Wednesday, June 30, 2010

BabyMoon + Kerja = Kuantan. Meh Tengok Gambar Pulak! :D



Bukan nak amik gambar keta tapi sign yang unik tu
"Tak rasa bersalah ke potong Q?" hihi. Sangat unik la.

Sesi gossip sambil jungle trekking dengan Dila a.k.a Tourist Guide kami
Muka bushuk dan berminyak!
Keunikkan TC No.1 - Awang kenit yang pandai buat Peace. Hihi ;p
Keunikkan TC No. 2 - McD tepi pantai. Rare dowh. Huhuhu.
Adang!!!bersama auntienya ;)
Nampak clear dah "baby-bump" saya


Ok...dah khatam dah semua. Boleh balik sekarang :)

Byeee!!

BabyMoon + Kerja = Kuantan :D


Salam..apa khabar semua?
Ok, saya sedar yang saya dah menanam tebu di pinggir bibir only, kerana janji nak post cerita dan gambar pasal kerja+babymoon. Sepatutnya hari semalam, tapi terlupa nak bawak softcopynya. Maafin ya! :)

Actually, ke Kuantan atas urusan kerja saja pada mulanya. Tapi bila bos dah approved untuk drive sendiri pergi sana bersama suami and with penginapan, saya pun terus booking hotel dan plan untuk masukkan sekali aktiviti babyMoon bersama mr. Hubby. Beliau pun suka jugak dengan plan saya tu. Yeay!

So, Sabtu lepas bertolaklah kami ke sana, around 8.30am macam tu. Respek tabik hormat sama mr.Hubby dan tenaga yang ada pada beliau. Meskipun malam sebelum tu juz sempat tidur 3jam saja akibat World Cup, beliau sangat gigih memandu hingga selamat kami sampai di ibu negeri Darul Makmur itu. Saya terus ke program, pastu Hubby dibawa pergi minum oleh driver Pahang, sambil tunggu saya habis kerja. Alhamdulillah, everything went well. Setel ja kerja terus shoot untuk check-in. Bilik hotel pun juz nice. Yela, for one night stay jer, rasanya tak perlulah nak bermewah-mewah sangat kan?

Sudah check-in n refresh ourself terus call kawan kami yang kebetulan ada di Kuantan. She so the very sweet friend of ours ni telah bawak kami pergi jalan-jalan dan makan yang best-best. Firstly, is lunch di tempat yang sangat sedap masakan authentic Pahang - Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Bilis Terung Pipit dan Labu Air Masak Singgang. Yummy gila! licin pinggan tapi lupa plak nama kedai tu apa. Sebabkan cuaca agak panas kami terus ke East Cost Mall - Ada air-cond dalam mall kan? Hehe. Petang-petang sikit baru kami bertandang di Teluk Cempedak a.k.a TC. Cantik tempat tu kalau buat outdoor untuk wedding photo ;p Dulu masa tahun 2003 kot pergi macam tak lawa sangat, sekarang macam dah bersih dan upgrade la sikit nampaknya. Hubby yang dah 20tahun tak jejak kaki ke Kuantan ni terus jakun dengan McD yang dorang bina kat tepi pantai tu. So, telah petik gambar kenangan dengan McD tu, sangat rare katanya. Hik.

Malamnya kami pekena seafood pula di Ana Ikan Bakar Petai. WOOHOO! macam nak terpecah perut sebab makanan banyak tetapi yang tukang habiskan kami berdua ja. Cik tourist guide ada sekali tapi beliau buzy melayan anak buahnya. So, dia macam tak makan sangat la malam tu. Huhuhu. Selesai makan kami singgah TC jap sebab nak belikan Adam Happy Meal tapi drive thru ja pun sebab semua dah malas dan kekenyangan nak turun.

Kami balik dan tidur sampai pukul 10 besok pagi. Puas hati perut. Lepas tu kelam kabut bangun nak breakfast buffet kat hotel tu. Nasib baik still got makanan. After breakfast terus packing nak balik coz dah rasa malas nak round-round Kuantan lagi. Next time kalau ada rezeki kami akan datang lagi tapi dengan baby-baby. InsyAllah.

Gambarnya mana?

Alaaa...di entree lagi satulah ya? Panjang pulak karangan percutian saya ni. Hehehe.

Monday, June 28, 2010

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Kadang-kadang best jugak Dr. Fadzilah ni punya celoteh, penuh sinikal tetapi memberi inspirasi dan kesedaran. Ni saya cuplik daripada notes member di FB. Kalau kata anda seorang suami, baru bergelar suami atau bakal suami yang sedang membaca ini, janganlah cepat melatah ye. Amik yang jernih buang yang keruh, baru teguh peribadi.

Silalah baca sambil bayangkan gaya dia bercakap macam dalam TV tu. hahaha ;p


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga... Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? (alamak, yang ni saya surrender sebab saya pun kadang-kadang terkentut juga depan Hubby tapi mintak izin dulu tau ;p)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Isteri awak jugak kan?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

p/s: sang isteri juga punya banyak kelemahan. Jika saya terjumpa isu-isu yang seperti ini tapi versi isteri akan saya cuba postkan di sini untuk ingatan agar kita sama-sama berubah untuk kebaikan.


Tenung-tenungkan dan selam-selamkan!!! :D

c o n s t i p a t i o n


Makin bertambah pedih rasanya setiap hari semasa mahu membuang 'itu'. Huhu. Sabar jelah hati ni. Memang simptom ibu-ibu mengandung yang normal macam ni lah jika terkurang makan buah dan minum air. Kan dan sakit, sapa soh tak makan betik banyak-banyak? Huhuhu.
Oh ya!

Nanti saya upload cerita dan gambar pasal oustation sambil membuat aktiviti ber'baby-moon' di Negeri Darul Makmur. Harinie terlupa membawa gambar. I only had 3 words to conclude = Best! Best! Best!

Tuesday, June 22, 2010

My baby-baby is so strong and hopefully u'll have stronger brain my dear


Saya puasa harini.

Pertama kali puasa semenjak preggie.

Syukurlah semuanya berjalan lancar juz dekat-dekat nak berbuka tu rasa macam lapar gila sangat-sangat but thank God tidak terjadi perkara pelik-pelik macam pitam ka apa. Saya siap masak tomyam, sambal tumis n telur dadar lagi tadi. Baby-baby dalam perut ibu ni sangat strong la. Love u sayang! dan lagi satu, saya mahu kiss banyak sama Mr. Hubby sebabnya beliau teman saya puasa sama-sama tadi pastu sangat tak komplen apapun even tomyam yang saya masak tu tawaq habiaq, kurang masam dan pedas. Love u jugak shayang!!!


Salah satu sebab lagi saya kata baby-baby ni strong coz tengah hari tadi saya ke HKL untuk setelkan my dad punya pengesahan doktor untuk kad OKU, jalan agak jauh juga dari parking ke klinik. Afterdat jalan pula ke Sogo, niatnya nak pergi farmasi ja cari NeuroGainPB tetapi terlangsung ke fresh marketnya dan beli pulak bahan-bahan nak masak berbuka semua. huhu. Naik atas dekat lobi Sogo tu macam biasalah sale je manjang, lalu terbeli pula dua alas kaki. Murah ok, RM5 ja satu. Rasa best bila dah beli coz it full with happy colours iaitu pink n apple green. Makanya nanti rumah saya pun akan jadi makin happy dan berseri. Memang seronok dapat beli macam-macam tapi bila balik ofis terasa sengal kaki semua. Padan muka, sapa soh jalan banyak sangat? ;p

Berbalik pada cerita NeuroGainPB,
saya dapat tahu pasal supplement ni melalui pembacaan di blog-blog sekitar ibu yang pernah preggie dulu dan kata mereka result ia adalah sangat bagus untuk perkembangan otak baby. Baby akan jadi cepat pick-up dan aktif. Of course lah usaha ni perlu disertakan dengan doa dan tawakkal padaNYA juga kan? Juz harganya ja agak mahal iaitu RM63.90 for 30 capsules. Sebelum ni yang saya pernah baca its juz around RM54-55 only but in order to get the best for our baby-baby saya pejam mata ja masa bayar tadi. Huhu. Rakan-rakan saya terutamanya bakal ibu di luar sana digalakkan untuk mencubanya. Meh kita try sama-sama makan supplement nih, pastu bila baby dah lahir kita lihat perkembangan mereka macam mana. and share-share la experience kita kat cnie. Best kan?


Oklah, saya dah lapar balik ni, nak pergi makan pastu kejap lagi saya nak try this brain-food for baby-baby dan harapnya dengan izin Allah, beliau akan mendapat sebuah otak yang super genius setelah lahir nanti. Aminnn...


Monday, June 21, 2010

Buah Delima dan Khasiatnya untuk Ibu Mengandung :)



“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” - Al-An’am:99

source: google.com


Saya teringin makan buah delima pulak ni, terutamanya yang merah masak ranum seperti dalam gambar di atas itu. Slurrppp! Dah try surf intenet semua dan dapat banyak sumber kata bahwa delima ni banyak sungguh khasiatnya untuk ibu-ibu mengandung. Ini antara info-info berguna yang saya jumpa and nak sharing kat sini tentang khasiat buah dari syurga ini :)

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.

Bagus kan? memang baik untuk kesihatan kita dan baby dalam kandungan.

Ini ada lagi info yang saya dapat tapi rasanya macam mitos jela...orang melayu kan banyak adat dan pantang larangnya. Huhuhu - Ok, ada orang kata kalau ibu mengandung makan buah delima..kena makan satu biji takleh share ngan orang sebab dalam sebijik buah delima tu ada satu yang betul-betul berkhasiat...biasanya orang melayu kita yang mengandung ni makan buah delima untuk dapat mata anak cantik bercahaya macam buah delima dan kulit anak pun cantik, tiada masalah....saya pun tak pasti yang terjadi cantik tu sebab buah delima or kebetulan je, tapi apapun kita usaha dan berdoa la pada Allah kan? Semua pun nak baby yang cantik and comel :)



Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Kelahiran Cinta! :)


I love my life
because
it gave me You
I love You
because You are MYLIFE
Happy Birthday Shayang!!!

Sambutan tahun ni ala kadar aja tapi syukurlah semuanya berjalan lancar dan meriah. Kewangan tak mengizinkan sangat nak buat grandavista tapi harap-harap tahun depan sempena Hubby dah mencecah angka tiga didepan, dapatlah buat yang best sikit, tambah-tambah dengan kehadiran si kecil nanti. InsyAllah :)

On the birthday eve, saya beria-ia plan mahu bawak hubby pegi pre-celebration konon-kononnya, tapi takde cake apa pun juz makan-makan sampai rasa nak pecah perut.


Birthday boy yang membuat muka bosan kerana lapar menunggu

Tapi agak frust sikit because 'lamb' yang diorder sangatlah 'medium-rare' jadi tak lalu nak makan sangat. pastu Hubby membagi saya makan

and habiskan Chicken Grill dia coz dia takut nanti wifey dia ni lapar di tengah malam. Yeay!


Dan sebab bajet juga, hadiah hanyalah sekeping birthday card and paper clip yang mengepit kad lovey ini :)

On the day itself, 19th June...me and my hubby's siblings bercelebrate sambil makan ketiau kerang 'lauwan' yang tersangat sedap di KJ. Still tade cake coz Hubby kata tayah la membazir ja. Huhu. Okies! am gud.

Birthday Kiss from Atik to Ayahcik the birthday boy! :)

With the 'Brady Bunch' - BIL, SIL and our anak buah

Oh ya, Hubby dapat birthday present sangat banyak...cap, tshirt, bola futsal Argentina and boxer FIFA World Cup ok. Huhu sangat sportsman la dia lepas ni...

And nak promote, nasi Arab plus Kambing dekat foodcourt ni pun sangatlah the sedap one. Ia terletak dekat dengan giant kecik di KJ and sebelah kedai perabot. Siapa-siapa yang rasa nak try silalah :)







Thursday, June 17, 2010

Kepulangan yang di nanti



Mr. Hubby sudah selamat sampai rumah pada pagi Rabu semalam. Pukul tiga pagi ok. Sampai-sampai ja, beliau mengadu laparnya perut. Jadi sebagai isteri yang solehah saya pun bangun serta-merta siapkan makanan. Alhamdulillah segar terbeliak ja bijik mata pagi tu masak-masak tapi yang kesiannya saya cuma mampu sediakan meggi goreng sebab hanya itu yang ada di dapur dan cepat serta mudah dimasak. Thank God la selera Hubby saya ni sangat simple dan bukan seorang yang cerewet bila sampai bab makan-makan ni. Buatnya dia mintak ayam masak tomyam ka, ikan kerapu ka, daging masak merah ka? Huhu. Mau terkangkang-kangkang saya bersilat kat dapur tu jam tiga pagi. Cuma sekarang dia pantang makan nasi. Mahu diet katanya sebab perut beliau pun dah sama naik dengan perut preggy mommy nih. Hahahaha. Rilek la dd, pembawakan budak ja tu. Blueksss!

Ok, whatever it is besh of luck shayangggg! :p

Sekadar gambar hiasan (ini bukanlah meggi goreng yang saya masak itu)

Monday, June 14, 2010

Morning Daddy! :)



German menang besar ya ke atas Australia pagi tadi. Iaitu 4 berbalas 0. Saya tau pun sebab baca status peminat-peminat German di FB yang masing-masing berpesta gol secara sakannya.

Apapun, Hubby sudah selamat sampai di Negeri Tanah Kelahirannya semalam bersama-sama ibu mertuaku. Tinggal la saya seorang diri di rumah melayan kerenah baby-baby dalam perut nih. Sangat sedih. Chewahhhh...Yela tu. Memang tak arr nak tinggal sorang-sorang. Takut ok. Saya pun pack baju sekali sambil packing baju hubby semalam dan menuju ke rumah Bonda. Huhuhu. So, sekarang ni sampai besok InsyAllah saya akan menginap di rumah bonda sahaja. Tapi dah mula rindu nak bau ketiak Hubby nih. Caner nih? Alolo...mengadanya Ibu mengandung nih ;p



Friday, June 11, 2010

World Cup Fever!!!



Actually opening malam ni kan? Tapi ia dah bermula kat umah malam tadi coz Hubby dah stat conquer remote control sebab nak tengok games World Cup yang tahun-tahun sebelum ni punya. Alaaa...caner la nasib saya dalam sebulan nih nanti? Huhuhu.

Shayang jangan marah ea? Saja ja tulis macam ni ;p

Am actually can wait to celebrate this World Cup Season with you my dearest. Boleh spent time together sambil shayang coaching me bout' this football thingy and we jadi potato couch sama-sama kat depan TV. Viva Argentina!!! See..sangat support bola kan wifey kamu nih? :)

Tuesday, June 8, 2010

Kamu Pun Nak Konvo Jugak?


Saja post untuk ingatan bahawa saya pernah menjadi sangat skema sewaktu mengandungkan baby-baby pada usia beliau 15 minggu dan betapa telah nampak tembamnya saya. Memang ke kalau berkonvo diploma kerajaan ini semua macam dalam mood posing ala-ala skema gila ja? Hish...hish...Tak bole blah! ;p















Monday, June 7, 2010

Congraduation Dik! :)





Hari Bersejarah dalam hidup my Brother - FIM Convocation. Diraikan dalam mode yang manis-manis pedih. Manis kerana akhirnya beliau berjaya juga menyarung jubah dan menerima Diploma itu setelah berhempas pulas di dapur dan kelas selama tiga tahun pengajian. Pedih kerana Abah masih terbaring sakit dan dua lagi adikku tak dapat join sama meraikan hari manis ini kerana mereka sedang gigih menjaga abah. Moga abah cepat sembuh la hendaknya. Aminnnn!

Nway, yang join adalah Me, Hubby, Adikku Ieja, Mummy, Mak Usu dan Abg Jujut The Cousin. Silalah tengok-tengok sekitar kejadian konvo ini...






hEnsem kan adik saya? ;)


Telah Naik Lemak!


Entree kali ini adalah berupa memberi 'REMINDER' pada diri sendiri agar kurangkan makan atau makanan berlemak atau makanan manis atau makanan berlemak-manis. Oh, mentang-mentanglah telah graduate daripada 1st trimester, habis balun semua makanan sampai hilang ingatan. Huhuhu


Tadi adalah my 3rd check-up. Sesudah melepaskan urine di dalam cup, macam biasalah weighing time dan mesin timbang yang dipijak itu menunjukkan nombot 55.2kg. Wohoo! sudah naik 3kg. rupanya Jadi mulai sekarang berhati-hatilah bila berhadapan dengan cik-cik makanan. Nasib baik nurse tidak marah, cuma dia kata lepas ni banyakkan makan ikan, sayur dan buah-buahan dan kalau berat naik berterusan macam ni, kena minum AIR GULA nanti. Uwaaa!!! Tamau...tamau...tamau! :(


Friday, June 4, 2010

Buat Ibu Epal



Pangkal cerita hidup adalah nyawa...
adakah mati jalan hidup sekelian manusia??
hambur sedikit kisah sebagai hidangan buat yang masih leka bercerita...
untuk tubuh yang masih bernyawa...
mulakan karya...
biar cantik...biar nampak perkasa...
bukan untuk disanjung...
biar ada rasa...
biar semua ternganga...
hidup manusia dipenuhi dengan keajaiban...
menghantar satu nyawa baru untuk terus bernyawa ke dunia...
bersabung nyawa untuk satu nyawa itu...
Ya!!!itulah karya agung manusia...
gabungan kaum adam dan umat hawa...
karya yang paling sempurna...
dan termaktub comelnya...

~raboysalleh, 2007




p/s: ini bukan hakcipta saya tetapi nukilan beliau yang sangat dekat pada hati, jiwa dan minda sebab itulah mahu diabadikan di sini dan simpan juga dalam hati. Sayang karya beliau yang kali ini sangat banyak!!! (walaupun saya tak pasti pada waktu ini untuk siapakah ia ditujukan, cuma perasan syok sendiri saja bahawa ia untuk diri sayalah. hahahaha)


Thursday, June 3, 2010

A Healthy Mummy-To-Be


Harinie saya rasa sangat healthy. Daripada pagi lagi dah mula mensihatkan diri.

Breakfast segelas Susu Low Fat sebelum keluar rumah, sampai je ofis bancuh Horlicks Cereal plus makan roti Gardenia Toast'em perasa Raisin Oatmeal Chocolate sebanyak 2 slices. And now saya tengah munching-munchies Quaker Chewy Chocolate Chunk (low fat). Sekejap lagi saya akan memakan Subs Special Today yang berfillingkan Turkey Ham & Turkey Breast with Parmesan Cheese Bread. Yup. Yummy kan? (jika telah terlioq, sila berlari pergi ke Subway sekarang dan order Today's Special. Huhu) Saya tadi pun menapak juga ke Tune Hotel di sebelah Maju Junction tu untuk mendapatkan menu special Subway yang hari ini. Saya sangat suka menu Khamis tambah pulak dengan mustard and pickles yang masam-masam tu kan? Huhu. Memang terbaik. Hari-hari lain punya menu tak penah rasa lagi. Nanti la saya try pastu saya update dekat kawan-kawan dalam muka surat yang lain. Oklah, saya nak sambung munching pastu bersedia untuk berSUBWAY. Hehe. Oh ya, saya juga dah tapao air kotak Soya versi kurang manis. Yeay!

Sangat sihat kan menu breakfast dan lunch saya hari ini? Harap-harap baby-baby pun membesar dengan sihat dalam tummy ini sambil bergembira memakan makanan healthy yang diprovide oleh ibunya. Good job ibu. *Clap-clap* untuk diri sendiri :D




A Bun in The Oven - Exclusive Photo!



Setelah puas bercuti daripada Jumaat lepas sampai semalam, harinie kembali ke rutin normal di kantor. Takpa-takpa, bos tengah bercuti sampai hujung minggu ni, jadinya taklah terasa seperti berada dikantor sangat pun. Hehe. Suka! ;p

Semalam konon-konon ambil cuti extra untuk rehat-rehat sebab penat travelling jauh-jauh but bukan rehat sangat pun. Pagi-pagi jugalah saya dah bangun kemas rumah sikit-sikit pastu Hubby ajak pergi tengok early-bird show citer Prince of Persia. Yeay! plus yesterday is Wednesday yang cheap-cheap punya price. Yeay lagi! :)

Di suggest semua untuk tonton cerita itu coz its very the entertaining. Tak kisahlah jika sebelum ini si Jake Gyllenhaal tu pernah berlakon romen-romen dengan lelaki pun (isk..nasib baik tak pernah tengok cerita Brokeback tu. Huhu) yang penting dia belakon dalam itu gambar nampak sangat gagah perkasa dan ensem. Phewitttt! :D

Apapun, nak ciwi (orang Kedah tau kot words ni) dengan gambaq Ultrasound Scan tempohari yang finally telah berjaya di'softcopy' kan. Silalah tatap rupabentuk baby-baby the precious kami. Enjoy! :)

Edited by Mr.Daddykool :)