Wednesday, December 29, 2010

Sikit cerita pasal si kecil itu


Penuh gambar je entree-entree sebelum nih. Sorhi. Hahaha. Apapun, my babyboy tengah tdoq. Harinie si kecik tu ada feverish sket iaitu 37 degree. Risau rasa di hati. Suam-suam je rasa badan dia. Ini semua sebab semalam kena inject yang 3 serangkai masa check-up kat clinic sempena usia beliau yang dah dua bulan. Kesian sangat. Nangis-nangis masa kena inject tu. Haih. Nway, setakat semalam berat dia dah cecah berat sekampit beras iaitu 5.1kg. Wow! dan tinggi pula adalah 55cm. Kalau nak cerita development MH Haidar ni, sekarang dah pandai senyum kalau diagah-agah tapi ikut mood juga, kalau mood takbest takdenya nak senyum dia wat tatau ja dengan ibu dia. Huhuhu. Pastu kalau meniarapkan, harits dah pandai angkat-angkat kepala and saya tengah ajar dia mengiring kanan and kiri sendiri. Hari-hari saya exercise and massage-massage body harits tau.

Nah, amik latest pic of him i snap tengahari tadi. Ashieshessss sangat budak tembambam nih!




Aqiqah di KL





Sebab anak lelaki lebih afdal sembelih dua ekor kambing maka dengan jayanya kami telah anjurkan dua majlis Walimatul Aqiqah untuk anakanda kami yang comel itu. Seekor telah selamat di Aostaq and seekor lagi di KL. Aqiqah kat KL pun berjalan dengan smooth juga. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu dan hadir ke majlis ini terutamanya my mummy yang banyak tolong buat prepration dan kak long yang menolong membuat buaian yang sangat menawan for FREE. Yeay! Masa majlis aritue baby harits pun good boy sangat. Tak banyak ragam and tido je dalam buai time selawat and berendoi tu. Cuma yang membuat stress sket bila katering lambat sampai iaitu jam 12.30 dan tetamu dah ada yang datang sib baiklah ada kuih muih and bihun goreng yang dimasak utk sarapan pagi tu. So dorang makan yang tu dulu. Setel majlis semua lebih kurang pukul 5 petang and my hubby gigih mencangkul kat depan umah untuk tanam tulang-tulang kambing anakanda kami tu. Huhuhu. Sungguh gagah perkasa beliau mencangkul sampai terpijak paku, sib baik tade apa-apa yang serius jadi.

Untuk cerita lanjut silalah menengok gambar-gambar ini dengan gembira. TQ :)













Aqiqah di AoStaq


Alhamdulilah, masa travel pergi dan balik KL-AS-KL semuanya berjalan lancar baby tak meragam plus my sister yang ikut sangat-sangat helpful. Sampai kat aostaq pun dia tak henti2 tolong my MIL plak kat dapoq. Huhu. She's the best la! TQ adikku :)

Yang bestnya masa kat aostaq aritue lauk-pauk utk kenduri sangatlah meriahnya. Ada kurma kambing, kambing masak hitam, gulai daging, masak pajeri nenas, asam pedas ikan, sayur-sayuran dan macam-macam lagilah. Baby Harits pun masa kenduri tu goodboy jer juz dia terpaksa salin baju 3-4 kali sebab terkena berak and muntah. Huhu. Tapi kat aostaq punya majlis adalah simple cuma kenduri doa selamat dan baca Yaasin je coz mmg adat kat sana macam tu, tak macam kat KL punya siap dengan marhaban dan endoi semua bagai. Oklah, nuff said...sila2kan menatap gambarnya :)



























Wednesday, December 22, 2010

Sudah Dua Purnama


Syukur. Sudah genap dua bulan usia Muhammad Harits Haidar. Beliau membesar dengan jayanya, sihatnya dan semangatnya. InsyAllah hujung bulan ni akan diadakan Walimatul Aqiqah buat kedua kali untuk si kecik itu. Yang pertama telah diadakan pada 10 Disember lepas di Alor Staq tapi tak berkesempatan nak upload photos and share kat cnie. Huk. Masa sangat santak :(

Apapun akan upload lagi nanti gambar-gambar untuk kedua belah kenduri. Now saya nak pergi masak sambil mencari cradle for baby untuk aqiqah yang murah-murah saja. Huhu. Byeee

Thursday, December 9, 2010

Travel With Baby - Nervous


Sekejap lagi akan bertolak ke AS. Planning lepas subuh tapi semua pun macam masih lena diulit mimpi. Semua tu adalah Hubby, Baby and my sister- Cyah. Balik untuk kenduri aqiqah si kecik itu. Sembelih kambing sebesar orang. Huhuhu. Yeay! Cuma kali ni terasa lain perasaan iaitu nervous coz we'll be travelling with the little one for the first time. Phewww! Mudahan semuanya selamat. This time will learned by experience coz when being Ibu tadak time nak semak travel guide macam masa preggie sebelum nih. Huhuhu.


Pray for us darlingsss! :D

Monday, December 6, 2010

M.H. Haidar's First Real Outing


My baby boy bukanlah tak pernah keluar lansung masa dalam tempoh pantang tu. Adalah dua ke tiga kali keluar tapi ke rumah Tok Ma dia dan ke klinik jela. Yesterday iaitu di hari ke 45 was his first real outing and his first official shopping mall adalah...


Credit: google

Pegi Tesco tu pun sebab ibu&daddy dia kalut nak cari present for his sister cousin yang dicelebrate di ChiangMai Restaurant, Sungai Buloh and that was his first ever get together outing wit all the family from Hubby's side :) Makanan kat sana memang sedap-sedap tapi tula saya takleh nak menikmati sangat sebabnya baru je sehari habis pantang. Masih tak berani lagi coz BF and takut perut baby meragam kalau makan ikut sukati ja.






FYI, kami berdua dalam usaha untuk membeli kamera baru jadi gambar-gambar atas ni semua credit to my SIL and her BB. Huhu.



Friday, December 3, 2010

Changes Are Good...Sometimes


Jika anda yang setia mengikuti rancangan di belog ini pastilah terperasan bahawa 'mast head' belog telah bertukar rupa. Takde dah bentuk perut manusia preggie yang diilhamkan daripada movie 'Juno'. Sekarang adalah gambar one happy family at home. Perlulah perubahan ini sebabnya status kan telah bertukar daripada seorang wifey kepada seorang mummy. Semua itu adalah hasil kerja kretif en. hubby. Terima kasih banyak-banyak shayangggg :)

Oh, alangkah bestnya jika merubah bentuk belog ini seperti mudahnya menukar bentuk baju-baju dalam lemari tu. Arggghhh!!! Desperately need a whole new wardrobe. oklah, baby dah bangun nak nenen. Byeeee.