Monday, July 4, 2011

Baby Harits and Transformers III











Ini semua ibu dia punya pasal yang kemaruk sangat nak tengok wayang. Pastu sebab Transformers adalah filem yang menjadi kegilaan semenjak zaman kanak-kanak lagi, maka mula-mula bila dengar ja iklan pasal Transfromers bakal kuar wayang aritue text hubby dulu kata kat dia kita kena belikan ear muffs for our lil' messi. Ok, semangat sangat nak pergi panggung wayang. Pastu tiba-tiba termenjadi buzy like crazy, tak sempat nak keluar pergi cari menatang ear muffs itu.







Contoh ear muffs yang saya imagine nak beli tu



Pastu lagi hubby cakap kawan dia dah booking ticket untuk kami, hari Sabtu show pukul 11.30malam. Saya yang mintak untuk tengok late-night show dengan harapan si kecik itu akan tido ja sepanjang tayangan nanti.


And the actual day finally arrived - 2Julai2011. First kami cuba mencari ear-muffs dulu kat KLCC (KLCC sux - takkan pergi lagi) tapi tak jumpa. Setelah mendapat advice from SIL, kami shoot ke Fabulous Mom, TTDI dengan harapan kat situ adalah tapi takde juga. Then saya terus decide untuk beli ring sling sebab takut nanti dalam wayang lenguh tangan nak tampung baby Harits tido. Amik ko, RM168.00 ye harga ring sling itu. Takpelah, yang penting baby Harits selesa. Huhuhu. But Hubby dah sound awal-awal jangan sekali dua ja guna pastu tak pakai, beli mahal tu nanti rugi je.


Then masa tu jugak hubby try cari ear-plug kat Guardian tapi dorang takde for babies punya so, belasah jela beli yang standard size sambil tu Hubby bawak jugak yang kawan dia technician kapal terbang bagi ear-plug yang selalu dipakai kat airport tu. Dalam hati tawakal jela. Setel semua. Memandangkan tempat menonton adalah di TGV Caps Square saja kami makan sup sedap gila kat Jalan Doraisamy dulu . Elok-elok sampai Doraisamy tu baby Harits pun dah tertidoq kekeyangan susu. Hehe. Saya letak dia dalam ring sling tu, Alhamdulillah dia tido lena ja dan saya makan sambil berperasaan nervous gila sebab first time bawak baby tengok wayang kot. Dalam hati berdoa dan berdoa, supaya dia tido nyenyak masa dalam wayang nanti.

Sampai kat TGV, saya kalut nak ke toilet. Hubby masuk dulu bwk baby Harits yang still nyenyak tido untuk test power. Takdan start movie pun lagi, baru tayang trailer ja Harits comel tu dah terbangun. Alamak. Saya dah makin berdebar. Cuba tidokan dia balik tapi tak berjaya so, selamba jela bawak dia masuk dalam tu and for the first half and hour si kecik tu tengok Transformers sambil yawning tapi dia diam ja tak melalak sikit pun. Sayalah yang kesian kat dia, bawak dia kuar balik and cuba tidokan lagi. Alhamdulillah second time berjaya tido. Yeay! Mintak husband keluar sumbatkan telinga dia dengan ear-plug and kami masuk balik layan Transformers, dapatlah tengok dalam sejam and Harits tido rilek je. Tiba-tiba dia terbangun sebab scene lawan-lawan autobots and decepticon kuat gila, but again dia tak menangis apapun masa bangun tu juz terkebil-kebil tengok screen besar wayang tu. Haha. Kool gila budak kecik nih. Ibu and daddy terus rasa kagum gila. Baby Harits yang kool itu pun layan cerita Transformers dengan kami dan kawan-kawan hubby sekali sampai habis. But towards the end tu dia macam dah boring kot pastu, main botol air mineral sorang-sorang. Hahaha. No probs baby, asalkan kamu tak melalak-lalak tak tentu pasal dalam wayang tu dah cukup baik dah untuk kami.

But overall saya rasa cerita Transformers biasa-biasa ja, tak worth pun rasanya korbankan masa si kecil tu and drag dia tengok wayang sekali dengan kami. Lepas ni dah takmo buat lagi macamtu unless cerita tu memang best gila dan terbukti kebestannya, barulah saya akan consider untuk bawak sekali si kecit tu ke panggung sekali dengan kami.






Ok, dah habis cerita. Manisnya kurma itu. Ahhhhh...semputtttt! :p











4 comments:

smms said...

yeay clap hand .. qk pun xpenah msuk panggung wayang lagi ..

Zahra Al-Rasyah said...

yeay!hehe.tula pasai tapi no more la after this.tunggulah dia dah besar sikit.huhuhu.

AmyMizzunderstood said...

Amy teringin nk bawak anya pergi tapi tak berani jugak..takut kuat sgt ke apa..hehehe bravoo ibu yg berani...amy nk try tak lannt

Zahra Al-Rasyah said...

amy: cer try sekali tapi kalau boleh beli dulu ear-muffs tu coz i think it will help you a lot. but bila bawak baby masuk panggung memang kita takkan boleh concentrate dok dalam tu lama2.mesti akan keluar-masuk-keluar-masuk je keja.hehe