Sunday, October 17, 2010

Berat Mata Memandang...Berat Lagi Perut Yang Membawa


Memanglah begitu sepatutnya. Makin besar perut makin berat badan ni nak dibawa dan saya seperti tidak sedar hakikat tersebut sehinggalah tadi.


Actually semalam ada event di Times Square Hotel, kebetulan dah petang time nak abes event AJK yang handle penginapan bagitau ada banyak lagi bilik kosong and atas kebenaran Big Boss semua staff yang nak bermalam di situ dipersilakan dengan percumanya. Saya pun tergedik-gedik dalam hati ni teruslah roger hubby tanya "nak tak stay hotel malam ni?" and dia kata "terpulanglah" Yesss! meloncat saya toing! toing! menadah tangan meminta kunci bilik kepada kawan saya yang tengah bagi-bagikan bilik tu. Hahaha. Dipendekkan cerita lepas makan malam nasi lemak plus sup kambing di Jalan Doraisamy yang enak menjilat jari itu teruslah ke hotel untuk balik tido.

Tengah lepak-lepak TVing, (lepas puas saya berendam dalam hotbath ok) Hubby pun memberi cadangan untuk berjalan-jalan ke Low Yat and Sg. Wang esok sambil cari cover handphone beliau dan saya teruslah setuju. But then dia concern sangat "larat ke nak jalan-jalan nanti?" saya dengan yakinnya cakap "ok je, larat je," Macam tak sedar diri tu dah lapan bulan dan telah agak sarat perut tu.

Bila tibanya hari kejadian iaitu tadi, mula berjalan-jalan pukul 11am kat area Time Square tu pastu bergerak ke Sg. Wang dan terus ke Low Yat. Phewww! Rupanya saya dah memang sangat tak larat nak jalan banyak-banyak and berdiri lama-lama. If Hubby masuk kedai yang ada tempat duduk rasa bersyukur sangat dalam hati coz dapat duduk-duduk rilekkan kaki. Dah cuba dah motivasikan diri dengan ayat 'mind over matters' tetapi masih juga rasa kaki sangat sakit bila berjalan. But thank God jugaklah sebab tak lama sangat nak menjumpai cover handphone yang murah dan disukai oleh Hubby. By 1.30 dah berjalan balik terkedek-kedek pergi kat kete nak balik umah. Sampai je dalam kete dengan tak malunya terus angkat kaki & luruskan atas dashboard kete. Really dont care! Huhuhu. Tapi takpelah exercise kan? Orang kata kalau jalan banyak senang bersalin. Hopefully.

p/s: walaupun kesakitan kaki tapi masih juga sempat mata ni melilau-lilau melihat baju-baju cantik dan murah di Sg. Wang tadi. Siap ingatkan Hubby yang lepas pantang kena datang sini balik shopping baju for me. Ngeheeehehe.



Saturday, October 9, 2010

PANIC ATTACK!


Thank GOD its Saturday, bolehlah saya berehat-rehat saja di rumah harinie sebab semalam telah berlaku kejadian yang agak menakutkan dan mempanikkan - Tiba-tiba ja ada DARAH keluar!!! (saya baru ja masuk 32weeks iaitu 8bulan ok. pheww!)

Nasib baiklah ia jadi kat rumah coz saya amik cuti konon-konon nak study then Hubby pun ada rumah coz dia masuk keja lepas Jumaat. Teruslah saya ajak Hubby untuk pergi hospital padahal masa tu dia tengah siap nak gerak p solat. Before that call mak dulu, dia soh mai rumah then baru pegi hospital dengan mak n hubby. Saya pun keluar rumah sehelai sepinggang tapi sempat grab hospital beg yang dah prepare untuk baby-baby tapi barang saya? NIL. Satu hapa pun tak bawak. Panik punya pasal. Bila sampai umah mak, saya solat dulu and baca doa apa yang patut, sambil adik saya yang sangat cekap dan pantas - Cyah tolong kemaskan hospital beg untuk saya coz mak kata manatau betul-betul akan bersalin nanti. So, bawak jela semua tu untuk segala kemungkinan. Cepat ja dia packing baju, kain batik, socks, sweater and semua for me. Thanks so much sister, u are the best! and i owe you one. Lepas solat, Tokwan saya yang dulunya bidan suruh saya minum air zamzam and tengokkan perut saya, dia kata memang dah nampak menurun ke bawah macam nak bersalin. Haih. Time ni memang nerves gila-gila ok.

Sampai hospital saya kena naik terus ke dewan bersalin untuk check-up. Saya bertukar uniform ke kain hospital then kena baring coz nurse nak buat CTG semua untuk check ada contraction ke tidak and check BP. Time ni baby sangat active and perut rasa tegang je, area ari-ari pun terasa senak-senak sikit. Ish, betul ke baby nak keluar jugak harinie? Tapi dalam hati doa la banyak-banyak kalau apa-apa jadi hopefully semua akan selamat. Lepas CTG lebih kurang 45 min sambil diinterbiu doktor bout my medical history and dorang check tade contraction. Doktor soh wat ultrasound coz dia suspect uri kat bawah, thank GOD again coz bila scan semua normal and berat baby pun dah mencapai 1.9kg. Doktor tak puas hati lagi so, dia kata kena 'check bawah'. Cara check tu ala-ala pap smear, saya pun rilek2 jela coz dah pernah buat dulu tapi tiba-tiba ja macam sakit gila when the doctor masukkan lagi alat tu dalam-dalam and amik my sample darah plus mucus untuk test. Phewwwwwww!!! Tak tahulah kalau time bersalin betul-betul nanti macamana keadaanya. Huhuhu.

After setel, doktor kata ada bleeding kat pangkal rahim tapi bukan sebab baby or tanda nak bersalin. Maybe sebab saya terlalu active and pressure, so she pesan untuk banyakkan rehat dan lagi 2-3 hari darah tu akan kering sendiri. But saya still kena continue datang check-up kat hospital lagi 2minggu. Nak cakap terima kasih pada mak dan hubby yang sentiasa doa dan berada di sisi time panik-panik semalam. Actually, Hubby seems cool sangat - saya kagum dengan ketenangan beliau. Lepas je discharge saya mintak Hubby belikan air kelapa pastu mak belanja kuih donat yang sedap. Yeay!

Whatever it is, we take this as pengajaran untuk kami bersedia dengan segala kemungkinan. Kena completekan hospital beg cepat-cepat and saya akan kena bedrest je weekend ni.


Sunday, October 3, 2010

Pre-Preggie Photoshoot



Lokasi: Wondermilk, Damansara Utama. Cuppie cakes dorang memang sedap! :)
Tarikh: 2 Oct 2010 (my Birthday!)
Time: 9.50pm (juz in time before dorang closed shop)


Sebagai tribute kepada en. photograper ini - terima kasih daun keladi, lain kali amik lagi gambar kami banyak-banyak. Huhuhu.

Saturday, October 2, 2010

Two in One


Saya tau saya dah tak tulis lama jugalah. Tiba-tiba macam tadak time coz terbuzy lebih-lebih pulak kat ofis tu. So, sekarang saya nak crampkan beberapa entree menjadi 1. Bole?

Start hari Rabu lepas balik PD saya ada check-up yang ke-6 kali. Alhamdulillah semua ok cuma berat badan saya naik mendadak sebab Hari Raya a.k.a Hari Makan-makan Tak Ingat Dunia. Hahaha. Timbang tu kata berat saya adalah 63.4kg, means naik 3.2kg from my last check-up. Wow! Terus bila jumpa nurse dia kata if naik lagi bila datang check-up lagi 2minggu kena jumpa doktor. Weeee! takut kot. Nanti suspek diabetics pastu kena minum air gula plak. Huk. Harapnya lepas ni saya berjaya kontrol dan beringat bila makan.

Next day, tepat pukul dua petang saya dah terpacak di Klinik Kesihatan yang sama untuk dengar ceramah penyusuan ibu. Ada beberapa orang je suami yang sedia datang teman isteri mereka tapi yang lain semua solo je macam saya. But since ceramah ni kena dengar dua kali saya nak ajak Hubby follow for nextime. Dari segi content and info-info yang diorang bagi adalah ok but government kan? Agak boring sikitlah cara penyampaiannya. Pastu dalam sejam je dah setel.

Malam tadi pula, iaitu Jumaat pun ada event best organized by mr. Hubby! :) but this one saya decide nak tulis dalam entree lain pulak la. Hehehe. Sekarang nak sambung makan sarapan yang Hubby masak specially for me on my very special day. Yeay! *Happy* Happy* Happy mode*

Bubbyee sayangs semua. Enjoy your weekends elok-elok!!!