Wednesday, June 22, 2011

WW # 4 - Comic Strips Courtesy of Daddy's iPhone












Harits Haidar - Eight Months of Life



Alhamdulillah, pejam-celik-pejam dan celik lagi dah cecah 8 bulan Muhammad Harits Haidar. Setakat ini semuanya adalah baik-baik saja.

Hobi Baby Harits sekarang adalah tengok cerita Charlie and The Numbers and Lagu It's Today My Special day kat BabyTV. Dah mula mencapai apa sahaja benda yang ada di depannya. Mode capaian beliau sangat pantas dan padu kot, dalam sekelipan mata sahaja dia dah dapat benda yang dia nak. Sekarang kalau kat meja makan kena letak semua benda jauh-jauh dari tangan dia. Pastu kalau tak dapat capai apa-apa dia akan main tepuk-tepuk meja Berdegung-degang bunyi meja tu di tepuknya. Hihihi. Kesian dia tapi saya biar jela asalkan dia tak nangis.

Dia dah start makan dengan berselera. Yeay! and semenjak kat umah dah beli baby chair khas untuk dia lagilah senang rasa nak suap dia makan sambil tangan dia menepuk-nepuk tray tu as usual. Huhuhu. Suka sangat makan potato lenyek and cerelac. Kaedah penggulingan pun dah maju, beberapa kali dia berguling-guling sampai ke betul-betul tepi katil. Phewww! memang kena carefully monitor him bila dia atas katil. But bab meniarap sambil mara kehadapan baru mula dalam empat step macamtu semalam selepas di umpan dengan macam-macam benda. Mundur ke belakang dia tererlah. Hahaha. That means merangkak pun belum lagi. Ok ja nak, takpa ibu paham, tak semua baby akan sama development, you pelan-pelan kayuh, ok baby? Once you ready, you go ahead with meniarap, merangkak and everything.

Gigi masih tak ada, tapi aritue daddy dia kata macam nampak putih-putih kat gusi bawah dia. Entahlah, saya tak rasa and nampak apa-apa pun juz yang saya rasa adalah sakit sebab dia suka gigit nenen saya ni dengan gusi. Then menyusu sambil tengok tv pastu dia tariknya nenen saya tu sekali dengan kepala tersenget-senget nak tengok tv tu.

Makin besar makin banyak akal dan bijak tak terperi si kecik ini ye. Tak boleh orang tinggal dia sorang-sorang, musti menangis cari-cari mana pergi semua orang. Kalau saya sampai rumah mak saya and terus simpan susu ka, buat kerja lain ka, tak amik dia, mesti baby Harits akan cari-cari suara saya, bila dah nampak saya nangis terus, mintak didukung.
Pandai dah express rindu tu. Comel. Kalau time gurau senda dengan daddy pun, Baby Harits boleh tunggu bila time daddy nak geletek ketiak, dia akan siap buat style peluk tubuh untuk elak dari kena geletek tapi still nak gelak jugak terkekek-kekek. Hehe. Dalam car seat sekarang pun dah pandai dah nangis-nangis and tengok mata kita mintak simpati. Alololo... Kesian sangat tapi terpaksa keraskan hati jugalah tanak angkat dia while driving. But once kita angkat ja, automatik terus stop nangis. Letak balik dalam car-seat dia boleh sambung nangis balik. Bijak betul. Takpe saya suka, sebab dia dah menunjukkan tanda-tanda sel otak telah berhubung dengan baik. Syukur.

Oklah, that's all. Till then... Selamat bekerja rajin-rajin semua hari ni!



Sunday, June 19, 2011

Khas Untuk Suami


Suami adalah salah seorang insan penting dalam hidup saya. Saya pernah imagine macam mana kalau life tanpa dia di sisi. End-up saya menangis sorang-sorang dengan bersungguh-sungguh akibat cerita imaginasi yang saya reka itu. Dia sangat penting, kalau dia takda pasti saya hilang upaya sebelah badan.

Dia walaupun tak seromantik Seth Tan tuh tapi bila datang angin romantik memang akan mencairkan hati saya habis-habisan. Words beliau adalah sangat powerful, kata dulu kerja copywriter kan? hahaha. Setiap kali rasa marah tak boleh nak lama-lama, pujukan dia akan terus meredakan rasa marah itu. But ini sebab punca marah tu bukan pasal isu serius, tapi tak tahulah nanti kalau ada kes serius macam tiba-tiba terjadi kes dia nak mintak kawin lain ke. Wohooo!Tapi mintak-mintaknya tiadalah. I aminnnnn ye shayang? Huhuhu.


Apa yang paling saya kagumi adalah sikap beliau yang sangat suka menabung and hasil tabungan dia membolehkan dia membeli iPhone secara cash dua bulan lepas. No hutang-hutang ok! Kagum betullah. Kiranya ada check and balance la dengan perangai saya yang suka beroncah ni. Kalau sayalah, dapat tabung Rm5 seminggu pun dah kira bertuah dah tu. Hahaha. Pastu dia pandai jaga anak, kalau tiba-tiba weekend saya ada hal kena kerja, tak rasa risaulah nak tinggalkan si kecik tu dengan daddy dia berdua je. Hehehe. Sangat concern juga dengan apa-apa yang melibatkan buah hati kesayangan Muhammad Harits Haidar tu. Love you for that shayang! :)


Tapi kan, saya ni kan perempuan kan? Sometimes saya ada perasaan teringin nak hadiah yang mahal-mahal macam iPad ke, iPhone ke, set SKII ke, set mekap MAC ke, sebab jeles tengok suami orang lain bagi macam-macam tapi bila fikir balik, dua tiga kali punya fikir. tu kan dunia je semua tu. Kan? Kan? Kan? Saya faham sangat, ada lagi barang yang lebih penting untuk manfaat kami bersama daripada semua tu buat masa ini. Saya cuma harap doa dia sentiasa untuk saya merahmati perjalanan hidup saya ni. Sebab bila dah kahwin ni kan syurga itu adalah bila suami redha pada kita. Right?


Kenapa tiba-tiba entree pasal suami ni?


Sebab hari ini suami saya adalah Birthday Boy. Selamat hari lahir suamiku semoga hati kamu dibulatkan hanya untukku dan kasih sayangku hanya untukmu.


Baby Harits punya ucapan pulak "semoga daddy menjadi daddy yang mithali dan lebih penyabar dengan kerenah anaknmu ini dan akan datang adik-adik saya pula". Hehehe.

But today pun Father's day celebration juga kan? Means it's a double celebration for my hubby la nih. Yeay! Happy Father's Day to you daddy. Semoga terus menjadi number one dad. We love you so much!!!
-From both of us: Ibu and baby Harits



Monday, June 6, 2011

MHH dan Cermin dan Ibu dan Daddy





Family Potrait





Excited sungguh. Apalah yang budak kecik ni tengah fikir agaknya ya. Hihi.



Time ni kat Darabif, Uptown. Tapi daging burger dia tak setebal masa mula-mula Darabif ni bertapak dulu. Huh. Sep betul. Apa-apalah Darabif, lepas ni takmo makan sini lagi dah. Huhuhu.

Oklah, flashback before makan kat sini kami ke Kamdar, Jalan TAR membeli kain untuk baju melayu Hubby and baby Harits. Yeay! berjaya jugak misi mencari kain tersebut dan mendapat color yang diidamkan untuk tema tahun ini iaitu Hijau Petronas. Baju ibu takdan shopping lagi sebab lepas je beli kain tu, baby Harits terus tertidur dalam dukungan ibunya. Penat sangat shopping gamaknya. So, teruslah kami decide untuk pergi makan, thats why lah boleh end-up kat Darabif tu.

Oklah, nak update tu je. Tak sabar nak tunggu raya dah nih. Hahaha. Over excited betul ibu ni!

Friday, June 3, 2011

Bakal Daniel Beego - Daddy yang kata





Sebelum itu kena salin baju and pakai spedo (swimming diaper) dulu. Hehe


Pastu posing dulu comel2 dengan Daddy


Yeay! am swimming for the first time kat kolam besar.

Ok ibu, saya dah! :)