Monday, August 30, 2010

Lower abdominal pain issue!


Hi sayangs semua, macam mana puasa korang harinie? Masih mantain puasa kan?

Bout my lower abdominal pain tu, saya dah pun pergi klinik dan check dengan doktor tadi. But apapun saya rasa lega & syukur jugalah sebab sakit kat bahagian ari-ari tu takde kena mengena dengan baby-baby. Tapi yang agak kurang bestnya bila doktor kata saya ada problem dengan bladder. Badan kurang air. So, process penyahtijaan akan menjadi sukar sikit buat cik buah pinggang dan ia akan memberi tekanan padanya bila saya berjalan dan buat aktiviti-aktiviti lain. Especially time-time preggy dah besar macam ni. Dats why rasa sakit/ senak/ cramp semua tu.

Oleh itu, bila doktor tengok badan saya dah memberi sign kekurangan air seperti bibir kering, kulit kering, sembelit dan sebagainya. Dia terus advice me not to teruskan puasa, sebab kalau i sendiri dah kurang air, baby dalam perut pun akan efek sama. Kesian my baby-baby. Pastu, doktor bagi ubat 2 jenis - air and pil in mild and minimum dosage khas untuk preggy mommy. Jadinya, saya terpaksa jugalah membuka puasa lebih awal tadi untuk makan ubat dan setakat ni saya dah minum tiga mug air dan dah terkench sebanyak tiga kali. Yeay! Huhuhu. Tapi lagi, doktor kata juga bukan takleh nak puasa langsung. Sebaiknya if nak puasa jugak kena minum air masak banyak-banyak start dari berbuka sampailah ke sahur. After this, no more colourful water for me. Huk. Tapi kalau air barli tu ok la but make sure kurang manis ya! :)


Oklah, stop sini dulu. Bye korang saya nak sambung wat keje sambil minum air suam dan nyanyi lagu raya. Lalalalalallaaaa :D

No comments: