Sunday, October 3, 2010

Pre-Preggie Photoshoot



Lokasi: Wondermilk, Damansara Utama. Cuppie cakes dorang memang sedap! :)
Tarikh: 2 Oct 2010 (my Birthday!)
Time: 9.50pm (juz in time before dorang closed shop)


Sebagai tribute kepada en. photograper ini - terima kasih daun keladi, lain kali amik lagi gambar kami banyak-banyak. Huhuhu.

Saturday, October 2, 2010

Two in One


Saya tau saya dah tak tulis lama jugalah. Tiba-tiba macam tadak time coz terbuzy lebih-lebih pulak kat ofis tu. So, sekarang saya nak crampkan beberapa entree menjadi 1. Bole?

Start hari Rabu lepas balik PD saya ada check-up yang ke-6 kali. Alhamdulillah semua ok cuma berat badan saya naik mendadak sebab Hari Raya a.k.a Hari Makan-makan Tak Ingat Dunia. Hahaha. Timbang tu kata berat saya adalah 63.4kg, means naik 3.2kg from my last check-up. Wow! Terus bila jumpa nurse dia kata if naik lagi bila datang check-up lagi 2minggu kena jumpa doktor. Weeee! takut kot. Nanti suspek diabetics pastu kena minum air gula plak. Huk. Harapnya lepas ni saya berjaya kontrol dan beringat bila makan.

Next day, tepat pukul dua petang saya dah terpacak di Klinik Kesihatan yang sama untuk dengar ceramah penyusuan ibu. Ada beberapa orang je suami yang sedia datang teman isteri mereka tapi yang lain semua solo je macam saya. But since ceramah ni kena dengar dua kali saya nak ajak Hubby follow for nextime. Dari segi content and info-info yang diorang bagi adalah ok but government kan? Agak boring sikitlah cara penyampaiannya. Pastu dalam sejam je dah setel.

Malam tadi pula, iaitu Jumaat pun ada event best organized by mr. Hubby! :) but this one saya decide nak tulis dalam entree lain pulak la. Hehehe. Sekarang nak sambung makan sarapan yang Hubby masak specially for me on my very special day. Yeay! *Happy* Happy* Happy mode*

Bubbyee sayangs semua. Enjoy your weekends elok-elok!!!


Tuesday, September 28, 2010

Birthday Bash - 6 Years Old Princess! :)

Laaa....update lagi?

Hehehe. Sorryyyy...

Nak update cerita ni semalam sebenarnya tapi sebab kalut-malut kena p meeting tu, dats why menulis jugak arinie. Huhu. Birthday bash ini adalah birthday our baby fruit Nurina Aisya yang ke-6 tahun. Wow! dah 6 tahun? How time flies. Actually, Syasya is the daughter of my BIL but still my baby fruit jugak kan bila i dah kahwin ngn pakcik dia kan? Sekejap ke si kecik ni dah menginjak ke usia 6 tahun. Bila ingat balik time saya start kenal dia masa tu tahun 2007, Syasya tak langsung mahu bercakap dan takut-takut dengan orang tapi sekarang petahnya ya Allah! Kadang-kadang sampai tak larat nak melayan. Hehehe. Apapun, aunty Zara doakan Syasya menjadi baby girl yang baik, taat pada mama n babah dan dirahmati Allah sentiasa.

Okies lah, sekarang tamau cerita bany
ak. Sila enjoy gambar masa Birthday bash yang sangat happening dengan kek bentuk Princess, bithday girl pakai wings and ada magic wand, baju custom design from my hubby specially for the birthday girl and the lil' sister, sesi makan-gossip dan unwrapping present yang banyak for both of the girls. Hehehe.










Outstation = Thistle Castle



Secara tak sangka semalam dapat arahan untuk pergi PD sebab gantikan my immediate supervisor yang tiba-tiba ja tak dapat nak attend meeting dengan top management tu sebab ada kursus lain yang beliau wajib pergi. Terkejut...terkejut ok. Saya siap balik umah dulu untuk packing baju versi kalut-kalut. Tapi syukurlah masih dikurniakan kesihatan yang baik semasa travelling dan masa meeting dua hari satu malam kat sana.



Syukur juga makanan pun sedap-sedap belaka. Hahaha. Makan ja keja, time keja pun makan, Setakat ni, Alhamdulillah semua ok, baby-baby pun sihat & active je sepanjang kat sana dan saya dah selamat sampai rumah pun. Hehehe. Now saya tengah tunggu my baby's daddy balik kerja - sangat rindunnyaaaaa kat munchkin saya tu (ellleeeehhhh, setakat tak jumpa satu malam pun nak sangat rindu. Sangat mengada la kan preggy mummy nih ;p)

Ermmm, korang baca jela ea. Saya menulis pasal hal yang tak penting ni bukan apapun, saja nak rekod dalam belog ni bahawa semasa sarat mengandung tujuh bulan pun saya masih boleh bekerja dalam mode outstation lagi. Thank God!



Saturday, September 25, 2010

Percubaan untuk menyiapkan diri dengan ilmu penyusuan



Salam...selamat pagi sayangs semua! :)

Saya dah berjaya membeli kelengkapan untuk hospital beg yang saya cakap semalam tu, kecuali yang nombot lapan punya item iaitu Baby oil, minyak yu yee, minyak telon & nappy rash cream. Minyak-minyak berubat tu saya nak pegi cari di chowkit and untuk nappy rash cream plus baby oil tu saya nak beli yang johnson&johnson punya termasuklah barang mandian baby yang lain pun nak bagi baby-baby pakai johnson&johnson punya brand coz saya tengok my sis pakai macam best je. (so, sape2 yang rasa nak bagi hadiah nanti dah tau la nak cari brand apa untuk kami kan?huhuhu.)

Anyway, lepas Subuh tadi takleh tido balik jadi saya teruslah membuat laundry and sambil tunggu kain siap di basuh saya online jap mencari info-info pasal breastfeeding. Setakat ni saya suka baca susuibu.com dan ratuhati, banyak info kat situ yang membantu sebab saya dah nekad dalam hati sejak dari awal lagi untuk cuba yang terbaik menyusukan baby saya secara eksklusif. Mudah-mudahan dipermudahkan. Ini adalah salah satu artikel yang saya dapat daripada Ratuhati yang saya rasa sangat-sangat membantu mommy-to-be macam saya ni untuk teruskan niat breastfeed the baby sejurus selepas kelahiran. Jemput baca ya puan-puan! :)



Friday, September 24, 2010

Checklist for Hospital Bag




Sekejap lagi nak balik pastu nak terus pergi Sogo untuk setelkan barang-barang yang masih belum lengkap untuk Hospital Bag. Huhu. At first plannya nak pergi sama-sama mr. Hubby coz dia dapat balik awal petang ni tapi tiba-tiba ja hujan lebat and dia telah basah kuyup lalu dia terus jela balik rumah. Kesian my Hubby tu. But s'okay shayang, orang boleh je pegi secara solo. U dun worry-worry okeh :)

Actually, semalam dah survey dah barang-barang apa yang patut beli. So, hopefully kejap lagi takkan ada masalah rambang mata atau tatau nak buat decision and sewaktu dengannya lah ye. Huhu. Jangan kamu tatau, barang-barang untuk baby boy pun banyak jugak yang cutesy tau. Blueksss barang baby girl yang konon-konon kawaiii tu...huhuhu. Joking! ;p

Anyway, ini list yang saya plan nak beli kejap lagi.Harap dalam weekend ni berjayalah kami melengkapkan Hospital Beg itu. Yosssshhhhh! (tapi beg cantik & stylo untuk packing barang-barang baby takde lagi ar. Caner? Bila daddy mau pegi beli? Sobsss..sobbsss)


The List
1. Baby Towel - 2 towel + 3 face towel/ handkerchief

2. Barut baby yang strap - 3pcs
3. Swaddle Blanket - (1pcs yang ada hooded & 1pcs yang takde hooded)
4. Sleepsuit baby - 2sets
5. Mitten & Booties - nak beli banyak set boleh tak? coz comel2 belaka sarung kaki n tangan baby semua. Huhuhu.
6. Baby hat - Beli 1 dululah kot
7. Cotton wool (yang jenis bulat2 tu coz senang bawak p hospital)- 1 pack
8. Baby oil, minyak yu yee, minyak telon & nappy rash cream



Tuesday, September 21, 2010

Simptom/ Sindrom Terbaru



Baby-baby dalam perut ni makin aktif bila dah masuk 3rd trimester ni. Sekejap-sekejap dia kick or punch pastu bila baby-baby stretching rasa tegang je perut saya. Hihihi. Senak tapi best tau. Pagi tadi saya start counting baby movement pukul 9 pagi and pukul 10.35 tadi dah setel 10 kali gerakan. Wow! Sangat- sangat aktif kan? Sukalah saya dengan rasa dan perasaan ini. It's sooooo Amazing! :)
Semalam saya bersembang dengan rakan opis yang baru balik dari berpantang, saya ceritalah kat dia yang sekarang kerap terjaga waktu malam sebab nak terkencing la, panas la, sejuk sangat la, pastu bila dah terjaga tu macam susah pulak nak tido balik. Then dia cakap, itu sebenarnya preparation untuk kita bakal ibu ni bila baby dah lahir nanti coz jangan haraplah kita boleh tidur lena tanpa dikejutkan oleh si kecik itu. Hehe. Oh, macam tu ke? Oklah takpa, saya redha :)

And lagi satu simptom yang kerap terjadi sekarang adalah saya akan automatik terjaga dekat-dekat nak Azan subuh setiap pagi. Serius ni, dah dekat seminggu lebih kot benda ni jadi. So, i take this as practise yang bila nanti baby-baby dah ada, time macam ni lah saya kena bangun setiap hari untuk siapkan diri and prepare my 'little messi' tu sebelum pergi kerja. Tapi apapun, Daddy kena bangun tolong ibu sekali tau, jangan buat-buat tido pulak time tu. Huhuhuhu ;p