Friday, April 16, 2010

Al-Fatihah...

Memang betul kot emosi wanita mengandung ni cepat tersentuh. Lepas baca entree ini rasa nak menitik-nitik air mata. Sebak sungguh. Alfatihah untuk Arwah mama Nana.

Tak terbayang kalau aku ditempat beliau. Syukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah, semua yang tersayang masih ada disekelilingku.

To my dearest Hubby D - Love u so much shayang! and love our 'baby-baby' too :)

To my lovely family...Mak, abah, ijah, wan, edo, asiah and adik - Along sayang korang semua sangat-sangat! Terima kasih atas semua kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini.

To my family mertua...Mama, papa, kak long, bangah, kak jue and your two cute lil' princess syasya and jaja, deklan, maman - You guys are the greatest, love you all!

Thursday, April 15, 2010

Y U M M Y - D A D D Y!


Signature dish Hubby: Hotdog Cheezy Roll.


Slurppp-slurppp...sangat yummy hotdog and cheese balut dengan roti lepas tu dibalut lagi dengan telur dadar. Malam tadi Hubby dengan sangat baik hatinya telah masakkan makanan yummy tersebut for me and baby-baby tapi kali ni lain sikit sebab tak cukup telur nak balut cheezy roll itu. So, beliau buatkan scramble eggs untuk makan sama-sama dengan ia. Takpala, macam-macam mana pun takpa yang penting sedap gila. Yummy! :)

Tapi yang tak bestnya, malam tadi tak dapat tidur dengan lena, panas dan terganggu dengan bunyian irama grinding . Tak tahulah kenapa rasa terganggu? Selalunya ok ja tidur diiringi irama grinding tersebut. Huk. Kesian Hubby, masik-masik terkejut ja bangun sebab aku mintak dia berentikan bunyian gigi dia tu. Sorhi shayang...Pastu sebab tula, dua-dua pun bangun lambat untuk pergi keja pagi tadi. Huhuhu. Tak baguslah...


Wednesday, April 14, 2010

Mak Buyong?


Baru je sekejap tadi ada member aku kat cubicle sebelah ni panggil aku "MAK BUYONG". Dia dok bersembang dengan kawan aku tu, firstly dia just refer je aku as mak buyong pastu tak semena-mena dia panggil betul-betul...tapi sekali jela. Aku dengar tapi saja buat-buat tak dengar. Entahlah, macam sakit je telinga aku bila dengan words mak buyong tu. Rasa macam insulted dengar dia panggil aku macam tu. Hello! I got name ok. Nama i sedap pulak tu. Pelik. Kenapalah nak kena gelarkan ibu mengandung ni mak buyong? Perluke nak gelaran-gelaran ni? Hurm...Aku tatau la kalau orang lain suka kan? Yang aku tahu aku tak suka dan rasa insulted. Haih.

Anyway, lupa nak update. Actually, last Sunday haritue aku ke rumah Tokwan untuk naikkan perut. Tokwan la yang nak naikkan sangat sebab aku pernah cakap yang rasa sengkak je kat bahagian ari-ari ni. Sangat hebat tokwan aku tu, lembut je dia pegang tapi yang aku tau, lepas je dia pegang-pegang dan betulkan kiri kanan bawah sikit. Terus perut aku pun nampak dah naik atas and buncit sikit. Suka. Tapi aku still bukan MAK BUYONG!!! Huh.


Check-up-check-ups..


Seperti yang dah bagitau haritue, last Monday adalah hari check-up atenatal buat yang pertama kali. Awal-awal lagi dah stanby nota and dokumen yang patut semua tapi terlupa pula pasal hal-ehwal nature’s call ni yang sebenarnya kita takleh nak paksa-paksa ia keluar dengan mudah dan sesukahati. Makanya, sesampainya aku pada jam 7.45am selepas ambil nombor semua bagai, dalam jam 8 cantu ada sorang Misi ni buat pengumuman - Ibu-ibu, ambil kencing semua. Aku pun semangat la bawak botol urine tu masuk bilik air dan kencing tetapi yang keluar alahai sikit sangat pastu ter-missed pulak nak tadah jadinya yang dapat masuk botol tu just beberapa titik ja. Aduss! Macam mana nih? Aku bertapa kejap dalam toilet tu. Cuba lagi dan lagi dan lagi tapi tak boleh-boleh jugak keluar. Haru. Sudahnya, aku keluar cakap kat Hubby tolong belikan air sebab air kencing sikit sangat. Dia pun, keluar la pergi carikan air kat depan tu tapi Hubby macam marah-marah sikit ar... takut. Maybe, dia takut lambat sebab dia banyak kerja nak buat harinie. Huk. Sorhi shayang. Bukan sengaja air kencing tak banyak pastu tersalah tadah. Sorhi :(

Lepas tu cakap kat Misi yang air kencing tak banyak and dia kata takpe, nanti dia panggil lagi. Hubby pun masuk dan aku pun terusja minum dalam half botol. Dalam 20 minit tunggu cantu dapat kencing yang banyak. Yess! Dan keluar je dari toilet Misi pun datang untuk check urine. After urine aku disuruh ambil tinggi dan berat. Tinggi – 159cm dan berat – 52.4kg. Wow! Macam sangat tinggi dan ringan pulak? Huhu. Entahlah, dah menatang mesin tu cakap cantu. Aku tulis jela. Setel ukur-ukur, kena tunggu pulak untuk ambik darah, tekanan darah dan lain-lain tapi tak tunggu lama sangat pun Misi tu dah panggil. Diorang siap check perut dan kaki semua untuk tengok ada bengkak ke tak ke. Bagi nasihat untuk menyusu badan (ini InsyAllah akan aku lakukan. Hehehe) Misi cakap aku dah enam minggu and dijangka bersalin pada 5 Disember 2010. Yippie! :)

Misi bagitau darah aku normal, takde anemia dan dia bagi vitamin. Aku kena tunggu kat luar untuk jumpa doctor pula. Syukurlah, tak tunggu lama jugak. Doktor pun ok, cuma dia kata tak bole nak scan lagi sebabnya baby-baby kecik lagi so, takkan scan sehinggalah minggu ke-20. Aku ok ja tapi kalau nanti dah rasa rindu sangat nak tengok baby-baby ni akan ku pujuk Hubby untuk scan kat klinik swasta jugak. Hihihi. Oklah, dalam pukul 9.30 dah abes semua. Yang bestnya, Adikku pun check-up jugak haritue. Jadi kami adik-beradik p check-up dekat klinik yang sama. Hahaha. Macam kelakar je. Tapi dia dah nak masuk enam bulan – aku baru enam minggu. Huhu.

Lepas selesai, pergi klinik gigi yang terletak di tingkat atas. Niat mula-mula juz nak buat appointment sahaja tapi Misi tu suruh check terus haritue. Thank God orang tak ramai dan semuanya dipermudahkan siap tampal lagi gigi berlubang. Doktor yang check gigi tu pulak kawan sekolah rendah. Hahaha. Malu saja ada gigi berlubang. ;p

Oh ya, the best part is semua rawatan yang aku dapat haritue adalah servis yang baik dan Free of Charge or F.O.C. ok...Yeay!


Friday, April 9, 2010

Daddy-To-Be Syndrome ♥♥♥



For sure, semua bakal ayah mengalami syndrome ini. Syndrome daddy-comel :)


Memang diorang takkan notice tapi kita sebagai insan yang paling rapat dan dekat dengan beliau pasti akan terasa kelainan perubahan ini.


As for my Hubby D, first thing aku tau deep in his heart dia rasa sangat-sangat gembira dan excited tapi dia macam belum lagi nak tunjukkan keterujaan sebab beliau tidak rasa aku berada di stage selamat lagi untuk teruja terlalu sangat. Am good. Itu aku dah ambil maklum and aku pun macam tu juga sebenarnya tapi tula, kadang-kadang memang tak dapat nak sorok lah rasa excited ni. Sorhi shayang.


Anyway, my Hubby D ni sekarang dah macam over-protective sifatnya. Tapi ini bukan cerita-cerita komplen tau tapi luahan rasa hati yang sangat suka dan bersyukur dengan sifat itu. Sebabnya aku ni jenis yang very the clumsy. Like really clumsy! So, bila ada dia yang selalu perhatikan dan ingatkan aku jangan buat itu, jangan buat ini, bebel-bebel lagi macam mak nenet. hehehe...ia buat aku rasa lebih selamat sebenarnya. Because I know there’s someone who’ll remind me of everthing that i should and shouldnt do. Love it to bits!


Lepas tu, kalau boleh dia tamau bagi aku buat kerja rumah satu apa pun, tapi aku tak sampai hati plus badan ni masih berdayatenaga lagi. So, aku tolong-tolong jugak buat kerja yang ringan-ringan macam lipat kain dan simpan kain baju. Basuh kain pun aku buat tapi masukkan kain dalam mesin jela pastu tinggal untuk Hubby sidai esok paginya. Alangkah indah! :) hehehe. Cuma malam tadi aku jalankan misi buang habuk guna roller duster IKEA and perasaan lepas dah setel semua adalah sangat puas hati sebab bilik dah bersih dan boleh tidur dengan rasa yang sangat selesa.


Bila sentuh bab masak-masak pula, Hubby memang jenis tak kisah sangat. Makan kat luar pun takpa. So, semenjak tahu dah pregnant ni aku juz pernah masak sekali ja. Itupun sebab bila bangun pagi last Sunday lapar gila jadi teruslah goreng Bihun dan prepare breakfast for two of us tapi akibatnya after makan banyak gila, aku muntah-muntah. Huk. Kesian bihun tu.


Other than that, yang paling aku suka bila Hubby dah start berjinak-jinak dengan internet untuk buat research bout me and our baby-baby’s weekly changes/ condition. When he told me he did that aku rasa sangat terharu. Wow! Bagusnya Hubby orang ni. Sebab before this dia juz suka berinternet untuk check email hal ehwal kerja sambil tengok YouTUBE, main game and FBing ja.


Paling terbaik adalah sekarang ni, Hubby sehabis boleh takkan ciggie depan aku. Kalau tengah jammy teruk sampai beliau bebai-bebai pun sehabis boleh beliau akan tahan dirinya untuk tak nyalakan cigarnya.Yeay gLee! ;) Yela, kan smoking tu very bad for both Mummy and the baby kan?


Apapun...



Alhamdulillah.. syukur kerana kamu selalu ada disisiku, tahan dengan kerenahku dan sabar banyak atas segalanya dan syukur juga kerana akhirnya doa kita yang tak putus-putus selama setahun setengah ini telah didengariNYA.

- I U SO MUCH SHAYANG!!! :)



Wednesday, April 7, 2010

Masalah Perutku :(


Hi semua,

Aku dah selamat masuk minggu yang ke-5 pada 3 April lepas (ni kata internet dalam website baby-center la) Alhamdulillah, semuanya cun saja setakat ini. Cuma symptom muntah-muntah dah tiga kali juga jadinya. Tapi takpa kot, bagi aku symptom muntah-muntah itu amat berbaloi dengan penantian kami selama setahun setengah ini. Lepas muntah-muntah tu kau tahu aku buat apa? Dalam hati, diam-diam aku panjatkan kesyukuran dan redha saja dengan apapun yang akan jadi, yang penting “baby-baby” sihat.

Cuma sekarang masalah perut aku kembali menghantui. Tahun 2006 or tahun 2007, I have been diagnosed for this penyakit perut iaitu “Lactose intolerance” yang bermaksud perut aku ada masalah untuk menghadam dairy food especially susu dan ini akan menyebabkan aku cirit birit yang agak teruk. Dulu masa kecik-kecik minum susu ok je tatau la kenapa ia jadi bila dah dewasa ni. Tetapi masalah ini selalunya terjadi jika aku minum susu tepung saja sebab bila aku try minum susu kotak macam ‘Dutch Lady-Gaga’ tu, efeknya taklah teruk sangat evendow still cirit-birit but versi kecil-kecilan sahaja.

Dan semua pun sedia maklum, bila dah preggers ini susu adalah menjadi satu kewajipan untuk diminum. Dah lama sebenarnya tak minum susu tepung ni dan alkisahnya, weekend lepas pergilah kami ke Giant untuk membeli susu Materna tu, dan pilihan hati adalah Anmum sebab mendapat testimoni yang positif daripada ramai orang. FYI, before this, aku memang dah pernah try minum susu Anmum Meterna sample (staf aku bagi free before trying to conceived dulu), still cirit-birit but versi mild jela. Malam tadi barulah berpeluang minum Anmum Materna yang baru beli tu dalam pukul 10 malam kot, selesai minum Anmum and ironing aku pun teruslah masuk beradu.

Tetapi pukul 2pagi...jeng-jeng-jeng...

Aku terbangun. Badan rasa gassy semacam means asyik kentut-kentut dan kentut yang banyak sampai tidak selesa mahu tidur. Nasiblah Hubby tidur versi tak sedar diri, kalu tak kesian dia – bau boleh tahan juga sebenarnya. Huhuhu. Perutpun tiba-tiba memulas. Aiyoo! Sudahnya 3 kali aku keluar masuk dan bertapa dalam toilet pastu tidur jap, pastu bertapa balik sampai jam sudah Subuh. Sebelum pergi kerja tadi dah minum dulu milo 'o' pekat tapi still cirit-birit lagi sekali. Haih. Sampai ofis pulak, lepas breakfast tadi pun cirit lagi sekali. Means dah 5kali. Teh pekat pulak jadi taruhan, baru sudah minum. Harap-harap perut oklah lepas ni.

Hubby cakap pagi tadi masa nak hantar wifey dia ni pergi kerja, next week, masa appointment dengan doctor kena tanya apa yang boleh minum dan minuman apa yang mempunyai khasiat sama seperti susu?

Actually, pernah dengar orang kata minum air soya. Tapi khasiat dia sama kah macam susu? Takut jugak nak minum soya banyak sangat sebab takut ada gula banyak nanti sakit lain pula yang datang. Hummm. Risau! Semoga ia tak memberi efek pada kesihatan "baby-baby"

Friday, April 2, 2010

Booking Appointment Di Klinik Kerajaan - Keyword: Independent yo!


Aku merasa nervous yang agak tinggi juga dalam perjalanan untuk booking appointment di klinik kerajaan. Seriously, because we don't know what to expect. Like, macam blur-blur jugaklah, eventhough my sis (she's 5month preggers. Adik aku yang kedua ni more advance than kakaknya.hehe) dah bagi sikit explaination but still tak mencukupi rasanya sebab simple sangat dia cerita.

Selepas cik Misi panggil aku untuk daftar dalam sistem rawatan bulanan kat Klinik tu, dia terus bagi satu botol lutsinar tutup merah yang dah tulis nama and IC, aku ingat nak kena buat urine test lagi harinie. Otak aku pun dah siap-sediakanlah pundi kencing untuk proses urine itu. Hahahaha. tapi rupanya bukan begitu ceritanya. Kisahnya, lagi dua minggu aku kena datang balik dan bawak botol urine tu untuk test air kencing dan panjang lagi expalaination yang beliau bagi. Dipendekkan cerita, cik Misi tu kata macam ni...

"Bila puan datang hari Isnin 12 April nanti, Puan terus ke kaunter dan ambil nombot, klipkan slip yang saya bagi harinie pada nombot tu. Lepastu, Puan tunggu arahan cik Misi untuk beratur ambil air kencing. Lepas kencing Puan pergi ke tempat penimbang untuk ambil berat dan tinggi sendiri. Lepastu, duduk kat depan kaunter tekanan darah dan cik Misi akan panggil nama untuk ambil pressure. Lepastu...bla..bla...bla...,"

Haih. Biar betul? Banyak pulak prosedur yang nak kena buat sendiri. Memang kena jadi seorang yang berdikari la ni - bebel aku dalam hati. Teruslah aku pun keluarkan pen dan buku nota and jot down one by one benda-benda yang akan kena buat nanti. Tekun menulis... Tiba-tiba cik Misi tu cakap kat kawan dia, " selama lima tahun aku keja kat sini kak, inilah pertama kali aku jumpa orang yang tulis satu-satu benda yang dia nak kena buat masa check-up nanti. Huhuhu. Ok, bagus-bagus. Tulis elok-elok ye,"

Aku bukan apa, dah tahu diri ini pelupa so,aku sedar dirilah sikit. Tak maula nanti menyusahkan mereka sebab aku tahu selalunya Misi-misi dekat Klinik Kerajaan ni sangatlah cepat naik angin kalau kita buat blur-blur depan dorang selepas dorang dah bagi explaination panjang lebar dua minggu sebelum hari kejadian. Huhuhu. Dua minggu kot. Memang tak arr aku akan ingat satu apa pun kalau aku tak tulis macam tu misi oi!!! - ini aku jerit dalam hati ja.

Alhamdulillah, setel booking appointment.

Tapi sebelum aku menghabiskan karangan ini nak sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Din Beramboi yang telah pergi meninggalkan kita pada jam 12.30 malam tadi dan Al-Fatihah pada Allahyarhamah Macik Enchot (mak Shahril Nyet) yang meniggal dunia pagi tadi yang mana hari kahwin Shahril dan Zura adalah lagi 2 hari sahaja. Phew! Dua berita yang agak mengejutkan dan menyedihkan. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...