Wednesday, January 30, 2013
Saturday, January 12, 2013
Five Month - Nur Ara Adney
Yeay! Saya dah 5bulan. Next month dah boleh makan solids
Sorry ye adik, lepas adik dah 5 bulan baru lah ibu berjaya tulis 1 entry pasal adik kat blog ni. Ibu sangat tak sempat, kerja ibu semakin bertambah kat office tu tapi Ibu banyak record deveopment awal dalam media social lagi satu tu, adik boleh je search #aradney bila adik dah besar nanti ye. Hihihi.
Alhamdulillah, setakat hingga 5 bulan ni kesihatan dia baik, kecuali ada demam lepas seminggu cucuk 3 bulan but sehari je demamnya. Cepat baik. Dari baby lagi adik senang jaga, senang tido. Nangis pun bila berak, ngantuk & penat tak selesa. Lain-lain dia ok je. :)
Ni masa adik demam, last two months
Dari segi physical development, last timbang adalah 5.9kg masa 3 bulan check-up hari tu. Tapi sekarang ibu rasa adik dah makin berat. Tangan dah pandai grab tudung ibu kuat-kuat, kaki dah pandai tendang-tendang. Bila tarik tangan dari posisi baring tu adik dah pandai duduk dan terus berdiri. Kuat kaki adik, cepat sangat ibu rasa. Terkagum kejap sebab ibu rasa adik kecik lagi tapi dah kuat dah. Development lain, masa Adik 3bulan tepat adik dah meniarap sendiri but lepas tu seminggu kot awak tak meniarap pastu meniarap balik sampai lah sekarang. Asal letak je meniarap. Dah siap pandai meniarap banyak-banyak kali macma berguling tu. Hebat.
Sampailahhhh....awak terjatuh semalam daripada sofabed tinggi lutut ibu. Jatuh atas lantai. Ya Allah, maafkan ibu dik sebab cuai. Tak letak bantal kat tepi sofabed tu siap-siap sebelum pegi dapur. Nasiblah takde apa2 yang serius. Takde benjol lebam ke hape. Bederau darah ibu, macam nak sesak napas pun ada, tiba2 tengok adik dah melepek tertiarap kat bawah then meraung macam hape. Lepas dari tu, asal ibu takde kat sebelah je mesti ibu letak awak kat bawah atas mat ABC tu macam ni.
Anyway, Last week, Hari Ahad 6.1.2013. Ibu bawak adik pergi sunat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ibu je yang nervous lebih-lebih masa tengok doctor tu pegang gunting. Masa adik kena siat kulit sikit tu, adik tak nangis pun! power sungguh adik. Adik juz ekk sikit je. Terer adik tahan sakit, ke memang betul tak sakit sangat. Itu ibu tak tahulah kan. Hehehe.
Si kenit kat klinik, tengah tunggu turn nak bersunat.Hihihihi,
Lain-lain tu, adik dah tunjuk keminatan yang tinggi terhadap makanan dan orang tengah makan. Kesiannn ibu tengok but tunggulah lagi sebulan, bagi ibu prepare & study betul2 pasal solid foods pastu beli gadget untuk working mom macam ibu ni nak bagi makanan kat anak. Macam-macam kena prepare tau dik.
Adik duduk taska pun ok je, maybe tak reti kot nak crancky2 lagi. Juz sometimes cikgu kat taska lupa letak Lucas Papaw lepas nappy change yang buatkan naik nappy rashes. Kesian adik. Tapi adik mmg suka berak, sometimes 3x sehari macam daddy. Hihihihi.
Okaylah, next monday ada check-up + cucuk 5 bulan untuk Adik. Ibu harap semuanya ok, berat adik naik walaupun nampak tak setembam dulu. Ibu doakan adik kuat, sihat & cerdas.
Till next post about u darling baby Ara.
Love Banyak Sangat,
Ibu.
Monday, December 31, 2012
Wednesday, December 26, 2012
First Experience Naik Plane With My Babies Harits Haidar & Ara Adney
Last week (14-16 Disember) Friday-Sunday kami anak-beranak balik kampung Alor Star coz ada Ismi Family Day 2012. Family-family yang terlibat adalah family hubby sebelah mama dia. Sebabkan short weekend je and taknak amik cuti Jumaat & Isnin dan untuk mengelakkan kepenatan travel by car ke Utara, kami pun decide lebih kurang sebulan lebih yang lalu untuk naik flight pergi dan balik.
Nak bagi senang la kononya tapi dengan Harits Haidar yang baru baik chicken pox pastu tengah melasak ke sana ke sini nak explore, rasanya penat dan susah. Adik Ara ok je sebab dia kan baby lagi, tak banyak kerenah sangat. Lagi pulak kami naik kapal terbang tambang murah yang 'now everyone can fly' tu yang tidak baby friendly langsung tu. Lagilah menambah kekalutan.
Hari Pergi
Masa packing tu konon nak light travel tapi bila siap ada 4 bag nak kena bawak. 1 hand carry (baju budak-budak), 1 beg tarik (baju makbapak) yg boleh sumbat dalam plane), 1 diaper bag (letak baju spare, diapers susu) & 1 handbag ibu. Kat situ dah nampak bayang-bayang sukar. Tapi nak buat macamana, itulah yang terpaling light yang ibu boleh pack. Bila dah anak 2 ni, lagilah macam-macam nak bawak balik. Nasiblah Ara masih susu badan.
Jam 6.15pm ke airport di hantar adik ipar. Thanks Ashue Luqman tolong hantarkan kami. Sampai je airport, terus amik trolley dan letak barang serta sorong Harits dalam tu, kami pergi duduk minum dulu. Kat foodcourt tu pun Harits dah start nak berlari keluar cari daddy dia yang pegi ciggie kat luar. Ibu kena kepit dia sampai dia terbaring-baring atas lantai. Pastu dapat lepas dia berlari sorang-sorang keluar. Ibu pun kejar sambil dukung Ara. Tinggal je bag semua kat meja masa tu. Lantaklah. 8minit duduk situ tapi rasa dan macam berjam-jam. Lepas tu terus kami nak masuk boarding area, tapi trolley mana boleh bawak sampai situ kan? Maka, Hubby pun mengusung la beg tarik plus hand carry & dukung Harits sambil beratur nam masuk scan badan tu. Harits dah struggle nak turun. Aisehhh.. geramm je ibu tengok. Dahlah orang ramai kat LCCT tu, orang jahat pun ramai kot. Seram je pikir kalau dia hilang ke apa ke. Tskkk. Sabar...sabar...
7.30pm masuk dalam boarding area. Flight jam 7.50pm tapi rupanya delayed to 8.30pm. Harits pun suka-suka je nak berlari ke sana-sini dalam boarding area ni. Tak penat-penat nampaknya. Seat semua dah penuh kat sini so, hubby decide lepak dalam 1 cafe kat situ. Duduklah kami 4 beranak makan sandwich, guava juice & nescafe tin - duaploh hinggit. Mahai nau! Hahaha. But no choice. Pastu daddy bwk Harits pegi beli Lolliopp & cookies Famous Amos. Diamlah dia kejap makan lollipop & cookies dalam 20min macam tu. Ara pulak masa ni Ibu dukung dah tido, so ibu pun tak dapat nak gerak ke mana-mana. Makanya, daddy jela yang dok layan dia dalam tu.
Masuk dalam plane pukul 8.30pm. Orang punyalah ramai beratur nak naik plane malam tu. Kita ni sambil dukung Ara tolong jugak daddy tarik beg sampai ke tangga plane sambil daddy dukung Harits & gendong hand carry luggage tu sampai tangga plane tu jugak. Pastu passed bag kat daddy, Harits kita pimpin naik tangga. Daddy gendong bag naik atas kapal terbang. Kesian gila kot kat daddy.
Mula-mula kita semua dapat seat asing. Ibu & Ara duduk kat depan, seat no.8B tapi Harits & daddy dapat seat 24B, 24C kat belakang nun. Kesian lagi sekali kat husband masa tu. Kalut habis. Nak letak bag kat atas lagi, dengan Harits taknak pakai seat belt lagi, menangis2 la dia. Pastu dah minum susu, susu habis pulak la. Adoilahhh....Ara pulak dlm plane dia bangun pastu nangis-nangis,merengek-rengek. Maybe tido tak cukup pastu tak selesa nak nenen dalam tu. Sempit. Kesian sangat Ara. Bila dah take-off semua dah ok, seat belt dah bole bukak, Saya mintak tukar seat dekat dengan huband. Nasib baik ada seat kosong di aisle sebelah. Dapatlah duduk sebaris dengan diaorang. Harits nampak ibu terus nak bangun pulak duduk dengan ibu pastu terpaksa passed ara dengan daddy. Dalam plane, nak membunuh masa, ibu bwk Harits pegi bilik air pastu dia nak jalan2 pulak kat tengah tu then dia bole baring, merangkak-rangkat kat situ. Ya Tuhannnn. Urut dada mak kau nak. Hahaha.
Bila nak turun, kena pakai seat belt and dorang tutup lampu. Menangis lagi taknak. Nasib baik iphone daddy ada. Bagi dia main angry bird terus ok.
.....
Hari Balik
Flight jam 9.10pm. Bertolak jam 7.30pm daripada rumah mertua. Singgah jap makan nasi Royale. Ara dah siap2 susukan masa dalam kereta. Masa ni kawan husband hantar. Sampai Airport macam dah dijangka Harits nak main tolak trolley. Bagilah dia tolak sampai dalam. Nak tolak sendiri tanak bagi ibu & daddy pegang okay. Hahahaha. Sabar jelah. Pastu kami terus masuk boarding area. Masa beratur untuk security check kat sini pun Harits nak pegi lari-lari jugak. Memang active sungguh budak ni. Ara behave je, dah kenyang. Alhamdulillah.
Tapi kali ni dapat seat kat boarding area, terus pasang Angry bird kat Harits bagi main. Lega juga dia nak duduk diam kejap. Then bila orang semua dah habis beratur nak masuk plane, baru kami masuk. Luckily masa balik ni dapat jugak seat sekali. So, Ibu duduk tepi tingkap sebab senang nak susukan Ara, Harits kat tengah-tengah and Daddy kat luar sekali. Bagi dia makan gula-gula pastu pakaikan seatbelt. Dia nangis-nangis jugak tapi buat bodo jela. Susukan Ara lepas tu terus dia tido je sepanjang perjalanan balik. Alhamdulillah. Abang Harits pulak bagi dia minum susu masa nak take-off then main Angry Bird lagi sekali untuk kawal keadaan. Lepas dia dah penat main, bg minum susu lagi sekali sambil dia baring kat daddy. Lepas sudah minum susu, panjat2 la kerusi sebab tak kena ikat dah. Huhuhu. Then nak pakaikan seat belt balik melalak-lalak tamau but kenalah pakaikan jugak kan. Pastu dorang tutup lampu pulak untuk mendarat. Bising la mulut dia suruh "bukak ampu, bukak ampu" Shian Harits. Dia tak paham lagi.
Sampai rumah jam 11.30pm. Kami balik naik cab kena RM64 from LCCT to Putrajaya. Dalam cab Harits pulak yang tido, Ara bangun. Tapi perjalanan balik agak smooth Alhamdulillah.
.....
Kesimpulan
- Lepas ni kalau nak balik kampung, naiklah kereta sahaja.
- Naik kapal terbang bila anak-anak dah besar sikit contoh Harits dah 4tahun ke, dia dah boleh paham kan..Ara InsyAllah OK dan terkawal sebab dia baby girl. Tak melasak sangat kot. Kottt...
- Sekiranya emergency sangat barulah naik Air Asia. Kalau ada duit lebih tu kena consider spent untuk naik MAS yang lebih baby/ kids friendly.
Tapi muka Harits Haidar first time tengok kapal terbang besar tinggi depan mata dia adalah priceless. Siap menjerit2 seronok. Ini paling WIN. Satu-satunya paling best pasal naik Air Asia adalah boleh tengok kapal terbang besar depan mata secara dekat :)
Sekian, kisah pertama kali anak-anak saya menaiki kapal terbang.
Wednesday, December 19, 2012
Monday, December 17, 2012
Hari-Hari Berangan...
Nak tulis setiap hari, atleast selang sehari. Tapi tiba-tiba akhir tahun di pejabat ni saya menjadi super busy yang teramat busy. Kalau kat rumah lagilah, jangan harap nak hadap laptop ke hape ke.
Takpelah...
Nanti saya cuba tulis lagi betul-betul. Dah rindu sangat ni pastu kesian Cik Ara Adney, tak pernah lagi ibu update progress awak kat sini. Hihi. Jangan marah ye dik.
Esok kalau dah tak busy akan cuba menulis lagi pastu nak tukar header blog dengan gamabar baru semua. Hummmm... *berangan*berangan*berangan*
Angan-angan itu perlu. Angan-angan itu free.
Okbai.
Subscribe to:
Posts (Atom)








