Salam Ramadhan. Macam mana dengan puasa preggy mommy semua? Saya Alhamdulillah, setakat lima Ramadhan ni saya masih sihat, kuat dan cerdas untuk puasa. Harap-harap baby-baby pun supportive, so dapat la sebulan puasa tanpa perlu Qada tahun ni. Yeay!
Anyway, Memang sangat dah basi la kan cerita ni. Cerita seminggu lepas punya kot! But still sebab dah janji akan ada sambungan. Maka terima jelah ye. Huhuhu.
Kami bertolak dari rumah mak haritue dah dekat pukul 5, campur sesat barat semua bagai sebab yakin sangat tak bawak map nak ke sana. So, sampai di Pureen Warehouse Sale tepat-tepat 5.30pm. Phew! Sampai juga ibu mengandung ni kat sini.
Terus Hubby drop me and dia bergerak cari parkir. Tetapi saya pulak tiba-tiba jadi macam blurry burberry bila masuk je dalam tu coz tengok barang semua macam dah nak habis. Tengah-tengah check breast pump, dalam 2-3 minit kot, Hubby datang grab lengan saya dan tanya, " Naper tak terus masuk kat tempat baju-baju belakang tu?" Saya kaget seketika, "Oh, yela. Orang macam blur sejap tadi and tak perasan yang tempat baju-baju baby semua kat situ thot dah abes semua (nada sedih)," Dia pun tak buang masa terus bawak saya jalan laju-laju ke belah belakang. Nasiblah daddy dia ada, kalau harap i sorang sure dah menangis sorang-sorang tak bawak balik benda pun.
Dan...
Taddaaa...Inilah hasil shopping 25minit kami masa kat Pureen Warehouse Sale tempohari:
1. Baju & seluar baby dapat beli 5 helai ja (sebab dah banyak habes. sob..sobs..) - RM3 sehelai
2. Baby wipes 200sheets - RM7
3. Nose Cleaner - RM3
4. Sterile Tablets 1box - RM13
5. Kapas (rasa macam rugi je amik sebungkus) - RM4
6. Bedding Set (2 bolster + 1 pillow) - RM10
7. Baby Cot Sheet (rubber type) - RM11
8. Manual Breast Pump - RM38
9. Disposable Nursing Pads - RM20
10. Maternity Pads - RM9
Ok, tu jela lebih kurang barang-barang yang kami sempat grab dalam masa yang sangat singkat tu. Baju-seluar berwarna biru dan pink and semuanya macam untuk baby pakai tido je, plus tatau nak decide color lagi. Nak beli kaler putih pulak semuanya tak bersaiz newborn. Haih. Jadinya nextime la kami nak try pergi cari kat Jusco or Sogo. Nak beli yang jenis lubang-lubang and takde lengan punya, agar baby tidak kepanasan di siang hari :)
Apepun, dah dekat pukul 4pm. Saya dah bau kambing gurun. Hehe. Nak pergi mandi-manda dan bersiap untuk keluar berbuka, tatau la kami nak berbuka apa harinie, semalam dah sengkak perut makan Bawal Power kat Kota Damansara. Yummy! Hehehe :)
4 comments:
ohoho dah shoping raya ...mama qk dulu 7 - 8 month baru beli brg coz nenek qk bising xbg beli awal la bagai ..
shopping awai pun sebab barang2 yang dijual kat warehouse ni sangat-sangat murah harganya compared tu luar or kat shoping complex. kalo nak tunggu jugak means lagi 4 bulan. gamaknya masa tu dah tak sempat nak shoping macam gini kot.huhu.
but thank God Tok Ma baby-baby tak bising, dia lagi encourage adalah.huhu.
hi there, mommy-to-be too.. =)
Post a Comment