Showing posts with label Ara Adney. Show all posts
Showing posts with label Ara Adney. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Show me your smile! - Kids First Visit to the Dentist

It is generally recommended that a child be seen by a dentist by the age of 1 or within 6 months after his or her first tooth comes in.

During Amni's 12 month check-up kat Klinik Kesihatan, the Doctor there suruh I bawak dia pergi check gigi. Lama dah masa tu bulan April. Makanya, masa cuti 31 Ogos yang lepas, I saja ambil cuti extra on the 1st and 2nd September to settle a few things. So, tetiba teringat pasal check gigi tu then i decided to include in their first dental check up in the To-Do-List on the 1st September. I memang nak bawak pergi check kat private pun firstly sebab senang nak control budak-budak ni, then I rasa Dentist private clinic ni lebih detail and lebih friendly plus the environment kat private clinic kan biasanya lagi cantik and menawan hati kanak-kanak. Klinik pilihan I adalah Toothie Tales, Putrajaya. 


On that day kami pergi breakfast dulu kat restoran bawah clinic tu, anak-anak pun tak tahu yang lepas breakfast tu diorang kena jumpa dentist. Saja taknak bagi tahu because taknak bagi anak-anak nervous. Dah settle makan semua, masa nak naik tangga ke clinic tu barulah I break the news. Hahahah. Abang Harits dah start kata taknak and macam nervous-nervous sikit but still panjat jugak tangga tu.

Masuk-masuk je clinic, anak-anak nampak macam happy sebab kat situ ada banyak toys. Bila tengok diorang dah relax sikit barulah I pergi register nama tiga budak kecil tu kat kaunter sambil husband tolong jagakan diorang. But prior to that I already booked the time slot at 10.30am one week earlier. Dentist yang bertugas pada 1st September tu adalah Dr. Hafizah. 

Harits adalah yang pertama dipanggil. Mula-mula dia tawaf dulu keliling bilik rawatan tu sebab nervous kan. Then bila dentist tunjuk spek mata hijau and suruh Harits pakai, barulah dia hendak duduk kat seat tu. Then dia tanya Dentist tu, nanti nak masukkan apa-apa dalam mulut ke? Hihihi. Dentist tu pun tunjuklah mouth mirror and probe (batang tajam-tajam) tu dia cakap, dia akan guna kalau ada apa-apa benda terselit kat celah gigi. Pastu dia explain dia akan baringkan Harits sikit supaya senang nak tengok dalam gigi and dia akan pasangkan lampu. Mula-mula Harits bukak mulut kecik je. Pastu I cakap, please buat macam Peppa Pig tu, bukak mulut besar-besar sambil cakap "Aaaaaaaa" and masa ni Ara pun join sekali tengok dentist tu examine gigi Abang dia.



FYI, The first dental visit is usually short and involves very little treatment. This visit gives your child an opportunity to meet the dentist in a non-threatening and friendly way. 

Alhamdulillah, it went very well for Abang Harits. Dentist inform yang gigi Harits okay and semua sihat. Cuma ada karat-karat sikit sebab dia suka minum milo and time gosok maybe tak betul sangat, pastu dia bagitahu lagi gigi Harits akan start jadi crowded coz tak lama lagi gigi kekal bawah akan tumbuh sebab dia dah nampak macam bump kat gusi bawah tu. Lepas settle check gigi, Abang dapat sticker!

Ara turns pulak. Dia mula-mula nampak takut jugak and terserlah wajah nervous tu tapi sebab before that Abang dia macam confident, dia pun jadi confident nak duduk kat seat tu. Tambahan pulak, after the Dentist tunjuk yang Ara akan pakai spek pink, terus dia happy rasa berbunga-bunga, mulut pun selamba je nganga besar-besar. Hahaha. Time Ara check gigi ni, Abang dia sibuk potpetpotpet kat tepi. Last-last dentist tu pun suruh dia sama-sama check gigi adik dia. Baik sangat Dr. Hafizah ni, muda dan baik dan friendly dan pandai melayan budak-budak. Ibu suka, anak-anak pun suka! Gigi Ara pun okay but sama juga macam Abangnya ada karat-karat sikit kat belah dalam sebab gosok tak betul and Ara pun dapat sticker lepas check gigi tu. Good girl Ara!



Last but not least, tibalah giliran our bulat-lat-lat Amni Kausar untuk berjumpa dentist. Ibu disuruh duduk sekali pangku Amni kat kerusi tu. Hehehe. Comel je Amni macam terkebil-kebil bila tengok lampu disuluh kat muka dia. Mulanya memang dia takmau bukak mulut, sampai dentist tu kena bukak pakai gous/ kapas. After that, Abang dia datang and sua batang cermin tu kat mulut Amni, elok pulak dia bukak mulut tu. Hahaha. Dentist pun kata gigi Amni okay. Doctor cakap Ibu kena gosokkan gigi Amni pakai kain basah or berus gigi yang lembut without any ubat gigi.


Dr.Hafizah tu pesan, parents kena gosokkan gigi anak-anak tiap-tiap malam sebelum tidur. Waktu pagi anak-anak nak gosok sendiri pun takpelah, cuma malam tu memang kena ibu yang gosokkan secara detail. Ibu kena make sure lepas minum susu coklat ke milo ke, anak-anak kena berkumur or bilas dengan air suam. Doctor pun ada bagitahu "apa yang ibu buat sekarang dah okay dah actually, lagi 6 bulan datang balik untuk checkup ye". Yeay! Ibu is happy banyak.

So, saya sangat recommend clinic ni for parents yang first time nak bawak anak-anak check gigi. Environment clinic yang cozy, dentist yang baik, friendly, pandai melayan budak-budak. Staff clinic pun sama baik macam doctor tu. So, total cost for the checkup? FOC. Wow! kan? sebabnya kami datang check je and gigi anak-anak pun okay, if ada kena buat apa-apa treatment barulah diorang charge as per the treatment. YEAY! Ibu is double happy. Hehehe.

Okay, kat sini details pasal Toothie Tales Clinic:
Alamat : No. 21A, Jalan Seluang P8/7, Bazaar@8, Presint 8, Putrajaya
Lokasi :  Atas Pharmacy V-Care di Bazaar@8 (Opposite Shell station kat presint 8)
Telefon  :  03-88616262 

Berikut adalah waktu operasi klinik:
Isnin - Jumaat:    9.00 pagi     -   2.30petang                               
                              3.30 petang -   9.00malam
Sabtu:                  9.30 pagi - 3.00 petang
Ahad:                   9.30 pagi - 1.00 petang

Syukurlah, my kids mendapat pengalaman manis during their first time visit to the dentist. Now anak-anak dah seronok pergi jumpa dentist sampaikan hari-hari diorang cakap nak pergi jumpa dentist lagi, nak pergi jumpa dentist lagi. Kahkahkah!


Tips sebelum bawak anak-anak jumpa Dentist:
PLEASE bagi anak-anak tonton Peppa Pig - The Dentist episode (walaupun dia adalah watak kartun tentang sefamili babi tetapi Peppa Pig sangat sopan santun and message yang disampaikan is very positive)

JANGAN - bagi anak-anak tengok Upin-Ipin pastu anak-anak akan rasa takut untuk check gigi. (Ayat ni Harits yang cakap sendiri ye "Apelah Mail tu takut nak jumpa doctor gigi check gigi. Kita rasa okay je jumpa dentist, best je") So, yeah parents - Upin Ipin is no good example. Dahlah ada watak lelaki lembut, pastu ada cerita takut-takutkan budak macam Hantu etc., cakap pun aku-kau. (Sorry haku tiba-tiba emosi terbebel pulak)









Tuesday, February 26, 2013

My Breastfeeding Journey with Nur Ara Adney



Lepas kesat air mata bercerita pasal kes bercerai (wean-off) sekarang kita memancarkan mata bersinar gembira hati *sparkling eyes* sebab nak bercerita kisah happy bila dah graduate phase exclusive breastfeeding Nur Ara Adney selama enam bulan. Syukur. Kita berjaya nak! Berjaya! *Lompat bintang bersama-sama Ara*. Heehee
First hour selepas Ara dilahirkan saya terus dapat direct feed dan penyusuan secara direct diteruskan sehingga dua setengah bulan yang pertama. It went well without any difficulties. Tak kena sore nipple, tak ada susu kurang, terlebih engorged lagi adalah. Sakit juga tapi taklah sampai demam-demam yang kena matitis tu.

This time around rasa macam lebih bersedia dari segi mental & fizikal untuk fully-breastfeed Ara. Dah nampak perjalanan jerih-perih nanti macamana berdasarkan pengalaman Harits dulu. Jadinya saya agak fully-prepared. Agak jela sebab breast-pump & segala gadget storage bottle untuk menyusu hanya beli two weeks before naik kerja dan pump immediately after dapat semua alatan ittew. Hah. Ini namanya over-confident sebab kononnya dah tau dah nak beli pump apa, nak beli storage bottle semua tu. Sampai malas nak hantar pump spectra3 untuk dibetulkan. Hihi. Nak kena babap ibu ni. Hasilnya, sesi untuk buat stock EBM pun menjadi kalut & bila betul2 masuk kerja pastu just dapat kumpul dalam 10 botol je EBM untuk Ara.

Tapi tak apa, saya tak kalut. Masih awal lagi perjalanannya. Saya tingkatkan sesi pumping kat ofis. Kat rumah pun pumping lagi sampai cukup 15-20oz setiap hari sebagai bekalan Ara ke taska. Masa ni Ara dah 3-4 bulan. Saya pun lega sebab ada je stock frozen sebanyak 3-4 botol dalam freezer tu. Masuk bulan kelima, tiba-tiba hasil susu merudum. Saya adalah terskip pumping kat office, pastu supplement Shaklee pun asyik skip je. Masa ni, saya pun stress pastu susu pun menjadi sikit, sangat sikit. Sekali pump masa tu dapat dalam 2-3 oz je. Memang tak cukup untuk bekalan Ara tapi hati masih nekad nak fully-breasfeed dan taknak beli Fomula Milk lagi. Saya pun gigihlah pump 2 kali sesi pagi iaitu jam 9 pagi & 12 tengah hari, setiap sesi 30 minit pastu terus hantar ke Taska masa lunch hour. Adalah dalam 2 minggu sesi berulang alik hantar susu tu berlaku. Penat, memang penat but berbaloi.

Dalam pada itu, saya teruskan makan breasfeeding set Shaklee, buat power pumping & berdoa dan terus berdoa. Adik saya pun kesian tengok saya stress sebab susu merudum, pastu dia introduce pulak Marine Collagen sebab pada dia collagen-jelly tu berkesan. Saya cuba & Alhamdulillah, berhasil ia jadi milk booster bersama-sama dengan Breastfeeding set Shaklee tu. Kes susu merudum tu rupanya nak period. Agak suspens jugak, ingatkan mengandung lagi. Kehkehkeh. Period tu, buat ai susah hati je tau! Blueks. Jahat dia.

Nway, nih nak bagi iklan free jap. Saya beli shaklee pada Puan Aishah Rahim  dan kalau siapa nak try Marine Collagen tu boleh contact terus adik saya (Ija) through email - khadijahsiti.kamaruddin@gmail.com. Murah je dia jual untuk yang dah siap masak punya.

Last Friday Pumping Session - I pakai Unimom Mezzo Manual je you. Spectra tu entah bila nak bawak pegi betulkan. Hehe.

As for now, production susu is back to normal cuma memang tidak ada stock frozen langsung la untuk si Ara tu. Pump hari ni untuk esok, sometimes adalah susu lebih sikit untuk lusa. Saya tak risau sangat coz melalui pembacaan saya, EBM jenis 'pump-harini-untuk-esok' ini sebenarnya lagi bagus untuk baby kita sebab baby akan dapat lebih banyak khasiat dengan minum fresh/ chill EBM  berbanding frozen tu but apapun still frozen way better than FM kan? Tapi saya bukanlah anti-FM pun, just ibu yang mencuba sehabis baik nak pastikan Ara mendapat khasiat susu ibu yang terbaik for at least a year. Nanti saya akan bagi FM jugak kot bila Ara dah setahun or maybe  bagi dia try Fresh Goat's Milk ke.


Tertidur kekenyangan selepas menyusu :)

Itulah saja cerita saya sepanjang enam bulan menyusukan Nur Ara Adney ini. Saya tahu, perjalanan masih panjang dan berliku-liku. Nanti saya nak up cerita pasal solid food pulak ye. Banyak ni saya hutang cerita dengan korang ni. Hehehe. 



Okbai. Selamat bekerja korang :) 





Saturday, January 12, 2013

Five Month - Nur Ara Adney


Yeay! Saya dah 5bulan. Next month dah boleh makan solids

11. Januari 2013. Pejam celik-pejam celik, kejap je our lil' princess a.k.a daddy's gofren ni dah lima bulan menghuni planet bumi :)

Sorry ye adik, lepas adik dah 5 bulan baru lah ibu berjaya tulis 1 entry pasal adik kat blog ni. Ibu sangat tak sempat, kerja ibu semakin bertambah kat office tu tapi Ibu banyak record deveopment awal dalam media social lagi satu tu, adik boleh je search #aradney bila adik dah besar nanti ye. Hihihi.

Alhamdulillah, setakat hingga 5 bulan ni kesihatan dia baik, kecuali ada demam lepas seminggu cucuk 3 bulan but sehari je demamnya. Cepat baik. Dari baby lagi adik senang jaga, senang tido. Nangis pun bila berak, ngantuk & penat tak selesa. Lain-lain dia ok je. :)

Ni masa adik demam, last two months


Dari segi physical development, last timbang adalah 5.9kg masa 3 bulan check-up hari tu. Tapi sekarang ibu rasa adik dah makin berat. Tangan dah pandai grab tudung ibu kuat-kuat, kaki dah pandai tendang-tendang. Bila tarik tangan dari posisi baring tu adik dah pandai duduk dan terus berdiri. Kuat kaki adik, cepat sangat ibu rasa. Terkagum kejap sebab ibu rasa adik kecik lagi tapi dah kuat dah. Development lain, masa Adik 3bulan tepat adik dah meniarap sendiri but lepas tu seminggu kot awak tak meniarap pastu meniarap balik sampai lah sekarang. Asal letak je meniarap. Dah siap pandai meniarap banyak-banyak kali macma berguling tu. Hebat.

Sampailahhhh....awak terjatuh semalam daripada sofabed tinggi lutut ibu. Jatuh atas lantai. Ya Allah, maafkan ibu dik sebab cuai. Tak letak bantal kat tepi sofabed tu siap-siap sebelum pegi dapur. Nasiblah takde apa2 yang serius. Takde benjol lebam ke hape. Bederau darah ibu, macam nak sesak napas pun ada, tiba2 tengok adik dah melepek tertiarap kat bawah then meraung macam hape. Lepas dari tu, asal ibu takde kat sebelah je mesti ibu letak awak kat bawah atas mat ABC tu macam ni.


Anyway, Last week, Hari Ahad 6.1.2013. Ibu bawak adik pergi sunat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ibu je yang nervous lebih-lebih masa tengok doctor tu pegang gunting. Masa adik kena siat kulit sikit tu, adik tak nangis pun! power sungguh adik. Adik juz ekk sikit je. Terer adik tahan sakit, ke memang betul tak sakit sangat. Itu ibu tak tahulah kan. Hehehe.

Si kenit kat klinik, tengah tunggu turn nak bersunat.Hihihihi, 

Lain-lain tu, adik dah tunjuk keminatan yang tinggi terhadap makanan dan orang tengah makan. Kesiannn ibu tengok but tunggulah lagi sebulan, bagi ibu prepare & study betul2 pasal solid foods pastu beli gadget untuk working mom macam ibu ni nak bagi makanan kat anak. Macam-macam kena prepare tau dik.

Adik duduk taska pun ok je, maybe tak reti kot nak crancky2 lagi. Juz sometimes cikgu kat taska lupa letak Lucas Papaw lepas nappy change yang buatkan naik nappy rashes. Kesian adik. Tapi adik mmg suka berak, sometimes 3x sehari macam daddy. Hihihihi.

Okaylah, next monday ada check-up + cucuk 5 bulan untuk Adik. Ibu harap semuanya ok, berat adik naik walaupun nampak tak setembam dulu. Ibu doakan adik kuat, sihat & cerdas.


Till next post about u darling baby Ara.


Love Banyak Sangat,
Ibu.