Thursday, March 31, 2011

Feel a bit nausea but still wanna write



Ibu Harits kena Flu Fever plak ni, jadi tadi pergi klinik and doktor kasi MC 1day. Oklah, dapat jugak rest satu hari sambil melayan si kecik tu. Yeay!









Semalam Baby Harits ada check-up susulan at Hospital Selayang, check-up tu buat dengan pakar bout his development sebab baby Harits an lahir pada usia 33weeks. Alhamdulilah, kata doktor semua ok and baby Harits menunjukkan perkembangan normal sesuai dengan usia dia as prem baby. Coz bila we all beritau doktor yang baby Harits still tak pandai mengiring untuk meniarap sendiri, she said its ok and we dont have to worry much bout it.


Then bila tanya bila boleh start bagi solid food? sebab next month baby Harits dah genap enam bulan. Pastu doktor cakap better start lambat sikit, maybe bila dia dah masuk 7 bulan sebab takut perut dia tak ready lagi nak process the solids. Yela, kalau kira umur yang cukup 40weeks dalam perut, baby Harits baru masuk empat bulan sebenarnya. Huhuhu. Okies doctor, we will follow your advice, no harm waiting for a couple of month. Hopefully by then he's ready to enjoy the food!


Tuesday, March 29, 2011

Tak Jadi Berjauhan



Sepatutnya pagi tadi saya dah bertolak ke Bumi Kenyalang itu tapi dengan izin Allah, saya tak jadi berjauhan dengan si kecik bam-bam tu. Yeay! Suka-suka. Sebabnya bos yang besar itu mahu tido pula di Hilton, Kuching selama satu malam. Opsssy! Sorry, kalau kena tido harap maaf. Saya memang takleh nak join. Nasib baik ada rakan sejawat yang masih solo sudi cover tempat saya. TQ, Leen. Nasib baik juga mempunyai bos Department yang understanding situasi saya yang ada baby kecik that still fully-breastfeed. Yeay!Yeay! Joget-joget :D Pastu nak cerita pasal baby Harits yang suka sangat mengigit jari saya sekarang nih. Bagi teether takmau pulak, nak jugak gigit jari. Nah, tengoklah sendiri perangai baru budak Ontek Odek Maktok dia nih yang sangat syok melayan jari jemari. Hihihi.



Eh, ni apekebenda nih? Macam tak yummy ja ;p



Sedapnya jari ibu saya. Yummy!




Sunday, March 27, 2011

Our weekend starts from Saturday Nite



Mula-mula pada hari Jumaat malam Sabtu kami ke Sari Ratu, Subang Parade. Pa'Tam Harits belanja makan nasik padang. Yummy bebeh! Memang nanti boleh repeat lagi makan situ. Hubby i bertambah nasik kot evendoe dia kata sebelum ni macam nak diet makan nasi. Huhuhu. Nway, thanks Pa'Tam Harits sebab belanja kami!!!






Baby Harits dah siap nak keluar...Wassup yo!






Berjoget-joget atas meja makan







Featuring Aunty Nana






Harits with the Salleh's Clan - Maktok, Aunty Nana, Pa'Tam, TokAyah and Ashue





^_^





Sabtu pula berkenduri di sebelah siangnya. Makan lagi, this time semua family on Hubby's side turun meraikan pengantin anak sepupu mama. Kami belasah kambing pula.





















*Sori tade gambar kambing sebab semuanya telah habis di makan. Ahahahaha




Sabtu malam pula menyambut Earth Hour di rumah Uncle Mid. Hubby's uncle. Seronok. Makan banyak tak hingat. Sampai sengkak perut. Huhuhu.



Okayyyy, It's a wrap! *_*






Saturday, March 26, 2011

My Sis EEE Day

my lovely Jossie aka Asiah on her EEE day :)

Saya pun tak pasti kenapa my sis guna 'EEE day' as tajuk kat album FB dia. Maybe tis is singkatan bahasa budak-budak zaman sekarang kot for engagement. Huhuhu. Takpa-takpa. Nak belasah guna juga. Hihihi ;p My sis ni yang num.4 dalam family which is the 2nd last. Dia saya anggap masih my lil' sister first sebab dia memang kecil orangnya dan still takleh terima hakikat yang budak kecik tu dan nak kahwin. Haih. Adik kecilku ini dah nak kahwin rupanya. Rasa macam tak percaya saya ni dah tua sebenarnya. Huhuhu. Pagi dalam pukul 10.30 kami sampai tapi kami kira lambat sampai tu untuk tolong-tolong kemas rumah. Sampai-sampai je terus mak mintak tolong hubby untuk keluar pergi cari mineral water then saya mak suruh cucuk bunga kat pelamin. Main hentam je tau tapi last-last mak jugaklah yang buat final touch-up. Lepas siap saya tolong menjala roti pula. Apakah? Means buat roti jalalah. LOL. Pastu nak cerita sikit menu selain roti jala dan kari ayam yang sungguh sedap, ada jugak Speghetti with Demi Glaze Sauce yang yummy gila - my brother Edo yang masak, Serius yummy! bihun goreng, karipap, kuih apam, pulut dan sedikit buah as dessert. Dah setel menjala roti separuh jalan dah pukul 1pm, saya terus soh adik saya pergi siap-siap untuk mekap and the make-up artist is? ME. Yeay! Bolehlah make-up sikit-sikit but semua cakap muka my sis dah macam muka i dah bila siap di make-up. Huhuhu. Pastu saya rasa overall memang ok juz kelewatan jurucakap perantara ja yang buat majlis macam spoil sket. Ok, sekarang saya nak tepekkan gambar sekitar majlis tempohari. Dah berapa lama tangguh ja nak buat.


Budak Harits ni awal-awal lagi saya tidokan sebab kalau tak tido camne ibu dia nak wat keja. Lepas je nenen, tidokan kat depan pelamin ni. Sedap je tido, orang lalu lalang pun dia tak kisah dah. Sangat menantuk la tu.


Ini time nak pakai tudung selepas make-up semua. Kawan my sis yang tolong betul-betulkan. Haruslah gambar make-up artist tak diexpose. Orang duk belakang tabir je yong!



Saya paksa jugak adik saya untuk turun bergambar dulu kat pelamin DIY ni sebelum rombongan lelaki sampai. Masa awal-awal tengah cantik ni la, elok bergambar. Kan? Kan?



Saat si kecik ni rasa berdebor-debor


The Sisterhood! Masa ni baby Harits kat luar ngn Daddy dia


The family ties



My brother- Perantara bidan terjun ;p salute la dia sebab tolong selamatkan keadaan n berani bersembang ngan orang-orang tua



Selesai. Makan time


Baby Harits with aunties from Ganu kite!


Ibu nak jugak ;p






Last tetamu yang datang adalah agak nice suprise juga. Thot kawan Asiah je yang datang tapi dia bawak sekali semua family members dia. Hihihih.








ni saya amik dari blog auntie nani. oh ya, hanis zalikha kata baby harits sangat comel dan dia mahu tolong baby-sit. Hihihi.



Friday, March 25, 2011

Bakal Berjauhan Pula :(


Tiba-tiba dapat arahan untuk ke Sarawak pula. Bahang-bahang Pilihan Raya sudah terasa kehangatannya. Jauhnya ibu kena kerja baby sayang. Haih. Mujurlah balik hari but still akan rasa rindu banyak kat Harits, lagi tambah risau sebab stok susu takut tak cukup untuk bertahan ke 10pm. Phewww!

Baby Harits sayangggg! kamu bertahan ye tinggal di semenanjung sehari tanpa ibu. Huk. Ibu takut ibu je yang tak tahan nanti. Sobs...sobsss...

p/s: daddy pun bertahan ok. tapi daddy dah besar. takpe lagi la. Huhuhu.

Tuesday, March 22, 2011

Harits Haidar - Five Month of Life




Sayang ibu sudah genap lima bulan hari ini. Clap-clap-clap. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Syukur sangat sebab sampai hari ini ibu masih lagi dikurniakan kekuatan untuk memberikan Harits susu iaitu titis kasih yang paling berharga. Walaupun sekarang curahan susu tu macam tak berapa nak banyak stoknya but am trying hard to make it flow again. Kalau boleh biarlah menyusu sampai umur awak dua tahun :)

Semoga sayang ibu ni sentiasa sihat, cergas, bijak pandai dan dipanjangkan usia. Rasa tak sabar nak celebrate birthday awak yang ke setahun. Hahaha. Pulun tak ibu? Lama lagi tu,meniarap sendiri pun tak reti lagi. Hihihi. Takpa, pelan-pelan ye sayang ibu paham you will meet your milestones at your own pace plus Harits kan 'prem-baby'. Pastu 30 Mac ni kita sama daddy pergi jumpa pakar paed kat hospital awak lahir dulu and Ibu nak tanya doc tu, is my baby boy really ready for solid food? Mode tak sabar. Again ;p



Monday, March 21, 2011

Quality I Adores


Abah dulu kerja kapal, kalau balik rumah pun empat bulan sekali tapi walaupun jarang berjumpa, abah kerap telefon untuk bertanya khabar. Saya ingat dulu masa kecik-kecik time takde telefon rumah lagi, kami tinggal di kawasan kampung di pinggir kota, abah akan telefon rumah jiran sebelah yang rasanya dorang je ada telefon kat kampung time tu. Hehe. Nasib baik sebelah rumah je, jiran tu jerit je sikit panggil mak "Nahhhh, Din telefon!" - mak pun kemain lagi excited, terus tarik tangan kami dan berbondong-bondonglah kami berlari ke rumah jiran tu untuk cakap telefon dengan abah. Seronok je rasa. Tula orang kata, walau jauh di mata tapi dekat di hati. Bonding kami adik beradik dengan abah rasanya sangat strong dan rapat.

Abah berperangai lelaki melayu sejati. Hahaha. Boleh tak kalau cakap macam tu? Gentleman. Sangat berani, kuat semangat dan berjiwa kental. Haruslah kental beb, kalau tak macam mana nak survive kerja atas kapal merantau ke negara asing yang berjenis ragam dan budaya, tak campur lagi dengan gangguan kapal berhantu dan kehidupan 'bebas' di luar negara tu. Mempunyai sifat pelindung dan sangat-sangat bertanggungjawab. Sangat! Walaupun abah anak ke-4 daripada 5 beradik, banyak tanggungjawab yang selama ni dia tanggung. Memang nampak macam dia anak lelaki sulung yang perlu pikul semuanya.

Pastu, yang saya suka tengok selama ni kalau keluar dengan mak, abah mesti nak jalan pegang-pegang tangan. Dah tua-tua pun nak pegang tangan jugak. Romantic kan? Awwwwww...romantik. Abah suka bercerita dan berlawak dengan kami. Kelakar jugak orangnya. Dulu time Akademi Fantasia tengah hot Abah suka tengok, then mesti dia yang akan jadi pengkritik tetap yang komen-komen depan TV tu. Kami pun join sekaki lah mengomen-ngomen. Masa saya sekolah rendah dulu abah suka rekod lagu guna kaset masa dia dalam kapal, tapi bila balik rumah saya mesti akan selalu jadi penghancur kaset 'kompilasi' yang abah buat tu. Saya akan rekod balik suara saya & nyanyi-nyanyi dalam kaset yang abah dah rekod lagu-lagu fevret dia. Hahaha. Pastu abah bising-bising. Geram sangat dia kat saya masa tu.

Tapi abah agak baran dan cepat marah jugak sebenarnya but never once dia pukul kitorang. Mak yang selalu pukul kami, nakal sangat. Siapa suruh? Padan muka. Sehabis kuat pun kalau marah sangat dengan kami, dia akan ketap bibir kuat-kuat sambil 'pinch' manja kat pipi kami, and done. But pernah sekali dia marah sangat dengan edo - my brother. Edo ni suka mengusik adik sampai nangis pastu agaknya abah tengah moody kot time tu, abah tumbuk dinding rumah! then dia keluar. Phewwww! Nasib baik tumbuk dinding je, bukan muka edo. Kecut perut semua tengok.

Ada satu perangai abah yang paling saya respect dan kagumi. Jarang saya dapat ikut iaitu punctual. Abah memang berdisiplin tinggi dan marah sangat kalau kami tak tepati masa. Selalunya memang gagallah tapi bila time berjanji dengan abah haruslah berjaya untuk 'punctual'. Saya ingat lagi masa hari nikah saya dulu. Janji dengan keluarga lelaki pukul 10pagi, keluarga lelaki sampai awal. 9.30 kalau tak silap (kalau salah tolong betulkan ye dd) pastu saya dah siap mekap semua pukul 9.50 macamtu, oklah kan? Just nice. Pastu sibuk nak bergambar pulak. Dah lambat kot tapi nak jugak bergambar kan? So, saya cakaplah kat mak saya "alaaa, takpelah pengantin perempuan lambat sikit, biasalah tu," Then abah terdengar, abah terus marah saya. Dia kata "mana boleh lambat-lambat! Kita dah janji pukul 10 so, before 10 patutnya kita dah sampai. Semua yang nak ikut pergi masjid keluar sekarang" Apalagi, mencicit semua lari keluar naik kete termasuklah saya yang pengantin ni. Huhuhu. Padan muka.

So, saya pasti abah akan rasa ralat dan frust kalau dapat tahu masa majlis pertunangan adik saya sabtu lepas, pakcik-pakcik saya yang telah diamanahkan oleh emak untuk jadi jurucakap wakil keluarga kami lambat sampai. Ada tiga orang semuanya and tiga-tiga lambat, sejam lewat daripada time yang dijanjikan. It's an embarrassmentt to our family actually. Nasib baik ada adik lelaki tunggal saya Edo sebagai penyelamat keadaan plus my hubby and adik ipar saya pun tolong juga coverline.