Friday, May 27, 2011

Tak Ada Kaitan Dengan Acid SPLASHER pun!






Apakah yang dipegang itu?




Apalah yang asyik sangat tu shayang ibu?



Tengah baca buku rupanya. Sampai termuncong-muncong mulut tu. Hihihi.



Terbalik-balik pun tetap teruskan membaca ya. Paham ke tuh? ;p




'Splash Me' - Soft cover book given by 'CikNgah'
Thanks so much CikNgah...Harits suka sangat!!! :)



Harits Haidar - Seven Month Of Life

Pejam celik pejam celik, si kecil saya tu dah masuk tujuh bulan 22 Mei lepas. Wow! Cepat sungguh masa berlalu kat muka bumi sekarang nih.

Latest update adalah dia sudah boleh duduk sendiri dalam 10 sec macam tu. Kalau dia dia tgh occupied with something macam dalam gambar kat bawah ni lah. ehehehe.





Tapi setakat ni takde pulak dia tunjuk perangai berubah bulan macam masa nak masuk enam bulan aritue. Baby Harits lebih behave bulan ini tetapi nampaknya seperti sudah kenal orang dan tak berapa mau sangat dengan orang yang tak dikenali if orang tu immediately approach dia pastu mulalah buat muka pelik macam nak menangis pun ada sambil tengok-tengok muka ibu dia. Bijak sungguh ye kamu.


Sekarang paling suka kalau main kekuda and train (buat bunyi train la) pasti dia tersengeh2. Style senyum sekarang pun makin comel - merenyeh senyum dengan hidung-hidung sekali senyum. Sangat bagi geram semua orang tengok!



And this is him wit his cuzzie yang lebih kurang sebaya. Juz tua tiga bulan ja dari Baby Harits. Cik Kinah ni anak adik saya yang dia juga dijaga oleh Mak saya means Sakinah ni BFF Harits lah buat masa nih kalau dia kena duduk umah tokMa dia. hehe. Time gambar kat atas tu diambik, si nenek yang excited itu telah membawa cucu dia dua orang ni pergi playground depan rumah walaupun sebenarnya dorang bukannya reti lagi nak main slide or buaian kat situ. Hahaha. TokMa tu selalu tau wat benda-benda comel macam ni tau but thanks TokMa for the early exposure :)


Then, sempena mencapai usia tujuh bulan haritue Daddy & Ibu telah menghadiahi Baby Harits kasut & khakis pants (kasut tu kalau muat pakai lagi sampai raya buat kasut raya teruslah kot. hehe) and swimming diaper baru. Yeay! jadi bolehlah si kecik Harits ni pergi poolside BBQ party sabtu nih.

Hurmmm... Apalagi ea? Banyak sebenarnya 'my Baby's First' yang telah dicapai but saya yang lupa sekarang nih. Oh ya, haritue check-up berat dah 6.75kg and panjang 65cm. Ok, till then. bubbye, saya nak pergi masak bubur budak kecik nih.






Tuesday, May 24, 2011

I'll Stalk Your Belog...When I Miss You!!!



Target harini adalah nak update blog..nak update belog..nak update belog...


Banyak sangat nak share dengan semua. Saya dah rindu dah nak tulis sesuatu yang datang dari hati - Setiap hari ditempat kerja tulis surat, memo, paperwork & proposal telah menjadikan hati ni memberontak untuk membuat penulisan gaya bebas pula. Nak merepek-repek sambil berangan ramainya orang yang datang singgah baca kat sini. Hahaha. Menulis pun tak seserius macam blog serius jangan haraplah nak dapat berjuta-juta loyal viewers. Pfffffttt! :p

Semoga target tercapai tapi tunggu malam ni lah sebab siang hari di opis adalah buzy and most prolly hanya mampu tulis dan save dalam draf pastu edit kemudian. Tapi tetap jugak nak update. Haittttt. Berusahalah! :)



Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day!




Ok, i know the Daddy wanna upload this soon but sorry shayang, I dah terupload dulu kat sini. Excited . punya pasal. Anyway, thanks so much my Lovely Hubby and My Little Baby Harits. I love both of you so much.

The wish also goes to my super'Mak. Mak memang superpower! Along sayang mak sangat banyak, tak terkira. Sekarang tak sempat nak bercerita mengenai super'Mak saya ini. Birthday dia 17 Mei nanti InsyAllah, saya akan cuba karang satu entree khas as an appreciation to her. Love you Mak!

Untuk ibu mertua saya juga. Love you Mama. Terima kasih kerana mama telah lahirkan seorang baby yang comel 30 tahun dahulu dan kini menjadi Hubby saya serta daddy to Harits yang sangat penyayang.

To all superMom out there. Happy Mother's Day. Jangan pernah putus asa dalam menjadi ibu yang terbaik dan sentiasa kuat untuk menjadi tulang belakang anak-anak kamu semua!


Love,
eff-zack-kay



Peristiwa Yang Tragis Ini Harapnya Tidaklah Berpanjangan






My baby Harits diserang demam semenjak Jumaat malam Sabtu semalam. Punca kemungkinan dia demam memang banyak, if nak cerita satu-satu macam terpaksa pecah jadi tiga entree pulak. So, tayah la share sini biarlah saya simpan je sampai bila-bila.


Cerita tragis bermula pada hari Jumaat malam Sabtu lepas apabila saya tersangkut dalam jem bersama si kecik yang demam itu selama satu jam setengah daripada Selayang-BdrSriDamansara (usually cuma amik masa 1/2jam or 40min max). But thank God sepanjang time jammy tuh Harits tidoq ja. Maybe sebab demam kot, dia pun tak larat nak main-main and menjerit macam selalu. Sayalah yang macam nak terpatah kaki plus tercabut pinggang main clucth pada gear satu-dua saja. Phewww! Dugaan betul. Dalam kereta tu dah nangis-nangis dah sebab risau akan Harits yang demam tu. Last-last lagi 10 minit nak sampai rumah dia terbangun jugak, nasiblah time tu dah tak jammyland sangat. Saya terus menjadi racer F1 lah apalagi. Sampai rumah terus salin baju, bagi ubat and buat tepid sponging. Alhamdulillah fever dia turun sikit from 37.5 to 37.3 in 2hours time. Challenging sikit time nak tidokan si kecik ni pulak, mungkin dengan badan yang dah penat buat saya rasa nak marah sikit tapi kira oklah, percubaan untuk tidurkan ambil masa selama sejam saja.

Next day iaitu Sabtu, demam macam dah ok sikit but Harits jadi clingy tambah pulak daddy dia kerja, saya memang takleh nak buat kerja langsung, juz sempat masak nasi je. Kisah tragis bersambung pada jam 12.45 tengah hari lebih kurang...

Ia terjadi masa saya tengah nak cuba tidokan si kecik tu dalam bilik atas katil, tapi dia tanak tido pulak lepas menyusu. Pastu cubalah sambung bermain dengan harapan dia akan penat dan tido nyenyak. Tiba-tiba saya terasa haus amat, so keluarlah ke dapur kejap nak amik air. Dalam masa tak sampai seminit kot. UWAAAAAA! terdengar jeritan yang Maha kuat. Sekilat saya dah sampai ke bilik dan tengok si kecik tu dah terjelepuk kat bawah. Cepat-cepat saya angkat. Nangis kuat gila! Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Macam nak pecah jantung. Perkara yang selama ni saya takuti akhirnya terjadi jugak. Harits jatuh katil. Agak lama juga dia menangis tu. Panik saya. Saya pujuk-pujuk and cuba susukan. Syukur ya Allah, selepas menyusu dia ok siap boleh senyum lagi. Saya check jugak seluruh badan Harits manatau ada bengkak or lebam ka. Takda. Rasa syukur lagi. Dalam pada tu, saya monitor jugak dia manatau tiba-tiba nose bleed ka, muntah ka, nangis balik ka (thanks to Shazz for the tips) But semua simptom tu tak berlaku. Alhamdulillah. After i had all things under control baru call the daddy mintak dia balik awal sikit, sorry shayang. I should've been more careful. This is me - learning the hard way, as always :(

Tapi sekarang baby Harits demam balik sejak dari jam 7 malam. Sebelum tido, jam 10.30 tadi macam dah ok tapi tadi jam 2pagi suhu badan dia naik balik 37.6. Saya dah bagi ubat and latest pukul 4 tadi lepas menyusu suhu dah turun ke 36.9. Lega rasanya. Sejak jam 2pagi tadi saya berjaga, coz it,s my turn to monitor Baby Harits sambil tu saya cuba bagi dia susu banyak-banyak. Now, nak cuba tunggu sampai Subuh baru tido balik coz nak doa banyak-banyak semoga bila mentari menjelma nanti everything will be alright dan dapat menyambut Hari Ibu pada siang nanti buat pertama kali tanpa perlu melalui apa-apa peristiwa tragis lagi. Aminnnn...



p/s: Tragis kot semuanya. Drive alone dalam jammy sambil membawa baby yang demam, pastu dah baik demam jatuh katil pulak pastu demam balik. Wow! dugaan untuk menjadi SuperMom adalah sangat-sangat besar and there's more to come. Noted that, thank you :)



Friday, May 6, 2011

Harits and Solid Food - The 'He's Finally Ready-to-Eat' Episode



2nd Mei yang lepas...

Baby Harits telahpun selamat menjamah his first solid food. Aik dah makan? Ibu tu, kata sabarlah, nak tunggu sampai 22 Mei la, apala. Huhuhu. Tak jadi tunggu coz Harits dah nampak macam ready and duduk pun dah tegak je. Memang dah nampak dah semua que kesediaan dia tu untuk makan. Apalagi terus lah kami membeli belah keperluan untuk dimakan anak saya itu.

What did he ate? Kami bagi Cerelac - Brown Rice sahaja because bubur yang saya cuba masak semenjak pukul 9am, tak menjadi pun seperti kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur'. Tipulah peribahasa tu setiap kali saya tengok masih dalam bentuk nasi j
e sebutir-sebutir. Plan saya pulak, nak bagi Harits makan sebelum tengah hari and lagi satu sebab nak daddy dia watch suapan pertama tu so, i bagi jugalah sebelum daddy dia keluar bekerja. Pukul 10.30 saya dah siap-siap bancuh cerelac dengan my Fresh EBM then siapkan baby Harits atas rocking chair pastu apalagi. Suapppp! :)



Dia bukak mulut, nyam-nyam tapi Harits buat muka pelik dan berkerut-kerut. Like macam dalam gambar tu. Maybe dalam hati dia tertanya-tanya 'what's this ibu...daddy?' like 'why the taste so diffrent nih?'. Hahaha. Sangat comel okeh. Saya dan daddy dia terkekek-kekek ketawa tengok gelagat si kecil tu. Saya suapkan dia dalam 4-5 sudu kecik je. Pastu dah, dia macam tak minat je. Kesian pulak nak paksa-paksa makan kan?


Petang pulak, saya tengok dalam periuk 'nasi sudah menjadi bubur'. Akhirnya! Tak ku tahu pula lama betul amik masa nak menjadikan nasi itu sebagai bubur. Hahaha. Takpela, sekarang dah tahu. Pastu saya terus amik bubur tu and lenyek-lenyekkan ia sebab macam tak beli lagi blender khas untuk si kecik tu tapi lenyekan saya macam tak cukup halus, last-last saya jumpa bekas blender yang macam tumbler tu kan? yang kita buat blend kacang nak masak kuah kacang tu. Saya masukkan semua dalam tu. Yes! berjaya juga menghaluskan bubur nasi plus carrot beliau. Done. Lepas mandi saya suap dia lagi sekali. Kali ni pun sama jugak buat muka pelik. Dia makan dalam 4-5 sudu saya stop.

Malamnya kami pergi makan KFC, macam biasa budak kecik tu bila tengok food, meloncat-loncat seronok. So, daddy dia pun trylah suap mashed potato tu. Kali ni memang magik Atok Kolonel Sanders kot coz baby Harits tak buat muka pelik langsung, seronok gila dapat makan mashed potato tu. Terus nganga-nganga ja nak makan lagi dan lagi dan lagi tapi sebab tak bawak air masak apapun kami bagi makan 4-5 sudu kecik je, tu pun guna yang ujung-ujung sudu je. Pastu dia dah haus cari nenen la apalagi. Hehehe.

Ok, nanti ibu fikir nak suap awak makan apa lagi ye sayang...Yummy-yummy. Yeay!