Tuesday, November 30, 2010

Kisah Confinement


Lagi empat hari saja akan menghabiskan pantang. Yahoooo!!!

Selama 26 hari berpantang di rumah ibu dan baki pantang ini dijaga pula oleh mama-mertua means sekarang ni ada kat rumah sendiri dalam jagaan mama
mertua Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar even pantang tak seperti wanita yang bersalin normal yang perlu berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung segala bagai. Buat masa ni masih lagi berstoking dan akan tetap pakai socks sampai cukup fourty-four days. Kaki rasa sejuk je kalau tak pakai socks so haruslah kena pakai. tak paham dengan wanita yang dalam pantang tapi takmahu pakai socks. tak takut ke in future badan tu dah sakit-sakit sebelum sampai waktunya?hummm.

Bila ingat balik, saya betul-betul mandi (itupun mandi air panas)
hanya selepas dua minggu dan pada hari ke 17 baru mandi air daun yang sangat refreshing pastu saya berbengkung juz guna abdominal surgical belt yang jenis getah tu selepas sapu minyak angin. Saya suka adalah makanan dalam pantang macam ikan haruan bakar and ikan masak asam kunyit. Yummyyy!

Terima kasih yang sangat banyak sampai tak tahu macam m
ana mahu balas jasa kedua dua ibu yang sentiasa teliti menjaga keadaan saya dalam pantang. Sangat bersyukur. Untuk nenek saya juga coz everytime dia menjaga jejak langkah saya dengan sangat peka. Tapi selepas ini kena berdikari bila mama-mertua akan pulang ke kampung halaman selepas abes tempoh pantang nih. Ohh, bagaimanakah akan ku harunginya? *reality check?*reality check* phewwww!


Oklah dah lewat. 15min past eleven already. Nak kejut budak tembambam saya bangun nenen. Nah, sebelum saya sign-out tataplah gambar si kecik yang makin bertambah montel double chin itu! Hihihi :)




Wednesday, November 24, 2010

Nenen + Bobom + PooPoo = Montok Montek


Semalam adalah pertama kali bawak baby Harits ke Klinik Kesihatan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar meskipun macam kelam kabut sikit bila saya dan Hubby berdua ja semalam nak manage si kecik tu. Anyway, lepas letak si bogel Harits on the weight scale machine tu kami berdua macam tak percaya bila nurse cakap his current weight. From 2.35kg masa baru lahir dan sekarang selepas sebulan naik dengan jayanya ke 3.85kg. Wowiiii! He's so not The Biggest Loser. Hahaha. Sangat bambam anak ibu. Itulah hasilnya bila beliau masik-masik Nenen (minum susu ibu) + Bobom (tido je selalu) and PooPoo (biyak ja keja). But Alhamdulillah, sihat walafiat baby kami tu. Happyyy sangat-sangat. After check dengan nurse semua baby Harits kena injek pulak. Sangat kasihan bila dia nangis jerit kuat-kuat masa kena cucuk tu. Ibu dia pun ternangis sama. Memang la sedeh ok. Kesian tau tengok baby kita sakit :( but syukurlah dia tak demam ka apa lepas cucuk. Juz resah gelisah ja macam tak lena tidoq semua tu ja.


Nway, here's the latest pic of my budak kecik yang Montok Montek tu. Gerammmm!!!









Ibu Harits yang dah makin kurus. Yippie!!! Berat saya turun 10kg and my current weight 55.9kg kg tau ;) tapi still byk baby-fat and perlu turun atleast lagi 3kg. Barulah menawan kalbu. Hihihi.


p/s: Nak ucap selamat berjaya to our dearest Hubby/ Daddy yang kat Sg.Petani sekarang ni untuk assesment. If ada rezki kita. InsyAllah shayang berjaya... Kami doakan byk2. Aminnn

p/s/s: Nenen-Bobom-Poopoo tu adalah idea makshue Harits yang comel. Hehe. Memang comel pun. Thanks Makshue :)



Sunday, November 21, 2010

Sedikit Cerita Tentang Gambar


Hi semua, lamanya tak berbelog di sini. Betapa rinduuuuu sesangat! :)
Me still dalam pantang and dah pantang kat umah sendiri di bawah jagaan mama mertua pula. Ni dah masuk ke hari tigapuluh :)

But nampak gaya macam tak boleh nak menulis panjang-panjang lagi bukan tak mahu tapi kepala and mata ni tak mengizinkan untuk mengadap dan berfkir lama-lama depan lappy nih. Upload picca pun pening pala okeh.huk.

Apapun untuk tidak mengecewakan kalian semua, saya persembahkan beberapa keping gambar my lil' precious untuk tatapan.

Juz after birth - from OT nurse terus berlari bawak Harits masuk ke NICU. Daddy pun hanya diberi kebenaran untuk Azankan selepas dimasukan wayar-drip-tiub. Very the sad :(


Day two of life - Jumpa Harits di NICU. Gagahkan diri jugak untuk kesana and nursing him despite of my condition yang still terbongkok-bongkok menahan kesakitan c-zer.

Day three of life - still dalam rawatan antibiotic untuk kuatkan antibodi Harits



-END-
-nanti dah hilang pening-pening ni saya sambung lagi ye-




Monday, November 1, 2010

KISS - Keep It Short and Simple


Salam sayangs semua.



Syukur pada Ilahi, saya susah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara ceaserian pada 22 Oktober 2010 - Jumaat disebabkan oleh plecenta previa type 3 ataupun uri di bawah tahap tiga. Jadi, terpaksa juga doktor keluarkan baby untuk elakkan komplikasi yang lebih teruk sebab dah terasa contraction yang kerap. Yup, baby lahir tak cukup bulan iaitu 33minggu 6hari bersamaan 8 month plus.

Lagi kisah mengenai detik-detik sebelum dah selepas kelahiran akan saya update kemudian termasuk gambarlah ya. Sekarang tengah menikmati saat-saat manis bersama si kecil. Moments of Happiness yang taktau nak gambarkan macamana!!!

Oh ya, my lil' khalifah telahpun selamat didaftarkan secara rasmi pada pagi tadi dengan nama - Muhammad Harits Haidar bin Mohd Irwan Syah. Alhamdulillah.




p/s: Ringkas saja coz saya update secara curik2 nih. huhuhuh. sebab dalam pantang my mummy and tokwan tak bagi nak mengadap intenet ka baca buku ka atau buat benda2 yang memerlukan fokus pada mata.


Bye semua. Doakan both me and my baby sihat sejahtera selalu :)