Showing posts with label baby-baby only. Show all posts
Showing posts with label baby-baby only. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Checklist for Hospital Bag




Sekejap lagi nak balik pastu nak terus pergi Sogo untuk setelkan barang-barang yang masih belum lengkap untuk Hospital Bag. Huhu. At first plannya nak pergi sama-sama mr. Hubby coz dia dapat balik awal petang ni tapi tiba-tiba ja hujan lebat and dia telah basah kuyup lalu dia terus jela balik rumah. Kesian my Hubby tu. But s'okay shayang, orang boleh je pegi secara solo. U dun worry-worry okeh :)

Actually, semalam dah survey dah barang-barang apa yang patut beli. So, hopefully kejap lagi takkan ada masalah rambang mata atau tatau nak buat decision and sewaktu dengannya lah ye. Huhu. Jangan kamu tatau, barang-barang untuk baby boy pun banyak jugak yang cutesy tau. Blueksss barang baby girl yang konon-konon kawaiii tu...huhuhu. Joking! ;p

Anyway, ini list yang saya plan nak beli kejap lagi.Harap dalam weekend ni berjayalah kami melengkapkan Hospital Beg itu. Yosssshhhhh! (tapi beg cantik & stylo untuk packing barang-barang baby takde lagi ar. Caner? Bila daddy mau pegi beli? Sobsss..sobbsss)


The List
1. Baby Towel - 2 towel + 3 face towel/ handkerchief

2. Barut baby yang strap - 3pcs
3. Swaddle Blanket - (1pcs yang ada hooded & 1pcs yang takde hooded)
4. Sleepsuit baby - 2sets
5. Mitten & Booties - nak beli banyak set boleh tak? coz comel2 belaka sarung kaki n tangan baby semua. Huhuhu.
6. Baby hat - Beli 1 dululah kot
7. Cotton wool (yang jenis bulat2 tu coz senang bawak p hospital)- 1 pack
8. Baby oil, minyak yu yee, minyak telon & nappy rash cream



Tuesday, September 21, 2010

Simptom/ Sindrom Terbaru



Baby-baby dalam perut ni makin aktif bila dah masuk 3rd trimester ni. Sekejap-sekejap dia kick or punch pastu bila baby-baby stretching rasa tegang je perut saya. Hihihi. Senak tapi best tau. Pagi tadi saya start counting baby movement pukul 9 pagi and pukul 10.35 tadi dah setel 10 kali gerakan. Wow! Sangat- sangat aktif kan? Sukalah saya dengan rasa dan perasaan ini. It's sooooo Amazing! :)
Semalam saya bersembang dengan rakan opis yang baru balik dari berpantang, saya ceritalah kat dia yang sekarang kerap terjaga waktu malam sebab nak terkencing la, panas la, sejuk sangat la, pastu bila dah terjaga tu macam susah pulak nak tido balik. Then dia cakap, itu sebenarnya preparation untuk kita bakal ibu ni bila baby dah lahir nanti coz jangan haraplah kita boleh tidur lena tanpa dikejutkan oleh si kecik itu. Hehe. Oh, macam tu ke? Oklah takpa, saya redha :)

And lagi satu simptom yang kerap terjadi sekarang adalah saya akan automatik terjaga dekat-dekat nak Azan subuh setiap pagi. Serius ni, dah dekat seminggu lebih kot benda ni jadi. So, i take this as practise yang bila nanti baby-baby dah ada, time macam ni lah saya kena bangun setiap hari untuk siapkan diri and prepare my 'little messi' tu sebelum pergi kerja. Tapi apapun, Daddy kena bangun tolong ibu sekali tau, jangan buat-buat tido pulak time tu. Huhuhuhu ;p



Wednesday, September 8, 2010

And The Result Is...



Masa ultrasound scan tadi, Doktor cakap "memang nampak jelas la the baby's p***i and t***q", Hehehe. Sangat terus terang la doktor tu :D


Tuesday, August 10, 2010

Post For My Baby-Baby ep.3



Hi baby-baby, how u doing inside there sayang?
Ibu really hope my tummy can provide u awsome comfiness while u doing all your baby's workout and somesaults. OMG! Mesti sangat comel.

And daddy also done something comel last nite. He passionately, browsing the net to search for the most comfortable stroller for you sayang. Like seriously! Ada calculator lagi kat sebelah. Bukan nak berkira tapi dia nak cari yang suitable with our family budget. Huhu. Pastu daddy siap tulis notes tambahan pulak kat "CHECKLIST FOR BABY-BABY" about which site offers the best and compared the price sambil dia membebel-bebel secara comel bila dia nampak harga yang wayyyyy beyond our budget. Daddy siap insist ajak ibu dok sekali sebelah dia tengok stroller mana yang dia dah pilih plus the colour. Daddy pilih black la untuk you. Kool katanya. Hehe. Ikut dia la kan sayang kan? Ibu tak kisah sangat pun bout the colour but ibu rasa merah macam cantik juga arr. Daddy tuuu...Huhuhu.

Tapi yang penting stroller tu harus kena datang sekali dengan carrier cum carseat and its safe for you baby-baby. Rasa sangat terharu and teruja jugak bila tengok daddy kamu bersungguh-sungguh browsing semalam. So, mulai sekarang baby-baby kena doakan daddy dapat projek besar-besar and ibu dapat bonus banyak-banyak ujung taun nih, nanti dapatlah baby-baby merasa travel dalam stroller cum cabrio-maxi cosi yang nampak cambest itu :)


XOXOXO,
Ibu



Monday, August 2, 2010

Check-up yang ke-lima kali



Nak jugak update pasal check-up kali yang kelima ni dengan A.S.A.P sebab ada terselit adegan meet the baby-baby menerusi ultrasound scan. hehe. Alhamdulillah, semua nampak ok kata doktor. Baby pun sangat active tau, time doktot tengah dok scan tu dia bole plak main tendang-tendang perut ibu dia nih. Haha. Sangat comel. But macam biasa la, gomen clinic kat tempat saya scan ni pun macam gomen clinic orang lain jugak. Doktot takdela scan secara betul-betul sangat. Ia lebih kepada nak ambil ukuran dan berat baby and tengok kedudukan uri kat mana.

Tapi Macam mana pulak dengan baby's gender? Yang doktor tu cakap tadi "nampak macam lelaki," Dats it. Takde pulak dia usaha sungguh-sungguh nak tengok or zoom kat "toot" baby-baby we all tu. Huhu. Takpela, dah kata F.O.C. Gue redha ja. Nantilah kami try pergi private clinic khas untuk check our baby's gender ja. Alright? Oh ya, Hubby pun teman sekali tau tapi beliau lebih concern dengan bila i punya exact due date and dah berapa minggu usia si kecik dalam perut nih sebenarnya. Huhu. Kata Nurse i dah 21minggu tapi kalau ikut scan am in my 23-24weeks. So, i ni berapa minggu pregnant sebenarnya? Adoi...Pening. Entahlah, nanti masa pergi check up kat private akan tanya jugaklah pasal hal ni sekali.

But before scan, ada usual routine check-up. Berat bulan ni 59.9kg - naik 2.7kg. Nurse tak kata apa, means normal la. Just, tahap hemoglobin saja yang menurun ke 11.0 iaitu borderline. Kata nurse if bawah 11 - means anemia. Alamak! Not good. Kena makan makanan menambah darah dengan lebih banyak lepas ni.

Okla sayangs semua, dats all for now. Saya masih buzy lagi tapi style bekerja agak slowmotion sikit sambil menahan sengal di lengan kiri. Maybe efek injection kancing gigi tadi agaknya. Alasan! Hahahaha.

Bye-Bye...sehingga berjumpa lagi! :D



Thursday, June 3, 2010

A Bun in The Oven - Exclusive Photo!



Setelah puas bercuti daripada Jumaat lepas sampai semalam, harinie kembali ke rutin normal di kantor. Takpa-takpa, bos tengah bercuti sampai hujung minggu ni, jadinya taklah terasa seperti berada dikantor sangat pun. Hehe. Suka! ;p

Semalam konon-konon ambil cuti extra untuk rehat-rehat sebab penat travelling jauh-jauh but bukan rehat sangat pun. Pagi-pagi jugalah saya dah bangun kemas rumah sikit-sikit pastu Hubby ajak pergi tengok early-bird show citer Prince of Persia. Yeay! plus yesterday is Wednesday yang cheap-cheap punya price. Yeay lagi! :)

Di suggest semua untuk tonton cerita itu coz its very the entertaining. Tak kisahlah jika sebelum ini si Jake Gyllenhaal tu pernah berlakon romen-romen dengan lelaki pun (isk..nasib baik tak pernah tengok cerita Brokeback tu. Huhu) yang penting dia belakon dalam itu gambar nampak sangat gagah perkasa dan ensem. Phewitttt! :D

Apapun, nak ciwi (orang Kedah tau kot words ni) dengan gambaq Ultrasound Scan tempohari yang finally telah berjaya di'softcopy' kan. Silalah tatap rupabentuk baby-baby the precious kami. Enjoy! :)

Edited by Mr.Daddykool :)




Sunday, May 30, 2010

1st Meeting With Our Baby-baby The Precious


Hello semua, bagaimanakah cuti anda? Musti best kan? Dapat rest lama-lama sebab weekend panjang. Hehe. Saya pun best coz saya still dalam mode holiday sebab saya dah apply untuk berholiday sampai Selasa nih. Huhuhu. jangan jeles ye ;p

Anyway, juz nak sharing with all of u sweeties bout pertemuan kami dengan 'baby-baby' di medan ultrasound.

Officially, semalam for the first time kami pergi ultrasound scan. Perasaan adalah sangat nervous dan happy tetapi sesampainya di klinik poton' pula feeling tu sebab bosan menunggu akibat patientnya yang sangat ramai. Sempat la saya tumpang sencing kat klinik tu sekali and Hubby pulak sempat khatam satu paper sampai habis setiap muka surat dibeleknya. Betul-betul lama ok. Huhuhu.

But masuk ja dalam bilik doktor kami jadi excited balik. Tapi...chewahh, ada lagi tapinya kan? Huhu. Yela, kena la tapi yang banyak sebab klinik tu punya mesin ultrasound juz ada 1 ja screen, means Hubby and doktor jela yang dapat tengok proses mengscan itu start dari awal sampai habis. Hubby siap tanya, confirm ada 1 heartbeat je ya? Huhu. He really thot kami dapat twins sebab perut saya dah macam agak besar. Hehe. Sangat jeles dengan Hubby. Uwaaa. Nak tengok baby-baby jugak.

Saya yang dah tak sabar ni mencelah dipertengahan and terus cakap kat doktor
"alaaa, nak tengok jugak," but the doctor was like, "sat, sat, sat, saya nak amik ukuran dia sat noh," and lepas doktor tu dah amik ukuran, record pergerakan and EDD semua barulah dia tunjuk kat saya baby-baby tengah swimming happily. Wow! sangat kagum, rasa macam nak nangis pun ada. Comelnya anak ibu nih and the growth was like super-rapid. Cepat besar rupanya benih cinta kami iaitu 14weeks and 4days compared to LMP pastu EDD pun tercepat 10 hari dimana ia jatuh pada 22.11. 2010. No wonder la tummy mummy ni besar semacam ja :p

Dapat ja gambar, terus belek-belek macam tamau lepas. Sukanya coz finally, saya nampak baby-baby secara jelas dan terang. Lepas solat subuh tadi pun dok tatap ja gambar scan tu lagi. Okla, nak pergi sambung tengok gambar baby-baby lagi sekali. Rindu la pulak kat budak dalam perut ni =)

Selamat malam!

p/s: Nanti saya scan picture scan tu baru upload di sini ea sebab klinik tu charge murah gila iaitu RM30. So, memang la tak dapek dorang nak provide gambar dalam format jpeg ka apa kan? Huhuhu. Redha jela.





Monday, May 3, 2010

Post For My Baby-Baby E.p.2


9 weeks:
Height - 2.3 cm
Weight - 2 grams

Your baby's heart finishes dividing into four chambers, and the valves start to form — as do her tiny teeth. The embryonic "tail" is completely gone. Your baby's organs, muscles, and nerves are kicking into gear. The external sex organs are there but won't be distinguishable as male or female for another few weeks. Her eyes are fully formed, but her eyelids are fused shut and won't open until 27 weeks. She has tiny earlobes, and her mouth, nose, and nostrils are more distinct. The placenta is developed enough now to take over most of the critical job of producing hormones. Now that your baby's basic physiology is in place, she's poised for rapid weight gain.

Alolo...dah agak besar jugak dah anak ibu ni...sebesar 'grape' if ikut website babycentre ni la. Kalau bole hari-hari nak tengok website tu and tau perkembangan kamu ni. Ya, kamu memang mempunyai seorang ibu yang sangat suka buat research bila dia teruja!Hehehe. Ada lagi yang buat ibu teruja. Nenek dan Aunty Ija dah belikan barut untuk kamu tau. Nenek la Ahad haritue, time shopping barang untuk bakal kazen kamu, dia belikan satu set barut ada 12 helai semuanya pastu, Aunty Ija kata banyak sangat untuk baby-baby dia. So, dia amik enam ja and half of it dorang bagi kat kita.Yeay! ibu teruja sangat ok. Apapun, cepat-cepat besar ye sayang, Ibu pun tak sabar nak shopping juga untuk anak Ibu ni.


p/s: we still cant wait to 'see' you! :)
XOXOXO (sambil usap-usap perut ;p ),
Ibu

Thursday, April 22, 2010

Post For My Baby-Baby Ep.1


Hi baby-baby...

Just wanna say how much i mish to 'see' you my little pumpkin. Hari-hari ibu wonder, how la your condition inside my tummy? How u doing inside there darling? Hummm.*wondering*

Anyway, Daddy kata nak bawak ibu pergi ultrasound scan end of Mei ni. Yeay! Tak sabarnya nak 'tengok' baby-baby swimming and buat summer sault dalam perut ibu ni. Mesti sangat comel dan menggeramkan ;) Masa scan nanti tu ibu rasa baby-baby akan masuk usia 12 minggu. Erm,
website ni cakap kalau 12 weeks means baby-baby dah boleh open and close your fingers macam main 'cak cekur, genggam gamit' tu. Hahaha. mesti comel bangat. Cant wait to 'see' you! Then your toes will curl and your eye muscles will clench. Mulut anak ibu nanti dah boleh buat sucking movement tau? FYI, 12 weeks tu almost nak abes dah 1st trimester. Yeay lagi!

And you know what sayang? Ibu bagi suggestion kat daddy untuk wat ultrasound scan tu kat kampung daddy. Masa tu kami akan balik kampung untuk kenduri kazen Daddy. InsyAllah. Kampung Daddy tu nun jauh di utara. Haa..kat sana la Tok Ayah, Mak Tok and Pa'chu kamu tinggal tau? Musti Daddy pun excited macam Ibu jugak kan? Hihihi.

Tapi Ibu nak mintak maaf sangat-sangat, sebab ibu rasa ibu tak bagi kamu zat yang cukup untuk membesar. Ibu takleh minum 'susu special untuk ibu mengandung' macam ibu-ibu lain tu. Ibu minum susu Dutch Lady Low Fat ja sekarang ni plus Air Soya. Harap-harap la zat-zat and kalsium dalam susu and soya tu cukup untuk tumbesaran kamu. Pastu ibu ada juga makan kismis and kurma and prune sunsweet - aunty ija kamu kata bagus untuk baby. Now Ibu just boleh berdoa agar kamu membesar dengan sihat, sempurna dan selamat dalam perut ibu ni.


Hope to 'see' you soon darling.


Lots and lots of ♥,
Ibu :)