Hi semua. Salam Jumaat. Pagi ini baru jumpa mood nak menulis.
Check-up adalah pada hari Rabu 25.1.212. Dua hari lepas. Sampai klinik pada jam 8.20 pagi, rilek jela coz ingatkan masih awal rupanya saya adalah orang yang ke 54 kalau mengikut nombor giliran. Think positive dulu, mungkin orang je ramai tapi servis laju. So, tunggu punya tunggu almost 10am baru dipanggil untuk check HB, then blood test the next half and hour, then urine test lepas tu. Around 12.15 kot barulah dipanggil masuk bilik untuk check perut & blod pressure plus timbang. Berat ada turun sikit and current weight sekarang adalah 48.7kg. Ringan betul. Huhu. Takpelah, asalkan ibu dalam keadaan sihat. Then dah dapat nasihat sedikit sebanyak, kena tunggu lagi di luar untuk jumpa doktor pulak. Dah jam 1.00pm baru number naik untuk jumpa doktor pulak. Phewww! Letih ahkak menunggu. Dalam bilik pemeriksaan tu, doktor tanya history of previous pregnancy/ baby pastu saya disuruh baring untuk check perut. Saya tanpa membuang masa terus request untuk scan pleaseee wahai doktor yang comel & dia pun "okay, kita scan ye" Hehehe.
Alhamdulillah, nampak baby-baby bergerak aktif walaupun usia baru 13 minggu, nampak kaki & tangan dia yang comel dok wiggle-wiggle sambil baring. Senyum je saya tengok & kan best kalau hubby ponteng kerja pastu teman saya sekali untuk tengok miracle kali ke-2 ini. Hehehe. Masa tu doktor scan dengan agak teliti sambil ukur berat & kepanjangan baby-baby.
Suddenly...
"Erm, saya nampak macam ada lump yang pelik la kat atas ni (sambil tunjuk kepada skrin di kawasan luar rahim betul-betul atas kepala baby) and she continues scanning, this time dia tekan kuat sikit untuk menampakkan gambaran yang lebih jelas sambil ambil ukuran lump tu. Then doktor cakap lagi "nampak macam fibroid, Awak ada rasa sakit perut tak?" and I was like " Takde pulak sakit apapun setakat ni. Erk, bahaya ke doktor? Apa kesannya pada kandungan saya?" Doktor yang baik hati tu pun sambil bagi saya tisu untuk lap sisa-sisa gel tu bagitau "Sepatutnya fibroid ni tak bahaya but if it's grow bigger memang boleh effect kandungan, takpelah saya bagi referral letter ni untuk awak rujuk pakar O&G dulu ye,"
Habis semua jam 1.30pm, saya terus ke Kafe mengisi perut, risau tapi lapar jadi makan jugalah walaupun rasa tak sedap je nak telan. Lepas tu, saya terus ke hospital untuk buat appointment.
Takut. Apakah akan ada komplikasi lagi? Harapnya bukanlah sesuatu yang serius dan merbahaya. Nampaknya kena tunggu lagi dua minggu untuk next appointment dengan pakar O&G. Berdebar-debar jantung ini.
Later i update lagi ok.
Bye-bye kesayangan semua, doakan kesihatan saya dan baby-baby dalam perut ni. Terima kasih.
8 comments:
baby-baby? adakah twins? :D
hopefully fibroid tu mengecil sendiri. kadang2 sebab hormone. early detection is good because boleh mengelakkan later complications.
semoga kamu sihat selalu :)
uish. kecut perut aku dgr. moga fibroid tu xde effect pd baby-baby kamu. amin.
insyaallah tak apa2. zahra jgn risau sgt kay. :)
niha: bukan kembar. hehe. baby-baby tu nama panggilan baby dalam perut ni, dulu time harits pun panggil baby-baby juga before tau jantina.
Tula, nasib baik detect early. My hormone still tak betul kot ni. Hopefully it can mengecut la (like mymom said)
Srie: aku pun masih kecut perut ni & tetiba terpsiko diri lepas tau tu bila terasa perut ni sakit lain macam. Tsk...tsk...
Thanks sha... hopefully takde apa2 :)
hope all is well dear!
Thanks for your doa xetty :)
Post a Comment