Thursday, July 14, 2011

Stress Free Mommy








Senyum selalu. Anak cranky pun senyum je sambil melayan the crankyness, dia kecik lagi bukan tahu apapun. The keywords is SABAR.





Anak adalah anugerah terindah bukan BEBAN. Selalu ingat itu. Tak bersyukur tau kalau siapa yang cakap macam tu.





Bila anak terbangun mau susu di waktu malam, walaupun mengantuk macam mana pun kena selalu ingatkan diri yang anak itu masih kecil dan tak reti bangun cari susu sendiri. Kalau kita tak bangun bagi susu siapa yang nak bagi? Kasihanilah anak kecil itu.





Moments to be treasure bila kita dengan baby, abaikanlah perkara-perkara lain selepas waktu bekerja. Sekiranya ada waktu untuk pulang awal dari tempat kerja, silalah buat tanpa berfikir dua tiga kali.




Sebelum kita tido mesti anak pun dah tido kan? masa tula kena amik masa tatap muka anak dalam-dalam. Hilang segala, stress, penat lelah sepanjang hari tu.


Once baby bangun dari tido and terus tersenyum bila kita menyapa dengan 'Assalamualaikum' - Wow! ia perasaan yang maha indah & terus rasa macam tanak pergi kerja. Duduk rumah je layan baby, bestnyaaa!




Senyuman kamu anakku - Ubat stress paling mujarab. Thank you baby! :)




Friday, July 8, 2011

Last Nite Incident


Last night all Hubby's family berkumpul kat rumah Uncle dia kat Shah Alam for a kenduri doa selamat & tahlil for his birthday. Oklah, everyhing went well until after the cake-cutting session.

Normallah time kenduri mestilah akan ada budak-budak kecil ran here, there and everywhere. Masa tu dah lebih kurang pukul 10.30 malam. Rumah Uncle tu besar pulak, lagilah seronok sangat dorang main zombi-zomba, kejar sana-sini, jerit-jerit. Then suddenly, PRANGGGG!!! saya yang dok bilik sebelah sambil meriba baby Harits yang tengah nyenyak tido terkejut debgar bunyi kaca pecah berderai. Abeslah, ingatkan budak-budak tu dah terlanggar pinggan mangkuk sambil berlari.

Saya pun lari ke tempat kejadian bila dengar bunyi menangis dan menjerit. Ya Allah, rupanya anak buahku telah berlari merempuh glass sliding door coz she thot it was open. Sampai tembus dan pecah berderai sliding door tu. The rasa terkejut sampai rasa mengigil lutut & sejuk-sejuk tangan. Sorang hubby's cousin terus tarik si kecik tu ketepi, terkopak abes dahi dia dan darah meleleh keluar, lepas dah berjaya tenangkan keadaan & stop the bleeding, the parents & my brother inlaw terus drive her to the nearest 24 hours clinic. Rupanya kat kaki pun ada major cut jugak. But the clinic tu tak berani nak buat surgical cosmetic surgery kat dahi dia so, dorang juz cuci the luka and balut pastu dorang semua rush to Hospital Putrajaya.





Sampai hospital kena tunggu pulak lebih 2jam to get the stitches, kesian kakak :( pastu dah x-ray semua kat kepala, pukul 4 pagi baru sampai rumah as what my FIL told me tadi. Am still in shock, sampai sekarang rasa kecut perut tak abes. Phewww!



This is what my SIL updated at her FB this morning.




Deep cut at her forehead but dah One and half hours waiting at Emergency, Putrajaya Hospital last nite




10 jahitan di kaki but kepala tak tahu berapa sebab doc tak bg bukak due to skin lost. poor little girl :(




But i know that, my 7 years old anak buah is so strong. Kakak bertahan ok, kakak kuat semangat kan? Aunty Zahra tau kakak kuat. Semoga kakak cepat sembuh. My pray is with you dear. Untuk kak Jue and Bangah - you guys must be strong too. Keep on praying for her speedy recovery. Aminnnnn.

Semua-semua readers pun tolong doa untuk anak buah saya ni jugak ye. Terima kasih.

Thursday, July 7, 2011

Tipsy - Membawa Baby Masuk Panggung Wayang







Cey...cey...cey...

Baru sekali berjaya masuk panggung dengan baby dah pulun nak buat tips suma bagai. Hahaha. Juz so you know, saya bukanlah nak pulun or buat terok or berlagak ke apa. Please note this as a sharing-caring session je dengan semua hot wifey-mummy out there :)

1. Pakaian baby. Make sure baby dipakai dengan pakaian yang tebal, kalau takde baju tebal, pakaikan baby dua lapis baju. Macam saya haritue, saya pakaikan Harits pyjama biasa mula-mula pastu dah nak sampai wayang saya sarungkan jumper 'casper' yang ini di atasnya. Cukup warm dah rasanya baju tu coz dia takda pun tunjuk tanda-tanda kesejukan.




2. Keselesaan baby. Kalau boleh sebelum masuk susukan baby sampai kenyang and bagi dia tidur pastu pakaikan ear plugs or ear muffs (ear muffs lebih comfy rasanya sebab boleh tutup seluruh telinga daripada sejuk dan bunyi bising sekaligus). In my case, haritue cari ear muffs tak jumpa, so last resort pakaikan ear plug but my baby macam tak selesa ada benda sumbat dalam telinga dia and dia cabut. So kerja kami dalam tu sumbat telinga dia everytime dia cabut plug tu and last sekali dah susah sangat nak pakaikan ear plug tu, saya tutup je telinga dia pakai tapak tangan. Hahaha.


3. Genre cerita. Kalau boleh janganlah tengok cerita yang bising lawan-lawan sangat ni, sebab for sure akan membangunkan baby itu kalau takde proper hearing protection dan kita akan jadi kalut keluar-masuk-keluar-masuk sebab takut baby terkejut-terkejut sebab sound system kuat sangat. Hehe. Kami silap haritue tak cari ear-muffs awal-awal.

4. Time. Booking ticket in advance and kalau boleh time tu kena dengan time tidur dia and lagi sekali, jangan lupa hearing protection aid.

5. Mutual understanding Hubby-Wifey. Make sure pasangan anda setuju dengan decision untuk bawak baby masuk panggung. So, takdelah aktiviti salah-menyalah akan berlaku jika ada terjadi benda yang tak dijangkakan. Supportive sangat hubby saya malam tu :)


6. Ring sling. Saya beli ring-sling siap-siap sebab saya tau tangan saya akan sangat lenguh if mendukung baby Harits yang tidur sedap ja. Tapi kalau mak-mak kat luar kuat & tahan dengan berat baby. Takde ring-sling pun takpe.

7. Tempat duduk. Couple seat is very much suitable for this sittuation. For me, it's a must. Haritue, bila baby Harits dah terjaga kami letak je dia duduk tengah-tengah antara kami. Tapi make sure peganglah tangan baby, jangan biar terlepas. Sekali baby tertonggeng ke depan, tak ke haru pulak.

8. Pray and hope. Berdoa banyak-banyak sebelum masuk panggung dan tawakkal. Pastu terus masuk and enjoy the movie mommies!




Serparation No More!



Syukur...saya dah selamat kembali ke rumah semalam. Rindu sesangat-sangat! Sampai-sampai je tengok dia tengah tido, then tatap muka dia dalam-dalam. Alahai, kesiannya anakku ini. Tapi hubby macam memahami pulak dalam hati ni meronta-ronta nak main dengan baby Harits, pastu hubby pun kish-kish dia sampai terbangun. Bukak je mata, my little angel tu terkebil-kebil tengok saya but lepas saya bagi salam and panggil nama dia terus tersengeh-sengeh & tangan tergawang-gawang mintak didukung. Yeay! Terus kish dia manyak-manyak. TQ Hubby sebab kejutkan lil' Harits bangun, ibu tak sampai hati. Huhuhu.

Ibu dia yang over ni ternangis pulak but discreetly sebab malu kat Maktok & TokAyah Harits kalau dorang nampak. Huhu. Kesian anak ibu, lepas ni tanak lagilah pergi kursus tak bawa dia sama-sama. But Hubby cakap kira oklah ni walaupun dia ada menangis malam dan seperti mencari-cari ibunya but he survived. Yeay! Strong boy sangat anak ibu nih.

Tuesday, July 5, 2011

Serparation Anxiety - Part.2




Dalam masa dua jam lagi saya akan bertolak ke PD untuk kursus, 2 hari 1 malam. Sedih sebab terpaksa berpisah buat sementara dengan dua buah hati kesayangan itu. Sedihnyaaaaa.

Risau pun ada jugak sebab selama ni tak pernah sekalipun Baby Harits tidur malam tanpa saya disisi. Agak-agak akan terjadi serparation anxiety tak? Kalau malam ni dia melalak cari nenen jugak macam mana? Huk. Risau, risau, risau. Nak bawak dorang kursus sekali tak boleh coz bilik semua twin sharing (hubby nak sumbat mana nanti?huhu.). Kesian kat daddy and baby harits. Sorry darlingss Ibu. Inilah yang akan sering terjadi akan datang sekiranya masih berstatus junior exec. Kalau nanti dah berada pada tahap menjadi boss takyah nak risau dah, confirm akan dapat bilik satu sorang & sukahati la time tu nak bawak satu family tinggal sekali ka apa ka. Huhuhu.

Oklah, saya stop sini dulu. Sebab kejap lagi Daddy and baby Harits sampai untuk say goodbye to me & amik EBM stok for Harits sambil-sambil tu saya nak bagi dia nenen puas-puas. Apapun saya harap anak saya tu kuat dan tabah mengharungi malam ini tanpa saya di sisi. *criesssssss*.


But sekali tengok ibu dia yang menangis meraung malam ni, pastu baby Harits rilek-rilek ja tido dengan daddy dia kat rumah. Huh. Tapi daddy ada bantuan daripada MakTok and Tok Ayah Harits yang sudi bantu baby-sit dia dua hari ni. Hopefully everything gonna be alright.




Monday, July 4, 2011

Serparation Anxiety

Cuba untuk tidak berfikir dan tidak memikir tentang perkara yang bakal berlaku esok. Psiko takdir and in-denial mode. Tak sanggup bila aku jauh...dari dirimu :(

Baby Harits and Transformers III











Ini semua ibu dia punya pasal yang kemaruk sangat nak tengok wayang. Pastu sebab Transformers adalah filem yang menjadi kegilaan semenjak zaman kanak-kanak lagi, maka mula-mula bila dengar ja iklan pasal Transfromers bakal kuar wayang aritue text hubby dulu kata kat dia kita kena belikan ear muffs for our lil' messi. Ok, semangat sangat nak pergi panggung wayang. Pastu tiba-tiba termenjadi buzy like crazy, tak sempat nak keluar pergi cari menatang ear muffs itu.







Contoh ear muffs yang saya imagine nak beli tu



Pastu lagi hubby cakap kawan dia dah booking ticket untuk kami, hari Sabtu show pukul 11.30malam. Saya yang mintak untuk tengok late-night show dengan harapan si kecik itu akan tido ja sepanjang tayangan nanti.


And the actual day finally arrived - 2Julai2011. First kami cuba mencari ear-muffs dulu kat KLCC (KLCC sux - takkan pergi lagi) tapi tak jumpa. Setelah mendapat advice from SIL, kami shoot ke Fabulous Mom, TTDI dengan harapan kat situ adalah tapi takde juga. Then saya terus decide untuk beli ring sling sebab takut nanti dalam wayang lenguh tangan nak tampung baby Harits tido. Amik ko, RM168.00 ye harga ring sling itu. Takpelah, yang penting baby Harits selesa. Huhuhu. But Hubby dah sound awal-awal jangan sekali dua ja guna pastu tak pakai, beli mahal tu nanti rugi je.


Then masa tu jugak hubby try cari ear-plug kat Guardian tapi dorang takde for babies punya so, belasah jela beli yang standard size sambil tu Hubby bawak jugak yang kawan dia technician kapal terbang bagi ear-plug yang selalu dipakai kat airport tu. Dalam hati tawakal jela. Setel semua. Memandangkan tempat menonton adalah di TGV Caps Square saja kami makan sup sedap gila kat Jalan Doraisamy dulu . Elok-elok sampai Doraisamy tu baby Harits pun dah tertidoq kekeyangan susu. Hehe. Saya letak dia dalam ring sling tu, Alhamdulillah dia tido lena ja dan saya makan sambil berperasaan nervous gila sebab first time bawak baby tengok wayang kot. Dalam hati berdoa dan berdoa, supaya dia tido nyenyak masa dalam wayang nanti.

Sampai kat TGV, saya kalut nak ke toilet. Hubby masuk dulu bwk baby Harits yang still nyenyak tido untuk test power. Takdan start movie pun lagi, baru tayang trailer ja Harits comel tu dah terbangun. Alamak. Saya dah makin berdebar. Cuba tidokan dia balik tapi tak berjaya so, selamba jela bawak dia masuk dalam tu and for the first half and hour si kecik tu tengok Transformers sambil yawning tapi dia diam ja tak melalak sikit pun. Sayalah yang kesian kat dia, bawak dia kuar balik and cuba tidokan lagi. Alhamdulillah second time berjaya tido. Yeay! Mintak husband keluar sumbatkan telinga dia dengan ear-plug and kami masuk balik layan Transformers, dapatlah tengok dalam sejam and Harits tido rilek je. Tiba-tiba dia terbangun sebab scene lawan-lawan autobots and decepticon kuat gila, but again dia tak menangis apapun masa bangun tu juz terkebil-kebil tengok screen besar wayang tu. Haha. Kool gila budak kecik nih. Ibu and daddy terus rasa kagum gila. Baby Harits yang kool itu pun layan cerita Transformers dengan kami dan kawan-kawan hubby sekali sampai habis. But towards the end tu dia macam dah boring kot pastu, main botol air mineral sorang-sorang. Hahaha. No probs baby, asalkan kamu tak melalak-lalak tak tentu pasal dalam wayang tu dah cukup baik dah untuk kami.

But overall saya rasa cerita Transformers biasa-biasa ja, tak worth pun rasanya korbankan masa si kecil tu and drag dia tengok wayang sekali dengan kami. Lepas ni dah takmo buat lagi macamtu unless cerita tu memang best gila dan terbukti kebestannya, barulah saya akan consider untuk bawak sekali si kecit tu ke panggung sekali dengan kami.






Ok, dah habis cerita. Manisnya kurma itu. Ahhhhh...semputtttt! :p