Monday, September 20, 2010

Selamat Jalan Wahai Teman - Jangan Lupa Daku Di Sini :)




Semalam dah upload cerita bout raya n my pregnancy journey so far. So, arini nak upload cerita pasal semalam.

Pagi. Iaitu lepas Subuh lagi tapi takla pagi sangat lebih kurang pukul 7 camtu la saya dan hubby dah bertolak ke KLIA untuk mengucapkan bye-bye buat kali yang terakhir kepada bff saya yang akan bertugas di luar negara. Sobss..Sobbsss...sedih. Minimum tempoh perkhidmatan beliau di sana adalah tiga tahun and maksimum lima tahun ye puan-puan. Phewwww! lama kot, Semoga beliau tabah la tinggal dan bekerja di negara orang yang serba kekurangan itu. Pastu sempat amik gambar sikit ja untuk kenangan sebab mula-mula terlupa coz syok sangat sembang pastu baby dia meragam pulak, my bff siap sempat tukar pampers coz selamba ja anak dia tersencing and siap tukar seluar and baju anak dia sekali few minutes before nak masuk ke boarding area tu. Hahaha. So, powerful mummy la dia and so cute la Qaireena.

Srie dan her precious lil' angel - Qaireena Krisya


Last pic together. Oh, lihatlah mukaku yang semakin tembun itu ;p

Sunday, September 19, 2010

Sakan Berhari Raya Sampai Terlupa Dunia Sekejap...Eheh...I Mean Dunia Belog Oh! :)



Salam everybody... Selamat Hari Raya ke-10.

Saya sakan beraya tahun ni. Sakan sungguh! Makan pun sakan juga, tatau la next check-up macam mana perkembangan badan saya. Anyway, bukan tak jenguk langsung belog nih, jenguk je sambil blog-hopping kat belog kawan-kawan lain juz saya yang takde mood langsung nak menulis updates. Huhuhu. Oh, ya saya amik cuti raya sampai dua minggu maknanya besok sudah kena pergi kerja. Alahai...sangat malas nak menempuh jammyland besok! :(


Saya beraya di kampung hubby tahun ni dan Alhamdulillah semua ok. Perjalanan pergi balik alor star pun adalah lancar, tak stuck 10jam dalam keta kira okla tu. Huhuhu. Pastu makanan yang dimasak oleh bonda mertua semuanya tabik spring. toing! toing! toing! Sangat sedap. Start dari buka puasa dah makan yang enak-enak, pastu raya pula bertambah enak dengan lontong+gulai ayam+sambal goreng+soto asli air tangan orang Johor. Phewww! Cekang dan tegang perut tak ingat. Memang kerja memproses makanan oleh perut saya berganda-ganda rasanya. Raya disambung ke KL pada hari keempat dan seterusnya adalah agenda makan-makan je keja saya. Hihihi. Sorhiii

Ok. Done updates raya. Nak cerita pulak pasal my pregnancy, nanti lari topik pulak dari tujuan asal belog ini dicipta. Heh.

Saya dah masuk 29 minggu. WOW! sudah masuk THIRD TRIMESTER. Baby-baby pun semakin kuat membuat alunan ombak dan tendangan maut serta sikuan di perut saya. Dah nampak jelas gerakan dan aksi si 'little messi' ni timbul-timbul kat perut saya. Hubby pun suka ja layan dia dan cakap-cakap sambil kiss-kiss perut saya. Shweeetttttt sangat! Pastu, semalam masa dinner & sesi lepak bersama cik nana & cik dila, our 'little messi' telah menjadi sangat show-off. Hehe. Lagi gadis-gadis tu pegang perut saya lagi kuat dia kicking pastu siap timbul gelombang-gelombang lagi sebab baby-baby sangat aktif pusing. Semua pun teruja melihatnya termasuklah saya. Hik. Baguslah baby-baby shayang, aktif-aktif je selalu tau. Ibu suka ja tengok kamu main-main dalam perut ibu nih :)

Pastu saya sekarang tengah dalam proses menyiapkan 'hospital beg.' Weee. Nervous. Baju-baju baby semua dah basuh tinggal lampin ja yang belum basuh lagi sebab baru dapat semalam (adik saya bagi free ja sebab dia dah dapat banyak untuk anak dia) tapi banyak jugak yang takdak lagi, seperti toiletries baby, minyak-minyak baby macam minyak telon, minyak yu yee, baby oil, vicks, mitten& booties and barang-barang saya pun satu apa pun tak prepare lagi. Huhuhu.


Tapi apapun Syukur, saya gembira setakat ini my pregnancy journey molek dan elok je laluannya dan dengan rezeki tak putus-putus yang DIA telah kurniakan kepada kami. Semoga proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar juga. InsyAllah. Oklah, saya nak out dah pergi iron baju untuk kerja besok. Nite-nite everyone!!! :)




Wednesday, September 8, 2010

And The Result Is...



Masa ultrasound scan tadi, Doktor cakap "memang nampak jelas la the baby's p***i and t***q", Hehehe. Sangat terus terang la doktor tu :D


Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran dari Aostaq! :D






Dunia semakin menginjak moden, kami han
ya menunaikan kewajipan selaras dengan peredaran zaman.
Untuk segala sengketa yang pernah wujud sepanjang kita bersapa - kami mohon kemaafan. 'Peace' sebagai tanda berdamai dan moga kalian juga dilimpahi rahmat dan bahagia
...





p/s: sumber asal kata-kata manis di atas dan gambar juga adalah nukilan en.Hubby (bagi saya beliau memang sangat hebat dalam menghasilkan 'copy' sebegini) - semoga beliau tidak kisah. Maaf zahir batin shayangggg...Hehehe!




Friday, September 3, 2010

Renungan Indah Sempena Hari-Hari Terakhir Ramadhan


Seringkali aku berkata,
Ketika semua orang memuji milik-ku


Bahwa sesungguhnya semua ini hanyalah titipan
Bahwa mobilku hanyalah titipan-Nya
Bahwa rumahku hanyalah titipan-Nya
Bahwa hartaku hanyalah titipan-Nya
Bahwa putraku hanyalah titipan-Nya


Tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya:
Mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku?
Dan kalau ia bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik-Nya itu?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?


Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah,
Kusebut itu sebagai ujian,
kusebut itu sebagai petaka,
Kusebut itu sebagai panggilan apa saja untuk melukiskan kalau itu adalah derita.


Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku
Aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak popularitas, dan
kutolak sakit,
kutolak kemiskinan,
seolah semua "derita" adalah hukum bagiku!


Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematika:
Aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku,
dan nikmat dunia kerap menghampiriku.


Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan kekasih
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku",
Dan menolak keputusan-Nya yang tak sesuai keinginanku

Gusti,
Padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah.
"Ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"


- satu Renungan Indah dari WS. Rendra

Thursday, September 2, 2010

Check-up yang ke-enam kali


Hi semua, saya sedang mencuba berpuasa harinie tapi kalau tiba-tiba datang simptom sakit di bahagian bawah perut ni macam tempohari kemungkinan besar saya akan membuka puasa lebih awal kot. But hopefully my puasa today will go on smoothly. Aminnn.

Alang-alang dah membelong nih, saya nak cerita pasal semalam. Dok tak dok dah enam kali saya check-up kat klinik gomen tu. Syukurlah selama ni ok je tapi semalam terjadi rekod yang kena duduk lama gila kat situ. Huk. Start dari 9am-12.40pm baru setel semua tapi sebenarnya masih ok compared to private coz semuanya F.O.C jadi saya patut bersyukur juga di akhir cerita. Tapi tula, salah saya jugak kot coz datang lambat untuk appointment yang sepatutnya pada pukul 8am. Padan muka saya kan! ;p

Oh ya, saya dah pregnant 26weeks rupanya. Lost count sikit la coz result scan and LMP adalah sangat berbeza. So, dah malas nak kira-kira sangat. Bole? Huhuhu.

Anyway, Time check BP boleh pulak ada budak praktikal tu buat suspen sebab tekanan darah yang di amik adalah 90/50. Isk.isk.isk...sangat rendah kot. Dua kali try and dua-dua bacaan tetap sama. Later bila masuk check dengan staff nurse situ, dia suruh amik lagi sekali and rupanya ada kesilapan - takdelah rendah pun, normal saja bagi preggy mummy iaitu 100/56. Phewww! lega hatiku. Maybe budak praktikal tu silap sebab dia tak biasa pakai yang jenis manual yang kena pumping tu. Selalunya guna yang auto tapi tatau la kenapa hari semalam dia nak pakai yang zaman old-school tu. Huk. Bikin suspen aja.

Setel semua kena amik 2nd injection pulak untuk kancing gigi tu. Aiyo! Nurse tuuu. Tiba-tiba ja nak kena injek? Isk...saya dahlah tak mentally prepared untuk apa-apa sesi injection arinie but buat jugalah, Alhamdulillah semua ok. Pastu berat timbang semalam adalah 60.6kg means naik 700g from last month pastu tahap Hemoglobin pun naik sikit from 11.0 - 11.2. Setakat check-up semalam semua menunjukkan result yang NORMAL. Then, nurse dah suruh start plotting untuk carta pergerakan baby. Yeay! But actually me rasa agak curious dengan keadaan baby-baby kat dalam ni, macam nak pergi scan jugak je coz nak tau heart-beat baby, kedudukan uri plus air ketuban. Risau dengan kisah yang terjadi pada myBlogsfera's friend - Amy. Kesian amy. Hope beliau and hubby kuat, tabah dan banyakkan berdoa demi keselamatan dan kesihatan babynya. Allah Maha Penyembuh, InsyAllah semua akan ok.


Apapun, nanti nak ajak daddy pergi scan jugalah sama-sama. Hummmmmm. Jom daddy? :)



Wednesday, September 1, 2010

PotLuck Berbuka-Merdeka


Semalam time orang bz celebrate MERDEKA, kami telah ada plan berbuka puasa bersama rakan-rakan Hubby (dah menjadi rakan-rakan saya juga semenjak lepas kahwin) Hehe. Majlis berbuka kat rumah budak-budak bujang tapi deko rumah dorang. Mak aiii. Cantik menawan macam rumah tak bujang kot. Hehe. Sebab tajuk pun kata potluck so, spaghetti bolognese telah menjadi menu pilihan saya untuk dibawa ke rumah mereka.

Tapi sekarang ni malas nak tulis banyak-banyak. Just enjoy all the pixas ya korang!