Monday, August 4, 2014

1 Syawal 1435H


Tahun ni giliran raya di kampung suami, Alor Staq. Seronoknya raya kali ni sebab selepas lima tahun boleh solat sunat Aidilfitri berjemaah ramai-ramai di Masjid. Tahun-tahun sebelum ni takut nak bawak anak-anak ke Masjid sebab kecik lagi. Takut tak boleh nak mengawal anak-anak. Syukur jugak sebab kat masjid tu ada kakak ipar & mama mertua join sekali untuk tolong jagakan Harits & Ara. Lega sikit.









Lepas solat raya, balik rumah tunggu tetamu datang then around 11am husband ajak beraya rumah kawan baik dia. Baik sangat diorang dan isterinya pun dah jadi kawan baik I tau. Seronoknnya dapat makan nasi tomato & rendang paru. (sebab kat KL Mak I buat juadah ni. So, terubatlah rindu pada Kotaraya. Husband kata I mengada. Kekeke). Ni gambar kat rumah kawan kami Bancik tu, terima kasih ye tuan rumah 






Lepas berjalan raya tu barulah kami mulakan sesi bergambar, dah tengah hari rembang dah masa tu. Harits & Ara pun dah rimas, lepas amik gambar teruslah buka baju diorang sebab ingat nak mandikan & tukar baju tido. Sekali baru teringat tak beraya salam-salaman lagi, maka terjadilah sesi bersalaman dengan anak-anakku memakai spender/ panties sahaja. Kahkahkah. Rare tak rarekan anak-anak I nih. Mujur mak & bapaknya masih elok berbaju lengkap ;p











Petang raya tu lepas anak-anak bangun tido baru kami beraya rumah Maktok suami & makan pulut dakap (iaitu pisang yang dibalut dengan pulut & dibalut dalam daun pisang). Sedap! Cuma I tak boleh nak makan banyak-banyak. Coz masa pagi raya tu perut dah start meragam. Maybe terkejut, makan pulut, santan lontong, masakan pedas-pedas lagi, rempah bagai banyak sangat. So, tak lalulah nak menyantap banyak-banyak pulut pisang tu. Time ni dah takde gambar nak jamu korang ye, cubalah google pulut dakap/ pulut pisang tu kejap lagi. Hahaha.


Dan....



Sambutan 1Syawal kami haritu sampai petang tu je. Suami pukul 7.00pm dah habis bateri dan tidooo sampai 5.00am esoknya. I pulak dengan sakit perut tambah nak muntah lagi, memang layan tido jela. Anak-anak pun kepenatan main, elok je dedua tido sampai pukul 8 camtu. Pastu bila pakcik, makcik & sedara mara datang beraya rumah pun kami tak mampu nak bangun dah. Sorry la mertuaku & ipar duaiku. Tak tolong pun malam tu. Kesian dorang melayan tetamu sampai 1.00am.

Tapi sebab rasa bersalah kami suami isteri, esok bangun pagi lepas subuh tu terus tolong clear semua pinggan mangkuk dalam sinki & clear table semua. 

Sekian cerita raya kami. Mohon maaf zahir batin sebab dah lama tak muncul sini. Tahun depan jumpa lagi. Ngeeeee! ;p


Friday, March 14, 2014

Tetaplah Berharap dan Berdoa

Semua pun tahu pasal tragedi flight MAS MH370. Ni dah masuk hari ke-7 dan hasil pencarian masih menemui jalan buntu. Sedihnya lahai kalau membayangkan yang ada dalam pesawat tu adalah parents/ husband/ wife/ anak or ahli keluarga kita. Hilang tanpa khabar berita. 

Dengan wabak denggi yang makin menular, cuaca panas kering kontang, air tak ada tambah jerebu lagi. 

Nampak sangat Allah sayangkan rakyat Malaysia, doa rindu dari hambaNya yang dimahukan. 

Semua jangan berenti berdoa dan berharap. InsyAllah, semua akan kembali. Sihat dan selamat. 


Sent from my Iphone

Friday, December 20, 2013

Education Apps Yang Membantu Anak Saya

Nak share dengan mommies semua pasal apps yang diInstall dalam Iphone kami laki-bini yang membantu educate Harits & Ara. Especially Harits la coz dia macam sangat ketagih dengan phone ibu dia ni sekarang.



Masa dia dalam setahun macam tu. Daddy dia install apps ABC & Animals. Lepas dia dah terer sikit main install lagi banyak Education apps ni. Masukkan yang number pulak.

Dalam umur dia 1tahun 8bulan dia dah berjaya kenal ABC by pointing out the alphabets randomly. Then colors, yang best is colors yang ada pic pororo tu. ABC Song tu pun not bad provided that kita beli yang premium la, baru dalam $0.99 je. Yang Hijaiya tu pun ok untuk mengenali Alif, Ba, Ta.




Kita kat rumah, beberapa jam je dapat jumpa anak, takkan masa jumpa tu nak mengajar anak lagi kan? Lagi best if dapat main dengan depat. So, sebenarnya yang banyak membantu Harits jadi bijak pandai ni taklain tak bukan adalah auntie-auntie dia kat Taska NUR tu. Memang dorang sangat dedicated and bersabar ajar budak-budak kecik ni. Hihi. Yang jaga Harits masa baru masuk Taska Nur, masa tu Harits umur 1tahun5bulan kot is Auntie Putri and now Auntie Ana macam pic kat bawah ni. Thanks korang! :) 






Nur Ara Adney - Setahun Jagung (Belated Entry)

Ini adalah entry yang  sepatutnya di publish 4 bulan lepas. Ngeee...


Setahun sudah Nur Ara Adney. Dia pun ada dua kali celebration, first celebration kat Rumah TokMa di Kepong semasa 8 Ogos 2013 (1 Syawal). Then pada 11 Ogos 2013 (the day itself), kami celebrate dengan buat open house kecil-kecilan kat Aostaq yang kebetulan tarikh itu jatuh pada 4 Syawal. Saya masak nasi ayam resepi mak. Alhamdulillah, menjadi dan semua pun suka! :) Then cake, autnie Nana sposor pastu buatkan deco atas tu. Comel sangat! 



For now kita enjoy gambar Ara Adney first birthday celebration tu dulu. Yang ini kat Kepong, Umat Tokma.



Bawah ni semua yang kat Aostaq, on the 11th itself. Syukurlah semua jadi as planned and keluarga mertua & ipar duai yang membantu banyak.









Ok, sekarang saya nak sambung cerita milestones Cik Mek ni. Nama panggilan manja untuk Ara Adney selain 'dikdik'. Hahaha. Cik Mek sebab dia adalah seorang yang sangat sibuk di rumah. Ada saja benda yang nak di explore dan di 'susun-kemas'. Mujurlah saya sekarang tengah belajar control diri daripada menjerit marah-marah dengan program Orange Rhino (nanti saya story lain pasal ni).



Ara Adney sekarang suka memanjat, especially kerusi, meja dan sofa. Nak panjat pagar sendiri tak berapa reti lagi but with support, laju je dia memanjat tu. Lepas memanjat tu satu hal, bila dia dah berjaya panjat dia akan buat skills joget-joget atas meja or sofa tu. Haih, nasib baik awak comel tau Ara, Ibu cium-cium geram jela awak bila awak buat macam tu. Tapi memang kena sangat-sangat careful la jaga dia coz akibat I tak monitor betul-betul hari tu telah menghadiahkan benjol besar gila di kepala Cik Mek ni. Wuwuwuwuu.



Dia dah nak start makan sendiri, kalau kita suap dia tutup mulut tu rapat-rapat. Pastu sekarang dah reti dengar arahan yang simple, contoh macam kita suruh ambil botol susu, tutup botol lepas minum susu, tido (dia terus letak kepada atas katil - ini comel) pastu kalau kita suruh dia duduk cangkung nak basuh kerak pun dah reti dah cangkung. Hehe. Agak cepat nampak kepintaran budak ni. Bergaduh dengan abang dia pun boleh tahan jugak. Dia suka tarik rambut abang, ketuk kepada abang. Abang pulak elok je tak buat adik balik, just mulut je bunyik "sakitlah adik" or "Ibuuu..tengok adik ni buat abang" Hahaha. Abang memang kaki report yang cemerlang ;p



Cakap pun dah banyak jugak Ara boleh sebut. Antaranya:

Ara = "Aya" (nama dia)
Abang = "Aban"
Daddy = "deddi"
Ibu = "Bu" or "Aba"
Nak = "Nak" (sambil angguk kepala)
Ball = "Bail"
Maman = "Mamam"
Air = "Aier"
Nasi = "Acik"
Nenen = "Nenen"
Car = "Car"
Nampak kucing cakap "miaw-miaw", nampak mickey mouse dalam tv cakap "mismouse". Tu je saya ingat. Banyak lagi sebenarnya. Dah lupa. Hehe.


Lagi satu, Ara punya will power yang sangat tinggi dan susah nak mengalah if gagal buat something tu dan dia terus berusaha sampai berjaya untuk dapatkannya. Well done adik. Ibu so proud of u sayang! Keep it up tau. Stay comel dan cantik sampai bila-bila. Hehehe. I love you so much Nur Ara Adney and sorry for the very late entry about your first birthday sayang. Kiss dia sampai belemoih-belemoih. Hihi.



Happy First Birthday Nur Ara Adney!



Love, Love, Love,
Ibu, daddy and Abang Aish 







Wednesday, August 28, 2013

Salam Kembali




OMGG!!!

Sangat rindu. Dah hampir lima bulan tak menulis sini.


Amishuueee shooo muchh belogku sayang. *sambil cium-cium skrin pc* Hahaha. Overrr!


But seriously, rindu. Haih.


Semua apa khabar? 


Saya sangat sibuk this past five month. Kat office busy, kat rumah lagilah..plus anak kan dah dua, pastilah lagi busy berganda-ganda. 

Sekarang baru lepas satu event besar untuk Jabatan I, baru habis Ahad lepas iaitu Sambutan Hari Wanita Kebangsaan. Isnin terpaksa masuk office sebab ada benda urgent nak submit dan sangat lemau. Semalam Selasa i took a day off, actually memang dah apply cuti siap-siap pun. Hantar anak-anak pegi taska. Settlekan a few errands then me & husband ke Alamanda membuat grocerries shopping selepas itu pegi makan sushi yang kami rindui sedari belum puasa lagi. Lepas puas jelajah Alamanda, balik ambil anak-anak and husband decide nak jogging sambil saya membawa anak-anak bergembira di Playground. Happy sangat diorang tau. Nway, entry yang ada gambar-gambar akan saya upload later. For now, kalau nak tengok kami dalam gambar, follow jela saya kat IG okay. Username - zahrasyah. *feelingretis*


Memandangkan masih dalam mood Syawal, maka - Salam Lebaran semua. Jangan ingat nak makan open house je, selang-selikan dengan puasa sunat jugak tau.


Ini adalah entry mukadimmah, nak asah balik mood menulis. Nanti esok saya tulis lagi.


Ilebiusemorangyangbacabelogini =)


Thursday, March 28, 2013

TIPS KANAK-KANAK: SOAL DUIT


Dipetik daripada perkongsian Cery Mama Faiz di Group Rich Moms Poor Moms (FB)

Kanak2 perlu di didik utk saving duit.. dari kecik lagi... or bila dia dah start faham or kira2... bukan umur 16tahun baru nak ajar..antara tips yg saya baca yg ingin sy komngsi dan ada yg sy dah apply...:

-jgn beri wang berlebihan ..maksud saya wang belanja ke sekolah. nnt dia tak belajar erti appreciate value duit...

-jgn tunjuk sikap boros dpn anak2

... -ajar anak kita permainan sepert monopoly, Saidina

-latih dia buat kerja rumah utk dpt upah tambahan..cth jemur kain,lipat baju.. objektifnya adalah.. nak duit kena kerja.. takde duit turun dari langit

-sediakan 2 tabung yg kecik

i-satu utk simpanan tetap- TABUNG 1...Tabung 1 ni untuk nak masuk bank

ii-satu lagi utk simpanan sementara atau dlm perkataan lain utk perbelanjaan -TABUNG 2

Kitaboleh buat mcm ni.. cthnya seminggu kita kasi dia a sum of money..RMxx lepas tu 50% dari jumllah tu kita simpan dlm tabung 1...50%simpan tabung 2.. kalau dia nak beli ape2..amik dari tabung 2.. contoh nak beli beg atau kasut atau CD. once dah cukup rm20 (cth)..baru amik dari tabung 2.. tabung 1 jgn usik langsung.. sbb nak masuk bank..


BERAPA jumlah yg nak diberi tu DEPENDS on umur anak.. let say dia baru 6thn... so berpada2 lah bagi seminggu tu.. .. jgn start bile anak dah besar.. tapi time kecik ni lah start.. kasi paham konsep..sbb budak2 mudah mengikut dan dibentuk.. dah besar..dah tua liat skit..haha


*tips tambahan: tabung kene kecik...kenapa size tabung mesti kecik?..supaya cepat penuh.. cepat penuh..cepat kita bwk dia gi bank..biar dia ada sekali dan tgk duit tu dimasukkan ke bank..ni utk tabung 1..

* tips tambahan: habit sedekah: utk tabung 2 pula.. kita ajar dia keluarkan 10% dari dlm tabung tu utk sedekah ke masjid setiap jumaat..atau sedekah kat mana2 tabung anak yatim... cth dalam tabung 2 tu ada rm30..kita ajak dia kuarkan rm3 dan sedekah ke masjid..sambil explain dia makna sedekah dan fadilatnya. InsyaAllah sampai ke besar dia akan amalkan dan jadi habit


*apa yg dikongsi utk peringatan diri dan bersama.. hihi.. sbb anak sy sorang jer.. so rasa mcm kadang2 terlebih spoil.. haishh.bahaya*

______

Cery

Friday, March 8, 2013

Reminder Jumaat: Untuk Ibu & Daddy


Renungan bersama...



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali me...nampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.


9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.