Okey, saya copy bulat-bulat tajuk tu daripada artikel ini. Nak Share dengan blogger semua pasal ni, if ada yang tengah cuba nak buat.
Saturday, September 24, 2011
Bila Anak Menyusu Badan: Suami Dipinggirkan
Okey, saya copy bulat-bulat tajuk tu daripada artikel ini. Nak Share dengan blogger semua pasal ni, if ada yang tengah cuba nak buat.
Thursday, September 22, 2011
Harits Haidar - Eleven Months of Life
It's Eleven months already? Can i somehow freeze the time. Pleashee...Gosh! Cepatnya. Rasa macam baru je semalam Harits Haidar dikeluarkan daripada perut ini tapi realitinya lagi sebulan dia akan menginjak ke fasa toddler. Pastu nanti tiba-tiba ja dah masuk tadika and then darjah satu, pastu nak periksa UPSR, PMR, SPM, kerja part-time, masuk U, kerja, belanja ibu & daddy pergi holiday, kerja lagi pastu kahwin pastu i dapat cucu. Oh my! Oh my! Cepat sungguh. Over sangat la tu ibu tu nak imagine berdrama bagaikan hape. Budak tu baru nak masuk setahun ja pun. Hihihihi.
Okeh, for my own record Harits Haidar officially dah tumbuh gigi around his 10month 3weeks old. Agak lambat sikit but it's okayyy. Buat masa sekarang ni kerjanya adalah mengasah gigi dengan makan playmat or tilam or even worst carpet. Pastu dengan selambanya dia test power dengan mengigit nenen ibu. Ouchhh! sakit gila hoccay. Tak tipu. *Nangissss* Jalan belum lagi and rasanya akan berjalan time birthday dia nanti kot...Aminnn.
Tantrum wise budak kecik ni agak boleh tahan. Dah pandai show anger bila kita tak bagi dia barang yang dia nak. One more thing, kalau dalam car-seat dia dah puas menjerit & menangis sebab dah boring duduk dalam tu, dia akan mula hentak-hentak belakang kepala. Phewww! Risau tengok, tapi dia rilek ja macam tak sakit pun. Huk. Saya terus amik bantal and letak kat belakang kepala dia tu.
But sadly, takde degree dianugerahkan kepada saya sebab Harits dah start campur FM masa umur dia 7months if tak silap. But still saya pump juga harinie untuk esok. Nak buat stok? Harapan jela kot sebab dalam sehari nak dapatkan 12oz pun macam susah je. Huhu. But after all, saya masih bersyukur coz susu masih ada lagi untuk di buat fresh EBM waktu siang (if habis EBM baru bancuh FM) & boleh lagi BFing session at night and during haliday week or weekend. Syukur sangat!
For now, tengah buat eksperimen separatekan tilam Harits dan tilam kami. Dah mula semenjak malam kelmarin but first night tu, tak jadi sebab tiba-tiba rasa rindu and kesian kat Harits kena tidur sorang-sorang time hujan-sejuk. Jadi saya pun angkat dia tido di antara saya dan hubby. Lastly hubby yang tido bawah kat tilam Harits tu. Hahaha. Malam kedua ok, saya sudah boleh kawal emosi but dalam pukul 4pagi macam tu terasa macam ada budak kecik tepuk-tepuk muka. Buka je mata rupanya Harits dan dia dah merangkak sampai atas badan saya. Dia merentas badan daddy dia untuk kejutkan saya sebab dia nak nenen plus diapers dah penuh kencing. Ya Allah, sungguh comel situasti itu but kasihan kat Harits. Mesti masa dia sedar-sedar tu rasa lain je sebab ibu takde kat sebelah pastu terpaksa meredah kepekatan malam, kena panjat tilam and merentas halangan semua bagai just untuk dapatkan susu ibu dia. Kesiannyaaa. Malam ketiga pulak, back to square one, tidur balik kat tengah-tengah antara kami berdua. Hehe. Lagipun kesian kat dia coz idung still beringus and kahak tu tak setel lagi. Malam ke-empat,iaitu malam tadi pun sama jugak. Peace!
Doa ibu hari-hari semoga Harits Haidar sentiasa berada di bawah lindunganNya , menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat.
Ibu
Monday, September 19, 2011
LATENESS IS ALWAYS A FRIEND OF MINE
First of all...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA. Peace!
Kita masih di bulan Syawal bukan? So, the wishes is still relevant right?
Ok, ini pula gambar kami pada pag Raya pertama. Kaler ni Hijau Petronas kata Hubby saya.
(Songkok Harits nampak tinggi sebab dia adalah Johorean. Eh, taklah itu sebab kepala dah tak muat masuk songkok. Kejap je kepala budak tu dah besar. Huhu. Jangan bila besar nanti bersikap besar kepala ye anakku - ini doa)
Saya ni SIBUK macam hapa bila masuk bulan August and September. Sigh. Sampai nak update pasal perkembangan anak pun tak sempat. Oleh itu, dengan rasa dukacitanya saya mengumumkan tiadalah entree pasal 'Harits Haidar 10month of Life' di sini. Sedih kot but takpelah, saya simpan kenangan tu dalam minda jela, rekod elok-elok dalam lipatan otak. Jangan kena brain-wash or ada penyakit amnesia menyerang sudahlah. huhuhu. Mintak simpang!
Last week ada check-up di klinik kerajaan. Alhamdulillah normal semuanya. Berat Harits Haidar adalah 7.6kg dan kepanjangan adalah 72cm. Hihihi. Masa check-up haritue kejap je sebab tak perlu nak injection lagi but lagi dua bulan kena cucuk untuk setahun. dah bagi dia makan telur & nampaknya macam takde apa-apa allegic reaction, kira oklah kan?
Harits sekarang dah suka berdiri sambil tangan berpaut pada sofa dan jalan meniti dari ujung sofa sini ke ujung sofa sana, sometimes dia dah angkat kaki sebelah macam nak panjat naik sofa tu. Kalau saya push bontot dia memang akan laju jela naik. Kalau kita pegang tangan dia sambil jalan tu bolehlah dia nak jalan but dalam versi berjengket. Hihihi. But sekarang dah makin aktif & a bit clingy kalau kat rumah kami lah. Saya biar dia kejap kat bawah, bila paling balik dia dah kat rak tv tegah cuba nak panjat rak tu. Tapi bila saya out of his sight kejap je, biarpun ke dapur sekangkang kera tu mesti dia akan nangis cari-cari saya, tapi kalau dia tak nangis pasti dia akan membontoti saya pergi mana-mana pun sambil merangkak lah. Suka makan makanan orang dewasa, bubur dan baby pasta yang saya masak selalu terbuang begitu saja. Kalau makan pun 5-6 suap je kot. Hum. But kalau suap nasi ke, nasi tomato ke, nasi minyak ke, pasti laju je.
Oklah, pasti semua dah rindu dengan baby Harits kan? Nahhh...amik gambar dia sorang-sorang ni untuk simpanan semua.
Si hensem i ni dah kepenatan lalu tertido kat umah orang selepas penat beropen house sakan sabtu lepas. Gila betul dari pukul 11pagi-12malam = 7buah umah. Huhuhu.
Wednesday, August 17, 2011
Wednesday, August 3, 2011
Monday, August 1, 2011
Ibu Yang Excited Nak Raya Onbehalf Of Anak

Ahad - firstly, having brunch at Subs, The Curve (baby Harits pun tengah dok 'brunch' sama tu ;p)
Murah je makan situ tu sebab ada coupon 'buy 1 Free 1'
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Aha...bahasa Arab kat tajuk tu tatau la betul ke tak, dengar macam betul ja but belasah jela guna. Huhuhu. Setelah seminggu lebih tidak berupdate, now nak amik peluang ni untuk wish everyone 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak' - Bulan yang paling sesuai untuk tambah pahala, tutup dan simen buku amalan yang berlubang-lubang sini dan sana. Kita sama-sama cuba ea? InsyAllah.
Ok, now saya nak cerita sikit pasal ruam or ezcema (?) yang selalu menyerang tubuh badan anak saya tu. Saya tak pasti ruam panas saja ke or ezcema coz tak pernah nak bawak si kecik tu pergi check kat skin specialist. Dulu pernah nak bawak masa menatang jahat tu tiba-tiba menyerang banyak kat perut and badan dia semua tapi sebab banyak sangat kekangan masa, terus tak jadi bawak. Masa tu pakai ubat sengsei je and krim sapu dapat daripada doktor klinik yang bukan specialist. But Alhamdulillah, sekarang ni kulit perut Harits dah semakin pulih dan kembali mulus seperti biasa.
Tup-tup dalam last week menatang tu datang menyerang lagi tapi kali ni kat area leher Harits. Kat bahagian bawah leher yang paling teruk nampaknya. Leher dia dahlah jenis yang berlipat macam rasaksa dagu tiga. Haih, kesian sangat mentengoknya.
Mula-mula saya cuba sapu calomile lotion, jadi kering sikitlah area tu tapi still ada lagi tak kurang. Saya cuba sapu cream yang doktor bagi haritue, pun masih sama juga. Last-last saya cuba bedak berubat pureen tu. Alhamdulillah nampak surut sikit. Masa kat rumah mak pun, dorang letak bedak tu kat bawah leher dia. Nampak kurang jugalah. But still ia tak habis betul. Terbaca pasal 'Shaklee Herbal Blend' terus rasa nak cuba but sampai sekarang masih tak sempat nak pergi membelinya. Dealer saya tu pun macam busy je. Kesian pulak nak susahkan dia. But now ruam tu dah makin sikit tapi tak hilang lagilah semua. Itu yang rasa nak try Herbal Blend tu coz ada testimonial kata lepas pakai tu kulit jadi licin macam biasa balik. Nantilah nak beli jugak. Kalau dah baik pun nak beli jugak, spare juz incase menatang tu menyerang balik.
Untuk kulit bontot Harits saya masih lagi setia dengan Lucas Papaw. Walaupun agak mahal but sangat berpuas hati. Kalau ada merah-merah je kat area celah kangkang or bontot dia tu, sapu ja Lucas Papaw tu, tayah sapu banyak pun try picit dalam 1/2 inci kat tangan and ratakan. Alhamdulillah for next diaper change kulit dia dah kembali cantik, halus dan mulus :) Kalau cream tu dah habis, saya akan pergi beli terus kat Fabulous Mom, Taman Tun. Dekat ja dengan umah akak. Huhuhu. Tapi nextime ni nak beli yang besar punya, tahan lama sikit kan.









