if compared dengan kiraan LMP saya yang baby patutnya dah 23w3d dan berat pun baru 400g macam tu. What a small baby you are. Hehehe. Alololo comel lote ibu tu. Takpelah dalam perut kecik, nanti dah keluar membesar bagai johan ye sayang.


Then dah ukur semua, doktor usaha lagi untuk mencari tOOt dia, godek punya godek, tekan punya tekan dia pusing bagi bontot pula. Hahahaha. pastu bila dah pusing balik, nampak muka baby2 yang berdagu runcing and perut dia memenuhi skrin.


Akhirnyaa...


Jeng...


Jeng...


Jeng...



Tak nampak jugak jantina baby2 nih. Sorryyy semua...


Baby2 nak bagi ibu & daddy suprise ni. Hihihi. But it's okay baby, nanti ada scan lagi after 27weeks. Time tu IsnyAllah akan nampak. Tunggu jela ye.




Till' my next entry (yang bila rajin + ada mood baru akan mengarang. Peace)


Saturday, April 7, 2012

DEAN's FOOD SERVICES


Salam mesra semua... (Sticky post)

To Whom It May Concern,



Adik-adik bersama Mak saya yang bertindak selaku Manager (hehehe) sedang menjalankan perniagaan ketering secara kecil-kecilan. Peniagaan bermula daripada Ramadhan tahun lepas dan masih terus berjalan sehingga kini. Sebagai sebuah 'family business' yang beroperasi daripada rumah, mereka bersedia menerima tempahan bermasak untuk minimum seramai 30 pax sehingga 100-200 pax dengan harga yang AMAT berpatutan.


Promosi Bulan April -


Nasi Putih + 3 Lauk (ayam goreng/ ikan goreng, sayur, lauk berkuah) + Sambal Belacan + Buah Oren + Air Sirap = RM5.00 SAHAJA per pax








Source: Google






Lain-lain perkhidmatan:



Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Dalca Sayur + Jelatah + Papadom + Buah = RM5.00/pax





Set Nasi Ayam (Roasted Chicken) = RM4/pax



Spaghetti Bolognese = RM4.50/ pax

Bihun, Mee, Kuay Teow Goreng = RM28/ 30 pax

Karipap - 50 pcs = RM 15





Roti Jala - 100 pcs (without kuah) = RM20






Roti Jala + kuah kari ayam 100 pcs = RM45



Roti Jala + kuah durian ( bergantung kepada musim) 100pcs = RM45









Silakan melawat ke page Dean's untuk maklumat selanjutnya.

Terima kasih dan semoga anda berpuas hati :)







Friday, April 6, 2012

Pureen Warehouse Sale 2012


Source : Here


Untuk ibu-ibu, bapak-bapak dan bakal-bakal ibu-bapak. Jom kita ke warehouse sale nih jom? Berbaloi-baloi wa cakap lu ;)



Tuesday, April 3, 2012

What I Missed Most About Breastfeeding (Fully)



The fact is Harits Haidar is no longer breastfeeding fully not even at night. Starting from two or three weeks back i've to bangun malam-malam bancuh susu. Bleerghhh! Selalu turun tangga dengan mata half-closed, rambut menggerbang, bancuh susu laju-laju dan naik balik tangga laju-laju. Sometimes terjadi kecuaian-kecuaian yang tak best langsung berlaku tengah-tengah malam like susu tumpah la, puting senget la, the water too hot, terlupa kira berapa scoop dah bubuh dalam botol dan macam-macam lagilah.




But yang terpaling champion adalah pagi tadi bila mana saya dah bawak naik semua gadget untuk bancuh susu dengan perasaan bestnyaaa dah ready semua tak perlu naik turun tangga lagi. So, first session around 2.30am bila Harits Haidar berzikir tutu-tutu-tutu dengan mata terpejam within 2-3minutes dah berjaya siapkan susu dia. Yeay!




So, second time lebih kurang jam 6.15am, 'alarm clock' saya ni pun mula berbunyi ekk..ekkk..ekkk sambil menggelisah pusing kiri tak kena, kanan pun tak kena. Jadi saya pun bangunlah selepas mulut dia dok sebut tutu-tutu-tutu. Bangun pergi basuh botol dulu bekas yang diminum first session tadi & basuh dalam keadaan gelap sambil mata terkatup, then bancuh la macam biasa. Masa goncang botol tu, saya suka tutup dulu dengan penutup botol tu tapi bila dah tutup pun masih ada titisan-titisan air keluar, so saya just ketatkan jela leher botol tu. Naik balik atas tilam & sua susu kat Harits Haidar.




Sekali...




Splushh!




Habis susu tersiram ke mulut sampai ke tengkuk belakang Harits Haidar pastu baju dia pun habis basah! Ya Allah... Kesiannya anak aku. Tercungap-cungap kejap dia. Rupa-rupanya masa saya basuh botol tadi tak perasan putingnya tercicir dalam bilik air. Errrghhh! Tak best langsung insiden tu jadi masa pagi-pagi buta time kalut nak solat apa semua. Jadi saya terpaksalah tukarkan baju lain, ambik towel basah lap-lap badan dia dulu, tukar bantal & baru bagi dia susu. Time tu dia dah merengek-rengek dah macam hape. But then dia minum susu kejap je terus bangun tengok saya bersolat & mandi. Gosh! Kesian betul. Elok-elok boleh tidur nyenyak lepas menyusu tu terus dia jadi segar bugar. Tapi nasib baik jugalah pagi tadi dia tak meragam sangat masa hantar saya pergi kerja.




So, sekarang ni saya sangat rindukan saat tika Harits Haidar menggelisah kiri-kanan dan saya cuma perlu selak baju, sumbat nenen untuk dia nyotnyotnyot & tido balik peacefully. Pastu saya pun dengan senang hati boleh tidur balik bersamanya tak perlu bangun turun naik tangga & terbuat insiden-insiden yang tak best seperti di atas. Huhu.




Ini adalah salah satu sebab je, banyak lagi yang saya rindu sebenarnya. But susah nak cerita. Oklah, nak start kerja dah ni. Daaa... Uolss kerja rajin-rajin ye!