Friday, October 7, 2011

Selamat Pengantin Baru & Best of Luck My Dear!



Sahabat

Esok...

Kamu akan bernikah lagi.

Aku berdoa kali ini...

Semoga bahagia akan kekal sehingga syurga

Suami kamu itu nanti,

Harapnya akan lebih bertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam menyayangi kamu
Semoga dia bertabah hati untuk menerima anakmu walau bukan dari darah dagingnya sendiri.

Selamat Pengantin Baru Sahabat Tersayang

Tutup terus buku lama yang penuh durjana
Semoga bahagia milikmu selamanya
!

Tuesday, October 4, 2011

2 Oktober 2011


Saya genap 28 tahun pada tarikh tersebut. Syukurlah, masih bernapas di bumi Allah ini :)
Misi setelah mencapai umur 28 tahun adalah nak jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Antara yang nak dibaiki tu adalah macam ni:


1- Bangun awal dan sampai awal di ofis

2- Bangun awal di hari weekend supaya boleh siapkan keja rumah sebelum dua orang hero itu bangun esp. hero kecik tu.

3- Cuba untuk menjadi orang yang tak mudah LUPA. Penyakit LUPA saya kini berada di tahap kronik.

4- Belajar menerima kekurangan, terutama sekali kekurangan diri sendiri sebelum condemn other people.

5- Less talk, listen more.

6- Tidur sedikit lewat for me+hubby sweet time (cuddle-cuddle, massage-massage and chit-chat before doooze off). Selama dah ada baby ni sambil tidurkan anak selalunya saya akan tidur sekali. Kesian hubby.

This is so far my mission. Ada misi lagi besar macam beli rumah and kereta yang lebih besar but tunggulah bila dah confirm betul-betul naik pangkat barulah akan berangan segala yang BESAR masa tu :)

Back to celebration story. So, last Sunday adalah buat kecik-kecik celebration birthday sempena saya yang sudah tua ini*blushing* Hihihi.






First kat rumah mak saya, my sis bake a moist chocolate cake specially for me =) Thanks Asiah! and mak for the spaghetti plus nasi goreng yang yummy.






Lepastu, gerak dari umah mak dalam kol 5pm cantu ada sesi lepak dengan kawan-kawan Hubby and beliau amik kesempatan belikan saya Cuppies kat Flea-market Rasta, Taman Tun. Cupcakes itu memang yummy but gadis penjual cuppies tu takdelah cantik manapun shayang (peace! hehe). Pastu sempat jugalah beliau membelikan saya baju-bajan yang pre-loved tetapi masih cantik dan menawan hati. I like it so much! TQ Hubby :)





Monday, October 3, 2011

Air Tangan Ibu # 1 - Kung Pao Chicken

Actually tengah tension ni... Mencari solusi tapi tak jumpa-jumpa lagi. Pastu teringat kat makanan yang sedap ni.

Meh sini ibu-ibu semua saya nak kongsi. At least bolehlah shift sikit otak kat tempat lain nak bagi hilang stress sikit. Huhu.


Bahan-bahan:

Bahan A-

1 labu bawang besar (potong macam style buah epal)

3-4 ulas bawang putih (dimayang)

1inci halia (dihiris)

5-6 helai cili kering (betulke helai?erghh. stress balik. Tapi korang paham kan?huhu)


1 1/2 Isi ayam dipotong dadu

Bahan C-

1/3 cawan air

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap masin (ataupun kalau lebihkan pun takpe)

1/2 kiub pati ayam

Sedikit Garam (if korang memang kuat masin, bagi saya kicap & pati ayam tu pun dah cukup masin.hehe)


Bahan D-

Carrot

Kobis Bunga



Cara membuat:


Bahan A tu semua tumis, dah agak-agak naik bau, masukkan isi ayam tu, goreng sekali sama-sama dengan bahan tumisan tadi dan bila ayam dah masak masukkan air dan kiub pati ayam. Kacau-kacau bagi rata. Masukkan pula bahan C iaitu sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Pastu masukkan Bahan D tu, tutup sekejap kuali untuk bagi sayuran masak. Siap untuk di hidang!

Ok, selamat mencuba semua!

Saturday, September 24, 2011

Bila Anak Menyusu Badan: Suami Dipinggirkan



Okey, saya copy bulat-bulat tajuk tu daripada artikel ini. Nak Share dengan blogger semua pasal ni, if ada yang tengah cuba nak buat.


Bagi saya tips ni yang amat berguna sebab saya tengah dalam proses nak asingkan tempat tidur kami dengan Harits. Huhuhu. Alaaa, bukan nak pindahkan dia pergi bilik lain pun, just asingkan tempat tidur dia kat tepi tilam kami. Hihihi.

Thursday, September 22, 2011

Harits Haidar - Eleven Months of Life

Wow! Wow! Wow!

It's Eleven months already? Can i somehow freeze the time. Pleashee...Gosh! Cepatnya. Rasa macam baru je semalam Harits Haidar dikeluarkan daripada perut ini tapi realitinya lagi sebulan dia akan menginjak ke fasa toddler. Pastu nanti tiba-tiba ja dah masuk tadika and then darjah satu, pastu nak periksa UPSR, PMR, SPM, kerja part-time, masuk U, kerja, belanja ibu & daddy pergi holiday, kerja lagi pastu kahwin pastu i dapat cucu. Oh my! Oh my! Cepat sungguh. Over sangat la tu ibu tu nak imagine berdrama bagaikan hape. Budak tu baru nak masuk setahun ja pun. Hihihihi.

Okeh, for my own record Harits Haidar officially dah tumbuh gigi around his 10month 3weeks old. Agak lambat sikit but it's okayyy. Buat masa sekarang ni kerjanya adalah mengasah gigi dengan makan playmat or tilam or even worst carpet. Pastu dengan selambanya dia test power dengan mengigit nenen ibu. Ouchhh! sakit gila hoccay. Tak tipu. *Nangissss* Jalan belum lagi and rasanya akan berjalan time birthday dia nanti kot...Aminnn.

Tantrum wise budak kecik ni agak boleh tahan. Dah pandai show anger bila kita tak bagi dia barang yang dia nak. One more thing, kalau dalam car-seat dia dah puas menjerit & menangis sebab dah boring duduk dalam tu, dia akan mula hentak-hentak belakang kepala. Phewww! Risau tengok, tapi dia rilek ja macam tak sakit pun. Huk. Saya terus amik bantal and letak kat belakang kepala dia tu.

But sadly, takde degree dianugerahkan kepada saya sebab Harits dah start campur FM masa umur dia 7months if tak silap. But still saya pump juga harinie untuk esok. Nak buat stok? Harapan jela kot sebab dalam sehari nak dapatkan 12oz pun macam susah je. Huhu. But after all, saya masih bersyukur coz susu masih ada lagi untuk di buat fresh EBM waktu siang (if habis EBM baru bancuh FM) & boleh lagi BFing session at night and during haliday week or weekend. Syukur sangat!

For now, tengah buat eksperimen separatekan tilam Harits dan tilam kami. Dah mula semenjak malam kelmarin but first night tu, tak jadi sebab tiba-tiba rasa rindu and kesian kat Harits kena tidur sorang-sorang time hujan-sejuk. Jadi saya pun angkat dia tido di antara saya dan hubby. Lastly hubby yang tido bawah kat tilam Harits tu. Hahaha. Malam kedua ok, saya sudah boleh kawal emosi but dalam pukul 4pagi macam tu terasa macam ada budak kecik tepuk-tepuk muka. Buka je mata rupanya Harits dan dia dah merangkak sampai atas badan saya. Dia merentas badan daddy dia untuk kejutkan saya sebab dia nak nenen plus diapers dah penuh kencing. Ya Allah, sungguh comel situasti itu but kasihan kat Harits. Mesti masa dia sedar-sedar tu rasa lain je sebab ibu takde kat sebelah pastu terpaksa meredah kepekatan malam, kena panjat tilam and merentas halangan semua bagai just untuk dapatkan susu ibu dia. Kesiannyaaa. Malam ketiga pulak, back to square one, tidur balik kat tengah-tengah antara kami berdua. Hehe. Lagipun kesian kat dia coz idung still beringus and kahak tu tak setel lagi. Malam ke-empat,iaitu malam tadi pun sama jugak. Peace!

Doa ibu hari-hari semoga Harits Haidar sentiasa berada di bawah lindunganNya , menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat.







Happy eleven months hansome!








Much Love,
Ibu






Monday, September 19, 2011

LATENESS IS ALWAYS A FRIEND OF MINE





First of all...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA. Peace!

Kita masih di bulan Syawal bukan? So, the wishes is still relevant right?
Ok, ini pula gambar kami pada pag Raya pertama. Kaler ni Hijau Petronas kata Hubby saya.










(Songkok Harits nampak tinggi sebab dia adalah Johorean. Eh, taklah itu sebab kepala dah tak muat masuk songkok. Kejap je kepala budak tu dah besar. Huhu. Jangan bila besar nanti bersikap besar kepala ye anakku - ini doa)

Saya ni SIBUK macam hapa bila masuk bulan August and September. Sigh. Sampai nak update pasal perkembangan anak pun tak sempat. Oleh itu, dengan rasa dukacitanya saya mengumumkan tiadalah entree pasal 'Harits Haidar 10month of Life' di sini. Sedih kot but takpelah, saya simpan kenangan tu dalam minda jela, rekod elok-elok dalam lipatan otak. Jangan kena brain-wash or ada penyakit amnesia menyerang sudahlah. huhuhu. Mintak simpang!

Last week ada check-up di klinik kerajaan. Alhamdulillah normal semuanya. Berat Harits Haidar adalah 7.6kg dan kepanjangan adalah 72cm. Hihihi. Masa check-up haritue kejap je sebab tak perlu nak injection lagi but lagi dua bulan kena cucuk untuk setahun. dah bagi dia makan telur & nampaknya macam takde apa-apa allegic reaction, kira oklah kan?

Harits sekarang dah suka berdiri sambil tangan berpaut pada sofa dan jalan meniti dari ujung sofa sini ke ujung sofa sana, sometimes dia dah angkat kaki sebelah macam nak panjat naik sofa tu. Kalau saya push bontot dia memang akan laju jela naik. Kalau kita pegang tangan dia sambil jalan tu bolehlah dia nak jalan but dalam versi berjengket. Hihihi. But sekarang dah makin aktif & a bit clingy kalau kat rumah kami lah. Saya biar dia kejap kat bawah, bila paling balik dia dah kat rak tv tegah cuba nak panjat rak tu. Tapi bila saya out of his sight kejap je, biarpun ke dapur sekangkang kera tu mesti dia akan nangis cari-cari saya, tapi kalau dia tak nangis pasti dia akan membontoti saya pergi mana-mana pun sambil merangkak lah. Suka makan makanan orang dewasa, bubur dan baby pasta yang saya masak selalu terbuang begitu saja. Kalau makan pun 5-6 suap je kot. Hum. But kalau suap nasi ke, nasi tomato ke, nasi minyak ke, pasti laju je.

Oklah, pasti semua dah rindu dengan baby Harits kan? Nahhh...amik gambar dia sorang-sorang ni untuk simpanan semua.





Si hensem i ni dah kepenatan lalu tertido kat umah orang selepas penat beropen house sakan sabtu lepas. Gila betul dari pukul 11pagi-12malam = 7buah umah. Huhuhu.




Till then, xoxo!




Wednesday, August 17, 2011