Tuesday, November 30, 2010

Kisah Confinement


Lagi empat hari saja akan menghabiskan pantang. Yahoooo!!!

Selama 26 hari berpantang di rumah ibu dan baki pantang ini dijaga pula oleh mama-mertua means sekarang ni ada kat rumah sendiri dalam jagaan mama
mertua Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar even pantang tak seperti wanita yang bersalin normal yang perlu berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung segala bagai. Buat masa ni masih lagi berstoking dan akan tetap pakai socks sampai cukup fourty-four days. Kaki rasa sejuk je kalau tak pakai socks so haruslah kena pakai. tak paham dengan wanita yang dalam pantang tapi takmahu pakai socks. tak takut ke in future badan tu dah sakit-sakit sebelum sampai waktunya?hummm.

Bila ingat balik, saya betul-betul mandi (itupun mandi air panas)
hanya selepas dua minggu dan pada hari ke 17 baru mandi air daun yang sangat refreshing pastu saya berbengkung juz guna abdominal surgical belt yang jenis getah tu selepas sapu minyak angin. Saya suka adalah makanan dalam pantang macam ikan haruan bakar and ikan masak asam kunyit. Yummyyy!

Terima kasih yang sangat banyak sampai tak tahu macam m
ana mahu balas jasa kedua dua ibu yang sentiasa teliti menjaga keadaan saya dalam pantang. Sangat bersyukur. Untuk nenek saya juga coz everytime dia menjaga jejak langkah saya dengan sangat peka. Tapi selepas ini kena berdikari bila mama-mertua akan pulang ke kampung halaman selepas abes tempoh pantang nih. Ohh, bagaimanakah akan ku harunginya? *reality check?*reality check* phewwww!


Oklah dah lewat. 15min past eleven already. Nak kejut budak tembambam saya bangun nenen. Nah, sebelum saya sign-out tataplah gambar si kecik yang makin bertambah montel double chin itu! Hihihi :)




2 comments:

smms said...

ala tomei nya si bam bam chin ni .. geram anty ..

Zahra Al-Rasyah said...

tq aunty srie...ibu pun hari2 kata dia geram tgk double chin saya..dia tringat kat double chis burger katanya.huhu.