Friday, May 4, 2012

Fifth Check-up For My Baby-Baby

Rabu, 2 Mei 2012 - Kembali ke KKP3, kali ni di waktu pagi juga iaitu jam 9 pagi. Selamba je sampai klinik jam 9am walaupun the previous check-up saya dok komplen klinik tu lembab la apalah kan? But then sama je, sampai lambat ke awal ke, style perkhidmatan diorang still sama. Lembab. Juz saya tak try lagi suggestion on of readers 'Juliet' namanya yang advice saya untuk datang appointment sesi petang. Nanti lepas check-up lagi 2minggu saya try mintak tukar ke petang. Harap-harap better.

Sesi check-up untuk saya yang dah 27 minggu ni bermula dengan HB test. Drop sikit HB daripada 11.5 ke 10.9 dan telah di tanda dengan pen merah sebab reading tu bawah 11. Then, buat urine. Alhamdulillah, semua dah ok. Kali ni nurse dah takde warning saya untuk buat ujian minum air gula. Hehehe. Gembira! Berat pulak naik ke 58.4kg. Not too bad coz nurse tak ada mention apa-apa pun mengenai kenaikan berat badan ni. 

Saat mendebarkan adalah masa sesi mendengar heart-beat baby. Boleh pulak nurse tu tak jumpa heart beat baby. Haih. Rupanya baby masih dalam kedudukan songsang (breech) dan jantung dia kat atas la of course. Minggu lepas masa kat alor star pergi scan & memang nampak baby breech. Alamak, dia tak pusing lagi rupanya. But nurse kata takpelah, selagi belum 8 bulan should be ok, nanti baby akan pusing sendiri. Dalam kelegaan mendengar tu saya still nak risau jugak. So, lepas setel check-up semua saya terus plan nak call mak, tapi mak macam tau-tau je. Dia call saya dulu. Huhu. Saya pun terus tanya whether Tokwan saya masih boleh betulkan positon baby songsang tak? Saya tanya ni bukan apa, just untuk usaha je. Bukan nak suruh urut pun. Nak mintak tengok-tengokan je. Plus Tokwan saya bekas bidan, InsyAllah dia boleh cuba tolong mana yang patut. 

Setakat ni perut dok rasa keras & menegang semacam je. Mungkin ini tanda baby tengah struggle nak pusing kot. Huhuhu. Saya pun harap baby bolehlah pusing dan stay in that postition sampai keluar. Next check-up adalah lagi 2 minggu. Hopefully masa tu baby dah pusing elok dan nak tengok kedudukan uri sebab history saya sebelum ni yang Placenta Pervia Type3.

Till' next entry. 


Friday, April 20, 2012

Baby Gender - Result?


Selepas beberapa hari mencari klinik yang sesuai di area Putrajaya ni untuk buat ultrasound scan nak tengok jantina baby, akhirnya pada hari Isnin 9 April yang lepas, kami jumpa sebuah klinik yang doktornya perempuan iaitu Klinik Maria. Lega & excited rasanya. Sampai klinik tu pun dah lebih kurang jam 8.30 malam, haruslah Hari Isnin pergi lepas balik kerja kan? So, register apa bagai. Dalam 1/2jam tunggu kami pun dijemput masuk ke dalam.


Dr. Maria tanya few questions dan lepas tu saya pun di suruh baring. Daddy dan Harits Haidar tunggu di tepi katil tapi Harits semacam gelisah tengok saya kena baring kat situ. Hahaha. Protective juga si kecil ni. Then doktor pun mula menggodek2 perut saya. Tengok-tengok baby tengah mendongak ke langit. Huehuehue. Doktor godek lagi. Dia swimming & kicking happily pula, pastu doktor pun cakap tak apalah, kita amik ukuran dulu. Lepas ambil ukuran doktor cakap baby ni kecik je saiznya iaitu 21w2d if compared dengan kiraan LMP saya yang baby patutnya dah 23w3d dan berat pun baru 400g macam tu. What a small baby you are. Hehehe. Alololo comel lote ibu tu. Takpelah dalam perut kecik, nanti dah keluar membesar bagai johan ye sayang.


Then dah ukur semua, doktor usaha lagi untuk mencari tOOt dia, godek punya godek, tekan punya tekan dia pusing bagi bontot pula. Hahahaha. pastu bila dah pusing balik, nampak muka baby2 yang berdagu runcing and perut dia memenuhi skrin.


Akhirnyaa...


Jeng...


Jeng...


Jeng...



Tak nampak jugak jantina baby2 nih. Sorryyy semua...


Baby2 nak bagi ibu & daddy suprise ni. Hihihi. But it's okay baby, nanti ada scan lagi after 27weeks. Time tu IsnyAllah akan nampak. Tunggu jela ye.




Till' my next entry (yang bila rajin + ada mood baru akan mengarang. Peace)


Saturday, April 7, 2012

DEAN's FOOD SERVICES


Salam mesra semua... (Sticky post)

To Whom It May Concern,



Adik-adik bersama Mak saya yang bertindak selaku Manager (hehehe) sedang menjalankan perniagaan ketering secara kecil-kecilan. Peniagaan bermula daripada Ramadhan tahun lepas dan masih terus berjalan sehingga kini. Sebagai sebuah 'family business' yang beroperasi daripada rumah, mereka bersedia menerima tempahan bermasak untuk minimum seramai 30 pax sehingga 100-200 pax dengan harga yang AMAT berpatutan.


Promosi Bulan April -


Nasi Putih + 3 Lauk (ayam goreng/ ikan goreng, sayur, lauk berkuah) + Sambal Belacan + Buah Oren + Air Sirap = RM5.00 SAHAJA per pax








Source: Google






Lain-lain perkhidmatan:



Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Dalca Sayur + Jelatah + Papadom + Buah = RM5.00/pax





Set Nasi Ayam (Roasted Chicken) = RM4/pax



Spaghetti Bolognese = RM4.50/ pax

Bihun, Mee, Kuay Teow Goreng = RM28/ 30 pax

Karipap - 50 pcs = RM 15





Roti Jala - 100 pcs (without kuah) = RM20






Roti Jala + kuah kari ayam 100 pcs = RM45



Roti Jala + kuah durian ( bergantung kepada musim) 100pcs = RM45









Silakan melawat ke page Dean's untuk maklumat selanjutnya.

Terima kasih dan semoga anda berpuas hati :)







Friday, April 6, 2012

Pureen Warehouse Sale 2012


Source : Here


Untuk ibu-ibu, bapak-bapak dan bakal-bakal ibu-bapak. Jom kita ke warehouse sale nih jom? Berbaloi-baloi wa cakap lu ;)



Tuesday, April 3, 2012

What I Missed Most About Breastfeeding (Fully)



The fact is Harits Haidar is no longer breastfeeding fully not even at night. Starting from two or three weeks back i've to bangun malam-malam bancuh susu. Bleerghhh! Selalu turun tangga dengan mata half-closed, rambut menggerbang, bancuh susu laju-laju dan naik balik tangga laju-laju. Sometimes terjadi kecuaian-kecuaian yang tak best langsung berlaku tengah-tengah malam like susu tumpah la, puting senget la, the water too hot, terlupa kira berapa scoop dah bubuh dalam botol dan macam-macam lagilah.




But yang terpaling champion adalah pagi tadi bila mana saya dah bawak naik semua gadget untuk bancuh susu dengan perasaan bestnyaaa dah ready semua tak perlu naik turun tangga lagi. So, first session around 2.30am bila Harits Haidar berzikir tutu-tutu-tutu dengan mata terpejam within 2-3minutes dah berjaya siapkan susu dia. Yeay!




So, second time lebih kurang jam 6.15am, 'alarm clock' saya ni pun mula berbunyi ekk..ekkk..ekkk sambil menggelisah pusing kiri tak kena, kanan pun tak kena. Jadi saya pun bangunlah selepas mulut dia dok sebut tutu-tutu-tutu. Bangun pergi basuh botol dulu bekas yang diminum first session tadi & basuh dalam keadaan gelap sambil mata terkatup, then bancuh la macam biasa. Masa goncang botol tu, saya suka tutup dulu dengan penutup botol tu tapi bila dah tutup pun masih ada titisan-titisan air keluar, so saya just ketatkan jela leher botol tu. Naik balik atas tilam & sua susu kat Harits Haidar.




Sekali...




Splushh!




Habis susu tersiram ke mulut sampai ke tengkuk belakang Harits Haidar pastu baju dia pun habis basah! Ya Allah... Kesiannya anak aku. Tercungap-cungap kejap dia. Rupa-rupanya masa saya basuh botol tadi tak perasan putingnya tercicir dalam bilik air. Errrghhh! Tak best langsung insiden tu jadi masa pagi-pagi buta time kalut nak solat apa semua. Jadi saya terpaksalah tukarkan baju lain, ambik towel basah lap-lap badan dia dulu, tukar bantal & baru bagi dia susu. Time tu dia dah merengek-rengek dah macam hape. But then dia minum susu kejap je terus bangun tengok saya bersolat & mandi. Gosh! Kesian betul. Elok-elok boleh tidur nyenyak lepas menyusu tu terus dia jadi segar bugar. Tapi nasib baik jugalah pagi tadi dia tak meragam sangat masa hantar saya pergi kerja.




So, sekarang ni saya sangat rindukan saat tika Harits Haidar menggelisah kiri-kanan dan saya cuma perlu selak baju, sumbat nenen untuk dia nyotnyotnyot & tido balik peacefully. Pastu saya pun dengan senang hati boleh tidur balik bersamanya tak perlu bangun turun naik tangga & terbuat insiden-insiden yang tak best seperti di atas. Huhu.




Ini adalah salah satu sebab je, banyak lagi yang saya rindu sebenarnya. But susah nak cerita. Oklah, nak start kerja dah ni. Daaa... Uolss kerja rajin-rajin ye!








Thursday, March 29, 2012

Baby Gender - Boy? or Girl?














Dah tahu ke baby boy ke girl? Echehh... tajuknya macam dah tahu je kan?








Actually, kami belum tahu lagi but bila dah masuk ke 22weeks ni dah terasa makin tak sabar nak scan & tahu jantina baby.

Sebab utamanya adalah mahu SHOPPING!

Saya pun baru je lepas tengok baby's checklist dan rasanya banyak benda jugak yang nak kena beli for the second one ni especially baju-bajan, baby mitten & booties yang comel-comel tu *sambil usap-usap perut* hehe.





Apa-apapun, Nanti dah finalized listing tu i upload sini ye ^__^





For now, some people cakap baby girl sebab perut nampak melebar bila duduk, ada jugak yang cakap muka i nampak glowing effect pembawakan baby girl.



Ada juga yang cakap nampak perut bentuk muncung ke depan (time berdiri) menandakan baby boy.


But kami tak kisah pun jantinanya apa, yang penting nanti dia dilahirkan dengan sihat dan sempurna dan doakan saya dapat melalui proses kelahiran yang dipermudahkanNya secara normal.
















Thursday, March 22, 2012

Fourth Check-up For My Baby-Baby


Rasanya macam kejap je masa berlalu dah check-up balik. Iya, sebabnya check-up kali ni selang dua minggu selepas check-up tang ketiga haritu. Reason being, saya terlebih naik berat then HB level rendah 9suspek anemia).

Semalam adalah hari check-upnya. Alhamdulillah, semuanya telah kembali terkawal. Berat naik 1.4kg je dalam masa 2minggu iaitu 54.6kg. Then kalau ikutkan berat before pregnant, just naik 4kg ++ je baru. So, nurse kata pass! :)

Level HB pun dah kembali normal for preggie mommy iaitu 11.5. Ini berkat doa, makan ubat as per doctor & nurse advice then lots of hati ayam, paru, bayam, jambu batu & lain-lain sumber zat besi. Lega rasanya.

But ada slight problem sikit tang urine test sebab ada gula dalam urine. Haih. Gulalah pulak. So, nurse dah bagitau, if next urine test masih positive gula (hahaha. macam positif dadah pulak ;p) maksudnya tidak boleh tidak kena buat ujian diabetic iaitu minum air gula. Phewww! Pelik juga mula-mula bila nurse cakap yang air kencing saya bergula tapi bila pikir-pikir balik, malam tu memang saya kurang minum air masak & sebelum tido memang ada minum air manis yang di beli di pasar malam. So, begitulah ceritanya.

Cuma, servis di Klinik Kerajaan Presint 3 masih lagi lembab nak mamps! Pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengah hari baru settle check-up. Haih. Apelah nasib. Huhuhu. But redha jela sebab FOC kot. Banyak bunyik sangat nanti macam tak bersyukur pulak. T__T

Oklah, dats all for now.

Nanti if dah tak busy sangat saya cuba untuk update lagi. Daaaa!