Showing posts with label Air Tangan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Air Tangan Ibu. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

My Old Curvy BB is back!

Alhamdulillah syukur!





Walaupun dah hampir 2minggu berlalu masih terkesan lagi perasaan terharu dalam diri. Tak sangka dalam zaman yang serba selfish macam ini pun masih wujud lagi manusia berhati jujur dan prihatin.


Jadi pada 3 Desember 2011 dengan bertemankan Harits (Batman jr.), mr. Hubby dan dua orang kawan hubby merangkap the bodyguard, iaitu Syafiq dan Akmal, saya bertemu dengan insan jujur tersebut sekali dengan my Old Curvy BB. Yeayyy!




Terima kasih Mr. Low kerana begitu baik hati telah memulangkan telefon tersebut kepada saya.


Seperti kata Mr. Low tempohari "Saya tahu, bukan harga telefon ini yang penting tetapi information dan segala macam nombor yang ada di dalamnya yang lebih bernilai kan?"



Yes. Indeed.



Again. Thanks so much Mr. Low and Merry Christmas to you in advance. May Santa be extra nice to you for this year's Christmas. Happy...happy.. Joy...joy!!! :)


Monday, October 3, 2011

Air Tangan Ibu # 1 - Kung Pao Chicken

Actually tengah tension ni... Mencari solusi tapi tak jumpa-jumpa lagi. Pastu teringat kat makanan yang sedap ni.

Meh sini ibu-ibu semua saya nak kongsi. At least bolehlah shift sikit otak kat tempat lain nak bagi hilang stress sikit. Huhu.


Bahan-bahan:

Bahan A-

1 labu bawang besar (potong macam style buah epal)

3-4 ulas bawang putih (dimayang)

1inci halia (dihiris)

5-6 helai cili kering (betulke helai?erghh. stress balik. Tapi korang paham kan?huhu)


1 1/2 Isi ayam dipotong dadu

Bahan C-

1/3 cawan air

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap masin (ataupun kalau lebihkan pun takpe)

1/2 kiub pati ayam

Sedikit Garam (if korang memang kuat masin, bagi saya kicap & pati ayam tu pun dah cukup masin.hehe)


Bahan D-

Carrot

Kobis Bunga



Cara membuat:


Bahan A tu semua tumis, dah agak-agak naik bau, masukkan isi ayam tu, goreng sekali sama-sama dengan bahan tumisan tadi dan bila ayam dah masak masukkan air dan kiub pati ayam. Kacau-kacau bagi rata. Masukkan pula bahan C iaitu sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Pastu masukkan Bahan D tu, tutup sekejap kuali untuk bagi sayuran masak. Siap untuk di hidang!

Ok, selamat mencuba semua!