Tuesday, May 11, 2010

Dah Tak Craving Sangat Dah.


Setel keinginan untuk makan ini yang aku kepingin haritue. Hubby belanja makan kat KLCC malam tadi. Puas hati sangat. Yeay! tapi bila nampak Tepanyaki yang Hubby makan pun macam nak juga berebut makan sama. Sangat tamahak. Hahaha.

Lepas ni nak makan apa plak ye? *wink*wink*.

Oh, ya. Semalam pergi 2nd check-up. Alhamdulillah semua ok tapi klinik kerajaan kan? so, takdelah scan-scan semua ni. Nurse rasa perut sikit-sikit pastu nurse tu pesan untuk naikkan berat badan and makan buah banyak-banyak. Rilek la nurse, baru 1st trimester, memang la berat turun sebab muntah-muntah semua haritue kita tengoklah bila dah masuk 2nd Trimester nanti ;p

Saturday, May 8, 2010

Cerita Hari Sabtu (Gosh! Bosan Gila Tajuk)

Ehemm..ehemmm..

Saya seorang diri (tak sorang sangat la sebab ada baby-baby teman dalam perut ni. huhu) di rumah. Di saat ini jam tepat 10.47 dan dah hampir sejam Hubby keluar untuk urusan kerja. Yesss...saya ulang KERJA. And yesss di malam Ahad. Wohoo kan? Huhuhu. Rilek la. Saja ja tulis macam frust tapi saya redha ja ok shayang? Mungkin ini rezki baby-baby di masa depan. So, baby please take note, time tengah kuat-sihat macam ni la Daddy kena kuar bekerja cari rezki lebih bagi menampung hidup kita sekeluarga tau shayang? Kita yang ada kat umah ni kena berdoa banyak-banyak agar Daddy yang berada di luar itu sentiasa dilindungiNYA.

Actually nak update pasal aktiviti hari semalam dan hari ini tapi intro macam dah tertukar subjek lain pulak. Huhu. Alrite, back to our main subject.

Semalam from ofis ke kedai Hubby pastu ke Puchong (Hubby setelkan kerja dia sikit. Kerja lagi?) pastu straight kami ke Putrajaya untuk hantar my BIL + SIL + their 2 daughter ke KLIA. Anak-anak diorang sangat comel nyanyi2 lagu 'Adam-Stacy. Bergabung. Meletup. Auuhhh!' masa ondaway ke KLIA. Lepas dah puaih nyanyi, budak-budak yang sorang umur enam dan sorang umur empat ni tertidoq dengan sangat nyenyaknya di atas bahu kami. Huhu. Best kot. Dorang nak pergi naik aeroplane ke negara 'Omputih yang ada Disneyland' Huhu. Balik KLIA tidoq umah depa coz next morning ada pertolongan lagi yang dipinta.

Hari ini, which is 'the next morning' pagi-pagi lagi dah kuar tolong hantar my BIL punya MIL and his bibik ke Seremban coz diorang nak balik kampung kek Bahau. After that singgah di Salak Tinggi umah Hubby punya cousin untuk penuhi hajat mereka menjamu kami laksa. YEAY! Sgt yummy. Depa siap tapaokan untuk kami bawa balik umah. YEAY LAGI! :)

After Salak Tinggi shoot pula ke Jalan Kuching sebab nak attend wedding my junior. Wedding reception yang sangat rileks pada pendapat kami. Agenda seterusnya melepak pula di rumah Nora yang juga di Jalan Kuching. Nora masak bihun sedap and Linda bawak cream puff yang yummy juga (seketui=RM0.50 - kepada sesiapa yang nak order. Serious sedap ok. hehe) Teruskan perjalanan ke Hospital Selayang, ziarah my cousin yang operation appendiks versi complicated. Huk. Kesian beliau. Lepas tu terus ke rumah mak sebab my aunty ada kirim lauk-pauk. Seriously time ni dah sangat tak larat ok. Setel bermesra-mesra dengan Abah semua, kami mintak izin beransur. Part ni semua macam ok ja kan?

tapi...

Sampai umah cari-cari henpon takde!

Try call - ringing tapi tak diangkat. Isk..i thot tinggai kat keta :(
Turun cari before Hubby kuar pergi keje tadi tapi tak jumpa jugak. Cuba ingat.
Maybe tertinggal kat umah mak. Call my sis dia kata takde pun.
Dalam 10min after that, received text kat henpon Hubby (dia tinggal sbb dia risau kan me and dia guna Henpon kompeni la).
Text tu berbunyi begini...Sy tejmpa hp ni. sapa awk ni. Mcm mana nk bg blk.
Teruslah I try call balik tapi yang angkat lelaki, cakap macam Indon2. Isk...cuak gila ok. Dalam hati cakap ni mesti kes tertinggal kat hospital tadi. Haihhh... Mamat tu cakap2 sikit pastu dia letak. Try call lagi...

Orang tu angkat pastu dengar ketawa-ketawa yang kuat. Rupanya BUKAN mamat Indon - itu adalah sebuah 'prank' and the idea came from Mak. My Mak ok! Memang la mak tu seorang yang sangat funny and full with idea lawaks. Thank God. Mak tuuuu...along sayang mak tau! :)

SELAMAT HARI IBU MAK & SELAMAT HARI IBU MAMA!!! Semoga nanti kami dikurniakan rezki yang melimpah ruah lepas tu baru bole bagi present Mother's Day yang FABULOUS!
♥ - along/ zahra



p/s: macam panjang pula berleter kali ni. Esok i cerita kisah Hari Ahad pulak ye...dah tak larat. Nak p tidoq ditemani baby-baby. Nite2 semua!




Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu Semua! :)



Ini adalah hasil kerja grafik si budak comel ini yang dia post and tagged di Facebook. Oh, sungguh suwit dan sangat mengharukan! Sayang ko cla.

Dari kiri: Srie, Nora & Me ;)


Thank you dear. Biarpun lambat lagi tiba masanya tapi InsyAllah, nanti aku akan menjadi superMom yang sebenar di masa akan datang :)

Wednesday, May 5, 2010

Setahun Tujuh Bulan

Hubby,
Me wish for more months and year to comes. Hope we can always fill those moments with joy, love and laughter plus the latest addition to the family 'baby-cry' ;)

Love, love and neverEnding LOVE,
BABY :)


Abah Sakit Semalam :(


Semalam dapat call from my sis – dia kata abah sakit mata, merah gila mata abah. Pastu dorang bawak la abah pergi Hospital. Dahla dengan keadaannya yang stroke tu. Sangat kesian la kalau sakit mata. Sampai hospital terus masuk kecemasan untuk tunggu pakar sampai. Doktor yang bukan pakar check dulu pastu dia kata bukannya sakit mata tapi urat-urat mata beliau pecah coz tekanan darahnya tinggi sangat. Dats why mata jadi merah and ada posibbility kena warded and surgery. Gosh! Risau.

Tapi aku tak pergi pun hospital sebab tak berapa sihat sangat semalam - flu and rasa nak demam. Hubby pun pening-pening kepala, tatau kenapa. Mula-mula memang nak pergi jugak tapi pastu mak called cakap “takpa, tayah datang sebab kat hospital ni ramai yang sakit demam semua, along dah la baru je pregnant. Berisiko tinggi bila datang kat tempat tu,”. Takpela, yang penting doa keselamatan abah kan? So, aku solat pastu doa banyak-banyak dari rumah sahaja agar selamat semuanya. Then dalam pukul 11pm dapat text from my sister, dia bagitau doktor pakar dah check Abah, dia cakap urat-urat yang pecah tu urat halus ja. Efeknya pun taklah terok sangat and dalam masa dua minggu boleh baik dengan makan ubat. InsyAllah. Semalam juga dorang bawak abah balik. Tak kena warded pun. Syukurlah, lega dengar berita tu. My sis banyak kali pesan suruh jangan risau sangat and jaga kesihatan. So, dun worry dik bila you cakap abah dah ok, Alhamdulillah, dah kurang dah fikir and rasa sedih-sedih. Syukur...syukur...syukur :)

Tuesday, May 4, 2010

Food cravings pulak dah...

To Die For Fettuccine Alfredo!


Daddy, Ibu tengah kepingin sama ini makanan. Sangat-sangat ingin. Huhuhu. So, jangan lupa bawak ibu pegi KLCC belanja dia makan ini tau. Daddy pleasheee ea? Emmwahss!emmwahss! Love u daddy :)



Monday, May 3, 2010

Post For My Baby-Baby E.p.2


9 weeks:
Height - 2.3 cm
Weight - 2 grams

Your baby's heart finishes dividing into four chambers, and the valves start to form — as do her tiny teeth. The embryonic "tail" is completely gone. Your baby's organs, muscles, and nerves are kicking into gear. The external sex organs are there but won't be distinguishable as male or female for another few weeks. Her eyes are fully formed, but her eyelids are fused shut and won't open until 27 weeks. She has tiny earlobes, and her mouth, nose, and nostrils are more distinct. The placenta is developed enough now to take over most of the critical job of producing hormones. Now that your baby's basic physiology is in place, she's poised for rapid weight gain.

Alolo...dah agak besar jugak dah anak ibu ni...sebesar 'grape' if ikut website babycentre ni la. Kalau bole hari-hari nak tengok website tu and tau perkembangan kamu ni. Ya, kamu memang mempunyai seorang ibu yang sangat suka buat research bila dia teruja!Hehehe. Ada lagi yang buat ibu teruja. Nenek dan Aunty Ija dah belikan barut untuk kamu tau. Nenek la Ahad haritue, time shopping barang untuk bakal kazen kamu, dia belikan satu set barut ada 12 helai semuanya pastu, Aunty Ija kata banyak sangat untuk baby-baby dia. So, dia amik enam ja and half of it dorang bagi kat kita.Yeay! ibu teruja sangat ok. Apapun, cepat-cepat besar ye sayang, Ibu pun tak sabar nak shopping juga untuk anak Ibu ni.


p/s: we still cant wait to 'see' you! :)
XOXOXO (sambil usap-usap perut ;p ),
Ibu