Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Aha...bahasa Arab kat tajuk tu tatau la betul ke tak, dengar macam betul ja but belasah jela guna. Huhuhu. Setelah seminggu lebih tidak berupdate, now nak amik peluang ni untuk wish everyone 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak' - Bulan yang paling sesuai untuk tambah pahala, tutup dan simen buku amalan yang berlubang-lubang sini dan sana. Kita sama-sama cuba ea? InsyAllah.

Ok, now saya nak cerita sikit pasal ruam or ezcema (?) yang selalu menyerang tubuh badan anak saya tu. Saya tak pasti ruam panas saja ke or ezcema coz tak pernah nak bawak si kecik tu pergi check kat skin specialist. Dulu pernah nak bawak masa menatang jahat tu tiba-tiba menyerang banyak kat perut and badan dia semua tapi sebab banyak sangat kekangan masa, terus tak jadi bawak. Masa tu pakai ubat sengsei je and krim sapu dapat daripada doktor klinik yang bukan specialist. But Alhamdulillah, sekarang ni kulit perut Harits dah semakin pulih dan kembali mulus seperti biasa.

Tup-tup dalam last week menatang tu datang menyerang lagi tapi kali ni kat area leher Harits. Kat bahagian bawah leher yang paling teruk nampaknya. Leher dia dahlah jenis yang berlipat macam rasaksa dagu tiga. Haih, kesian sangat mentengoknya.







Mula-mula saya cuba sapu calomile lotion, jadi kering sikitlah area tu tapi still ada lagi tak kurang. Saya cuba sapu cream yang doktor bagi haritue, pun masih sama juga. Last-last saya cuba bedak berubat pureen tu. Alhamdulillah nampak surut sikit. Masa kat rumah mak pun, dorang letak bedak tu kat bawah leher dia. Nampak kurang jugalah. But still ia tak habis betul. Terbaca pasal 'Shaklee Herbal Blend' terus rasa nak cuba but sampai sekarang masih tak sempat nak pergi membelinya. Dealer saya tu pun macam busy je. Kesian pulak nak susahkan dia. But now ruam tu dah makin sikit tapi tak hilang lagilah semua. Itu yang rasa nak try Herbal Blend tu coz ada testimonial kata lepas pakai tu kulit jadi licin macam biasa balik. Nantilah nak beli jugak. Kalau dah baik pun nak beli jugak, spare juz incase menatang tu menyerang balik.

Untuk kulit bontot Harits saya masih lagi setia dengan Lucas Papaw. Walaupun agak mahal but sangat berpuas hati. Kalau ada merah-merah je kat area celah kangkang or bontot dia tu, sapu ja Lucas Papaw tu, tayah sapu banyak pun try picit dalam 1/2 inci kat tangan and ratakan. Alhamdulillah for next diaper change kulit dia dah kembali cantik, halus dan mulus :) Kalau cream tu dah habis, saya akan pergi beli terus kat Fabulous Mom, Taman Tun. Dekat ja dengan umah akak. Huhuhu. Tapi nextime ni nak beli yang besar punya, tahan lama sikit kan.




Hubby ada cakap aritue, dia teringat dengan pesanan pakar paediatric yang premature babies ni kulit dorang sensitive and kurang daya ketahanan sangat. So, memang logiklah kulit harits selalu dilanda masalah camtu. Jadi, kami kenalah sentiasa rajin membasuh baju baby Harits menggunakan air panas. Bilas dua kali untuk elakkan soap risdue and perlu sentiasa membersihkan rumah daripada kuman dan anasir-anasir jahat yang lain. Extra house-chores every day kalau boleh lah kan daddy? :)




1 comment:

armouris said...

lagi info tentang ekzema di SIHAT SELALU - Rawatan dan Komplikasi Ekzema Atopik