Thursday, March 28, 2013

TIPS KANAK-KANAK: SOAL DUIT


Dipetik daripada perkongsian Cery Mama Faiz di Group Rich Moms Poor Moms (FB)

Kanak2 perlu di didik utk saving duit.. dari kecik lagi... or bila dia dah start faham or kira2... bukan umur 16tahun baru nak ajar..antara tips yg saya baca yg ingin sy komngsi dan ada yg sy dah apply...:

-jgn beri wang berlebihan ..maksud saya wang belanja ke sekolah. nnt dia tak belajar erti appreciate value duit...

-jgn tunjuk sikap boros dpn anak2

... -ajar anak kita permainan sepert monopoly, Saidina

-latih dia buat kerja rumah utk dpt upah tambahan..cth jemur kain,lipat baju.. objektifnya adalah.. nak duit kena kerja.. takde duit turun dari langit

-sediakan 2 tabung yg kecik

i-satu utk simpanan tetap- TABUNG 1...Tabung 1 ni untuk nak masuk bank

ii-satu lagi utk simpanan sementara atau dlm perkataan lain utk perbelanjaan -TABUNG 2

Kitaboleh buat mcm ni.. cthnya seminggu kita kasi dia a sum of money..RMxx lepas tu 50% dari jumllah tu kita simpan dlm tabung 1...50%simpan tabung 2.. kalau dia nak beli ape2..amik dari tabung 2.. contoh nak beli beg atau kasut atau CD. once dah cukup rm20 (cth)..baru amik dari tabung 2.. tabung 1 jgn usik langsung.. sbb nak masuk bank..


BERAPA jumlah yg nak diberi tu DEPENDS on umur anak.. let say dia baru 6thn... so berpada2 lah bagi seminggu tu.. .. jgn start bile anak dah besar.. tapi time kecik ni lah start.. kasi paham konsep..sbb budak2 mudah mengikut dan dibentuk.. dah besar..dah tua liat skit..haha


*tips tambahan: tabung kene kecik...kenapa size tabung mesti kecik?..supaya cepat penuh.. cepat penuh..cepat kita bwk dia gi bank..biar dia ada sekali dan tgk duit tu dimasukkan ke bank..ni utk tabung 1..

* tips tambahan: habit sedekah: utk tabung 2 pula.. kita ajar dia keluarkan 10% dari dlm tabung tu utk sedekah ke masjid setiap jumaat..atau sedekah kat mana2 tabung anak yatim... cth dalam tabung 2 tu ada rm30..kita ajak dia kuarkan rm3 dan sedekah ke masjid..sambil explain dia makna sedekah dan fadilatnya. InsyaAllah sampai ke besar dia akan amalkan dan jadi habit


*apa yg dikongsi utk peringatan diri dan bersama.. hihi.. sbb anak sy sorang jer.. so rasa mcm kadang2 terlebih spoil.. haishh.bahaya*

______

Cery

Friday, March 8, 2013

Reminder Jumaat: Untuk Ibu & Daddy


Renungan bersama...



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali me...nampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.


9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.