Showing posts with label 11 weeks. Show all posts
Showing posts with label 11 weeks. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Kerisauan Melanda


Tadi mendapat satu petua berkenaan makanan tapi agak menakutkan sebabnya saya dah termakan macam banyak jugak sebelum ni. OMG! Sangat takut. Harap-harap tidaklah memberi kesan yang buruk kepada baby-baby dalam tummy nih :(

Petua ini dikongsi oleh seorang rakan pejabat yang telah diberikan oleh Doktor Pakar di Hospital Pantai, tempat beliau check-up dan bersalin dahulu. Doktor tu kata, jika dalam 1st trimester ibu-ibu mengandung tak digalakkan untuk makan makanan laut terutamanya yang bercengkerang atau berbentuk kerang-kerangan sebab binatang-binatang ini makan benda yang tidak sihat dan sometimes beracun dan amat mudah untuk membagikan kesan negatif pada baby dalam perut ni. Alamak. yeke? Sebelum ni doktor or nurse kat klinik kerajaan tempat saya selalu check-up tu tak bagitau pun pasal benda ni. Then kakak tu cakap memang tak semua doktor akan cerita semua benda-benda ni.

Gosh! terus kecut perut saya dengar. Teringat masa makan banyak gila pepahat dan lala di Bagan Lalang tempoh hari. Masa tu baru beberapa minggu ja. (Mungkin baby takleh terima seafood tu semua sebab lepas makan-makan tu saya muntah yang banyak. Mintak-mintaklah anggapan saya ni betul). Then, giat pula tekak saya nak makan rendang kerang semua bagai masa time breakfast. Kalau boleh seminggu sekali pasti akan tapao nasi goreng berlauk kerang. Huk. Sangat risau. Ya Allah, peliharalah anakku selama ia di dalam kandungan dan sembuhkanlah dia. Semoga baby-baby dalam perut saya ni kuat menentang segala bentuk racun ataupun penyakit yang dibawa oleh binatang bercengkerang tersebut (jika betul-betul terjadilah). Oh! harapnya tidaklah. Huk.

Lepas ni akan banned segala makanan berbentuk cengkerang biarpun dah lepas 1st trimester. Sangat takut okeh. Semuanya demimu baby-baby and Ibu dont care if ibu terpaksa tahan gigit jari-meleleh air liur sekalipun!!!



Thursday, May 20, 2010

Simptom Muntah-muntah kembali?

Aik. serius?

Kan baru je tadi tulis yang dah kurang dah rasa nak termuntah semua-semua? Hummmmm.
Tapi sekarang perut rasa sangat tak selesa seperti mintak dikeluarkan saja isinya dan tekak pula rasa sangat mual. Adakah effect breakfast nasi goreng with daging pagi tadi? Aduhai. Takutnya nak pergi muntah. Ok-ok tak takut. Sob-sob...macam kena keluarkan jugak semuanya dah tak boleh tahan nih, dah terasa keluar air liur banyak dah nih. Phewww!!!

The Baby-Bump Curiosity



I still in my first trimester but dah 11weeks already. Syukur. Setakat ni muntah-muntah semua dah tade kecuali hari Isnin lepas. tatau la kenapa tiba-tiba ja dalam pukul 12.30 before lunchtime tu boleh pulak i muntah. Teruslah badan jadi lemah longlai dan tak jadi turun lunch. Rest ja kat opis pastu masuk surau tido and pukul 3pm baru tergagau-gagau kelaparan dan bergegas turun tapao nasi. Huhu.

Just yang menjadi kepelikkan/ persoalan sekarang adalah 'my baby-bump' yang cepat sangat nampak jelasnya. Semua pun macam tegur, eh dah nampak la perut dia. Rasa curious jugak sebab setakat ni tak pernah di scan lagi plus pengiraan LMP (Last Menstrual Period) tu tak semestinya tepat, memandangkan period saya adalah kurang stabil pusingannya. Manalah tau, sebenarnya dah banyak bulan ke saya membawakan benih cinta kami? ataupun dah termengandung sepasang kembar ke? Oh, so the comel kalau dapat twins... My sis kata ultrasound scan la yang paling tepat untuk tentukan umur sebenar bayi kita dalam perut nih. So, sekarang tengah dok counting days...bilakah mahu balik Aostaq sebab plan kami mahu buat scan kat sana sempena balik kampung Hubby. Haih. Cepatlah hari-hari ni berlalu, i tak sabar nak 'tengok' baby-baby tau.