Friday, June 11, 2010

World Cup Fever!!!



Actually opening malam ni kan? Tapi ia dah bermula kat umah malam tadi coz Hubby dah stat conquer remote control sebab nak tengok games World Cup yang tahun-tahun sebelum ni punya. Alaaa...caner la nasib saya dalam sebulan nih nanti? Huhuhu.

Shayang jangan marah ea? Saja ja tulis macam ni ;p

Am actually can wait to celebrate this World Cup Season with you my dearest. Boleh spent time together sambil shayang coaching me bout' this football thingy and we jadi potato couch sama-sama kat depan TV. Viva Argentina!!! See..sangat support bola kan wifey kamu nih? :)

Tuesday, June 8, 2010

Kamu Pun Nak Konvo Jugak?


Saja post untuk ingatan bahawa saya pernah menjadi sangat skema sewaktu mengandungkan baby-baby pada usia beliau 15 minggu dan betapa telah nampak tembamnya saya. Memang ke kalau berkonvo diploma kerajaan ini semua macam dalam mood posing ala-ala skema gila ja? Hish...hish...Tak bole blah! ;p















Monday, June 7, 2010

Congraduation Dik! :)





Hari Bersejarah dalam hidup my Brother - FIM Convocation. Diraikan dalam mode yang manis-manis pedih. Manis kerana akhirnya beliau berjaya juga menyarung jubah dan menerima Diploma itu setelah berhempas pulas di dapur dan kelas selama tiga tahun pengajian. Pedih kerana Abah masih terbaring sakit dan dua lagi adikku tak dapat join sama meraikan hari manis ini kerana mereka sedang gigih menjaga abah. Moga abah cepat sembuh la hendaknya. Aminnnn!

Nway, yang join adalah Me, Hubby, Adikku Ieja, Mummy, Mak Usu dan Abg Jujut The Cousin. Silalah tengok-tengok sekitar kejadian konvo ini...






hEnsem kan adik saya? ;)


Telah Naik Lemak!


Entree kali ini adalah berupa memberi 'REMINDER' pada diri sendiri agar kurangkan makan atau makanan berlemak atau makanan manis atau makanan berlemak-manis. Oh, mentang-mentanglah telah graduate daripada 1st trimester, habis balun semua makanan sampai hilang ingatan. Huhuhu


Tadi adalah my 3rd check-up. Sesudah melepaskan urine di dalam cup, macam biasalah weighing time dan mesin timbang yang dipijak itu menunjukkan nombot 55.2kg. Wohoo! sudah naik 3kg. rupanya Jadi mulai sekarang berhati-hatilah bila berhadapan dengan cik-cik makanan. Nasib baik nurse tidak marah, cuma dia kata lepas ni banyakkan makan ikan, sayur dan buah-buahan dan kalau berat naik berterusan macam ni, kena minum AIR GULA nanti. Uwaaa!!! Tamau...tamau...tamau! :(


Friday, June 4, 2010

Buat Ibu Epal



Pangkal cerita hidup adalah nyawa...
adakah mati jalan hidup sekelian manusia??
hambur sedikit kisah sebagai hidangan buat yang masih leka bercerita...
untuk tubuh yang masih bernyawa...
mulakan karya...
biar cantik...biar nampak perkasa...
bukan untuk disanjung...
biar ada rasa...
biar semua ternganga...
hidup manusia dipenuhi dengan keajaiban...
menghantar satu nyawa baru untuk terus bernyawa ke dunia...
bersabung nyawa untuk satu nyawa itu...
Ya!!!itulah karya agung manusia...
gabungan kaum adam dan umat hawa...
karya yang paling sempurna...
dan termaktub comelnya...

~raboysalleh, 2007




p/s: ini bukan hakcipta saya tetapi nukilan beliau yang sangat dekat pada hati, jiwa dan minda sebab itulah mahu diabadikan di sini dan simpan juga dalam hati. Sayang karya beliau yang kali ini sangat banyak!!! (walaupun saya tak pasti pada waktu ini untuk siapakah ia ditujukan, cuma perasan syok sendiri saja bahawa ia untuk diri sayalah. hahahaha)


Thursday, June 3, 2010

A Healthy Mummy-To-Be


Harinie saya rasa sangat healthy. Daripada pagi lagi dah mula mensihatkan diri.

Breakfast segelas Susu Low Fat sebelum keluar rumah, sampai je ofis bancuh Horlicks Cereal plus makan roti Gardenia Toast'em perasa Raisin Oatmeal Chocolate sebanyak 2 slices. And now saya tengah munching-munchies Quaker Chewy Chocolate Chunk (low fat). Sekejap lagi saya akan memakan Subs Special Today yang berfillingkan Turkey Ham & Turkey Breast with Parmesan Cheese Bread. Yup. Yummy kan? (jika telah terlioq, sila berlari pergi ke Subway sekarang dan order Today's Special. Huhu) Saya tadi pun menapak juga ke Tune Hotel di sebelah Maju Junction tu untuk mendapatkan menu special Subway yang hari ini. Saya sangat suka menu Khamis tambah pulak dengan mustard and pickles yang masam-masam tu kan? Huhu. Memang terbaik. Hari-hari lain punya menu tak penah rasa lagi. Nanti la saya try pastu saya update dekat kawan-kawan dalam muka surat yang lain. Oklah, saya nak sambung munching pastu bersedia untuk berSUBWAY. Hehe. Oh ya, saya juga dah tapao air kotak Soya versi kurang manis. Yeay!

Sangat sihat kan menu breakfast dan lunch saya hari ini? Harap-harap baby-baby pun membesar dengan sihat dalam tummy ini sambil bergembira memakan makanan healthy yang diprovide oleh ibunya. Good job ibu. *Clap-clap* untuk diri sendiri :D




A Bun in The Oven - Exclusive Photo!



Setelah puas bercuti daripada Jumaat lepas sampai semalam, harinie kembali ke rutin normal di kantor. Takpa-takpa, bos tengah bercuti sampai hujung minggu ni, jadinya taklah terasa seperti berada dikantor sangat pun. Hehe. Suka! ;p

Semalam konon-konon ambil cuti extra untuk rehat-rehat sebab penat travelling jauh-jauh but bukan rehat sangat pun. Pagi-pagi jugalah saya dah bangun kemas rumah sikit-sikit pastu Hubby ajak pergi tengok early-bird show citer Prince of Persia. Yeay! plus yesterday is Wednesday yang cheap-cheap punya price. Yeay lagi! :)

Di suggest semua untuk tonton cerita itu coz its very the entertaining. Tak kisahlah jika sebelum ini si Jake Gyllenhaal tu pernah berlakon romen-romen dengan lelaki pun (isk..nasib baik tak pernah tengok cerita Brokeback tu. Huhu) yang penting dia belakon dalam itu gambar nampak sangat gagah perkasa dan ensem. Phewitttt! :D

Apapun, nak ciwi (orang Kedah tau kot words ni) dengan gambaq Ultrasound Scan tempohari yang finally telah berjaya di'softcopy' kan. Silalah tatap rupabentuk baby-baby the precious kami. Enjoy! :)

Edited by Mr.Daddykool :)