Thursday, July 29, 2010

Delima Pujaan Kalbu :)


Syukur...dah terhapus cravings saya terhadap
buah delima pada Isnin malam lalu. Perangai betul, hari Isnin makan bagi habis semua pastu Khamis malam Jumaat baru nak update? Huhu. Sorhi girls/ guys. Saya memang sangat kesempitan masa sekarang nih.

Hubby jumpa buah tu masa kami tengah shopping grocceries di NSK Selayang (ia ala-ala hypermarket tapi super murah daripada Giant or Tesco) Time tu perasaan adalah sangat-sangat happy bila nampak hubby tunjuk plastik bag yang ada 3 biji buah delima yang besar-besar pulak tu. Pastu bila hubby datang dekat bisik kat telinga kata "RM22 ye sayang untuk 3 bijik nih," Wow! Terkejut juga. Mahai betol. Takpe-takpe tapi saya tak kisah pun, demi baby-baby dalam perut nih dan perasaan teringin yang banyak. Bayar ajelah tanpa banyak cerita. Hahaha.

Punyalah tak sabar, siap dalam kereta macam nak makan terus ja tamau tunggu sampai umah dan basuh dulu tapi tak buat pun la. Bila dah sampai rumah & kemas-kemas semua barang dapur tu, barulah makan kat depan TV dengan tenang...Merah meranum buah delima tu and masam manis rasanya. Sedap. Cuma saya tak kongsi pun dengan Hubby. Tapi saya dah offer tapi dia tamau pun tapi saya dan simpan sebiji khas untuk dia tapi kalau dia tamau jugak, sayalah akan abiskan nanti. YEAY!!! And malam tadi pun saya dah berjaya makan sebiji lagi sorang-sorang sambil tunggu Hubby balik umah. Sangat gembira :D


p/s: nantikan update pasal atenatal class pula ya!


Monday, July 26, 2010

Short one!



Hi sayangs semua. How u guys doing?

Minta ampun. Blog dah berabuk. Saya sangat-sangat sibuk bekerja sekarang. Balik umah pulak dah penat nak mengadap lappy dan mengarang. So, tolong tunggu kejap ea? if ada masa and mood untuk update saya akan cuba menulis di sini, banyak yang nak cerita sebenarnya. Huhuhu. Nantilah...

Monday, July 19, 2010

Introducing: The First 'Cucu' In Our Family

Si comel di umur 1 hari

Syukur, Alhamdulillah :)

My sis telah selamat melahirkan seorang baby girl yang kecil molek, rambut ikal dan lebat gila, pastu comel & adorable pada jam 6.43 petang, tanggal 17 Julai 2010 di Hospital Selayang. Baby yang seberat 2.49kg itu di beri nama Nur Sakinah....setakat ni tu jela kot nama dia yang dah confirm tapi tatau la bila bapak dia pegi register nanti ada tambahan nama lain pulak kat belakang tu. Hehehe.

Semua pun gembira and excited sangat-sangat. Saya pun dah jadi mama long secara rasmi. Kata first cucu mak n abah kan? By the time baby sakinah sampai umah, Mak siap nangis-nangis lagi kata "kalaulah abah tengah sihat, mestilah dia yang paling happy sekarang ni," Saya pun turut sama ternangis. Iskk...memang takleh la kalau tengok mak nangis, tambah-tambah bila dia kaitkan dengan abah, laju jer nak kuar airmata ni :(

Walaupun nangis tapi still sangat gembira on behalf of ija & wan. But at the same time rasa berdebor-debor jugak dada ni bila tengok my sis tu menahan sakit before deliver and dengar cerita dia pasal proses kelahiran yang sangat tak pernah dirasai kesakitan yang semacam itu. Dupdapdupdap...nervous kot!


Wednesday, July 14, 2010

Like to Kick it! :)


Nak mengarut jugak dalam blog pagi ni, biarpun kerja makin menimbun. Bak kata bos yang di tangga nombor kedua...nak buat macam mana? cubalah tanggung kerja tu dengan hati ikhlas tanpa apa-apa imbuhan. Erkk?! Ehemmmm...Bahiklah tuan, saya cuba yang terbaik untuk mengikhlaskan diri seikhlas mungkin dalam menanggung kerja ex-supervisor saya tu yang penting jangan bagi kerja lebih masa sudahlah. Saya suka balik ontime tau. Huhuhu.

Tapi pagi tadi saya tak masuk kerja on-time :(

Saya lambat sebab jammed yang terok di Jalan Kuching. Kejang-kejang kaki plus bontot sebab dok dalam jammed lama sangat. Dekat 1jam 20min kot. Selalunya 40minit dah sampai. So, tonite saya nak demand sesi urut-urut yang lama sikit from mr. Hubby. TQ, i luv u shayang! :)

Malam tadi pulak first time rasa baby-baby tendang yang kuat daripada biasa. Banyak kali jugalah. Maybe because saya nasihat baby to kick bila daddy pegang perut ibu ni, jangan la sombong sangat. Hihihi. Lepas tu, terus dia kick kuat-kuat and banyak kali. But at that time mr. Hubby tade kat sebelah, dia dok buzy kat dalam 'opis' buat kerja. Padan muka daddy ;p sapa soh tak tunggu? orang siap jerit-jerit and missed call lagi sebab tamau bergerak dari position mengiring tu tapi bila dah bangun untuk panggil daddy terus je baby-baby stop kicking. Huhuhu. Ruginya kan?



Tuesday, July 13, 2010

Cold - Fever


Angin tadak, ribut pun tadak tapi hujan juga ada dua tiga hari lepas. Tapi bukan salah hujan yang turun pun rasanya. Entahlah, tiba-tiba ja diserang flu dan demam yang agak teruk jugalah. Start Sabtu petang yang lepas suddenly rasa badan seram sejuk semacam, hidung berair and tekak ketat. Malam tu try minum air banyak-banyak dengan harapan akan baik tetapi harapan tinggal harapan. Gugugugu. Sudahnya, sepanjang hari Ahad berkelubung je atas katil. Tapi keluar jugak dalam pukul 2 macam tu coz nak cari klinik but hampa kecewa coz semua klinik kat area SD tutup haritue. So, last2 pergi makan bubur mcD (yang tak sedap) and fresh orange pastu beli air cap badak yang banyak and balik umah sambung tidur balik. Hubby dah risau n start bubuh towel basah atas kepala bila demam saya ni kejap naik and kejap turun. Mana tak risau, satg demam jangkit kat baby-baby macam mana?

Malam tu, Hubby belikan pulak cold fever untuk tampal kat kepala plus air laichikang. Fyi, saya tahan untuk tak makan ubat langsung. Syukurlah air jus oren, laichikang and air cap badak tu agak membantu but still tido tak lena malam tu plus pening kepala yang amat. Ia mengakibatkan Isnin semalam saya telah ke klinik untuk mengambil ubat dan MC kerana masih ada lagi sisa-sisa pening demam yang berbaki meskipun temprature dah takda. Ok, rehat lagi satu hari kat umah. Tapi ubat-ubat tu semua saya tak makan pun, simpan ja dalam peti ubat kat umah. Rasa risau semacam ja nak makan takut efek kat baby-baby nanti. Hopefully, baby-baby kat dalam ni selamat dan sihat sentiasa. InsyAllah. Aminnn...


p/s: harinie saya dah sihat and dah kat opis pun sambil buat kerja dengan gembira. Pastu baby-baby pun dah kicking actively start dari pagi tadi. Yeay!


Wednesday, July 7, 2010

Check-up Yang Ke-Empat Kali


Am now in my 18 weeks if mengikut kata nurse yang ikut tarikh LMP masa saya check-up hari Isnin lepas. Tapi sebab macam selalu konfius dengan tarikh ultrasound scan haritue saya cepatkan sendiri kepada seminggu usia baby dah dalam kandungan iaitu 19 weeks. Sukahati je kan?Haha. Tapi lebih kurang jela. Kalau ikut yang scan tu pulak saya patutnya dah 20 weeks. Huh? Cepat betul.

Anyway, yang bestnya masa check-up that day, my berat was like naik 2.1 kg saja iaitu 57.2 sekarang. Tekanan darah, air kencing dan tahap Hemoglobin semua pun normal dalam rekod buku merah pun tulis ibu mengandung sihat. Yeay! Alhamdulillah. Lepas tu baby-baby pun sihat, dapat dengar jantung beliau yang sangat laju dan kuat. Syukurlah :)

Juz yang kurang bestnya adalah masa kena amik darah, still rasa takut takleh nak tengok nurse tu cucuk. Huk. Lepas tu, kenapa entah masa hari tu dalam 2-3 jam barulah hilang rasa sengal akibat dicucuk itu before this tak pulak rasa sakit yang lama macam tu. Huhu.
Oh ya, nurse tanya jugak yang baby dah gerak banyak ke? Sebab kalau dah gerak banyak dia nak Inject untuk kancing gigi. Tapi saya cakap belum gerak yang banyak lagi, juz terasa tegang-tegang and macam kicking yang very mild macam 'bubbly' dalam perut. So, nurse pun shcedulekan untuk buat Injection tu pada next check-up. Wehhh..rasa nervous balik coz me very not likey hal-hal berkaitan incjection-injection ni. Phewww!





Monday, July 5, 2010

Heart-Burn :(




Bila tengah di serang Heart-burn macam ni nak buat apa pun tak menjadi seronok. Huk. Semua serba tak kena. Seperti nak kena pergi mencari ubat atau pun mencari doktor jugak kot. Humm...




Nanti-nanti saya update pasal check-up bulanan saya di klinik kerajaan tadi.


Sakit :(





Bye :(