Showing posts with label 18weeks. Show all posts
Showing posts with label 18weeks. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

BabyMoon + Kerja = Kuantan :D


Salam..apa khabar semua?
Ok, saya sedar yang saya dah menanam tebu di pinggir bibir only, kerana janji nak post cerita dan gambar pasal kerja+babymoon. Sepatutnya hari semalam, tapi terlupa nak bawak softcopynya. Maafin ya! :)

Actually, ke Kuantan atas urusan kerja saja pada mulanya. Tapi bila bos dah approved untuk drive sendiri pergi sana bersama suami and with penginapan, saya pun terus booking hotel dan plan untuk masukkan sekali aktiviti babyMoon bersama mr. Hubby. Beliau pun suka jugak dengan plan saya tu. Yeay!

So, Sabtu lepas bertolaklah kami ke sana, around 8.30am macam tu. Respek tabik hormat sama mr.Hubby dan tenaga yang ada pada beliau. Meskipun malam sebelum tu juz sempat tidur 3jam saja akibat World Cup, beliau sangat gigih memandu hingga selamat kami sampai di ibu negeri Darul Makmur itu. Saya terus ke program, pastu Hubby dibawa pergi minum oleh driver Pahang, sambil tunggu saya habis kerja. Alhamdulillah, everything went well. Setel ja kerja terus shoot untuk check-in. Bilik hotel pun juz nice. Yela, for one night stay jer, rasanya tak perlulah nak bermewah-mewah sangat kan?

Sudah check-in n refresh ourself terus call kawan kami yang kebetulan ada di Kuantan. She so the very sweet friend of ours ni telah bawak kami pergi jalan-jalan dan makan yang best-best. Firstly, is lunch di tempat yang sangat sedap masakan authentic Pahang - Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Bilis Terung Pipit dan Labu Air Masak Singgang. Yummy gila! licin pinggan tapi lupa plak nama kedai tu apa. Sebabkan cuaca agak panas kami terus ke East Cost Mall - Ada air-cond dalam mall kan? Hehe. Petang-petang sikit baru kami bertandang di Teluk Cempedak a.k.a TC. Cantik tempat tu kalau buat outdoor untuk wedding photo ;p Dulu masa tahun 2003 kot pergi macam tak lawa sangat, sekarang macam dah bersih dan upgrade la sikit nampaknya. Hubby yang dah 20tahun tak jejak kaki ke Kuantan ni terus jakun dengan McD yang dorang bina kat tepi pantai tu. So, telah petik gambar kenangan dengan McD tu, sangat rare katanya. Hik.

Malamnya kami pekena seafood pula di Ana Ikan Bakar Petai. WOOHOO! macam nak terpecah perut sebab makanan banyak tetapi yang tukang habiskan kami berdua ja. Cik tourist guide ada sekali tapi beliau buzy melayan anak buahnya. So, dia macam tak makan sangat la malam tu. Huhuhu. Selesai makan kami singgah TC jap sebab nak belikan Adam Happy Meal tapi drive thru ja pun sebab semua dah malas dan kekenyangan nak turun.

Kami balik dan tidur sampai pukul 10 besok pagi. Puas hati perut. Lepas tu kelam kabut bangun nak breakfast buffet kat hotel tu. Nasib baik still got makanan. After breakfast terus packing nak balik coz dah rasa malas nak round-round Kuantan lagi. Next time kalau ada rezeki kami akan datang lagi tapi dengan baby-baby. InsyAllah.

Gambarnya mana?

Alaaa...di entree lagi satulah ya? Panjang pulak karangan percutian saya ni. Hehehe.

Monday, June 28, 2010

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Kadang-kadang best jugak Dr. Fadzilah ni punya celoteh, penuh sinikal tetapi memberi inspirasi dan kesedaran. Ni saya cuplik daripada notes member di FB. Kalau kata anda seorang suami, baru bergelar suami atau bakal suami yang sedang membaca ini, janganlah cepat melatah ye. Amik yang jernih buang yang keruh, baru teguh peribadi.

Silalah baca sambil bayangkan gaya dia bercakap macam dalam TV tu. hahaha ;p


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga... Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? (alamak, yang ni saya surrender sebab saya pun kadang-kadang terkentut juga depan Hubby tapi mintak izin dulu tau ;p)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Isteri awak jugak kan?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

p/s: sang isteri juga punya banyak kelemahan. Jika saya terjumpa isu-isu yang seperti ini tapi versi isteri akan saya cuba postkan di sini untuk ingatan agar kita sama-sama berubah untuk kebaikan.


Tenung-tenungkan dan selam-selamkan!!! :D

c o n s t i p a t i o n


Makin bertambah pedih rasanya setiap hari semasa mahu membuang 'itu'. Huhu. Sabar jelah hati ni. Memang simptom ibu-ibu mengandung yang normal macam ni lah jika terkurang makan buah dan minum air. Kan dan sakit, sapa soh tak makan betik banyak-banyak? Huhuhu.
Oh ya!

Nanti saya upload cerita dan gambar pasal oustation sambil membuat aktiviti ber'baby-moon' di Negeri Darul Makmur. Harinie terlupa membawa gambar. I only had 3 words to conclude = Best! Best! Best!