Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Vacation #1


Dah kembali ke kantor. Sepatutnya masuk kerja semalam tapi sebab sampai rumah hari Isnin tu pun dah dekat pukul 12 malam pastu lepas kemas baju, basuh baju semua, tidurlah saya pukul 2 pagi. Terbabas-babas la tidur ke jam 8.30pagi, itupun nasib baik baby Harits kejutkan. Jawabnya pada bos adalah saya EL sebab kepenatan.

Seronok tapi penat! 3hari 2malam memang tak cukup. Nak-nak pulak ikut tour guide. Tambah lagi Harits merengek-rengek sebab restless - tak cukup tidur dan rehat. Phewww! Nak patah jugak pinggang ni time berjalan-jalan sambil pangku dia tidur. Selang-seli juga berdukung Harits dengan hubby but still 6kilo punya berat terasa lenguh juga ye kalau dipangku selama 2-3jam. Kesian anak ibu, tak enjoy sangat dia vacation kali ni. Takpa, nanti awak dah besar sikit kita pergi lagi ye. Barulah boleh enjoy jalan-jalan, makan-makan and shoping-shopping dengan ibu dan daddy! :)
Oh ya, nak tengok gambar kan? Sorhiiii babe, tade lagi yang official. Nanti dah rajin saya masukkan dalam lappy pastu saya upload cnie. Till then, jom kita sambung buat kerja sambil belog-hopping. Hihihi ;p



Thursday, March 10, 2011

Vacation



Sekejap lagi akan bertolak ke Aostaq untuk acara tiga hari bersama keluarga. Bermula esok, semua ahli keluarga sebelah hubby akan berkampung di Hatyai, Thailand. Can't wait!!! :))

Ini adalah first time Baby Harits keluar negara, walaupun tak naik kapal terbang but still passport beliau akan digunakan. Oklah, nak sambung kemas baju and kemas rumah sikit-sikit. Cerita lanjut akan di upload selepas balik dari bercuti-cuti ini. Selamat bercuti untuk saya dan selamat bekerja untuk semua. Ahahahaha.