Saturday, April 23, 2011

Harits and Solid Food - The 'How To Find Out He's Ready' Episode


As everyone knows, umur enam bulan adalah yang terbaik sekali untuk mengenalkan makanan pelengkap kepada baby selain meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Saya juga ambil tahu tentang fakta itu. Doktor and nurse kat klinik kesihatan pun dah pesan"masuk enam bulan nanti baby dah boleh makan ye puan," masa check-up lima bulan haritu. Thanks sebab bagitau and saya pun excited sangat nak bagi budak kecik tu makan.


Tapi kan, tapi kan...walaupun my baby Harits dah genap enam bulan doktor pakar kata dia tak boleh lagi diberi solid.

Kenapa doktor pakar Hospital Selayang kata tak boleh? Sebab perut my baby belum ready sepenuhnya lagi.

Kenapa belum ready sepenuhnya lagi? Sebab my baby pre-mature yang keluar 7weeks early. Lebih kurang masa dia umur 33weeks and 6days.

Dats why doktor kata kalau boleh tunggulah sampai dia dah tujuh bulan macamtu. Saya pun agree sebabnya doktor pakar lagi expert kan bab-bab solids ni semua. So, how will i know when my baby's ready?

Here's the cue from babycenter.com

Your baby will give you clear signs when he's ready to move beyond liquid-only nourishment. Cues to look for include:


Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.
- Head steady. Check.


Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.
- The reflex dah takde. Check


Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well.
- Sitting masih lagi tak betul sangat. Kadang-kadang bila dia duduk, badan tu akan terkedepan walaupun tangan kita dah support kiri & kanan. Hihi.


Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling — though if your baby's teething, you might still see a lot of drool.
- Baby Harits macam dah pandai swallow sebab bila suap dia air suam pakai sudu dia dah pandai telan air tu. Tapi bab drooling tu still a lot. tataulah if drooling tu sebab dia nak tumbuh gigi kan?


Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old.
- Weight gain memang sangat cemerlang. From only 2.35kg at birth, now dah 6.5kg. Check.


Growing appetite. He seems hungry — even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day.
- This cue pun dia dah tunjukkan. Memang macam lapar je sentiasa. Lately, bangun malam adalah 4 kali. Pastu time siang atleast 20oz susu kena bekal kat dia. If not, bersedialah saya untuk memecut kereta balik rumah hantar susu.


Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth.
- Sangat curious sekarang ni. Kalau tengok kami makan mulut dia pun menguyah sama. Kalau tengok cousin dia makan bubur lagilah, dia pun menjerit-jerit juga mintak disuap. Last-last i suruh my mom suapkan air suam je kat my baby tu. Kesiannn. Sabar ye sayang.



So, 6 out of 7 yang dah tercapai. Juz tinggal nak tengok dia duduk straight je sekarang. By 22 Mei, next month, iaitu budak kecik ni dah genap 7 bulan InsyAllah akan start bagi solid food. Sekarang ni semua tolong bersabar, termasuklah kamu wahai budak kecik ibu. Hehehe.

Tapi apa makanan pertama yang paling terbaik untuk bagi kat baby? Apa yang you alls semua suap kat anak you alls for his first time? Kalau bagi bubur cerelac tu ok tak? Ke blend bubur nasi kosong je? Ataupun buah-buahan?




Friday, April 22, 2011

Harits Haidar - Six Month of Life



Muhammad Harits Haidar bin Mohd Irwan Syah...



Selamat Ulangbulan yang ke-Enam my baby shayang. Tapi kenapalah setiap kali kamu berubah ke angka bulan yang baru ibu jadi busy tak menentu. Haih. Harapnya masa ulangtahun besday kamu yang pertama nanti ibu tak busy kayak gini. Aik, apalah tiba-tiba cakap Indon ni. Merapu la ibu ni.








Okay, pertama sekali nak warning sebab entree ni agak panjang rasanya. Harap kamu semua tak pening membacanya. Hihihi.

Baby berubah ke bulan baru akan macam lain sikit perangainya kan? Betul tak? Sama la macam baby Harits ni. Lebih kurang seminggu sebelum cecah usia enam bulan hari ini, dia terkena ruam panas, abes kulit perut licin gebu dia tu menjadi kasar menggerutu. Kesian sangat. Takut jugak kena ezcema tapi bila check doctor cakap ruam panas tapi bole jugak jadi eczema ni. Hummm. Doktor ni bagi saya confius, ezcema ke ruam ni sebenarnya? serius seriau kalau betul-betul eczema tapi bila saya try letak krim yang doctor bagi the thing macam getting worst. Haih. Pastu try pulak Calomile Lotion, Alhamdulillah. Lotion tu membantu menyejukkan kulit dan ruam-ruam yang menggerutu tu sedang dalam peeling process and hopefully kulit baru ini takkan kena apa-apa jangkitan lagi. Mungkin jugak ruam ni akibat nak berubah bulan jugak, ye tak? ye tak?


Maybe it's the Monday Blues (baby pandai ke nak bermonday blues semua nih? hehehe) or maybe nak berubah bulan jugak kot sebab Isnin lepas masa saya saja-saja amik cuti rehat nak lepak-lepak kat rumah My Bam-bam Harits adalah berperangai cranky. Sikit-sikit nangis, letak sekejap nangis, tinggal sekejap lagilah dia berteriak satu apartment bole dengar kot. Hahaha. Okay, ni i tipu ;p Tak mungkinlah dia nangis sekuat itu. Thehehehe. Saya agak dia nangis sebab sakit perut kembung sebab masa tu time lunch perut saya macam dah masuk angin lapar gila. Makan lambat dari time biasa. Macamana tak lambat sebab Harits asyik nak mengempeng. Huhuhu. Try susukan sambil baring tengah hari tu, kejap je tido pastu setengah jam dah bangun and tido balik pukul tiga petang kot. Last-last saya letak dia dalam play-gym tu depan saya sambil dia excersice and saya makan nasi tapi tu pun kena makan laju-laju sebab baru beberapa suap dia dah merengek nak diangkat. Phewwhuhuhu!

Malam bila ntah tak ingat, Rabu lepas kot Harits terbangun tengah malam pastu melalak kuat-kuat. Saya dan daddy dia kelam-kabut bangun. Tak pernahnya dia buat perangai macam tu. Pujuk-pujuk dia, try bagi nenen tapi tak jalan. Berlari ke bilik sebelah amik minyak telon then sapu kat perut and belakang dia. Kembung kot. Huhuhu. Lepas sapu tu elok je tido, tapi saya yang jadi tak nyenyak tido, takut je dia terjaga dan nangis lagi. Tapi sekarang ni sebelum nak tido tu, dia jadi sangat susah nak tidokan, kena berdodoi berpeluk kuat-kuat semua bagai, barulah dia nak tido.

Tapi selain pandai nangis, dia dah pandai mumbling and menjerit kuat-kuat just to get our attention, dah start mengesot ke bawah and rolling-rolling sikit, meniarap sendiri pun dah pandai dah walaupun tahap penterbalikan badan tu adalah dalam versi slow-motion ja. Yeay! Good job anak ibu. Tapi lepas ni kami kena lebih hati-hati and make sure we never leave him unattended especially on bed.

Yang paling best bila saya punya supply susu tak cukup diminum. Best? Ok, cuak sebenarnya. Rabu lepas saya dapat 17oz untuk bekalan pagi-petang (jam 7.30am - 6.30pm), pastu tiba-tiba TokMa dia call pukul 4 cakap susu dah habis. Kelam-kabut saya siapkan kerja pastu balik rumah awal sikit. Hahaha. Nasib baik bos takde dalam Malaysia, tapi saya tak suka sebenarnya buat macamtu tapi dah terpaksa. Demi anak, semuanya sanggup dibuat. Tadi pun sama, pukul 12 Tokma Harits dah kol cakap susu dah tinggal 2oz je, kelam kabut jugak balik rumah anta susu tapi untuk kes tadi memang saya yang penyebab tak cukup bekalan bila semalam dapat 10oz je sebab pumping time dah terlari. Huhuhu.


But Alhamdulillah, Harits dah enam bulan minum susu ibu je. Walaupun pump harinie untuk minum esok. Saya pikir positif jela, mungkin ini rezeki Harits untuk dapat yang fresh je kot, dats why sedap je dia minum banyak-banyak fresh milk tu. This means saya dah layak dapat level Diploma sebab berjaya menyempurnakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan. Yeay!!! Gembira sangat! Sampai rasa nak reward diri sendiri, pergi beli hadiah breast pump manual Madela ke/ Avent ke dan cooler bag baru yang kool macam saya tengok kat iklan Fabulous Mom. Hahahaha. Ok, abaikan. Sekarang nak try target lagi enam bulan. Harapnya dapat susukan lagi Harits Haidar sampai dia umur setahun. InsyAllah. Amin :)

Hum...apalagi ea? Oh ya, dah genap enam bulan mesti dah bole start with solid foods right? Tapi saya rasa entree ni dah panjang sangat la. Tunggulah saya elaborate lain dengan sayangs semua ni bout Baby Harits n solids.

Okaylah, enjoy your weekend everyone.

Hugs-hugs...kiss-kiss









Thursday, April 21, 2011

10 Wasiat Rasulullah SAW untuk Mengusir Bisikan Syaitan, Jin dan Manusia




Tulisan ini dikutip dari Tulisan Al-Ustadz Habib Zein Al-Hadi.

1. Jika dia membisikkan: “Anakmu akan mati”. Jawablah: “Semua akan mati, dan anakku akan ke surga, aku malah senang.”


2.Jika membisikkan: “Hartamu akan musnah.” Jawablah: “Tak apalah, pertanggung-jawabanku
menjadi ringan.”


3.Jika dia membisikkan: “Orang-orang menzalimi dirimu, sedangkan kamu tidak zalim.” Jawablah:
“Siksa Allah akan menimpa orang-orang zalim dan tidak mengenai orang-orang yang baik.” (Aku serahkan kepada Allah SWT)


4.Jika dia membisikkan: “Betapa banyak kebaikanmu.” Jawablah: “Kejelekanku lebih banyak.” (Astaghfirullah).


5.Jika dia membisikkan: “Alangkah banyak shalatmu.” Jawablah: “Kelalaianku lebih banyak dari
pada shalatku.” (Lalai: tidak mengingat bahwa Allah mengawasi dirinya)


6.Jika dia membisikkan: “Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang.” Jawablah: “Apa
yang aku terima Allah jauh lebih banyak dari yang aku sedekahkan.”


7.Jika dia membisikkan: “Betapa banyak orang yang menzalimu.” Jawablah: “Orang-orang yang
aku zalimi lebih banyak.” (Astaghfirullah).


8.Jika dia membisikkan: “Betapa banyak amalmu.” Jawablah: “Betapa sering aku bermaksiat.” (A’udzubillah)


9.Jika dia membisikkan: “Minumlah minuman-minuman keras.” Jawablah: “Aku tidak akan
mengerjakan maksiat.” (Aku minum sari ttauhid saja).


10.Jika dia membisikkan: “Mengapa kamu tidak mencintai dunia?” Jawablah: “Aku tidak
mencintainya karena telah banyak orang lain yang tertipu olehnya.” (dan mereka sengsara
batin, kini sebagian di penjara dan sebagian lagi telah wafat berada di neraka Barzakh. Akan
aku kuatkan ekonomiku, tetapi aku tidak akan mencintai harta, karena harta hanyalah alat untuk
hidupku, tetapi aku bukan untuk harta).




"Allâhumma innî as-aluka nafsan muthmainnah tu’nimu biliqâika wa tardhâ biqadhâika wa taqna’u bi’athâika."

Ya Allah, hamba-Mu ini mengharap sangat agar berjiwa damai, selalu yakin akan berjumpa
dengan-Mu, ridha terhadap takdir-Mu, dan selalu puas menerima pemberian-Mu dan
mensyukurinya.

Tuesday, April 12, 2011

Dunstan Baby Language - Bunyi 5


Bunyi 5: "Heh" bermaksud tak selesa

Ketika bayi merasa tak selesa, mereka menggerakkan badan atau menggeliang-geliutkan (wriggle) badan lebih dari biasa. Pergerakan yang terlalu aktif ini, menyebabkan banyak hembusan angin dari pernafasan yang laju dihasilkan dalam bunyi "Heh" ( seperti gambaran orang yang sedang meminta tolong). Bayangkan kulit anda sedang kegatalan dan anda tak dapat menggunakan tangan untuk menggaru atau menggosok. Anda menggeliang-geliut (wriggle) sambil bernafas. Ketika anda tambahkan bunyi pada situasi pernafasan seperti itu, dapatkah anda dengar bunyi "Heh" terhasil? Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat.


"Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara.


Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya. Bayi yang menyusu badan juga didapati mempunyai kekerapan pergerakan usus (bowel movement) sehingga 12 kali sehari dan jika tiada apa yang tak kena dengan lampin atau cuaca, bunyi "Heh" boleh saja membawa maksud bayi ingin bertukar posisi akibat bowel movement yang dialami.


Ketidakselesaan juga tak terbatas kepada bentuk fizikal, bayi boleh menjadi tak selesa kepada sekitarannya seperti bunyi-bunyian yang kuat atau cahaya yang terlalu terang.Jadi, bertenang selalu dan ambil masa untuk menjadi pemerhati anak anda yang setia, kerana dengan itu, anda senang untuk fahami apa yang mengkin jadi penyebab ketidakselesaan bayi anda kerana setiap bayi adalah unik dan berbeza karakter serta keperluannya!



Monday, April 11, 2011

Weekend Activity : Melepak Di Templer Park



Seronok juga sekali sekala berpiknik di air terjun macam ni. Hari Sabtu lepas kami pergi berpiknik. Dekat ja, kat Templer Park di Rawang. Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan kami, kebetulan orang pun tak ramai dan nyaman ja terasa. Ibu dah standby pakaian mandi Baby Harits juz incase tapi Baby Harits tak mandilah coz bila dah sampai tu tengok macam tak konfiden je dengan kebersihan air terjunnya so, Ibu & Daddynya tak berani lagi nak bagi dia mandi kat situ. Ibu pun tak mandi. Daddy Baby Harits dan uncle-uncle je yang enjoy berendam-rendam dan berenang-renang *_*







Oklah, sila lihat gambar sekarang. Sekian, terima kasih.



































Hari Ahad pula Baby Harits melawat Maktok di rumah Auntie Nana. But before that kami lunch beramai-ramai at Cili Merah, Shah Alam. Maktok membelanja, thanks Maktok! Lepas makan tu balik ke rumah Auntie Nana siap melepak makan cucur jagung, dah kenyang makan semua boleh pulak kami tertidur anak beranak dalam bilik Auntie Nana. Hihihi. Shame-shame la ;) But it's a great weekend. Seronok!



Tapi minggu ini WAJIB pergi kursus pula pada hari Sabtu. Boringggggggggggggggggggg +_+














Friday, April 8, 2011

Dunstan Baby Language - Bunyi 4

Bunyi 4: "Eairh" bermaksud kembung perut


Cuba tolak perut anda ke atas sejauh yang mungkin dan dalam masa yang sama tolak semua udara dalam peparu anda ke perut.Ketika semua "pintu udara" ini ditutup, cuba buat bunyi. Dapatkah anda dengar bunyi mengerang "eh" dengan tambahan bunyi "r" yang panjang?Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa..Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.Inilah tangisan "Eairh" yang juga dikenali sebagai tangisan "berjam-jam untuk dihentikan".


Tangisan yang jika boleh, tak mahu didengari oleh saya, serta para ibubapa yang lain kerana inilah tangisan kembung perut dan ketika tangisan ini kedengaran, harus ingat, bayi anda sudah pun berada dalam kesakitan. Namun, jika dikesan dan ditangani dari awal, bayi mampu diredakan sama seperti tangisan lain.Tahukah anda, dengan kerap menolong bayi sendawa apabila dia menyebut "Eh" akan mengurangkan kemungkinan bayi terkena kembung perut?ini kerana, bantuan mengeluarkan angin ketika bayi menyebut "Eh" akan mengelakkan angin dari turun kebawah menjadi apa yang dipanggil sebagai lower trapped air atau kembung perut.


Jika ini menjadi amalan, besar kemungkinan anda hampir tak akan mendengar bayi menyebut "Eairh".Bagus bukan?Jika anda dapati bayi anda kerap menyebut "Eairh", mungkin bayi anda tergolong dalam "gassy baby":jadikan amalkan menyendawakan bayi dan kerap urut bahagian bawah perutnya (minyak panas mungkin membantu) pada setiap masa walaupun ketika dia tidak membuat bunyi 'Eairh".


Namun, jika bayi anda terlalu kerap menangis dengan tangisan "Eairh" yang berpanjangan, kemungkinan juga bayi anda tergolong bayi COLIC. Colic ditafsirkan sebagai tangisan kronik (berbanding bayi bukan Colic) dengan perkadaran jumlah tangisan minimum sebanyak 3 jam sehari untuk 3 hari seminggu selama 3 minggu. Walaupun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh ibubapa untuk meredakan bayi yang kembung perut, sekurang-kurangnya, apabila anda mengenalpasti bunyi "Eairh" yang dibuat bayi, anda tahu bahawa anda harus tumpukan pada perkara-perkara yang dapat mengurangkan kesakitannya berbanding menjadi semakin stress kerana kebinggungan memikirkan kehendaknya seterusnya membuat perkara-perkara yang langsung tidak berkaitan dalam memberi bantuan kesakitannya.