Monday, May 3, 2010

Post For My Baby-Baby E.p.2


9 weeks:
Height - 2.3 cm
Weight - 2 grams

Your baby's heart finishes dividing into four chambers, and the valves start to form — as do her tiny teeth. The embryonic "tail" is completely gone. Your baby's organs, muscles, and nerves are kicking into gear. The external sex organs are there but won't be distinguishable as male or female for another few weeks. Her eyes are fully formed, but her eyelids are fused shut and won't open until 27 weeks. She has tiny earlobes, and her mouth, nose, and nostrils are more distinct. The placenta is developed enough now to take over most of the critical job of producing hormones. Now that your baby's basic physiology is in place, she's poised for rapid weight gain.

Alolo...dah agak besar jugak dah anak ibu ni...sebesar 'grape' if ikut website babycentre ni la. Kalau bole hari-hari nak tengok website tu and tau perkembangan kamu ni. Ya, kamu memang mempunyai seorang ibu yang sangat suka buat research bila dia teruja!Hehehe. Ada lagi yang buat ibu teruja. Nenek dan Aunty Ija dah belikan barut untuk kamu tau. Nenek la Ahad haritue, time shopping barang untuk bakal kazen kamu, dia belikan satu set barut ada 12 helai semuanya pastu, Aunty Ija kata banyak sangat untuk baby-baby dia. So, dia amik enam ja and half of it dorang bagi kat kita.Yeay! ibu teruja sangat ok. Apapun, cepat-cepat besar ye sayang, Ibu pun tak sabar nak shopping juga untuk anak Ibu ni.


p/s: we still cant wait to 'see' you! :)
XOXOXO (sambil usap-usap perut ;p ),
Ibu

Friday, April 30, 2010

Kisah Khannas Si Anak Iblis


Kisah pengajaran ini sebenarnya aku dengar pertama kali daipada bonda tercinta dan sebab teruja sangat nak share dengan korang semua, aku pun 'google' dan buat research sikit lalu jumpa jugak kisah Khannas si Anak Iblis ini. Jadikan kisah ini sebagai pedoman semua ea.

Sesungguhnya Iblis tidak pernah penat berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang.

Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya “Ya Khannas! Wahai yang tersembunyi!” maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, kemudian menyambut kedatangan ayahnya Iblis.

Setelah itu Iblis kembali lagi, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi, Adam menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuhnya anak itu, mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat. Keesokan harinya iblispun datang kembali kepada Hawa untuk melihat anaknya yang diserahkan kepada Hawa. Iblis bertanya kepada Hawa. “Wahai Hawa. dimanakah anakku?”. lalu Hawa pun memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam as terhadap anaknya. iblis pun segera berlari dengan cepat menuju ke laut dan berteriak memanggil anaknya. “Yaa Khannaas!”. maka anak iblis yang sudah menjadi abu dan dibuang merata-rata oleh Nabi Adam a.s. bersama ombak, bersatu kembali menjawab panggilan bapaknya.

Kemudian Iblis menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi. “Kali ini pastilah Adam akan membunuh ku”, kata Hawa. Namun Iblis yang pandai merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak Iblis itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa. Ketika Iblis datang Hawa menceritakan apa yang telah terjadi. “Inilah yang ku inginkan!”, kata Iblis. “Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul.

Maka, sejak saat itulah Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada Allah agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu.

*Riwayat ini disampaikan oleh At Tirmidzi Al Hakim dalam Kitab Nawadir Al Ushul dari Wahab bin Munabbih dan dinukil Imam Al Qurtubhi dalam Kitab Tafsirnya.

Sebutan khannas itu diberikan karena ia sering bersembunyi. Sesungguhnya Iblis itu akan selalu duduk di dalam hati, setiap aliran darah dan nafas anak cucu Adam. Apabila mereka lalai maka ia akan membisik-bisikan kejahatan dan kemaksiatan dengan pujukan-pujukan indah yang mengalir dalam darah manusia. Tetapi apabila mereka ingat dan berdzikir kepada Allah maka ia akan bersembunyi pada satu sudut kesepian dan kelaparan.

Inilah antara tugas-tugas Khannas yang boleh disimpulkan:

Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa-apa aktiviti yang kita buat ia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, sebab tula siapa-siapa yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Kaedah nak halang, baca Bismillah then selawat, surah An-Nas dan kemudian baca A'uzubillahiminasyaitonnirajim 3 kali dan ludah sikit di bahu kiri 3 kali jugak sebelum mula solat.

Time buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh, dah buat ke belum ye, dah ke belum ni?" ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR.

Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya? banyakkan Zikir.

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.

Tengoklah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.

Surah An Nas juga turut mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz ini yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja dan aktiviti dengan nama Allah BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM.

Wednesday, April 28, 2010

My Hormones is going crazy and my bladder is getting tiny. Wohooo!

Sorry guys/ girls for the late update. Sangat tak timeliness. Huhu.

Isnin I sangat buzy dengan kerja-kerja luar site start pagi sampai petang. Pastu semalam I MC. Cirit birit dan fatigueness yang terok so, tak berdaya nak pergi kerja. kat umah pun tak lalu nak mengadap Lappy Hubby tu. Now, dah masuk ofis balik, badan dah ok but still macam kerja banyak pulak sebab MC semalam jadi kerja pastinya bertimbun menunggu kat ofis ni. Huhu.

Tatapi demi mencuci mata readers sekalian, I gagahkan jugak diri ini untuk mencoret sebaris dua ayat dalam belog ini. Haha. Poyos sugguh ayat! ;p

Ok, firstly sila lihat pica di bawah ini. Masa ni pergi makan seafood di Bagan Lalang pada sabtu lepas. Yummy dan very cheap. Sangat suka. Tapi macam kena pergi lagi ja sebab tak berpeluang makan udang bakar yang menjadi idaman kalbu masa tu. So shayang…next gaji kita pergi lagi pleasheee. Bole ea? Hehehe.


Lihatlah perutku itu. Sudah nampak, what they called it? “baby-bump” right? Hik. Comel tak? Comel tak? Comel ja kan?! :)



Update sikit on my preggers, dah masuk 8 weeks. Syukur. And my hormonal changes dah macam makin menggila, badan cepat rasa letih and selalu rasa nak tidur banyak ja. Sekarang kerap muntah waktu malam pastu nak terkench je keja. Malam tadi tiga kali kot terbangun nak sencing. Huk. Tak puas tidoq tau. Phewww! Pastu berat badan dah turun sikit from 52.4 to 51.5. Wow! nak dekat sekilo turun ni. Macam tak bagus ja untuk perkembangan baby-baby. Hurmmm.. how la dat?

Nway, sambil-sambil update ni nak wish juga ' Happy 25th Birthday to my lovely sis. Bakal ibu Julai ni InsyAllah. Along doakan moga kamu panjang umur, murah rezki dan bahagia selamanya. Aminnnn. Malam ni ada parti kecil-kecilan di rumah mak sempena birthday beliau. Yeay! Harap-harap tidak muntah dan mabuk-mabuk la hendaknya.



Thursday, April 22, 2010

Kisah Sedih :(


Ini adalah dua cebis kisah sediah yang tak pernah dijangkakan. Sangat-sangat membuatkan aku mengalirkan air mata.

Puan Indie - kehilangan si kecil pada usia 6 bulan dalam kandungan
dan
Puan Aisyah - kehilangan si kecil sewaktu dia 8 bulan dalam kandungan

Innalillah...Hancur luluh hati mereka pastinya tetapi kelihatan mereka masih kuat memegang pada janji Allah. InsyAllah, ada hikmah disebalik semua ini dan Allah akan memberikan kalian yang lebih baik dari sebelumnya. Aminnn.


Ya Allah, semoga diselamatkan semuanya untukku dan anakku ini. Aminnn




Post For My Baby-Baby Ep.1


Hi baby-baby...

Just wanna say how much i mish to 'see' you my little pumpkin. Hari-hari ibu wonder, how la your condition inside my tummy? How u doing inside there darling? Hummm.*wondering*

Anyway, Daddy kata nak bawak ibu pergi ultrasound scan end of Mei ni. Yeay! Tak sabarnya nak 'tengok' baby-baby swimming and buat summer sault dalam perut ibu ni. Mesti sangat comel dan menggeramkan ;) Masa scan nanti tu ibu rasa baby-baby akan masuk usia 12 minggu. Erm,
website ni cakap kalau 12 weeks means baby-baby dah boleh open and close your fingers macam main 'cak cekur, genggam gamit' tu. Hahaha. mesti comel bangat. Cant wait to 'see' you! Then your toes will curl and your eye muscles will clench. Mulut anak ibu nanti dah boleh buat sucking movement tau? FYI, 12 weeks tu almost nak abes dah 1st trimester. Yeay lagi!

And you know what sayang? Ibu bagi suggestion kat daddy untuk wat ultrasound scan tu kat kampung daddy. Masa tu kami akan balik kampung untuk kenduri kazen Daddy. InsyAllah. Kampung Daddy tu nun jauh di utara. Haa..kat sana la Tok Ayah, Mak Tok and Pa'chu kamu tinggal tau? Musti Daddy pun excited macam Ibu jugak kan? Hihihi.

Tapi Ibu nak mintak maaf sangat-sangat, sebab ibu rasa ibu tak bagi kamu zat yang cukup untuk membesar. Ibu takleh minum 'susu special untuk ibu mengandung' macam ibu-ibu lain tu. Ibu minum susu Dutch Lady Low Fat ja sekarang ni plus Air Soya. Harap-harap la zat-zat and kalsium dalam susu and soya tu cukup untuk tumbesaran kamu. Pastu ibu ada juga makan kismis and kurma and prune sunsweet - aunty ija kamu kata bagus untuk baby. Now Ibu just boleh berdoa agar kamu membesar dengan sihat, sempurna dan selamat dalam perut ibu ni.


Hope to 'see' you soon darling.


Lots and lots of ♥,
Ibu :)



Wednesday, April 21, 2010

Pulut Kuning + Kari Ayam = Yummy!


Oooooh...yela. Janji aritue nak update tapi tak update-update pun lagi. Sorhi sayangs semua. I sangat buzy bee pula tetiba. Ni dah siap keja sikit boleh la update kot. Hummm.

Last Sunday ada kenduri doa selamat sikit buat kat umah Mak a.k.a umah tokwan. Ia sebenarnya sempena Ijah n Wan dah nak setahun kahwin. Yeay! Then Mak suruh selitkan sekali bacaan Yaasin untuk doakan kesihatan Abah kami yang tersayang itu dan juga doakan keselamatan me n adikku yang mengandung ini, agar semua selamat ke akhirnya. Terharu rasa. Ingat juga diorang nak bacakan Yaasin untuk me and baby-baby kan? Syukur.

Aku janji kununnya nak datang awal, tolong-tolong adikku apa yang patut tapi haritue tu terlajak tidur pastu bila bangun rasa macam mabuk-mabuk. Jadinya dekat pukul 1pm baru sampai, majlis nak start pukul 3. Haha. Sangat tak bagus. Tapi sampai ja i terus tolong masak tau. Menu air tangan aku haritue haruslah yang berunsurkan Western iaitu Olio sebab ini yang paling senang untuk dimasak. Tapi senang-senang pun masakan itu, aku still jugak careless bila dok kat dapur. Abes tumpah and pecah berderai botol olive oil yang guna nak masak olio tu. Dahla mak punya. Huhuhu. Tapi mak kata takpela, dah sikit dah tinggal minyak tu. Phewww! Oh ya, olio tu tak guna udang-udangan pun juz guna hotdog yang di slices nipis-nipis pastu chicken breast yang dipotong kecik-kecik. Kami bajet sikit coz udang mahai tapi nak masak kuantiti yang banyak ;p

Tapi yang bestnya adalah menu pulut kuning hasil air tangan orang tua yang amat kami sayangi iaitu Tok Wan - nenek kami. Yeay! Rindu dekat pulut kuning itu. Dan ibu-ibu mengandung di beri penghormatan untuk makan dulu pulut kuning yang dikepal bulat-bulat oleh Tok Wan ku itu. Nice. Pastu bila dah selesai baca Yaasin, kami serbu meja makan and makan pulak pulut kuning itu dengan kari ayam yang Mummypoko masak. TERBAIK! Slurrp (meleleh air liur sambil teringat kelazatan kari itu). And air ais kerim soda yang Hubby and abg sepupuku buat pun tak kurang sedapnya. (Bodek Hubby nih). Huhuhu ;)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar cuma nasi goreng yang ibu masak tak cukup. Tak expect orang akan datang ramai pula. Pastu ada yang tanya-tanya pasal nasi. Alahai. Sorhi la ye. Kami tak larat nak masak lagi. Makan jela apa yang ada, makan buah ke, Olio pun ada, pulut kuning pun still banyak lagi. Huhuhu. Tapi bila malam Mummypoko ku yang baik hati itu masak jugak nasi putih coz pakcik makcik aku ramai yang tak balik lagi. Seronok menyembang. So, dorang dinner kat situ jugak and tolong licinkan semua makanan yang ada. Alhamdulillah. Selesai.




p/s: Sorhi sebab i cerita-cerita saja tanpa gambar. Fotographer rasmi tadak. Pastu kamera kami masih belum dibaiki and tak tahulah nak baiki atau nak beli yang baru. Huhuhu. Hubby sila jawab ;p





Monday, April 19, 2010

Nak muntah pun masih nak menulis ke?!


Nak menulis tapi baru sudah muntah…nak tulis banyak-banyak pasal event semalam tapi masih pening. So, tulis sikit jela ea. Semalam ada kenduri doa selamat untuk aniversari Ija ♥ Wan yang ke setahun plus baca Yaasin untuk doakan kesihatan abah agar bertambah baik dan juga untuk keselamatan Ijah and Along(me) plus our Baby-baby. Kecil-kecilan je buat tapi meriah sangat!

Tapi memang tak larat nak tulis banyak-banyak ar, nanti i sambung lagi tentang details majlis ni ye? I nak pegi muntah lagi. Byeeee! :(


p/s: Oh ya…kandungan dah mencecah 7 minggu dan mungkin inilah sebabnya rasa nak muntah makin teruk terasa meloya. Tapi takpa saya redha dengan ujian ini. Syukurlah sebab baby-baby dah berjaya sampai ke minggu ini! Semoga selamat ke akhirnya. Aminnnnn....