Thursday, March 17, 2011

Kasih Ibu Hingga Ke Hujung Nyawa


Actually, Saya turut mendengar secara live masa DJ radio ni bercerita tempohari tapi tak sempat nak update sini. Dah lama dah. Lebih kurang sebulan lepas kot. Kisah yang diceritakan tu adalah sangat menyentuh hati. Saya teringat yang saya turut menangis time dengar DJ tu bercerita. So, kebetulan tadi masa tengah berblogwalking tiba-tiba terjumpa cerita yang sangat memilukan tu kat sini.

Now saya copy paste di sini untuk sharing dengan semua. Mata mula berkaca-kaca balik nih. Criesss*

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu.

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini.

Sekian.



Power Pumping


Tiba-tiba proses pengeluaran susu macam dah merudum, bole bayang tak yang stok susu dalam peti ais dah tinggal seketul ja. Sangat-sangat risau ok, kat freezer rumah mak pulak cukup-cukup untuk Baby Harits minum harinie. Harap-harap cukuplah. Hati dah sangat risau, takut sangat hasil pumping harinie tak banyak macam semalam coz semalam juz dapat 10oz kot untuk 3 kali pump. Phewwww! Gila babes. Sangat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. FM memang takde standby langsung kat rumah tu. Confident ja susu mencukupi konon-konon nak exclusive BFing kan? Haih. Amacam? Tapi tanak putus asa lagi evendow dah dekat sebulan dah stok susu merudum. Dah cuba minum air longan+kurma, makan kurma, minum susu and telan habbatus sauda tinggal fenugreek ja tak try lagi nih.

Ok, masa mula-mula pump pagi jam 10 tadi (without knowing bout this power pumping technique) sesi selama 30 minit just dapat 3oz ja even breast dah bengkak-bengkak :( Sedih. Cemas. Hopeless sangat rasa hati ni. Mujur ada susuibu.com. Search punya search pasal masalah penyusuan, jumpa satu thread pasal power pumping. Seriously, memang sangat-sangat helpful. Saya buat power pumping sesion selama 30 minit sambil minum air masak banyak-banyak. Start pump pukul 12.30 tengah hari tadi pastu terus dapat dalam 4.5oz walaupun breast macam tak bengkak pun lagi. Ada lagi rupanya susu ni. Alhamdulillah. nak buat lagi power pumping ni pukul 3 nanti. Mudahan berjaya juga.

Ok, ini saya petik daripada dorang yang post kat forum susu ibu tu - setiap kali pam, pam selama 10 minit, berhenti 5-10 minit, pam lagi 10 minit, berhenti 5-10 minit, pam lagi 10 minit, kemudian berhenti. (ini nama dia power pumping). Kalau korang nak google pun bole, banyak jugak info kat luar tu pasal power pumping nih.


Senang cerita = Pump. Pump. Pump and will keep on pumping just for you my baby Harits!!! ;)


Wednesday, March 16, 2011

Vacation #1


Dah kembali ke kantor. Sepatutnya masuk kerja semalam tapi sebab sampai rumah hari Isnin tu pun dah dekat pukul 12 malam pastu lepas kemas baju, basuh baju semua, tidurlah saya pukul 2 pagi. Terbabas-babas la tidur ke jam 8.30pagi, itupun nasib baik baby Harits kejutkan. Jawabnya pada bos adalah saya EL sebab kepenatan.

Seronok tapi penat! 3hari 2malam memang tak cukup. Nak-nak pulak ikut tour guide. Tambah lagi Harits merengek-rengek sebab restless - tak cukup tidur dan rehat. Phewww! Nak patah jugak pinggang ni time berjalan-jalan sambil pangku dia tidur. Selang-seli juga berdukung Harits dengan hubby but still 6kilo punya berat terasa lenguh juga ye kalau dipangku selama 2-3jam. Kesian anak ibu, tak enjoy sangat dia vacation kali ni. Takpa, nanti awak dah besar sikit kita pergi lagi ye. Barulah boleh enjoy jalan-jalan, makan-makan and shoping-shopping dengan ibu dan daddy! :)
Oh ya, nak tengok gambar kan? Sorhiiii babe, tade lagi yang official. Nanti dah rajin saya masukkan dalam lappy pastu saya upload cnie. Till then, jom kita sambung buat kerja sambil belog-hopping. Hihihi ;p



Thursday, March 10, 2011

Vacation



Sekejap lagi akan bertolak ke Aostaq untuk acara tiga hari bersama keluarga. Bermula esok, semua ahli keluarga sebelah hubby akan berkampung di Hatyai, Thailand. Can't wait!!! :))

Ini adalah first time Baby Harits keluar negara, walaupun tak naik kapal terbang but still passport beliau akan digunakan. Oklah, nak sambung kemas baju and kemas rumah sikit-sikit. Cerita lanjut akan di upload selepas balik dari bercuti-cuti ini. Selamat bercuti untuk saya dan selamat bekerja untuk semua. Ahahahaha.

Abahku Sayang :(


Ahad lepas, plan awal nak ke Carrefour untuk memborong MamyPoko Jumbo yang paper iklan murah-murah sangat. Nak borong dalam 2-3 bungkus. Benda tak selalu murah so, beli banyak sekali baru puas hati. Saya dah siap mekap semua, Baby Harits pun dah pakai hensem-hensem, tunggu daddy je siap, tiba-tiba dapat call - Adikku Cyah suruh datang rumah. urgent! nak mintak tolong Hubby bawak abah pergi hospital.

Demam Abah dah tiga hari turun naik-turun naik dan hari Ahad tu adalah paling tinggi iaitu 39.6 celcius kot. Bergegaslah kami terus ke rumah mak. Adik-adik dah siapkan abah dan packing barang-barang dia semua, shoot ke hospital. Sampai hospital je seb
ab abah adalah bed-ridden jadinya cepat jela dorang bawak terus ke kecemasan masuk zon kuning and doktor terus check. Check-up tu siap follow-up dengan x-ray sekali. Rupanya abah demam coz suspek phenumonia - jangkitan kuman pada paru-paru. Sigh. Sigh. Sigh. Kisah stroke masih tak baik lagi, kena pulak phenumonia nih. Macam-macam sakit yang Abah kena tanggung. Kesiannnnn abah :(


Am hoping that abah akan tabah, kuat semangat dan baik cepat, bolehlah cepat-cepat keluar hospital and berehat di rumah.



Di saat entree ini ditulis, abah masih lagi kat hospital. Doktor kata dah ok just nak abeskan ubat antibiotik je. Tapi dah masuk empat hari kat sana. Tak tenang pulak rasa hati nak pergi bercuti. Abahhhhhhhku sayangggggggg...cepatlah baik pleaseeee :(



Wednesday, March 9, 2011

Iras


Semua kata Baby Harits photostat muka daddy dia. Selalu sangat dengar statement tu. Plus kalau tengok gambar Hubby masa baby pun macam sama jugalah macam Baby Harits. Ok, fine anak bapak.

But boleh tak sometimes saya terasa macam jealous gila, "isk...sama sangat ke?" (green-eye mode.Huhu). Seriously i jealous ok!



Tapi yang kali ni saya dah tengok dan belek berkali-kali. Muka Baby Harits ada iras ibu juga ye, taklah photostat muka daddy dia sangat kan? kan?




Friday, March 4, 2011

Banyak!

Saya nak update banyak sebenarnya, banyak sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu. So, nak bagi senang saya compress semua cerita yang diperam lebih kurang seminggu ni dalam satu entree. Can arr?

Note: All this are for my own record, sapa yang suka baca silakan and yang tanak baca tu silakan juga jangan baca. Peace!

1. Susu yang saya pumping sekarang ni sudah semakin kurang kuantiti. Dekat dua minggu jugalah simptom ini berlarutan. Dah sangat-sangat kurang stok untuk Baby Harits, pump harinie untuk dia minum esok. Agak stress. Sebabnya stress la kot tapi dah try minum banyak air plus susu and air longan+kurma (seasons) yang hari-hari saya minum. Alhamdulillah berkesan la setakat ni.

2. Saya beli Fish-oil yang orang kata bagus untuk otak baby. Kan saya breastfeed so, aya takut susu saya kurang zat coz semenjak dua menjak ni saya kadang-kadang tak keluar lunch coz takdak masa. Phewww! Pastu saya beli juga vitamin B-complex untuk energy booster. Setakat seminggu ni okla, taklah rasa mengantuk banyak je kat ofis ni.

3. Naik sudah bendera merah pada 26 Februari yang lepas. Selepas setahun tak merasa period pain. Sekarang sudah merasa kembali. Erghhhh! Sakit kot. Nak-nak lagi bila Baby Harits tengah nenen pada hari yang datang banyak gila. Macam rasa kat ari-ari tu kena pulas and ramas je. Phewww!

4. Pada 2 Mac, Rabu lepas Baby Harits telah menjerit-jerit dan mengamuk-ngamuk dalam carseat dia. Ni time ondaway balik ke rumah daripada rumah TokMa dia. Saya terus panik banyak gila. He screams!!! like really screamssss... Macam dah nak terkeluar anak tekak tu sampai terbatuk-batuk. Saya dah mintak daddy dia tolong tenangkan melalui phone but tetap dia tamau bertenang. Apalagi saya pun terpaksalah keluarkan dia daripada carseat and dukung sambil drive, dahlah drive manual. Situasi yang sangat-sangat bahaya ok tapi terpaksa buat. Saya rasa sebab jalan jem gila kot so, Baby Harits dah penat dok dalam tu agaknya. Pastu telah berjanji pada diri yang lepas ni takkan buat macam tu lagi. Boleh sakit jantung dibuatnya.

5. Baby Harits dah pandai sembang banyak dengan daddy dia. Video will be upload soon :)

6. Hubby tolong saya banyak untuk setelkan urusan blacklist PTPTN and dah clear pun nama. SYUKUR Allah and thanks Hubby shayang. Semoga esok dapat buat pasport dengan smoothnya.

7. Tapi cuti taktau lagi approve ka dak. Sigh. Sangat mau pergi holiday dan bergembira bersama ahli keluarga. Saya berdoa banyak-banyak hopefully things will go as planned.

8. Berat badan dan naik banyak iaitu kembali balik ke paras normal iaitu 51kg. But am still consider kurus doe :)

9. Nak kasut baru berbentuk wedges. Nak banyak-banyak. Boleh?

10. Nak belikan Baby Harits teether yang banyak coz dia dah macam sangat pandai mengigit-gigit. Adakah anak ibu nak tumbuh gigi sudah?

Oklah, dah banyak membebel ni. Besok saya cuba untuk upload lagi cerita banyak-banyak ye :)

Bubbye loves! enjoy your weekend. Oh, ya. Malam ini malam minggu jadi Hubby ajak meLanun di uptown. Anyone care to join?