Wednesday, December 28, 2011

First Check-up For My Second Baby

Hi semua.


Saya adalah dalam mood excited masa keluar dari office untuk buat check-up pada jam 11.30 pagi tadi. Teringat-ingat kenangan masa excited nak check-up Harits dulu.

Mula-mula saya menuju ke Klinik Kesihatan (KK) di P3 dulu, then bila sampai sana. Dia kata saya tak boleh register buat buku merah kat situ sebab saya tinggal di P11 dan kena buat buku di klinik berdekatan kawasan kediaman. Hummm... Baiklah, tapi agak terpotong sikit mood di situ nasib baik layanan misi di klinik itu adalah baik-baik belaka. Lepas saya di beri nombor telefon klinik berdekatan dengan rumah tu, saya pun bergegas ke sana. Sebelum sampai saya call dulu. Actually dah sampai pun depan klinik tu baru saya call (excited punya pasal. Hehehe) Then misi tu told me that saya kena datang balik pukul 2pm sebab diorang tak tak ambil new patient nak dekat-dekat lunch hour ni. Nevermind, 5minute after that sayapun Pling! dah ada depan rumah. Kehkehkeh. Dah kata klinik dekat dengan rumah ye dak? Sampai-sampai je Harits tengah nyenyak tido, saya pun amik kesempatan taking my power nap whil my MIL tengah cooking. Saya bukan pemalas ok, saya nak tolong MIL saya masak tapi dia yang insist saya suruh pergi naik dan rehat. Hehe.


Then after lunch, Harits pun dah bangun dan dah suap dia makan. Saya pun kembali ke klinik tepat-tepat jam 2.05pm dan saya adalah oran ke-2. Yeay! Register first untuk buat buku merah pastu Nurse mintak saya timbang sendiri and my current weight is 50.3kg. Still kurus la kan? Lepas tu pergi pee untuk check urine. After urine nurse cucuk sikit jari untuk buat HB test. Saya kena buat 2 kali coz first reading adalah sangat rendah iaitu 10.4 je but bila Senior Nurse buatkan procedure tu my HB is actually 12.2. Yeay! Ibu sihat dan tidak anemic. My blood pressure pun normal which is 98/60.


Masuk pulak dalam examination room saya diinterview sedikit sebanyak pasal previous birth history and my family medical history. Because my mom pernah kena Breast cancer saya diminta untuk baring untuk buat breast examination. Tapi mungkin semua orang pun kena kot, pandai-pandai je saya ni. Hehe. After that nurse check perut saya. Still tak rasa lagi katanya but worry not coz it's still early. Sambil tu dia advice yang masa first trimester ni yang kena jaga betul-betul sebab baby baru nak develop semua sel penting. Jaga pemakanan dan yang penting iron tablet/ acid folic kena makan secara konsisten. Lagi satu dia advice, iron tablet tu kena makan sejam sebelum breakfast to make sure it is fully absorb dan tak sesuai diminum bersama kopi, teh, susu dan minuman berkafein. Paling bagus minum bersama jus buah ataupun air suam. Reminder untuk saya dan kawan-kawan juga :)


Oklah, saya nak balik dah. Tak sabar nak tengok Tentang Dhia. Byebye!


Thursday, December 22, 2011

Harits Haidar - Fourteen Month

At this stage, dia dah menunjukkan perkembangan yang amat mengalakkan. Berjalan especially dah semakin laju, sometimes nampak macam nak berlari pun ada. Bila dah laju macam berlari tu confirmlah ada scene terjatuh tersembam sebab kaki tak sync lagi. Huhu. It's a learning process but setakat ni tak adalah sampai cedera berdarah semua, Alhamdulillah. Mintak dijauhkanlah daripada perkara yang tidak baik.

Selalu dah boleh tahu bila daddy dah siap-siap nak keluar, mesti akan depangkan tangan mintak dukung, nak ikut daddy keluar. Kalau tak bawak confirm menangis & kalau tengah mood tak baik mesti akan mengamuk lama-lama bagi pujuk dengan nens pun tak jalan. Huhu.

Sebut "Allah" dah clear tapi kalau suruh cakap "Allahuakbar" jadi "Allahbau". Sambil sebut tu buat angkat takbir. Hehe. Comel je hansome ibu tu... Baru-baru ni dia dah reti sebut "duck" banyak-banyak kali. Pastu everytime nampak moto mesti mulut dia bising buat bunyi vromm-vrommmm. Huhu. Hasil didikan daddy dia la nih. Selain tu, dah pandai pusing bukak tutup bedak main bedak & tabur-tabur satu bilik. Haha. Gelak jela kami suami isteri tengok gelagat si tecik nih. Kalau ibu tengah jemur kain, confirm dia akan tolong sekali. Sometimes dia tolong angkat baju kat jemuran, sometimes dia akan amik baju dalam laundry basket tu dan masuk dalam baldi kosong yang lain. Jadi kerja je semua benda pun.

Sekarang bila tanak makan dah pandai tutup mulut rapat-rapat & kalau kita paksa jugak mesti dia akan tolak tangan kita, sometimes sampai terjatuhlah makanan tu.
Dia dah mula kurang minum susu formula waktu siang, paling banyak pun tiga kali sebanyak 4oz tapi kalau nens waktu malam masih bangun dengan kerap jugak dalam 3-4 kali satu malam. Phewww...

Semenjak dah preggie baby no.2 ni, Harits punya clingy adalah semacam, manja pun semacam. Sentiasa nak kat ibu ja pastu nak naik duduk atas perut ibu kalau ibu tengah baring-baring. Kesian dia, tak bolehlah atas perut yang, atas kaki takpe ye sayang :)



Lastly, ini gambar terbaru dia time baru bangun tido dan tengah buat "bisnes yakyak" pagi tadi. Hehe. Serius je muka tu. Nanti Harits dah pandai cakap betul-betul bolehlah start potty training sebab dia dah pandai squat masa dok yakyak tu. Hehe.

Tuesday, December 20, 2011

One Step Closer


Jumaat lepas selesai proses mengambil kunci. Selepas ambil kunci terus bergegas pergi ke rumah untuk membuat inspection kerosakan, setakat ini yang rosak adalah flush bilik air kedua and yang lain adalah dalam keadaan baik-baik saja. Syukurlah!




Gugusan kunci yang memeningkan kepala. Hohoho!



Then on sunday mintak tolong my lovely biras a.k.a hubby's SIL untuk tolong basuh rumah. Sampai-sampai je my hubby terus mop rumah belah atas pastu basuh toilet semua. Dalam half and hour later my biras pun sampai dan hubby's cousin pun datang sekali nak tolong kami cuci rumah. Alangkah baik hati mereka, hanya Dia yang dapat membalas budi kalian. Rumah kami pun dah cantik berseri-seri sekarang ni. Thanks a bunch guys! Saya memang tak boleh nak buat apa sangatlah. Setakat lap-lap counter table cabinet and grill yang berhabuk ajelah yang mampu. Now, tunggu masa untuk berpindah dan mula mendeko! huhu.



Budak ni rajin betul! Dia nak tolong mop rumah jugak. Hehe,


Friday, December 16, 2011

For Every Two Lines - You Need To Read Between Them ; Syukran Ya Allah

And here we go, the greatest news out of the greatest.







8 Disember yang lalu, about a week ago. The day is Thursday and the hour is 7.30 am. Hari itu saya ambil cuti untuk selesaikan hal-ehwal kemasukkan ke rumah baru kononnya. But itu tak penting sangat sebab takde apa yang selesai pun hari tu. Kahkahkah.

Yang penting adalah cerita ini. Jadi. pagi itu telah decide untuk mengambil sekali lagi ujian pengesahan dengan menggunakan alat yang lebih mahal dan lebih canggih. Haha. Ok, mahal tu Rm14.90 ye harganya. Selepas selesai, tunggulah dengan tenang kemunculan yang dinanti...1,2,3 go! Dup dap dup dap...mula-mula segaris saja yang merah but tiba-tiba samar-samar nampak garis yang kedua timbul, makin lama makin jelas. Ya Allah syukur Alhamdulillah. Telahan selama dua minggu telah terbukti tepat. Lepas ambil gambar sekeping dua, saya telangkupkan alat ujian tersebut dan terus ke dapur minum susu segelas dan telan Folic Acid yang masih berbaki masa pantang Aish dulu. Ok, now boleh mandi. Hehehe.

After that kejutkan Hubby tapi Aish yang bangun. Saya dah bisik kat Aish "Congrats, Abang Kecik". Hehe. Then, Aish pulak kejut daddy. Daddy bangun, lepas bergurau sedas dua dengan si hansome bushuk masham tu dia pun mengambil towel untuk mandi. Sambil tu saya iron baju. Lama juga saya tunggu reaction from Hubby dari dalam kamar mandi tu, dalam dua tiga-minit jugalah. Finally dia menjengulkan kepala dan jerit pada saya, "Baby tak cakap kat orang punnnn?" Saya terus tergelak dan cakap "Suprise!!! Congrats daddy, awak akan ada second baby soonnn"






Ya, saya kini sedang hamil 7minggu untuk baby yang kedua. Macam ticker yang saya update kat atas dan kat tepi sidebar tu cakap. Kali ini tidak dirancang, accidentally on purpose pun bukan but kami sangat-sangat happy dengan peluang kedua yang Allah kurniakan ini. Syukur, syukur dan syukur. Semoga kehamilan kali ini membawa sejuta barakah, berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi yang serious. Setakat ini, saya cuma berasa loya dan mual setiap kali selepas saya makan dan masa saya memandu but tak pernah lagilah saya muntah yang betul-betul. Harap alahan kali kedua ini tak seteruk yang pertama dulu sebab ada hero kecik yang sedang melasak untuk dijaga ni.

For our baby-baby, we (Ibu, Daddy & Abang Aish) tak sabar mahu jumpa kamu. Duduk dalam tu elok-elok ok. Ibu plan untuk start check-up bulan depan kat kawasan rumah baru kita ja, senang nanti nak buat buku baru terus kat sana. Harap semuanya akan baik-baik saja.

Terima kasih Allah!










Tuesday, December 13, 2011

Soon to be our crib. InsyaAllah





Syukur Alhamdulillah. Ada lagi cerita happy yang nak dikongsi.

Memang kena mula setiap entry dengan Syukur sebab semenjak dua menjak ni asyik terima berita baik yang melegakan hati saja. Selepas telefon kesayangan hadiah daripada suami tersayang telah dijumpai semula, rumah baru untuk didiami telah diluluskan permohonannya untuk diduduki.

Tak sangka akan dapat dalam tahun ini juga, maka sekejap lagi nak pergi ambil kunci dan hujung minggu ini akan bermulalah aktiviti membasuh rumah mengemas, mem'packing' barang-barang sebab masa raya Krismas nanti kami plan untuk berpindah. Semoga semuanya dipermudahkanNYA. Aminnn









My Old Curvy BB is back!

Alhamdulillah syukur!





Walaupun dah hampir 2minggu berlalu masih terkesan lagi perasaan terharu dalam diri. Tak sangka dalam zaman yang serba selfish macam ini pun masih wujud lagi manusia berhati jujur dan prihatin.


Jadi pada 3 Desember 2011 dengan bertemankan Harits (Batman jr.), mr. Hubby dan dua orang kawan hubby merangkap the bodyguard, iaitu Syafiq dan Akmal, saya bertemu dengan insan jujur tersebut sekali dengan my Old Curvy BB. Yeayyy!




Terima kasih Mr. Low kerana begitu baik hati telah memulangkan telefon tersebut kepada saya.


Seperti kata Mr. Low tempohari "Saya tahu, bukan harga telefon ini yang penting tetapi information dan segala macam nombor yang ada di dalamnya yang lebih bernilai kan?"



Yes. Indeed.



Again. Thanks so much Mr. Low and Merry Christmas to you in advance. May Santa be extra nice to you for this year's Christmas. Happy...happy.. Joy...joy!!! :)


Friday, December 2, 2011

Mengandung Lagi Selepas Pembedahan: Jarak Yang Selamat & Mitos Serta Fakta Sebaliknya



Tiba-tiba membuat Google Search pasal tajuk kat atas tu semenjak dah tujuh hari 'my BFF' tak kunjung tiba. Hahaha. Apakah MHH akan ada adik? Siap dua hari lepas cakap dengan husband " i rasa macam i pregnantlah," And husband was like "erk? how sure are you?"

Bukan saja-saja cakap camtu tapi badan tak sedap je pastu tidur sentiasa tak pernah cukup, siap ada rasa mual-mual macam nak muntah lagi sampailah ke hari ini. Tanda-tanda tu macam dah betul. Kan?

Tapi bawak bertenang ye tuan/puan...Jawapannya adalah TIDAK MENGANDUNG sebab semalam baru buat test and the answer is 'negative'.

Cuma saya ada sedikit rasa kecewa selepas tahu keputusan negative tapi ia memang sebabkan ai mood-swing sikit sampai ke petang, semua benda nak terasa pastu sikit hal pun boleh buat merajuk. Humpph! PMS mode kah? Apapun, both of us memang tak plan untuk tambah lagi mahupun untuk tidak ada, just berserah pada DIA sepenuhnya. Ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak ada pun kami Redha.

Tapi lagi adakah terlalu awal saya buat test tu sampaikan ia takleh nak detect? Ataupun sebab guna Pregnancy Test yang murah jenama Guardian? Hohoho. Takpelah, bagi masa lagi 2weeks, if tak datang juga nak pergi klinik terus suruh doktor scan, takut juga if ada sakit lain pulak.

So, here i am...dah dua hari berturut turut membaca artikel pasal mengandung lagi selepas pembedahan... Jarak yang selamat...Yada...yada...yada... Kena ambil tahulah pasal ni untuk persediaan sekiranya betul-betul saya Pregnant lagi :)

Berbalik kepada topik di atas, one of our famous O&G Specialist iaitu Dr. Hamid Arshat menyarankan, jarak kehamilan yang sebaiknya adalah dua tahun selepas melahirkan bagi memastikan rahim mengecut dan kembali kepada bentuk asal dan parut rahim menjadi lebih kuat. Tetapi sekiranya wanita itu hamil sebelum tempoh 18 bulan doktor yang merawatnya perlu lebih berhati-hati dalam mengawasi kehamilan tersebut.


Selain itu, sekiranya kali pertama bersalin melalui kaedah pembedahan tidak semestinya kelahiran kali kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak ada sebarang komplikasi atau masalah, boleh saja untuk mencuba melahirkan anak secara natural birth. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah disebabkan rongga punggung sempit yang tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Faktor lain pula adalah seperti pendarahan, bayi lemas ataupun faktor uri yang tidak mungkin berulang lagi.


Apapun, kita sebagai orang Islam perlu turut bertawakal dan berdoa kalau betul-betul inginkan kelahiran secara normal buat kali kedua atau ketiga dan seterusnya nanti. Rayulah sunguh-sungguh pada Dia, andai itu yang terbaik untuk kita maka kabulkanlah permintaan hambanya. InsyAllah.



Rujukan:



Dua


Tiga


Empat