Thursday, April 7, 2011

Pizza




Source: Google lah, mana lagi?


Haritue semangat-semangat balik kerja nak buat pizza. Dah beli semua bahan plus sauce sekali pastu semangat uli tepung semua bagai. Dah cantik siap tepung tu saya pun bakarlah dalam toaster oven yang kecik tu. Terpaksa pusing dua kali heating oven tu sebab 15min je maximum time ia. So, saya agak-agak masak pizza perlukan masa 20min++ kot. Pusing je lagi sekali and this time baru letak toppingnya - cheese, chicken slice, sausages and sauce. Konon hebatlah rasa macam terer gila, berlagak kat hubby nih.


Ting! Dah masak dah.


Ermmm...bahagian toppingnya terover burn sikit pulak cheesenya but takpelah, hubby kata dia tak kisah. Hehehe. Bau pizza tu dah harum semerbak menusuk hidung dan perut yang lapar. Saya pun belah empat pizza, two for me and two for hubby. Yummy!


Sekali kami ngap! Mak aiiii.


Keras liat roti dia walaupun buat jenis yang paling nipis tu. Hahaha. Tapi sebab lapar gila maka makan jugalah sampai licin. Pastu semalam baru teringat nak tanya mak, buat roti pizza macam mana sebenarnya? Mak kata uli tepung dengan air pastu masukkan serbuk yis or maurippan tu then perap dalam 1/2jam sambil tutup dengan kain nak bagi kembang. Saya dah stat gelak-gelak bila mak kata macam tu. Damn. Patutlah haritue saya buat keras liat rotinya. Rupanya saya takde guna sehabuk pun menatang yis tu. Hahaha.


Baiklah hubby shayang, sekarang i dah tau dah resepi roti pizza yang betul. Tak memandai-mandai dah. Lepas ni kalau i buat jangan serik pula nak makannya. Ok? :p


Post entree ni sempena teringat kelazatan Domino's Pizza Beef Papperoni Thin Crust Extra Cheese. Aduh, lapar pula sangat tiba-tiba. Nak balik...nak balik...

My Little Mohiccan Baby



Hari ni Harits Haidar tinggal di rumah saja. Pagi tadi daddy yang jaga. My oh my, hubby saya sangatlah Daddy Mithali ok. Pukul 7.30 macam tu Baby Harits dah celik mata kot, minta daddy panaskan susu. "Lambat sikit panas susu tu sampai berair mata Baby Harits menangis" Hubby text me. Kesian dia. Huhuhu. Then dah siap susu semua, daddy mandikan Baby Harits. Hensem baby Harits harinie pakai baju baru beli kat Sogo haritue. Baju takda lengan plus seluar pendek, pastu rambut tu daddy buat style mohawk. Hihihi.



Nah, ni gambar dia lepas mandi pagi tadi. Hensem kan anak bujang saya nih?



adik ni keja tarik keta kah? baju tadak lengan - rambut pajak kecil-kecilan

(daddy upload ni kat FB ;p)



Lepas tu pukul 10 Daddy gerak for work, MakTok & TokAyah Harits pulak yang take over jaga dia. All the way from Aostaq datang to baby-sit their cucu. Oh, terharu sangat!


Tapi ibu harap semoga Baby Harits jadi goodboy macam selalu masa tinggal kat rumah TokMa. Pasti makTok & TokAyah terkejut dengan kebolehan Harits yang terbaru iaitu sesaja ja menjerit kuat-kuat bila excited. Hehehe. Nanti saya nak balik tajam 5.30pm harinie. Rindu banyak pulak kat budak kecik nih :( :( :(

Dunstan Baby Language - Bunyi 3


Bunyi 3: "Eh" bermaksud ingin sendawa (burp)

Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa(burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar.Untuk menghasilkan bunyi "eh" anda, sedut udara memenuhi dada anda, tahan dan tutup mulut/tekak anda. Seterusnya, cuba tolak angin didada anda itu keluar dengan menggunakan otot-otot dada. Sekarang, buat bunyi dengan membuka sedikit mulut/tekak untuk beberapa saat sahaja , bagi membenarkan sedikit udara dilepaskan. Inilah bunyi "eh". Ianya pendek dan tajam dengan bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" (H yang seolah-olah dihembus hidung, seperti orang sedang berlari).


Bayi perlu untuk di sendawakan bukan sahaja selepas minum, tetapi pada bila-bila masa sepanjang hari, mengikut keperluannya. Jika keperluan ini tak dipenuhi, bayi mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu atau tidur. Kegagalan memenuhi kehendak "burp" bayi ini akan membawa kepada kitaran masalah yang tak berkesudahan) menyendawakan bayi ketika "eh" dihasilkan akan membantu mengelakan angin dari ditolak ke bahagian bawah abdomen dan menyebabkan kesakitan.


Angin yang tertolak ke bahagian bawah abdomen ini dikenali sebagai lower trapped air dan inilah salah satu punca kembung perut yang amat ditakuti oleh ibubapa kerana menenangkan bayi yang sedang kembung perut bukan perkara yang mudah. Menyendawakan bayi ketika "Eh" dihasilkan akan mengurangkan kadar muntah susu bayi. Ini kerana, bayi yang disusukan tanpa dibantu sendawa terlebih dahulu (apabila diminta), akan menyebabkan susu yang ditelan berada di atas lapisan gas. Apabila gas naik, susu juga akan turut naik dan bayi akan muntah.


Kegagalan mengenalpasti bunyi "Eh" akan merencatkan tidur bayi kerana ramai bayi yang akan membuat bunyi "Eh" ketika tidur. Bayi boleh menyambung tidur semula jika diangkat dan dibantu untuk sendawa. Ibubapa yang gagal memahami maksud ini akan cenderung menyangka bayi lapar atau cepat-cepat memeriksa lampin bayi dan perbuatan ini akan menyebabkan bayi terjaga dari tidur.



Tuesday, April 5, 2011

Dunstan Baby Languange - Bunyi 2



Bunyi 2:"Owh" bermaksud ingin tidur

Bunyi "Owh" adalah hasil reflex menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?



Dengan memberi respon tiap kali bayi anda membuat bunyi "owh" dengan membantunya tidur (sebelum bayi menjadi terlalu penat/overtired atau frustrated), anda akan dapati bayi anda mudah untuk ditidurkan berbanding apabila bayi sudah marah dan mula bersikap menjengkelkan/jerky.Sebenarnya, saat bayi mula bersikap "jerky", dia telahpun tiba di tahap overtired dimana pada tahap ini, sungguhpun bayi anda sangat mengantuk, tetapi dia tak mampu untuk tidur dengan mudah.


Pernahkah anda merasa teramat mengantuk tetapi terhalang untuk tidur kerana sedang membawa kereta atau sedang didalam mesyuarat? Anda bertahan dengan perasaan mengantuk dan dalam masa yang sama bertekad untuk segera sampai ke rumah supaya dapat tidur dengan cepat. Namun, sesudah anda tiba dirumah dan berguling-guling berulang kali dalam cubaan mendapatkan tidur, anda gagal dan merasa seolah-olah sudah tak mengantuk sedangkan masih merasa letih. Perkara yang sama berlaku kepada bayi dan oleh sebab itu, amat penting membantu bayi anda tidur sejurus bayi memberi isyarat "owh" dan jangan berlengah sehingga dia melepasi tahap itu.Selain itu, memberi respon pada bunyi "owh" dapat menjimatkan masa para ibubapa.


Seringkali kita mendengar kisah para ibu yang menghabiskan masa berjam-jam cuba menidurkan bayi mereka tetapi di saat mereka melihat bayi sudah memejamkan mata dan mereka mahu mengangkat kaki dan beredar dari bilik, bayi mula mencelikkan mata dan sebahagiannya siap tersenyum mahu mengajak ibunya bermain. Aduh, geram sungguh rasa dipermainkan oleh si kecil ini. Mengapa ini berlaku?Jawapannya mudah-anda beranggapan bayi anda mahu tidur atau anda rasa perlu tidurkan bayi anda kerana masanya telah tiba tetapi bayi tidak memberi isyarat mengantuk seterusnya mahu ditidurkan.


Again, prinsip dengarilah anak anda menjadi asas Dunstan Baby Language dan pentingnya anda kuasai bunyi yang cuba disampaikan oleh anak anda.Cara bayi memberi isyarat mahu tidur:a) Dengari tangisan bunyi "owh". Perhatikan bukaan mulut bayi akan berbentuk oval atau bulat ketika membuat tangisan ini.b) Gerakannya menjadi agak "jerky"c) Mula mengosok-gosok mata atau menarik telinga.



Selamat mendengar!



Monday, April 4, 2011

Kurnia



Conversation made between me and the real-life people and sharing their life experience make so thankful to Allah s.w.t. for everything that happens in mylife today. Really am thankful. Having the most understanding hubby, the greatest family, the best inlaws, the healthy chubby baby, everyday pun cukup duit untuk makan-pakai segalanya. Sometimes boleh joli katak shopping lagi. Alhamdulillah. Couldnt ask for more. Syukur...syukur...syukur.


Mendengar kisah tragedi orang lain kadangkala mampu membangkit rasa insaf dalam diri yang selalu lupa dengan rezeki yang DIA selalu beri. Rasa ini antara satu kurnian-Nya yang Maha Agung.


Terima kasih Tuhan!



Dunstan Baby Language - Bunyi 1


Bunyi 1:"Neh" bermaksud Lapar

"Neh" adalah bunyi yg terhasil sebagai tindakbalas kepada "sucking reflex". Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri?Letakan lidah anda dibahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN.Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH.


Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!"N" adalah bahagian signifikan yang perlu didengari kerana "N" adalah petunjuk "sucking reflex". Tumpukan pada bunyi "N" yang jelas kerana "Neh" boleh menjadi "Nuh", "Noh" atau "Nah" bergantung kepada posisi bayi.Semasa bayi menyebut "Neh", anda akan perasan bahawa mulut bayi terbuka setengah dan lidahnya bergerak-gerak ke depan dalam gerakan menyedut. Bayi akan mengerakkan lidahnya ke semua bahagian dalam cubaan mendapakan sesuatu untuk ditelan.Jadi, apabila bayi mula menyebut "neh" ,responlah dengan memberinya makan atau sesuatu untuk dihisap.


APA PENTINGNYA MEMBERI RESPON PADA BAYI TATKALA "Neh" DIHASILKAN?Dengan mengamalkan rutin memberi bayi makan setiap kali bunyi "neh" kedengaran, kita sebenarnya mengamalkan konsep feeding on demand: Memberi makan ketika diminta.


Ramai ibubapa mempunyai mindset bahawa bayi akan menyusu purata 2-4 jam sekali tanpa menyedari bahawa bayi berhak dan mungkin meminta lebih awal atau lewat dari itu. Bagi ibu yang peka, mereka mungkin akan sedar tatkala cuaca panas, bayi mudah haus lebih cepat. Selebihnya, bayi dibawah 1 tahun terhidrat dengan cepat kerana saiznya yang kecil dan terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang kepada keperluan menyusu yang kadagkala tidak mengikut "jadual" biasa.


Dengan bertindakbalas setiap kali mendengar bunyi "neh' (dan bukannya memberi bayi makan dengan sikap mengagak-agak bahawa bayi mungkin lapar) ibubapa akan lebih yakin bahawa mereka tidak terlebih menyusukan bayi dimana akan menyebabkan bayi kerap muntah kerana muak dan baju ibu kerap basah dengan muntah! ataupun sebaliknya mengelakan bayi terkurang susu kerana ibu berpendapat bahawa bayi masih kenyang kerana baru disusukan sebentar tadi dan mustahil mahu menyusu lagi.Hasilnya, bayi akan mendapat keperluan susu yang cukup untuk tumbesaran yang sihat!



Friday, April 1, 2011

Dunstan Baby Language


Perhatian!


Semua yang bergelar ibu bapa sila ambil perhatian terutama sekali kepada yang bakal menjadi parents ataupun sudah menjadi dan mempunyai anak yang masih baby. Tolong baca sampai habis. Terima kasih :D

Saya jumpa pasal Dunstan tu di sini. Sistem Pertama Yang Mengajar Ibubapa Mentafsir Makna Tangisan Bayi Secara Tepat. Kalaulah saya tahu benda macam ni lebih awal kan lebih baik kan? Takdelah nak rasa risau-risau je sebab tak tahu kenapa bayi asyik menangis, menangis dan menangis. Ada lagi lima entree bout this Dunstan thingy yang akan membantu mengenalpasti bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh baby. Next entree saya akan share lagi dengan semua. Untuk hari ini kita cuba baca dan praktikkan yang ini dulu. okies parents? Goodluck and Happy parenting!




1. STOP, LOOK & LISTEN Penting untuk fokus kepada bayi.Perhatikan body-language, expresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal reflex-seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu parents mengenalpasti bunyi yang dihasilkan.


2.LISTEN IN THE PRE-CRY STAGE Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.


3. LISTEN FOR THE DISTINCTIVE PART OF EACH WORD Untuk membantu pemahaman ibubapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenapasti bunyi "Neh".


4. CHANGE BABY'S POSITION Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.


5.REPETITION Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakkan ibubapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.


Jadinya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan hal ini sila dapatkan DVD tersebut di page yang saya dah letak link kat atas tu. (gila weh, saya bagi free promo kat bisnes dorang nih - harus claim royalti.hahhaha) tapi kan sebab benda ni macam sangat bagus untuk semua ibu bapa dalam dunia jadi WAJIB share dan yang penting kita semua akan dapat manfaatnya. InsyAllah.